Sun Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.
Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan. Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.
Seni peperangan. Penyampaian dalam bentuk ilustrasi. Taktik, strategi & seni berperang semuanya lengkap. . Seni perang dalam buku ni jgk bagitahu kita tentang personaliti yg perlu ada pada setiap jeneral perang/ketua. Kalau dalam Art of Businesses, kita boleh sebut sebagai usahawan ataupun pemilik syarikat. . Worth to read 👍🏻
Salah satu buku bisnis pertama yang pernah saya baca waktu SMP, meskipun waktu itu saya lebih tertarik dengan sejarah dan strategi perangnya daripada aplikasinya dalam bisnis.
Buku ini mengambil 100 strategi dari 100 contoh dalam sejarah nyata Tiongkok kuno. Masing-masing contoh digambarkan dengan ilustrasi yg cukup komikal dan menghibur serta pembahasan masing-masing strategi dituangkan dalam dialog-dialog yang mudah dimengerti.
"Jika kamu mengenal musuhmu dan mengenal Diri Sendiri, anda tidak perlu takut akan hasil dari ratusan pertempuran" Sun Tzu
Ada 100 Strategi Perang yg dibahas dalam buku ini yang disajikan dalam bentuk komik/kartun. Illustrasi memudahkan dalam memahami inti dari strategi perang. Berikut yang bisa aku pelajari dari Buku ini:
1. Berperang hanya bila ada alasan yang kuat. Berperang merugikan kedua belah pihak. Sebisa mungkin hindari peperangan.
2. Informasi adalah hal yang sangat penting, harus mengetahui kekuatan diri sendiri, kawan, dan lawan, serta medan pertempuran.
3. Memperlakukan prajurit dengan baik, memimpin dengan ketegasan.
4. Kuasai posisi startegis, posisi dapat menentukan hasil akhir peperangan
5. Selalu waspada dalam berbagai kondisi, jangan sombong dan lengah.
6. Tau kapan harus menyerang, bertahan, atau mundur. Timing sangatlah penting