Jump to ratings and reviews
Rate this book

Golden Eyes

Rate this book
Nadine Rosalice.

Ceria pada zahirnya. Namun, tiada siapa yang tahu, hidupnya dihantui pelbagai kejadian misteri yang tidak mampu dijangka dek akal waras manusia. Dia juga sentiasa dihantui dengan trauma masa lalunya.

Bagai dirantai dengan nasib malang, setiap kali hari ulangtahun kelahirannya menjelma, pasti akan ada salah seorang dari ahli keluarganya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Kejadian itu berlarutan tanpa ada noktahnya.

Disebabkan insiden itu, dia sudah tiada sesiapa lagi di sisinya. Hidup sebatang kara tanpa ditemani oleh ahli keluarga sendiri. Selepas mengetahui dirinya juga diburu, dia terus melarikan diri ke dalam Hutan Isskyer di Negara Wolke. Ingin menyelamatkan diri dari terus menjadi sasaran pembunuh misteri seperti ahli keluarganya yang lain.

Damian Aswin Edzhar.

Seorang lelaki yang unik dengan mata emasnya. Sikapnya juga agak nakal dan manja. Namun, tiada siapa yang sangka di sebalik sikap nakal dan suka mengusiknya itu tersimpan sesuatu rahsia yang besar.

Kaya dan berkuasa. Itu ciri yang ada padanya.

Dia juga mempunyai sebuah hotel dan zoo yang dipenuhi dengan pelbagai haiwan. Dalam masa yang sama, dia juga merupakan pemilik Hutan Isskyer. Takdir menemukan dua insan yang berbeza latar belakangnya. Nadine ditemukan dengan Damien sewaktu dia melarikan diri ke dalam Hutan Isskyer.

“Stop it. You laughing like a monkey in pain.” - Nadine

"Looks like I'm very important to you, my little Hase." Damien

Pemburuan masih belum berakhir. Jika sebelum ini, Nadine yang menjadi sasaran pembunuh misteri itu. Tetapi kini, Damien juga terpalit sama. Nyawa mereka berdua kini berada di hujung tanduk. Disebabkan trauma masa lalunya jua, Nadine berasa takut jika Damien perlu menanggung nasib yang sama seperti ahli keluarganya yang lain. Dibunuh di hadapan matanya sendiri tanpa sedikit belas kasihan.

"I will kill you, little girl.”

Apakah sebenarnya motif pembunuhan itu berlaku? Mengapa setiap kali orang yang bersama Nadine akan menjadi mangsa pembunuh tersebut? Dapatkah Nadine meloloskan diri dari trauma masa lalunya?

ebook

4 people want to read

About the author

Nadeelle

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
1 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,059 reviews204 followers
September 17, 2025
I’m sorry...

F don’t really get the plot of this story. All F can see so far is just lovey-dovey moments between the male and female leads.

I’ve only flipped through the book... I’ll give it another try later.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
February 16, 2022
"Kenapa mata awak ni unik dan mampu tenggelamkan saya dalam lautan emas yang awak cipta tiap kali mata hitam ini bersatu dengan mata emas awak? Awak tak rasa berdosa ke bila lemaskan anak orang dalam lautan emas itu?" -Nadine Rosalice.

"Tak akan rasa bersalah kalau orangnya bernama Nadine Rosalice." -Damian Aswin Edzhar. Thank you!

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada seseorang kerana hadiahkan saya buku ini sempena hari jadi saya yang lepas. Surprise betul ya?

Novel ini mengisahkan seorang gadis bernama Nadine Rosalice yang hilang seluruh keluarganya selepas satu insiden yang menghantui dirinya. Pada suatu malam, dia membawa dirinya ke dalam Hutan Issyker untuk mencari sesuatu tetapi berakhir dengan dirinya berjumpa lelaki bermata emas dan berperangai nakal dan manja bernama Damian Aswin Edzhar yang mempunyai sebuah hotel dan zoo yang dipanggil sebagai, Edzhars Tierhaus.

Talking about the hero aka Damian Aswin Edzhar, I really like him tho. He's sweet, naughty, and protective over his liebe (love) and will do anything for her. Also, he really loves animal especially wolves. His actions always made me blush. Dasar lelaki nakal!

Aku juga suka dengan small worldbuilding yang direka oleh penulis ni. Tak pernah aku baca kisah yang mengambil tempat gabungan antara hotel dan tierhaus (animal house). Memang serius aku kata aku tak pernah baca kisah hotel zoo. Latar tempat utama juga diinspirasikan oleh negara Jerman.

Gaya bahasanya juga indah bagi aku. Cantik sahaja bahasanya. Rentak jalan cerita ini pun laju sebab awal-awal lagi dah jumpa hero novel ini. Plotnya ringkas tetapi padat. Konfliknya pun ringan. Sesuai untuk dibaca oleh pembaca yang tak suka konflik berat.

Hmm, mungkin itu sahaja daripada aku. To the author (which someone told me she's a debut and self-pub's author), please bear in your mind that you're talented. This is my first time read your book since someone gave me the book and what can I say, continue write more good stories! Viel glück für Ihr zukünftiges Schreiben!

Will I recommend this? Yes. Go read it. It's a low fantasy and more to romance book, so if you like this kind of genre, go grab this book!

Rate: 4🌟
—Fey.
Profile Image for Nursally.
22 reviews2 followers
February 26, 2023
4.7/5⭐
Buku ni menarik. Cute sangat! Suka Damian dgn Rosa. Tapi cerita ni kalau lebih kpd Damian dan Rosa mesti lagi best. Dan saya nampak potensi besar kalau penulis nak kembangkan lagi cerita ni. Awal cerita sgt best. Tapi bila dah sampai pertengahan dia jadi kurang sikit. Awal cerita nampak mcm cerita ni berat. Tapi habis baca sebenarnya light je. Tapi cerita ni tetap best ya! Tahniah kpd penulis sbb mampu buat cerita mcm ni❤. Kalau penulis nak kembangkan lagi saya sgt setuju.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.