Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Ex Crush

Rate this book
Luka kita boleh sembuh tanpa melukakan orang lain. Luka kita juga boleh sembuh tanpa menumpang di hati yang lain. -Yara Ibtisam.

Berlaku adillah pada hati. Jangan kita sumbat semua gundah, sedih, sesal dan pedih. Semua dilonggokkan dalam hati sampai tak ada ruang untuk bahagia. Jangan sekejam itu pada dia. - Gibran Jazlan

Barangkali doa kita belum sepenuh hati. Kerana itu, permintaan kita masih belum dipenuhi. – Ezza Mysara

638 pages, ebook

First published January 1, 2021

6 people are currently reading
120 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
73 (60%)
4 stars
35 (29%)
3 stars
8 (6%)
2 stars
3 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
July 8, 2023
Gibran suka Hana, Yara suka Ray. Tapi majlis perkahwinan itu untuk Hana dan Ray, ha parah! Tak sempat Yara nak luahkan perasaan pada Ray, sudahnya disambar jadi milik orang lain. Tapi tak apa lah, fikir Yara pasti akan ada jodoh lain untuk dirinya walaupun perit untuk menerima.

Dari kenalan bawah pokok menjadi kawan. Disebabkan kisah antara Yara dan Gib seakan sama, mereka menjadi rapat. Semakin lama mengenali Gib, buatkan Yara sering kali terhibur walaupun sesekali perangai Gib buatkan Yara naik hantu 😤

Adakalanya mereka berbicara dari perasaan hati jiwa yang matang, it’s like they want to heal each other’s feelings ❤️‍🩹 Without notice, they're falling for each other 🥹

♬ ₊˚.𓂃⋆☾⋆⁺₊✩

“𝗧𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗱 𝗽𝗹𝗮𝘆𝗯𝗼𝘆 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗻𝗶. 𝗡𝗴𝗲𝗿𝗶!”

“𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮, 𝗸𝗲𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗴𝗮.”

Sakit weh pipi zu asyik senyum ketawa malu bila baca buku ni 😳 Konflik yang ringan dan zu memang labelkan buku ni as ‘buku healing’ 🫡 Tak menyesal baca.

♬ ₊˚.𓂃⋆☾⋆⁺₊✩

Dan sejujurnya zu dah terjatuh cinta dengan gaya penulisan Ezza Mysara. Walaupun part kelakar tu banyak, tapi dalam diam cara penyampaian nasihat dan teguran tentang percintaan dalam buku ni sangat jelas.

💌 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙥𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙖 𝙩𝙖𝙥𝙞.. 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙪𝙡𝙪.

💌 𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙪𝙠𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙖. 𝘿𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙖𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖.

♬ ₊˚.𓂃⋆☾⋆⁺₊✩

Last but not least, buku ni ada amaran! Kalau baca buku ni, zu sarankan untuk minum air kosong je tau!

SEBAB BUKU NI MANISNYA MELIMPAH RUAH SAMPAI TAK TERTAMPUNG HATIKU! HAHAH tak elok untuk jantungku yang lemah ini 🫠 cair teruk dah ni 😭
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
June 10, 2022
"Luka kita boleh sembuh tanpa melukakan orang lain. Luka kita juga boleh sembuh tanpa menumpang di hati yang lain." - Yara Ibtisam

"Berlaku adillah pada hati. Jangan kita sumbat semua gundah, sedih, sesal dan pedih. Semua dilonggokkan dalam hati sampai tak ada ruang untuk bahagia. Jangan sekejam itu pada dia." - Gibran Jazlan

"Saya tak ada keberanian..." - Rayhan Razali

"Cinta bertepuk sebelah sayang tu memang menyakitkan. Bila kita ada crush, kita dah diletakkan di sebuah simpang. Satu simpang yang membuatkan kita percaya untuk mendapatkan dia. Satu simpang lagi pula adalah simpang rasa takut untuk kehilangan dia." - Yara Ibtisam

******

Dengan ni, saya nak larang seorang Ezza Mysara daripada berhenti menulis sebab dia tak pernah gagal buat saya jatuh cinta dengan penulisan dia. My Ex-Crush memang ubat kepada kerinduan saya nak membaca novel dia. Cepatlah keluarkan novel seketul. Macam lama sangat je takde novel baru lepas KSK. 😢

Apa yang saya suka dalam MEC?

Saya suka keberanian, kesungguhan, kesetiaan dan kasih sayang seorang lelaki yang dipanggil Gib. Cinta itu satu perjalanan takdir yang panjang. Mungkin pada awalnya kita akan dipertemukan dengan orang yang salah dahulu sebelum berkasih dengan orang yang betul. Dan mungkin kita akan diuji dahulu dengan rasa cinta yang sementara, sebelum menjalani kisah cinta yang seutuhnya.

Lepas baca MEC, hati saya rasa terpujuk dengan sendirinya. (orang yang pernah ada crush je tahu rasa dia macam mana) 😄 Cinta yang perlu kita utamakan adalah mencintai diri sendiri sebanyaknya sebelum kita agihkan kepada orang yang selayaknya. Be true to yourself. Kalau jumpa seseorang pun, kita tak perlu jadi orang lain. Jadi diri sendiri. Kalau dah cinta, baik dan buruk orang tu pun kita akan terima, kan? Tak perlu nampak sempurna sebab tak ada manusia yang sempurna di dunia. Hiduplah dengan dia yang buat kita rasa selesa.

Banyak nak cerita, tapi simpan dulu untuk orang yang tak baca lagi. Banyak scene yang best, senyum-senyum je ku baca. Yang gelak tak ingat dunia pun ada. 🤣 Ada jugak nangis sikit. 😢Tapi rasanya korang jangan peram lama sangat ebook ni. Baik baca sekarang. Me love it very much. Kalau jadi novel, mintak panjang lagi eh jalan cerita MEC ni Kak Ezza. 😁😜

P/s: EM kalau menulis penuh dengan metafora sampai ku tak boleh pilih dah mana satu yang ku suka. Semua ku setuju. Semua betul. Doakan ku jumpa seseorang yang menangkap di hati macam seketul Gib. Lagi satu, lagu-lagu SO7 memang sedap didengar ketika bercinta dan putus cinta. Part yang paling ku tak boleh tahan, part 'tuala wanita'. Gentleman sangat. 🤣🤣🤣
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
August 7, 2023
Eh dah lama tak baca buku EM.

Jalan cerita yang comel, ringan. Yara suka Ray terlalu lama tapi tak berani nak suarakan akhirnya dapat tahu crush nak kahwin. 😭

Yara bertemu Gib tanpa sengaja. Yara dan Gib serasi. Jadi rapat sebab masing-masing 'heartbroken'.

Gibran kuat mengusik, loyar buruk dan Yara annoyed dan selalu dapat signal yang salah dari Gib 🤣.

"Luka kita boleh sembuh tanpa melukakan orang lain. Luka kita juga boleh sembuh tanpa menumpang di hati yang lain." - Yara

Yara akan jadi diri sendiri bila bersama Gib tapi sebaliknya bila bersama Ray.

"Yara, jangan mengubah diri hanya semata-mata kerana ingin menarik perhatian orang. Jangan menutup kekurangan demi menaikkan harga diri untuk kelihatan sempurna. Jangan menipu hanya untuk diterima. Pura-pura itu satu kerja yang memenatkan." - Gibran

Menangis juga lah sikit apa yang berlaku kat Hana. Kesian Ray. Gibran Jazlan & acts of service berpisah tiada 💕
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
September 22, 2023
Aku suka je sebenarnya. Best gila part awal tu.

Tp mai je tang konflik tu, sakit jiwa jadi. Drpd sweet light story, terus jadi tak masuk akal. Biasalah, org ketiga. Serius terkejut gila. Dah la buat masalah dekat semua org, then tiba2 mati mengejut. What the?! Mmg aku hamun si org ketiga tu. Senang2 buat masalah, lepastu ciao.

Yang Gib ni pula tiba lemah smcm lepas tu. Aih, panas hati. Ini kalau baca balik, mmg aku berhenti tang sebelum org gila tu masuk. Baru boleh enjoy senyum2.
Profile Image for yannae.
5 reviews
September 26, 2023
Maybe im too old for this novel.
If i was 20, i would love this story.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
July 7, 2023
Wei korangggggg…..bapak best!!!!!! Kelakar semua ade… kene pulak dgn zaman2 healing broken ni…. Both of hero and heroin ni patah hati la sbb ex crush and ex gf diorg kawen… nak jadi cerita diorg blh jadi friends la…masing2 mgubati hati yg luka…

Si gib ni punya la suka mengakat… tp bile dtg sweet die..huh..terbukti playboy pencen…

Dah nak akhir tu..ade plot twist pulak..aku dah sedih2 dah time tu…warghh….ingtkan dah nak loving doving dah… worth to read…recommended…best wei… serious…🥹💕🥰😍
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 11, 2021
macam biasa. karya adik penulis cantik Ezza Mysara ni mampu membuai pembaca dari helaian yang pertama hingga akhir. dik, akak tak boleh nak control senyum tau. camna nih?

yara. crush dia ray. semua pasal ray dia tau. dah macam detactive conan. dan dia sangat pasti ray tak ada girlfriend.

tapi

macam mana pula tiba-tiba ray hulur kad kahwin? huhu... ingatkan yara nakla menangis melalak ke apa. tapi dia kuat. sangat kuat. siap boleh pergi majlis perkahwinan ray dan hana. cuma tak sangka, dia terjumpa dengan ex hana yang sedang menangis teresak-esak. huisshh... tak boleh blah perangai gibran nih. yang perempuan elok aje. yang lelaki pulak bantai banjir.

ha... jalan kisah adik penulis ni memang cantik, secantik penulisnya lah kiranya. gib dan yara. dua-dua yang patah hati, buatkan mereka boleh berbaik dan berkawan.

suka dengan gibran. gibran ni buat yara tak perlu 'menipu'. yara boleh jadi dirinya yang sebenar. di hadapan ray, yara selalu berlakon sopan, baik, ayu... tapi dengan gib, yara bebas menjadi dirinya sendiri.

nampak kan, yara menipu dirinya sendiri?

ayat berbunga tak perlu nak kata. inilah kelebihan penulis ini. kalau jahit ayat-ayat berbunga beliau ni, boleh jadi baju yang sangat cantik, tau?

cinta ini besar definisinya. terpulang pada diri sendiri. yang penting, usah melampaui sebab paling penting cinta Yang Maha Esa.

kata yara - luka kita boleh sembuh tanpa melukakan orang lain. luka kita juga boleh sembuh tanpa menumpang di hati yang lain.

kata gibran - berlaku adillah pada hati. jangan kita sumbat semua gundah, sedih, sesal dan pedih. semua dilonggokkan dalam hati sampai tak ada ruang untuk bahagia. jangan sekejam itu pada dia.

kata penulis - barangkali doa kita belum sepenuh hati. kerana itu, permintaan kita masih belum dipenuhi.

kata hati sendiri?
Profile Image for L.N.
48 reviews1 follower
November 7, 2023
Salaam!

Saya baca buku ni halfway sebab masih dalam ‘reading slum’ But slowly getting out of there and trying to be more active.

Ezza nya buku has always been my favourite go to book sebab dia tak melerat, straight to the point. Bidadari tanpa sayap masih ada impact lagi untuk saya.


But on to this book, banyak nasihat, learning points yang kita boleh belajar or take it as ‘teladan’. Buku ni sangat relatable dengan sesiapa yang pernah go through this phase. “Crush”

Saya tertarik dengan buku ni at first sebab. Ezza adalah penulis favourite saya dan saya ingatkan buku ni tentang FL bersama dengan Crush nya.

Tapi jeng jeng jeng. (Kena baca lah)

Watak dalam cerita ni best.

Yara, wanita yang represent kita bila bercinta. Obsess dan sanggup suka apa yang crush dia suka walaupun dia tak suka benda tu. Buat saya teringat dulu tentang diri saya (lol)

Gib, lelaki yang green flag, saya suka cara dia yang sempoi. Senang untuk luahkan perasaan dia untuk mendapat nasihat. Walaupun nakal tetap sweet.

Cerita ni boleh mcm Rom Com pun ada. Ada part yang sedih, ada part yang kelakar. Tapi yang penting it focus on one thing which is to love yourself before choosing to love others.

Once again kak Ezza, you have my heart in return can I have Gib please? hehehe

Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
September 2, 2023
not boring at all ok. plot dia best. cuma tula nape la ray tu takut nak confess. if dah suka nape kawin gak. pas kawin bru menyesal. nasib baik gibran pikat betol2
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
August 7, 2023
From eBook to physical book.

Cerita ni comel sangat, manis bergula.
Bila playboy pencen dia asah bakat and upgrade habis semua yang manis-manis je keluar ✋🏻🤣

Gibran punya stok bekalan ayat manis cukup untuk setahun, tapi kalau habis dia akan restock lagi. Padahal dia yang pertama kali jumpa orang yang cengeng. 😂

Oo dan bila nak akhir tu ada plot twist dia. Tapi overall best dan seronok untuk dibaca dalam mood happy dan santai.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
December 14, 2025
Gib ni ada saja eh benda dia nak kenakan Yara. Sukalah!!

Buku ni buat i tersengih-sengih dari awal saaampai habis. Kisah mengenai Yara yang ada crush nama Ray,officemate dia tapi tak pernah berani nak luah perasaan. 4 tahun dia simpan ha pastu tiba-tiba Ray bagitahu nak kawin so dia redha jela. Rupa-rupanya di sebalik tu Ray pun suka dekat dia tapi sama jugak tak berani nak bersuara lepastu dia tolong Hana yang sakit dengan accept jodoh pilihan keluarga. Hana ni gf Gib.
So dekat sinilah pertemuan antara Yara dengan Gib time Gib tengah nangis bawah pokok frust Hana kawin hhahaha. Lawak!!
So bermula disitu banyak la pertemuan yang seterusnya. Selebihnya korang baca sendiri okay?

Overall, best! I suka sikap Gib yang kaki mengusik tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
December 31, 2023
My Ex Crush by Ezza Mysara

Buku My Ex Crush ni simple je jalan cerita dia. Mengisahkan tentang Yara yang menyimpan rasa cinta dekat rakan sekerjanya. Punyalah dia crush dekat kawan dia tu selama 4 tahun, sekali kawan dia tu kahwin dengan perempuan lain.

Yara pun apa lagi, memang broken la kan. Sampailah satu hari, dia bertemu dengan Gibran yang turut bersedih sebab kekasihnya juga kahwin dengan orang lain! Memang malang betul nasib diorang.

Sejak daripada itulah, kisah mereka pun bermula...
_________________________________

Even though buku ni simple, tapi KITA SUKA! Kita memang suka tau buku yang simple, light, cute, fluffy and romantic comedy macam ni. Bila baca tu rasa tenang je dan tak memeningkan kepala. This book going to be my "go through" book whenever I'm having a reading slump. In fact, kita dah reread buku ni 2 kali dah sebab buku ni TERLALU COMEL. 🙈🌷💖💕🦋

Next, kita memang suka buku yang banyak quotes tau. Macam buku MEC ni, banyak sangat quotes yang terselit disebalik penceritaan kisah Yara dan Gib. Sebab tu la, bila kita baca je rasa comforting. Macam mana mereka saling meluahkan perasaan masing-masing, dan memperbaiki diri, semua tu menunjukkan yang mereka sudah saling melengkapi. Like, they're compliment for each other. 🥺

Bukan tu je, kita paling suka buku ni juga sebab perwatakan Gibran. YA ALLAH, HE'S A TOTAL GREEN FLAG!!! Dia punya hijau tu seluas hutan Amazon. Extra mark sebab dia punya love language tu ACT OF SERVICE>>> dan dia pun ada dimple jugak. I'M SOLD GUYS! 😩 Mana la nak jumpa lelaki yang perfect macam Gib ni. Bukan tu je tau, mulut dia ni boleh tahan manis. Kerjanya asyik nak menyakat si Yara je. 🤭🙈

"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐮𝐚. 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐟𝐚𝐬. 𝐀𝐰𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐤?" -Gib

Lupa nak cakap, buku ni menggunakan POV 1 tau, kita suka gila sebab macam baca buku diari Yara. Dari situ la kita tahu perasaan Yara. Time dia marah ke, kecewa, sedih,& happy semua kita dapat rasa. Plus, dekat buku ni pun banyak gila scene yang lawak. Ni semua sebab Gib sebab selalu menyakat Yara. 🤪

"𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚. 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐬𝐮𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐰𝐚𝐤" -Gib

Overall, MEC is my top 1 fav book in 2023. Menyesal gila kita tak beli buku ni awal-awal. Lepasni kalau kawan kita or sesiapa minta book recs, kita memang akan auto recommend buku ni sebab memang BEST GILA! 😍

"𝐋𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧. 𝐋𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧" -Yara

RATING: 10/5 ⭐👑
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
August 30, 2024
4.5 🌟

this book memang sesuai untuk readers yang nak santai-santai sambil melihat lautan senang cerita. Jalan cerita memang simple and too sweet in my opinion (kitanya agak cringe sikit dengan ayat-ayat dalam buku ini tapi boleh diterima lagi) Watak dalam buku ini memang fokus dekat Gibran. Silly gila especially part dia usik Yara hahahaha ada yang kelakar juga 😅
Tapi mostly boleh relate dengan Yara kecuali yang dia simpan barang crush dia bagi 😅

Sebenarnya masa part Hana explain whats happened itu, i tak rasa apa-apa sebab i rasa macam author just selit for closure kepada kita semua betul ke Hana gitu hahahah.

The ending is biasa je for me. Typical ending.
Profile Image for Sha.
5 reviews
July 2, 2023
Buku yang sangat manis... bila baca buku ni mulut x boleh berhenti drpd ketawa dan tersenyum
Kisah Gib dan Yara yg sgt sweet tu buat para pembaca juga x tenang ye 😂😂
Terima kasih kepada penulis kerana telah menghadiahkan gibran yg sweet tu kepada kami serta menceriakan hari2 para pembacanya yg mmg single ni
Semoga segala doa, impian dan angan cik penulis juga akan didengari tuhan satu hari nnti 🥰🥰
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
March 9, 2024
"Saya fikir kita orang sejalan, rupanya saya yang tersilap jalan."

I would consider this as bacaan yang memujuk bagi mereka yang sedang patah hati disebabkan orang yang tidak pernah kita miliki pun (fuh /nangis/).

Aku boleh relate dengan Yara bila dia nak crush dia nampak versi yang baik-baik dan elok-elok je depan Ray 😂 Tapi dengan Gibran, memang aci redah je semua benda.

And Gibran fell in love with that version of Yara ❤️
Profile Image for Diniy Qistina.
146 reviews5 followers
June 23, 2023
GIBRAN JAZLAN

Mulutnya jauh lebih manis dari orangnya. Almaklumlah, pemegang kad buanya pencen lah katakan. 😌🤌🏻

Suka betul bila dia menyakat Yara. Awal-awal melangit dulu dia gula-gulakan pastu ending nya dia mengutuk/membahan pulak member tu. 😂 Memang geram je Yara nak arwahkan dia on the spot. 😭✋🏼

YARA IBSTISAM

Dalam fasa nak move on dari crush 4 tahunnya. Dia tak sangka dia mampu harungi fasa tu tanpa perlu meraung. Suka dengan sikap positif dia yang satu tu. Walaupun dia kuat memendam, ada ketika dia meluahkan perasaan dia pada orang yang dia percayai.

Overall sangat sukakan jalan ceritanya. Suka giler-giler part Gibran menyakat Yara. Sampai penat nak gelak. 😂😭✋🏼
Profile Image for hyjns.
16 reviews
July 22, 2023
definitely will recommend this book !!! suka sangat both character and gibran tersangatlah sweet ya rakan rakan, bukan sweet yang cringe okay.

cerita ni just light² je and penulisan sangat bagus, jalan cerita pun sangat nicee - buku ni akan jadi one of my comfort book yang pastinya
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
August 7, 2023
Ramai yg kata best tapi bagi saya biasa2 je.Sorry ya huhu.
Profile Image for neazthl.
10 reviews
July 6, 2023
Gibhan, dia caring dan penyayang. Ada 1 part ni, time tu Gib tengah bad mood, bila dia tahu je Yara tak sihat, bad mood tu terus campak tepi, caring mode pulak datang.Gib ni ada dimples comel.

Yara, dia ni susah sikit nak tunjuk perasaan dia. Kalau sedih, dia pura-pura nampak happy. Dengan Gibhan je dia sanggup tunjukkan perasaan sebenar dia. Berapa kali dah, Gib nampak muka Yara nangis dengan eyeliner comot😂

Serious I cakap, I really love Gib. Gib dengan Yara ni perfect duo. Gib ni comel gila, selalu je sakat Yara. The best moment, time Gib dengan Yara berjumpa for the first time dekat majlis kahwin ex-crush dan ex-girlfriend diorang.

Full rating:

4.5/ 5
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review1 follower
October 28, 2023
Bacaan ringan yg sesuai utk org yg tak suka konflik berat2
Profile Image for araasyafii_.
32 reviews
December 12, 2025
𝐌𝐲 𝐄𝐱 𝐂𝐫𝐮𝐬𝐡 | 𝐄𝐳𝐳𝐚 𝐌𝐲𝐬𝐚𝐫𝐚

"𝑳𝒖𝒌𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑳𝒖𝒌𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏."

Crush? Ya, Yara Ibtisam dah lama menyimpan perasaan terhadap rakan sekerjanya, Ray namun hanya mampu mengagumi dlm diam. Apakan daya, dia terlambat menyatakan sayang. Ray bakal berkahwin dgn wanita lain. Digagahkan dirinya utk menghadiri majlis perkahwinan Ray & Hana. Disitulah segala kisah baru mula tercipta. Mengenali Gibran yg turut sama berduka atas perkahwinan kekasihnya, Hana menjadi asbab permulaan kisah Gib & Yara. Segalanya berjalan dgn indah sepanjang perkenalan mereka, sehinggalah rahsia Ray akhirnya terbongkar. Ditambah pula dgn permintaan terakhir Hana. Mampukah Gib & Hana terus bahagia bersama?

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

One thing yg best pasal buku ni adalah MEC ni banjir dgn quotes tau tak? Dah la penuh quotes, nasihat pun ada terselit jgk. Kadang tu terasa mcm deep la juga bila baca. Comforting pun ya. But, somehow buku2 gini la yg kadang2 boleh buka mata kita—biar berpijak di bumi yg nyata.

"𝑨𝒘𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒅𝒂𝒏𝒈-𝒌𝒂𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒆𝒕𝒆𝒏𝒈𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒔𝒂𝒉."

MEC diceritakan drpd POV Yara. Menyelami dunia Yara, rasanya mostly kita gegirl pernah berada di tempat Yara—menyukai dlm diam, mengagumi dari jauh. Kalau boleh, semua benda yg crush kita suka pun kita akan cuba utk suka jgk. So, somehow watak dia quite relatable dgn most gegirl (maybe boboy too, idk). Tapi, i like her acceptance bila dpt tahu yg crush dia bakal kahwin dgn org lain. Tak overreact. Nampak tenang ja even dlm hati tu sedih kecewa semua lah! Kadang2 dlm hidup ni, tak semua yg kita suka tu kita akan dapat.

"𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈, 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒔𝒕𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒏𝒂𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒂. 𝑫𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒊𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒍𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂."

Gibran pulak lebih santai personalitinya. Mmg sejenis 'act of service' guy. Dan kalau ayat tak manis, mmg bukan Gib la jawabnya. Bekas romeo la katakan—pencen playboy 😂 Yara plk lebih bersifat open bila dia ada dgn Gib—more to jadi diri sendiri. So, ada ja point Gib nak menyakat Yara. (p/s: Scene Yara menyanyi tu lawak bethol 😂). Semua pakej ada kat Gib ni, just name it! Dan berita baiknya, Gib ada dimples—*screaming!

"𝑺𝒐, 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒉 𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒌𝒆 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒕𝒖?" — Yara
"𝑫𝒂𝒉. 𝑯𝒂𝒕𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒌!" — Gib

Tapi one thing yg salute pasal Gibran ni ialah dia tak terburu2 berpindah ke hati yg lain. Meaning that, he really sort out his feelings dulu sebelum betul2 confess dekat Yara. YES, kita tak boleh paksa lelaki yg masih tak move on from his past relationship. Listen girls, you can never make a man changes his mind and commits to you. When he's still so fixated on his past, he'll forever see you as another option.

"𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒌𝒆 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒕𝒖𝒂. 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒛𝒊𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒏𝒂𝒇𝒂𝒔. 𝑨𝒘𝒂𝒌 𝒔𝒖𝒅𝒊 𝒕𝒂𝒌?"

Ada satu ayat yg got me speechless. Sebab benda tu betul even though it is a sad truth. Engko suka bagai nak rak sekalipun, suka pi la berapa lama pun, kalau engko tak ada keberanian & kekuatan, then it will just be like that. Stuck gitu ja situation engko, lepas tu makan hati sendiri. Sebab...

"𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒋𝒂, 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒄𝒖𝒌𝒖𝒑 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒂𝒍𝒊𝒔𝒂𝒔𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏."

Buku ni simple saja penceritaannya. Bergenre romantic comedy. Sesuai utk bacaan santai kalau nak hilangkan stress. Konflik yg tak terlalu heavy. So, jgn risau, MEC takkan menyakitkan kepala kita semua 😂 Kalau nak baca novel yg fun & cute, boleh try baca MEC, lepastu kita sama2 explore the journey of Gib & Yara ✨

So soalannya... berani tak pergi confess kat crush masing2? 😂
Profile Image for matchastroberi.
178 reviews29 followers
June 13, 2023
📝Cerita ni simple je mengisahkan tentang Yara yang simpan perasaan suka pada rakan sekerjanya, Rayhan selama empat tahun. Hari dia nak confess eh laa member bagi kad kahwin dekat dia haihh MELEPAS😔 orang gila je weh kalau tak broken teruk, empat tahun tu bukan sekejap. Lagi lagi dapat tahu Ray kahwin sebab aturan keluarga lagilah Yara rasa ralat. Kalaulah dia bukak langkah lagi awal...

Dengan gagah dia pergi jugak majlis kahwin Ray. Dekat situ dia terjumpa dengan lelaki yang menangis bawah pokok sebab ex gf dia tinggalkan dia then kahwin dengan orang lain dan rupanya ex gf dia tu bini Ray! Gibran jadi selesa berkawan dengan Yara. Almaklumlah dedua broken kira boleh click cepat la sebab konon faham each other.

Gib ambil berat tentang dia, Gib tahu dia suka apa, Gib banyak tolong dia. Gib bagi nasibat dekat dia, Gib si mulut manis dan kuat menyakat! Lelaki berlesung pipit ni sangat bahaya buat jantung Yara! Berjayakah dia move on dari Ray? Dan GIbran pula, dia rapat dengan Yara hanya sebab nak isi kekosongan hati yang kecewa tu je ke?

---

CERITA NI.. COMEL SANGATTT😭😭😭 buku kak ezza bila je lah tak manis??? kita suka karya kak ezza walaupon simple tapi olahan dan pembawaan cerita yang buatkan kita nak baca lagi dan lagi! addicting la senang cerita🥰🫶🏻

lets start with hero kita, Gibran Jazlan — Masyaallah dia ni kannnnn geram je lah kita😩 his love language is act of service and kuat menyakat! LITERALLY MASTER IN MENYAKAT kesian betul Yara kena layan otak tak betul dia setiap masa HAHA dia telan berapa guni rumput tah dari kecik hshshs hijau bebenor the way he respects women and took care of Yara even diorang baru kenal sangat lurve and smooth je dia ngorat Yara maklumlah playboy pencen🫣

Yara Ibtisam — kita rasa en ramai boleh relate dengan dia ni🙂 sangat boleh memahami heartbroken Yara. Yara is def my spirit animal HAHA jenis nantak ko la. Tak boleh la tak suka Yara sebab dia ni comel sangat! memang patut pon Gib fell for her😂🫶🏻 i love how dia rasa selesa dengan Gib and show her true self in front of him, transparent je semua tak cover cover macam dia buat depan Ray, as you should maam!

love the relationship building between Yara and Gib. Their chemistry eiii sukaaa gilaa sebab everytime Gib menyakat, Yara taknak kalah😂 and when they are having matured conversation and give each other advices feels like they really are made for each other🫶🏻🦋 SCENE PALING BEST IS WHEN GIB PROPOSE YARA SANGAT CHEFKISS AYAT DIA other than their relay, this story also emphasizes siblings energy and sisterhoodd between Yara and her younger brother, Ayie and Yara with Adda. Punya la extrovert Gib ni sampai cepat je click dengan Ayie dan Adda

plot twist dia pon not bad even boleh bau but still tercengang LAHHH KENAPA MACAM TU PULAKK cuma kurang dekat ending Hana tu terlampau rush, tak sempat nak hadam tiber dah habis🫠 it could be better kalau dipanjangkan sedikit. apapon tak mencacatkan jalan cerita, tapi tak puas baca nak lagiii😭😭 fluffy and stress free read! SAYA SUKA!!! NAK GIBRAN SATUUU JUSEYOO😩☝🏻
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒎𝒖𝒎𝒂𝒏: 𝑩𝒖𝒌𝒖 𝒏𝒊 𝒅𝒊𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒎𝒆𝒔𝒕𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒓𝒖𝒔𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝒄𝒓𝒖𝒔𝒉 𝒕𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒑𝒂𝒓𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒊𝒅𝒊𝒉 𝒔𝒖𝒌𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒊𝒂.

Yara, dia gadis kalut. Ya. Bukan setakat kalut tapi agak malang juga. Ada je benda tragis jadi dekat dia lagi-lagi kalau benda tu benda urgent yang bos mintak.

Mulalah Yara rasa nak menangis dan tersengguk-sengguk tepi mesin fotostat ofis.

Tapi jangan risau, dalam mana-mana cerita, mestilah ada lelaki berkuda putih datang.

Rayhan. Ray. Lelaki itu pada awalnya nampak biasa je di mata Yara. Tapi Ray jadi luar biasa bila dia selalu ada bila Yara dalam kesusahan.

Baiklah orang kampung semua, mulai detik ini Yara umumkan bahawa Ray itu orang yang dia suka!

4 tahun. 4 tahun dia sukakan Ray. Baru saja nak mulakan langkah berani dan gagah perkasa, prakkk..

Itu bunyi hati Yara koyak. Cebisan pun hilang. Ray, Ray nak kahwin.

Dan Yara terpaksa telan hakikat dan berlagak kuat. Lepas majlis kahwin Ray, kononnya nak healing.

Tapi dia healang konsentrasi bila dengar ada lembaga menangis teresak-esak bawah sepohon kayu daunnya rimbun.

Gibran. Ha sudah, lelaki itu menangis kerana patah hati. Dipatah dan dilipat dua oleh Hana, bekas kekasihnya merangkap isteri Ray kini.

Sudahnya, dua hati yang tak sembuh saling tepuk beri semangat sesama sendiri. Bermula dengan kau siapa? Sampai pada lepas laku dan selesa, akhirnya yang pernah frust sudah tak lagi.

Macam ni lah mak dengan ayah kau jumpa dulu.

Sekian.
-Hikayat daripada Kak Ezza Mysara.-

Eii, apa niii cerita ni sangat comel dan skala comel dia dush tembus ke kaki langit. Dia buat kaki kau naik tendang-tendang udara dengan pakej giggling paling gedik kau pernah keluarkan disebabkan kecomelan cerita ni yang tak ada brake.

Kak, akak ni main kasar betul. Sekali dia bagi manis tu tembus terus ke hati-hati tandus yang single dan ada crush macam kami ni. Mencikkkkk HAHAHAH
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
August 13, 2024
BEST BEST COMEL JE SANTAI-SANTAI. I DO GIGGLE A LOT TOO. No unnecessary scene, simple scene simple plot but amazing story. Plot revolve 4 orang. Ray, Yara, Gibran and Hana. Yara suka Ray for 4 years, one sided crush. Gibran and Hana is a couple for 4 years. End up siapa yang naik pelamin? Ray and Hana. A biggest plot twist in Yara and Gibran life.

I happy Yara and Gibran tak proceed the plan of trying to hancurkan marriage life of Ray and Hana. Even though it seems legit for a plot. But it shows the difference. The difference yang we can find another love by not "rebound" or sakitkan hati orang lain. Ikhlas melepaskan, everything will be fine. Ada jugak sambil baca I ada terfikir maybe Gibran gunakan Yara but nooo. He do really fall for her. Not because of he needs someone, but because Yara is always there for him. As for Yara, yes dia selesa dengan Gibran more than Ray. But in fact kita memang akan end up dengan orang yang kita boleh tunjuk diri kita yang sebenar. Gibran ni hijau dia hijau yang biasa. Maksudnya tahap yang we wish every man like that. Jenis yang memahami. Jenis yang tahu apa perempuan nak walaupun a bit complicated. Bak kata Yara, buaya pencen dah renew lesen ahahahaha comelll sebab Gib just layan je instead of melawan balik. They have a great chemistry there. Gibran ni manis dia suam-suam kuku tau takdelah sampai tahap cringe tapi boleh la nak buat rama-rama terbang. Yara ni pun suka la perangai dia, sempoi and kelakar hahaha setanding la dengan Ayie. First time jumpa Gib terus jadi adik Gib dah si Ayie ni. Actually as for Ray pun he's a victim of himself. Kesian juga tapi dah bukan jodoh kan. Cumanya rasa tak puas hati kenapa Ray tak bagitahu je the truth dekat Hana. Hana shouldnt do that, betul apa kata Gib, ypou can't decide for someone life. Your life you take your own responsibilty.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
August 26, 2023
𝘈𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘈𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨.

Ada crush itu normal. Itu lah apa yang dirasai oleh Yara. Yara simpan perasaannya terhadap Ray for 4 years ye. Baru nak confess tiba-tiba Ray bagi kad jemputan kahwin. Patah seribu lah dia. Tapi, ada yang lagi patah riuk macam budak tak dapat susu. Siapa? Gibran lah. Rupanya wife Ray tu ex gf Gib. Pulak...

Tak sangka dari insiden Gib cenggeng bawah pokok, boleh cipta satu persahabatan buat mereka. Keadaan yang sama buatkan dorang senang nak 'click'. Between jadi orang ketiga or move on better untuk mereka? Ha baca
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
ANOTHER COMFORT BOOK ❤️‍🩹 Ni karya 3 by kak Ezza Ad dah baca. SEMUA FAV 😭 her writing skills sangat comfort & easy to read. Storyline 😍 & plot twist dia unexpected eh kita. Nak out of slump? PICK THIS BOOK! Ad gerenti bukan takat keluar je tapi confirm slump balik sebab teringat Gib HAHAHA. K terjahat 😝

Gibran o Gibran. Ha hamek semua pokok kat atas muka bumi ni 🌳 memang tak ada colour lain. This guy, really make my standard go high yk. Mencii 😭 dahlah ngade show off dimple dia, act of service dia lagi ngade ish, belum masuk dengan ayat bergula dia 🫠 memang lahir2 minum air gula kan bang. Dasar playboy pencen macam tak pencen.

"𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚, 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚."

"𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩-𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞."

Koma saya disini 😇 tak taulah how Yara survived. Kalau Ad dah lama gone. Sebab tu kot Ad tak jadi Yara. HAHAHA sedar diri ✅ Pleaseee.. baca.. terhasut tak? 🙈 sila baca.

𝙻𝚞𝚔𝚊 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚜𝚎𝚖𝚋𝚞𝚑 𝚝𝚊𝚗𝚙𝚊 𝚖𝚎𝚕𝚞𝚔𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚒𝚗. 𝙻𝚞𝚔𝚊 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚓𝚞𝚐𝚊 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚜𝚎𝚖𝚋𝚞𝚑 𝚝𝚊𝚗𝚙𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚞𝚖𝚙𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚒𝚗.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
June 22, 2024
My thoughts?

1. Buku ni sangat lawak ye. Aku ni nyaris nak terkehel rahang asyik dok gelak je 😂 Definitely rom com, bacaan yang ringan, konflik tak berat, boleh jadi comfort book. Strangers to lovers.

2. I love all the characters. Yara dengan positive vibes dia yang tak boleh blah. Gibran pulak terlebih sunshine, suka menyakat, terlebih caring, mulut manis. Masing-masing tengah broken 💔 si Yara crush kahwin dengan orang lain. Si Gib pulak girlfriend kahwin dengan crush Yara. Kenal secara tak sengaja tak pasal-pasal jadi rapat.

3. He fell first. Yara pulak masih blur-blur tak pasti dengan perasaan sendiri sebab dia masih tak boleh let go crush dia tu. Pastu ada pulak plot twist jeng jeng jeng. Semuanya terbongkar dan masing-masing dah mula confuse dengan perasaan sendiri.

4. Of course la aku prefer Gib over Ray. Ray tu memang la baik tapi dia penakut. Boleh pulak dia pergi kahwin dengan orang lain walaupun niat nak tolong je aku still macam hmm perlu ke. Of course la Gib yang terlebih effort. So best man win okayy?

5. Yara tu pun aku rasa nak ketuk-ketuk jugak la kepala dia. Kalau awal-awal dia berani meluahkan perasaan mungkin dah selamat kahwin dengan Ray kot. So tak adalah buku ni panjang macam ni haha 😂 eh mana boleh nanti tak dapat jumpa watak Gib 🫠

6. I think if you're in a reading slump, you can try read this book. Confirm lenguh rahang 😂 Aku habis sekali hadap je. Fast paced dan tak draggy. Penceritaan pun straight forward dan santai-santai je. 
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
March 4, 2024
Tak faham kenapa orang kata hero ni green flag ? Terjebak beli buku sebab konon hero green flag, menyesal beli.

Spoiler;
Konsep cerita ini motif pasal kahwin dari awal sampai habis. Setiap chapter ada je part nak kahwin, tak kahwin lagi la.

Hero green flag ? Green flag bila ambil gambar heroin menangis dengan mascara smudge ? Itu bukan green flag
Dah la suka menyakitkan hati heroin dengan ayat kasar. Nickname Kuntilanak tu tak green flag ye

Hero bercinta empat tahun, girlfriend kahwin boleh move on ajak heroin kahwin dalam masa seminggu? Plot dia kebetulan jumpa, setiap kali jumpa watak lain pun kebetulan.

Mak hero trauma adik meninggal dekat pantai, pergi date dekat pantai. Tak relate langsung

Typo bersepah; contoh kepercayaan kenapa tuhan ? Kepada typo kenapa. Terus lari maksud ayat u
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for adreads.
5 reviews
May 12, 2024
My Ex Crush By Ezza Mysara

2/2024

Yara Ibtisam
Gibran

Hear me out, I am such a sucker for a rom-com novel 😶‍🌫️

FULL SENYUM. Bukan tahap lebar dah tapi tahap senyum sampai ke belakang telinga.

Watak Gib is a whole green forest. Sangat green flag. The way Yara and Gib berbalas kata and Gib yang tak pernah kehabisan stok dengan ayat manisnya. Bukan Yara sahaja yang cair, yang baca ni pun terikut sekali cair 💓

Kejang pipi, banyak sangat senyum.

Cuma bila sampai dekat part Hana tu, sedih sikit. Gara-gara mereka, banyak hati yang terpaksa menanggung sakit tapi Yara dan Gib berjaya ubati luka itu dengan need each other.

kudos to kak ezza mysara. Buku Kak Ezza tak pernah mengecewakan. She always delivers a great book 🥹
Profile Image for Nurul Iffah.
21 reviews
September 29, 2024
Such a light read with minimal conflict. I felt what Yara did when having a crush towards Ray was so relatable😹 Really enjoyed how Gibran and Yara teased each other every single time they spent time with each other. I could feel the fun and comforting relationship they had. I really love the boook!!❤️
Profile Image for aunitofu .
8 reviews
September 6, 2025
Novel ni awal² baca rasa macam tak boleh nak tangkap jalan cerita dia macam mana. Awal² pun dia macam slow read. Lepas dah masuk bab² tengah baru dia rasa macam best novel ni dengan watak Gib yang suka mengusik tuh. Konflik cerita ni tak berat dan segala masalah selesai dengan pantas. Overall novel ni dia light read jer. Kudos to author 👏
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.