Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tamadun Dunia

Kitab Tamadun Rom

Rate this book
Kitab Tamadun Rom ditulis untuk pembaca umum yang ingin melihat daripada gambaran yang lebih besar berkenaan sebuah tamadun yang paling lama bertahan dalam sejarah. Ia mengandungi sejarah naratif Rom yang merangkumi lebih 1000 tahun yang ditulis secara ringkas tetapi padat. Memahami sejarah Rom sama seperti kita memahami sejarah tamadun barat dan buku ini menyediakan asas terbaik untuk memulakannya.

Dalam tiga bahagian utama yang kemudian dipecahkan kepada sub-sub judul, Kitab Tamadun Rom membawa para pembaca melalui kisah sebuah empayar yang paling berkuasa dalam sejarah manusia. Dari penubuhan Rom pada 753 SM dan tempoh awal monarki, kemudian kebangkitan republik hingga kemuncak keagungan empayar dan kemerosotan hingga keruntuhan empayar pada 476 M.

Individu-individu penting muncul bagi mencorakkan perjalanan tamadun Rom. Dari sebuah kota yang diasaskan oleh Romulus dan Remus di tepi Sungai Tiber, kemudian membawa kepada peperangan antara Scipio dengan Hannibal. Persaingan sengit diteruskan antara Pompey dengan Julius Caesar hingga membawa kenaikan Maharaja Augustus. Kemudian, empayar diserahkan kepada maharaja-maharaja hingga perpecahannya semasa era Konstantinopel.

Sejak dari awal lagi Rom merupakan sintesis pelbagai kebudayaan daripada puak-puak yang berbeza di Itali. Tempoh awal monarki (753–510 SM) menyaksikan gabungan puak Etruscan, Oscan, Sabine dan lain-lain puak yang tinggal di Itali. Sedikit demi sedikit, Rom pada zaman republik (510–27 SM) meluaskan imperium atau autoriti mereka.

Pada 270 SM, Rom berjaya menguasai seluruh Semenanjung Itali dan pada 146 SM, Rom muncul sebagai sebuah kuasa terkuat di Mediterranean. Peluasan diteruskan seterusnya mendirikan asas kepada sebuah empayar, iaitu pada 116 M telah merangkumi lebih 16.8 juta km persegi.

528 pages, Paperback

Published November 1, 2021

9 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (34%)
4 stars
9 (39%)
3 stars
6 (26%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Baihe (Lily) Yang.
16 reviews10 followers
March 14, 2022
Overall the book is good, a complete history from the beginning to the downfall of ancient Roman Empire. What is lacking in my opinion is the "mind" of the author or his conclusions, i.e. what does he thinks of Julius Caesar as the great emperor, was Diocletian's Tetrachy a better system of collegiate rule than monarchy & republic, does he thinks Marcus Aurelius was a good leader just as he was good at being a philosopher, basically his thoughts of Roman legacy as the author.

There's a section of his interview about the book; my 2 cents: he may have give more insights about his thoughts and dedicated it as a chapter in the book.

All in all, it's a good introduction book to Roman history.
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
291 reviews47 followers
May 6, 2022
The Roman History is one of the most magnificent chapters in our civilization, but one with a long penumbra, almost dragging towards its end.

This book is a magnificent feat, especially that it was written by a local author. It is no simple task to put together the almost 1000 years of history. Of course elaboration must be sacrificed for the sake of brevity, lest this book would be beyond its 500 pages in length.

The Roman Empire is defined by its battles. Built in a world yet to learn the idea of balance of power and tolerance, changes could only be realised after the end of a decisive battle and a “spring-cleaning” aftermaths.

Thus, it was the Socii War the allows greater social mobility among the people in Italian Peninsular, the crossing of Rubicon and Pharsalus that heralds the dawn of Caesar’s dictatorship, and Actium for the beginning of the Imperium.

While coursing through Roman History, one is tempted to believe that in a world of limited education and awareness, it was these “Great Men” that propels the pages of history. It is only through much later democratisation (and simplification and rhetorical use) of knowledge that changes could be elicited from mass movements and activisms. But one shudders at how easy the people surrenders the sovereignty of knowledge into the hands of the powerful few.
1 review
August 31, 2022
Baru beli daripada Shoppee Patriots Publishing bulan Ogos 2022. Belum sempat baca, jadi review awal ini untuk kulit buku sahaja. Kulit buku muka depan memang banyak menggunakan elemen yg sesuai dengan tajuk buku: logo SPQR berserta helang dan dedaun mengelilinginya, dua tiang/pillars yg mengapit nama penulis pada bahagian atas, warna keseluruhan kulit buku yg keperangan memang menonjolkan tema buku tamadun ini. Bahagian belakang pula, disertakan gambar lukisan yg memaparkan era ketamadunan Rom pada puncaknya (Maklumat berkaitan lukisan ini tidak dapat dikenalpasti). Secara amnya, kulit buku ni mmg cantik dan sesuai dengan tajuknya, kalau ada hardcover mesti lagi best.
Profile Image for Miliya.
87 reviews
December 20, 2022
Salah satu cara untuk memahami kisah tamadun Rom adalah dengan membaca sejarah melalui bahasa yang senang difahami. Kebanyakkan sejarah Rom saya baca melalui internet dan semestinya dalam bahasa inggeris. Jadi kebanyakkan kisah yang ada dalam buku ini telah saya baca di internet atau buku sejarah lain.

Pada pandangan peribadi saya, saya lebih tumpukan pada pengasas pertubuhan berbanding dengan bahagian peperangan. Ini kerana saya kurang berminat mengenai penaklukan secara terperinci, lebih kepada bahagian sejarah penubuhan, karakter dan latar belakang.

Namun, buku ini bagus kepada yang ingin mengetahui mengenai Rom tetapi sukar fahami dalam bahasa inggeris.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.