Jump to ratings and reviews
Rate this book

Portal

Rate this book
Sebuah portal tiba-tiba muncul di tengah-tengah Kota Raya Kuala Lumpur. Para pengkaji cuba untuk mengenal pasti, apa yang ada di dalam portal itu? Tetapi setiap manusia yang dihantar untuk memasukinya, tidak akan keluar semula. Mereka terus hilang, entah ke mana.

Lantas, portal bercahaya hijau kekal berdiri teguh di tengah-tengah kota raya itu. Menjadi tempat tarikan, juga tempat untuk nyawa dipertaruhkan. Mungkinkah akan terungkai misteri yang menyelubungi portal ini? Bagaimana ia boleh berada di sini? Lebih penting lagi, ke mana sebenarnya ia akan bawa kita pergi?

208 pages, ebook

First published November 1, 2021

3 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (50%)
4 stars
8 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Najihahahaa.
1 review2 followers
November 29, 2021
Novelet yang tidak menghampakan. Sangat enjoy baca buku ni. Penuh dengan tanda tanya di mana semua orang pergi selepas melalui portal yang tiba tiba muncul di kota raya.

Saintis bertungkus lumus mengenal pasti apa yang berlaku kepada manusia yang memasuki portal tersebut. Dari permulaan cerita hingga ke pertengahan menimbulkan tanda tanya. The end was something i wasnt expecting.

Rating this book with 4 stars because the ending was a bit expecting for me...
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
January 10, 2022
#BookReview2022 (1)
📖 1/60~
4.25 🌟

"mungkin benar kata orang, bersama setiap tragedi tentu akan ada tangan² yg cuba untuk memanipulasi. Menukar sesuatu bencana kpd sesuatu yg menguntungkan" (Ismi, Portal 2021; hlmn 116)

🔅Kemunculan sebuah portal bercahaya hijau yg misteri di tengah-tengah Kuala Lumpur pd tahun 2049 menimbulkan pelbagai spekulasi kpd penduduk Malaysia. Portal yg tidak diketahui asal-usul tersebut bukanlah satu-satunya portal yg wujud di bumi apabila portal dengan cahaya berbeza turut muncul & ditemui di 20 buah negara yg lain.

🔅Setelah beberapa tahun kemunculannya, kerajaan mula melaksanakan kajian yg lebih mendalam terhadap fungsi portal tersebut. Bahkan, kerajaan turut membenarkan orang awam untuk mengembara melalui portal tersebut. Apa yg pasti, setelah 17 tahun berlalu semua pengembara samada orang awam mahupun para saintis tidak pernah kembali & seolah-olah lenyap ditelan portal tersebut ke alam lain.

🔅 Akhtar, remaja 17 tahun dilema apabila ayahnya turut membuat keputusan menjadi pengembara portal akibat desakan hidup. Pampasan yg disediakan pihak pengkaji kpd pengembara portal dpt mengeluarkan keluarga mereka drpd belenggu hutang dan kesempitan hidup.

🔅Kemunculan seorang gadis misteri keluar dr portal pd suatu malam dirasakan membawa sinar baru buat pengkaji portal. Namun, pengkaji menemui titik buntu apabila gadis tersebut bisu dan tidak mahu menuturkan sebarang perkataan.

🔅Apakah sebenarnya yg terjadi kpd para pengembara portal? Siapakah gadis misteri tersebut & apakah hubungannya kelak dgn Akhtar? Mampukah semua persoalan tentang portal misteri tersebut terjawab dgn kemunculan gadis itu? 🤔

🔅Novelet ini membuatkan aku berfikir jauh bagaimana meneruskan hidup dlm sebuah situasi yg mencengkam bahkan bagaimana utk membuat keputusan tanpa dikuasai emosi dan perasaan apabila orang yg disayangi telah pergi. Mampukah aku menjadi sekuat Akhtar? 😟

🔅Novelet nipis ini tidaklah berelemen seram/thriller spt karya penulis sebelum² ini. Namun, nilai kekeluargaan yg merupakan tema utama di samping elemen misteri portal itu sendiri menjadikan naskhah kali ini sgt sedap dibaca. Tahniah buat cik penulis & smoga terus berkarya 🤗
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
February 10, 2022
Starting je dah debor. Kepala tercabut? Eh mudah naa kepala tercabut, tersepak je kot. Huh!

Ada 2 statement yang berbeza dari Khadijah dan Melati apa akan jadi bila manusia keluar semula dari portal tu. Mungkin persoalan ni akan terungkai di Novelet kedua.

Eh, bengang plak aku ngan pompuan gatal ni. Eh.. Merpati gatal neh.. Eh.. Ntah la.. Bengang!!

Tak sabar nak tunggu sambungannya..
2 reviews
July 15, 2022
Novel yang sangat menarik sekali...jalan cerita yg penuh dgn persoalan ...namun apakah daya ada sambungan yg harus ku nantikan...
Profile Image for suha.
15 reviews
December 12, 2023
Sci fi. Jalan cerita yang menarik, even dah pertengahan cerita pun susah nak agak apa yang akan terjadi seterusnya
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
January 10, 2025
Kejam sungguh penulis sampai la ni takdak sambungan 🤣
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
January 28, 2024
Best. walau awal slow tapi ending memang mindblown. Tak sangka langsung. Menanti sambungan.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.