Bangsa Mongol adalah kaum nomad yang membina kuasanya dengan cara penaklukan yang kejam dan menakutkan, tetapi dalam hal ehwal pemerintahan, mereka boleh dikatakan sangat profesional, berfikiran terbuka dan sangat inovatif. Mongol menjadi jurutera penting yang memanfaatkan setiap teknologi yang pernah dicipta oleh manusia.
Bagi menjelaskan perihal faktor penaklukan dan bagaimana berdirinya peradaban yang berasal dari padang rumput yang luas, banyak perkara yang perlu difahami terlebih dahulu. Ia merangkumi pelbagai faktor sama ada dalam konteks rasional dari segi ekonomi hinggalah dalam bentuk kepercayaan rohaniah seperti mandat daripada tuhan.
Oleh itu, Kitab Tamadun Mongol akan membawa pembaca menelusuri kembali sejarah bangsa pemanah berkuda ini bermula daripada kejatuhan para pendahulu mereka, kelahiran dan kebangkitan konfederasi Mongol yang bersatu, perpecahan dan perang saudara yang melahirkan beberapa negeri-negeri Kekhanan kecil hinggalah berakhirnya era Khagan-khagan Mongol yang ditelan arus zaman.
Lelaki melayu berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini merupakan penulis "freelance" di The Patriots. Jejaka lulusan Akademi Seni Terengganu ini sangat meminati sejarah negara Turki dan menjadikan bermain gitar sebagai hobi beliau.
So far ini lah buku sejarah mengenai bangsa Mongolic dalam bahasa Melayu yang paling terbaik pernah ku baca. Nampaknya tuan penulis buku ini sangat berhati-hati bila melemparkan fakta. Jika kamu seorang penggemar sejarah dalam bentuk biografi dan chronicle timeline yg berinformasi, aku memberi rekomendasi yang tinggi untuk buku ini.
Akan tetapi mungkin tidak sesuai untuk anda yg sentiasa protagonized Chinggis Khan sebagai seorang penguasa zalim menakluk dunia, atau antagonized dan mengidolakan beliau ke tahap mempercayai Chinggis Khan adalah Muslim. Buku ini tidak ke arah itu semua, didalam setiap bab semua diterangkan secara berfakta dan kaya dengan bibliografi namun penulis sering menegaskan bahawa segalanya fakta tetaplah masih menjadi satu kemungkinan sekiranya hanya disandar pada sumber terhad walau disokong ahli sejarah besar sekali pun.
Aku juga, amat tertarik pada kekayaan maklumat yang rare dalam salah satu bab iaitu Bab ke-9 (Sistem Pentadbiran dan Undang-undang). Jujur cakap, aku mungkin tak akan pernah ketahui fakta ini jika tidak membaca buku ini, yakni sebenarnya sistem kurier/postage service (Yeah, semacam J&T atau Ninjavan dan Poslaju itu) dan sistem border pass menggunakan pasport antarabangsa, semua perkara ini, yang kita manfaatkan sebagai keperluan secara meluas pada hari ini rupa rupanya telah dimulakan oleh Mongol Empire.
Apa yang menarik itu bukanlah kerana faktanya rare semata tetapi penceritaan sejarahnya itu yg menarik. misalnya, tentang bagaimana situasi yang mendesak pemerintah Mongol ketika itu akhirnya menciptakan idea untuk memulakan sistem-sistem tersebut. Oh ya ada kebarangkalian sistem hentian-hentian di laluan sutera mungkin telah diinovasi oleh Mongol dari budaya Parsi. Ia telah berkembang pesat lalu menjadikan apa yang kita kenali hari ini di Malaysia sebagai Hentian Rawat dan Rehat (RnR).
Selepas ini aku nak menyambung bacaan dari penulis dan keluaran rumah penerbitan yang sama yaitu Amir Asyraf Alwi dan Patriots Publication. Aku tak berapa meminati sejarah kaum Turkey tetapi aku selepas membaca Kitab Tamadun Mongol aku rasakan aku perlu mengikuti penulisannya. kebetulan juga aku tiada asas pengetahuan sejarah Turkey (aku hanya mengenali Mustafa Kamal Altaturk dan Sultan Al-fateh) jadi bolehlah aku mengumpul ilmu dengan membaca buku Uthmaniyah di Hujung Jari pula. Terima kasih penulis dan penerbit!
Aight dah habis baca. Dah faham semua2 tentang penaklukan,sejarah keluarga Genghis Khan, cuma tak berapa boleh hadam kat kepelbagaian etnik dalam bangsa Mongok. Tapi story pasal conquest memang best + sedih + rasa bersyukur tak lahir zaman itu.✌️👩👧
Still nak tambah ni hahahah weyh aku suka sangat ayat penutup buku ni, tp macam ada sambungan je. ❤️
"apa yg perlu mereka lakukan hari ini hanya terus menyumbang sesuatu yg baik pada dunia dan jangan mengulangi dosa2 leluhur mereka. Bimbang suatu hari nanti akan lahir seorang lagi Khan Agung membawa 'mandat' syurga dengan ucapan keramat — Kalian telah melakukan dosa besar, jika kalian tidak berdosa, mana mungkin Tuhan mengirimkan malapetaka seperti aku ini utk menghukum kalian semua!"
hahahahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.