Jump to ratings and reviews
Rate this book

Solusi Stres: 101 Tip Praktikal Kendali Stres

Rate this book
Hidup akan hambar tanpa stres, namun bukan semua stres itu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ada stres yang datang dalam hidup persis tetamu yang toksik, singgah dan kemudiannya menjajah minda.

Oleh kerana itu otak manusia dicipta dengan pelbagai struktur yang menyediakan kita dengan pertahanan menghadapi stres. Amygdala yang bersedia untuk lari atau melawan dan otak frontal yang akan memberi isyarat rasional dan membuat keputusan dengan hikmah. Namun siapa yang akan menjadi panglima yang menguasai medan pertempuran ini? Amygdala yang beremosi atau otak frontal yang tenang?

Buku ini menjawab 101 persoalan penting tentang stres dan tip praktikal bagaimana anda harus menyusun kehidupan sebagai individu yang kental dengan tekanan hidup agar stres dikuasai, bukan menguasai.

207 pages, Paperback

9 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Rozanizam Zakaria

13 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (75%)
4 stars
6 (18%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 13, 2022
Buku ini menjelaskan secara umum tentang stress dan tip-tip berguna untuk mengendalikannya. Buku ini ditulis dalam bentuk soal jawab, jadi mudah untuk difahami.

Buku ini memberikan banyak informasi baru, kadang kala perkara itu pernah terjadi tetapi kita tak faham kenapa ia berlaku.

Terdapat juga bahagian refleksi selepas setiap bab. Jadi seperti latihan untuk pembaca, untuk melihat kembali apa yang sudah berlaku.

Susun atur isi kandungan juga sistematik.
2 reviews
December 7, 2021
Buku yang sangat-sangat menarik untuk dibaca. Sangat praktikal. Buku "self help" berbahasa melayu yang agak lengkap yang pernah saya baca.
Pada bahagian awal penulis menghuraikan tentang stres serta gejala-gejalanya. Penulis juga menghuraikan dengan lengkap mekanisma bagaimana terjadinya stres. Setiap solusi yang dicadangkan disertai dengan penjelasan yang lengkap bagaimana ia menolong seseorang di dalam situasi stres.
Saya mencadangkan buku ini dapat diselitkan lebih infografik ringkas yang berwarna. Hal ini kerana, kebanyakan individu stres mengalami kesusahan untuk membaca ayat-ayat serta huraian yang panjang.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
March 6, 2022
Buku kedua di bulan Mac 2022.

Judul: Solusi Stress; 101 Tip Praktikal Kendali Stress.
Penulis: Dr Rozanizam Zakaria
Penerbit: White Coat

Seperti judulnya begitulah isinya untuk dipraktikalkan. Practice makes perfect. Pembawaan isi kandungan yang diperihalkan penulis juga mudah difahami dan dipraktikalkan. Memberi bentuk pendedahan yang lebih mendekatkan dengan situasi. Membacanya buat saya dapat menghubungkan dan mengambil intisari daripada perkara yang berlaku untuk terus fokus dengan situasi semasa. Jujurnya saya bukanlah pembaca yang gemarkan membaca tip tip tapi sesekali saya fikir kita harus berhenti seketika dan merenung kembali, maka buku ini yang sempat saya capai untuk pengisian diri. Dan dari soal pemilihan buku sebegini, saya memang akan memilih mereka yang ahli dalam bidangnya. Ia soal peranan diri, sahabat, dan masyarakat dalam mendidik ilmu pengurusan mental.
Profile Image for Ariena.
5 reviews
August 9, 2022
— Sebagai pesakit MDD, saya sangat suka buku. Menambahkan kefahaman tentang apa yang sedang saya hadapi. Ada kalanya saya terlalu takut untuk bertanya kepada Doktor dan pakar saya kenapa saya seperti itu dan ini tapi ternyata segala persoalan saya terjawab di sini.
— Harap penulis dapat pertimbangkan untuk buat another book about mental illness tapi mungkin lepas spesifik seperti cara hadapi trauma dll.
— Dari segi penulisan memang tak dapat dinafikan sangat mudah difahami. Gaya yang saya rasa semua yang baca tak kira apa jua peringkat akan faham. Seolah saya sedang bercakap dengan penulis.

Love ! 💚📚🌻
Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
October 8, 2024
Sebuah buku yang santai. Dalam lebih kurang 134 minit sahaja untuk aku habiskannnya. Menggunakan kata-kata yang begitu mudah difahami. Kalaupun ada terma-terma yang teknikal, dapat diterangkan dengan jelas dengan analogi, sinonim dan penerangan. Malah, setiap penerangan atas sesuatu perkara dimulakan dengan pertanyaan.


Tertarik dengan beberapa teknik yang boleh dipraktikkan dari buku ini seperti teknik S.T.O.P, teknik ABCDE, teknik groundin, mindfullness dan lain-lain.

Penutup kepada buku ini adalah meleraikan stigma tentang kesihatan mental serta bagaimana dan di mana boleh kita mendapatkan rawatan.
8 reviews
November 28, 2022
Buku yang sangat membantu dalam pengurusan stress dengan betul dari professional dalam kesihatan mental. Sangat rekomendasi untuk yang ingin mempelajari cara pengurusan stress dengan betul.

Selain itu, saya sedikit sebanyak boleh amalkan tips yang praktikal dalam buku ini kerana semakin dewasa makin banyak tanggugjwb yang harus dilaksanakan dan stres sangat mudah untuk hadir, jadi apabila membaca buku ini, sedikit sebanyak membantu saya dalam pengurusan stres yang baik dan betul.
Profile Image for Ainil Reads.
40 reviews22 followers
February 21, 2022
Buku yang ringkas tetapi padat. Ayatnya jelas dan mudah difahami. Banyak white area (jidar kiri kanan atas bawah yang besar) menyebabkan saya tidak merasa overwhelmed semasa membacanya. Saya membacanya perlahan-lahan supaya dapat kandungannya dapat diserap sebaiknya. Bahagian refleksi sangat membantu memahamkan apa yang diterangkan oleh penulis.
Profile Image for Syamim.
67 reviews
January 21, 2023
Penjelasan mengenai stres amat mudah difahami kerana disertakan analogi yang bersesuaian. Disertakan juga “latihan” untuk pembaca lakukan supaya buku ini bukan sekadar mencetus tahu, tetapi juga mencetus mahu dan mampu untuk melakukan sesuatu untuk memperbaiki kualiti kehidupan.
Profile Image for Nor Fadzilah.
11 reviews
July 7, 2023
Sangat membantu menguruskan stres. Banyak penjelasan dan tips berguna yang boleh dipraktikkan dalam ke hidupan sehari-hari. Moga Allah kurniakan pahala kepada Penulis untuk buku yang hebat ini. Amin.
Profile Image for Nini.
18 reviews1 follower
December 9, 2024
Bestt untukk carii solusi lagi ii yang menulis itu sendiri adalah pakar psikiatri sendiri. Sangatt recommendd😻
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.