Jump to ratings and reviews
Rate this book

Generasi Yang Hilang

Rate this book
Pendidikan dan Wabak COVID-19: Solusi Buat Malaysia

Ketamadunan dan kemanusiawian merupakan intipati kepada keharmonian sejagat, sama ada di peringkat lokal mahupun di peringkat global. Pasak kepada kedua-duanya untuk kekal mapan dan lestari adalah pada pendidikan. Ya, pendidikan yang kini turut terjejas teruk dampak wabak COVID-19.

Sepertimana kita rancak membicarakan isu kesihatan dan ekonomi, pendidikan juga sepatutnya diberkan tumpuan demi memastikan masa depan negara yang lebih baik.

Pernyataan polisi ini adalah secebis usaha ringkas yang sempat saya coretkan hasil libaturus dengan pakar-pakar kesihatan, pendidikan, dan juga ahli masyarakat yang cakna dan prihatin terhadap masa depan pendidikan negara.

Besar harapan saya agar apa yang diutarakan dalam pernyataan polisi ini dapat dilaksanakan sebagai jalan keluar dari kemelut pendidikan sewaktu wabak COVID-19 melanda dan pelan jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem pendidikan yang ada. Pendidikan adalah masa depan, pendidikan adalah nyawa kepada sesebuah negara.

"Pendidikan untuk semua. Tanggungjawab bersama."

131 pages, Paperback

Published January 1, 2021

17 people want to read

About the author

Maszlee Malik

43 books277 followers
Prof Dr Maszlee Malik short bio

Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.

Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.

Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.

Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.

In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including:
• President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO)
• President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU)
• Head of the Council of Boy Scouts Malaysia
• Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees
• President of International Islamic University Malaysia

Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (33%)
4 stars
6 (50%)
3 stars
2 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
March 5, 2022
" 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻, 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮."

Sebuah buku yang menjadi kesinambungan kepada buku Memori Bukan Memoir. Hal-hal berkaitan dunia pendidikan seputar berlakunya wabak Covid-19 disentuh secara menyeluruh. Malah, boleh dikategorikan sebagai buku yang melengkapi segenap perkara yang disentuh di dalam buku Memori Bukan Memoir.

Umum mengetahui bahawa wabak yang melanda sedikit sebanyak memberikan kesan kepada para pelajar sama ada di sekolah mahupun di peringkat IPT. Ini sesuatu yang merisaukan masyarakat. Kes-kes pelajar yang mengalami keciciran sewaktu berlangsungnya PdP amat membimbangkan. Hal-hal berkenaan integriti di Institut Pengajian Tinggi di kalangan pensyarah dan di kalangan penjawat universiti juga disentuh secara holistik.

Malah, buku ini hadir sebagai satu solusi dan resolusi yang jelas tatkala KPM dan KPT seakan-akan merangkak dalam merangka satu perancangan bagi menyelesaikan isu pendidikan ini. Terbahagi kepada 2 bahagian yang menyentuh secara menyeluruh mengenai isu-isu pendidikan sewaktu wabak melanda dan cadangan penyelesaiannya & pelan jangka masa panjang pasca Covid-19.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa buku ini juga berfungsi sebagai penyata polisi bagi menyelesaikan isu-isu pendidikan seputar wabak Covid-19 ini. Sewajarnya buku ini dijadikan bahan rujukan oleh kementerian dalam membentuk dan merangka polisi yang logik dan bersifat realistik.

Secara tuntasnya, seluruh negara mengenali susuk tubuh yang bernama Maszlee Malik sebagai pejuang reformasi pendidikan. Bertepatan dengan agenda pendidikan yang baharu dan bermaruah, maka tidak hairanlah buku ini merupakan salah satu penyata polisi dalam kita menyelesaikan satu isu yang rencam yang amat membimbangkan terutamanya di dalam dunia pendidikan.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
December 27, 2021
BUKU : Generasi Yang Hilang oleh Dr. Maszlee Malik.

Buku ini kesinambungan dari buku Memoir Bukan Memoir. Masih membicarakan isu-isu pendidikan negara kita masa kini. Khusus mutakhir di zaman pandemik covid 19.

Namun, bagusnya buku ini mengetengahkan isu yang berlegar di institusi pendidikan kemudian disusuli cadang penyelesaian oleh penulis. Mudah faham, cerita masalah cadangan penyelesaian.

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama mengutarakan masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan kita ketika kita dikejutkan oleh serangan wabak Covid 19. Cadangan solusi oleh penulis. Contoh masalah Pdpr, penutupan sekolah, Tv pendidikan, kempen membaca, pemansuhan Upsr dan lain-lain.

Bahagian kedua pula mengemukakan beberapa pelan jangka masa panjang pasca Covid 19. Iyalah, kita dipaksa bergerak maju dek covid, pastinya kita perlu juga persiapan agar kemajuan bukan ke hadapan membabi buta. Contoh seperti memperkasa semula Jawatankuasa Kajian Dasar Negara (JKDPN) dan Jawatankasa Data Raya, Model sistem Pendidikan Baharu serta lain-lain lagi

Diakui penulis bahawa segala cadangan bukanlah yang paling terbaik. Jalan penyelesaian banyak.

Buku ini mengajak untuk kita semua mencari solusi terbaik bagi kelangsungan reformasi pendidikan. Kita semua bertanggungjawab bergerak mengerah tenaga kepada perubahan yang progresif, inovatif dan dinamik selari dengan tuntutan zaman terutamanya pasca era pandemik Covid 19.

#MalaysiaMembaca
Profile Image for Fikri Mahmuda.
4 reviews2 followers
December 27, 2021
Penulisan yang sangat baik berkenaan cadangan penyelesaian masalah pendidikan yang kita hadapi, khusus fasa pandemik ni, berkisarkan dasar pendidikan kebangsaan sehingga projek PSP. sejujurnya saya rindu kehadiran menteri yang berjiwa rakyat dan memahami masalah rakyat dari peringkat akar umbi lagi.

Diharapkan buku ni mampu membuka mata lebih banyak pihak untuk menambah baik sistem pendidikan negara kita.

InsyaAllah akan baca buku ni untuk kali yang kedua
Profile Image for Junaidi Yasin.
14 reviews
November 30, 2023
Penulisan dari seorang mantan Menteri Pendidikan.
COVID 19 memberi dampak terhadap pendidikan di Malaysia. Kesenjangan dalam pendidikan menjadi semakin besar. Murid yang berada diluar bandar dan yang tidak mampu menyediakan kelengkapan untuk PDPR secara atas talian menjadi semakin ketinggalan dan keciciran. Inilah yang dipanggil sebagai "Generasi Yang Hilang"
Penulisan Mazlee Malik mengutarakan pemasalahan yang berlaku berdasarkan data dari pelbagai sumber dan cadangan untuk mengatasinya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.