Jump to ratings and reviews
Rate this book

A Love to Kill

Rate this book
You're not twinkle twinkle little star but emit emit gigantic ball of gas!

Kau pernah rasa bagaimana lalinya disakiti dan dibenci? Kau pernah rasa dunia ini langsung tidak adil untuk kau?

Tiada yang indah dalam hidup Syifaa Qaireen. Semuanya malap, gelap dan suram. Jiwanya memberontak dek kepalsuan dan kebencian manusia.

“Syifaa Qaireen yang itu dah tak ada. Dah lama mati. Tunggulah sampai bumi terbalik sekali pun, dia tak akan pernah kembali!" – SYIFAA QAIREEN

Dunia yang menyakitkan seakan disinari mentari saat munculnya Haqqi Syauqi yang sudi mewarnai jiwa yang hampir mati.

Pada mulanya Syifaa Qaireen terlihat seperti twinkle twinkle little star di mata Haqqi. Jauh, berkelipan dan sering tenggelam dalam dunia malapnya sendirian. Segalanya berubah sama seperti hakikat sebenar bintang. Dari berkelipan, ia sebenarnya memancarkan tenaga gas hidrogen yang sangat kuat.

Jangan kasihkan aku. Walaupun nama aku Syifaa Qaireen tapi aku bukan penawar kebaikan kau. –SYIFAA QAIREEN

Ya, betullah tu. Kau bukan penawar kebaikan tapi peracun yang amat berbisa! –HAQQI SYAUQI

Namun, sayap yang ingin diberi dibalas dengan racun yang amat berbisa! Silap Haqqi cuma satu. Mencintai gadis yang salah.

Pengkhianatan demi pengkhianatan buatkan seorang Haqqi berubah. Nekadnya cuma satu. Hapuskan gadis yang dia cintai dengan tangannya sendiri!

Pengkhianatan apa yang telah Syifaa Qaireen lakukan sehingga jejaka sebaik Haqqi nekad mahukan nyawanya?

Mampukah kisah cinta ini berakhir dengan happy ending jikalau sang hero tetap nekad mahu menghapuskan heroin yang dicintainya?

Hapuskan aku seperti mana mahumu kerana aku adalah cinta untuk kau bunuh!

533 pages, Paperback

First published November 12, 2021

15 people are currently reading
177 people want to read

About the author

Farhah Aiddin

6 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
88 (53%)
4 stars
45 (27%)
3 stars
27 (16%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Glow.
81 reviews
September 13, 2023
3.8 star

Sebenarnya aku suka tau buku ni. Idea buku ni agak unik walau macam ala-ala sinetron macam tu. By the way, plot twist utama buku ni sumpah giler! Bergegar kepala otak aku hahaha. Plot twist buku ni memang aku boleh cakap level-level drama Thai/Korea/Indonesia okey!

*Buku ni ada trigger warning. Jadi read on your own risk*

Buku ni serius buat aku bersemangat nak habiskan pembacaan sebab ada daya tarikan pada tiap bab tu. Aku asyik rasa nak selak dan selak lagi. Walau umur watak utama ni kebanyakan lagi muda dari aku, which hero 22 heroin 17 tapi aku enjoy je baca. *Thanks to author too sebab explain pasal isu umur ni di goodreads*

Cuma watak ML dan FL dalam ni memang dark nak mati. FL tu memang psiko habis. Tapi kisah hidup dia agak tragis! Kesian. Hero tu pun. Hero ni baik tapi dia ada 1 satu sisi hitam jugak. Nak tahu sisi yang macam mana? Tu korang kena bacalah 😂

Tapi bagi aku, aku sebenarnya lebih tertarik dengan konflik dan emosi dalam THT. Yang ni memang padu. ALTK ni aku rasa kurang sikit bab 2 bende ni. Konflik best cuma tak berapa nak kasi aku *high feeling* sangat. Emosi pun tak berapa nak kuat jugak. 50-50 bagi aku. Termasuk gaya penceritaan dan olahan yang agak kelam-kabut.

(Edit : Thanks pada member yang inform pasal lamun dengan namun ni sama maknanya. Cuma pada yang sindir-sindir tu relaks ok? Aku pun minat penulis ni. Tak ada niat pun nak jatuhkan dia. Bukan apa, bukan semua pembaca tahu dan cakna tentang perkataan-perkataan baru yang sama makna ni 🙂 Apatah lagi perkataannya nak dekat-dekat (Lamun - Namun) Kat otak mesti terfikir yang ni typo 🙂 Tapi jangan risau, apa yang jadi sekarang aku akan ambil sbgai pengajaran. Cuma tetaplah buku FP lain yang aku baca memang sesetengah banyak yang ada masalah typo. Tolonglah perbaiki ya. Sekian. Maaf kalau ada terkasar bahasa ✌️)

Ada jugak certain ayat english tak italic. Kemon apa ni?! Kualiti editing ALTK agak down sikit if nak compare dengan THT. Kualiti editing THT lagi ok. *ANYWAY HAPPY BANGET DAPAT KETEMU EMPAT SEKAWAN TU DALAM ALTK. HUWAAA?!!! RINDU SANGAT KAT DIORANG!!!!*

Overall aku suka buku ni. Walau aku rate 3.8 tapi itu tak bermakna aku tak suka tau? Tapi ada beberapa kekurangan yang buatkan aku tak boleh bagi bintang yang tinggi. Sorry author.

Jangan putus asa untuk terus menulis. Saya setia menanti karya daripada cik penulis. Sebab saya percaya dan sukakan air tangan penulis Farhah Aiddin!

Something different but interesting to explore!
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 31, 2021
Tipikal orang kita, anak yang tak sah tarafnya akan dihina, dicaci, dicerca. Bagi mereka anak itu tak layak untuk hidup. Tapi kenapa anak itu dipersalahkan?
.

Syifa Qaireen. Kerana dia anak yg tak sah tarafnya, dia dihina, dipulau oleh orang. Dan yg lebih menyedihkan ibu serta nenek dia sendiri bersikap kejam terhadapnya. Hinggakan menyebabkan Syifa menjadi seorang gadis psiko. Mujurla ada bapa saudaranya yg sering disampingnya
.

Haqqi Syauqi. Turut mempunyai kisah silamnya sendiri. Mengalami Dissosiative Identity Disorder(DID) disebabkan satu peristiwa. Kepulangan mereka sekeluarga ke Malaysia telah merubah banyak benda. Terutama sekali setelah mereka masuk ke Mahligai Indah milik Tengku Mahfuz dan Tengku Ruhi
.

Banyak yang terselindung di sebalik tanah persendirian milik Tengku Mahfuz. Dan disitu juga dimana Syifa Qaireen tinggal
.

Dalam novel ni, banyak benda yang sakit hati. Watak2 ciptaan penulis serius memang mintak dimaki. Even heroin sendiri bersikap Nauzubillah. Tp sikap Syifa berpunca dari kekejaman yg dilakukan terhadapnya hinggakan dia ibarat manusia tanpa jiwa. Cuma kehadiran Haqqi banyak mengubah. Namun, keindahan tak selamanya. Satu demi satu perkara buruk berlaku. Ditambah sikap ketamakan serta pentingkan diri sendiri menjadi orang yg tidak berdosa menjadi mangsa
. Watak2 yang disangka baik menjadi sangat2 kejam. Tidak diduga
.

Tak sangka rupanya penulis menghadiahkan plot twist yang sangat2 tidak dijangka. Aku sampai, eh seriusslaaaa camni kisahnya. Cuma, di awalan kisah agak slow tapi slowly membaik dan menarik minat aku utk terus membaca
.

Penulis jugak ada selitkan watak2 daripada novel beliau sebelum ni. Tahniah buat penulis. Serius kisah Syifa-Haqqi ini sangat menarik walaupon kisahnya sangat kejam. Thumbs up. Highly recommended.
Author 6 books27 followers
June 23, 2022
Update 23/6/2022 (banyak betul update ALTK ni😅)

Saya rasa saya patut bersuara setelah ramai yang suruh saya jelaskan isu Haqqi yang dikatakan 'pedo' ini.

Haqqi - 22 tahun
Syifaa - 17 tahun

Seseorang dilabelkan pedo bila dia suka dan tertarik dengan kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke bawah. Serta masih memiliki fizikal seorang kanak-kanak. Contoh macam buah dada belum tumbuh dan sebagainya.

Dalam ALTK, Syifaa Qaireen berusia 17 tahun walaupun memiliki wajah yang polos, semestinya fizikal Syifaa bukan lagi seorang kanak-kanak. Umur dia dah 17 tahun. Haqqi pula bukanlah seorang lelaki berusia. Dia baru diakhir remaja.

Sekiranya mahukan penjelasan yang lebih lagi tentang isu pedo ini, boleh rujuk google, buku atau orang yang lebih arif tentangnya.

*Hopefully ini update terakhir untuk ALTK. Saya nak bungkus novel ni ketat-ketat dan simpan dalam peti harta karun haha😂
.


A LOVE TO KILL

Kisah yang ideanya datang secara tiba-tiba selepas baca cerpen ALTK yang mungkin ditulis pada tahun 2015/2016. Walaupun kisah ini biasa-biasa je jika nak dibandingkan dengan HQ dan THT tapi sebagai penulisnya, aku sangat sukakan ALTK. ALTK ada kekuatan dan kenangannya tersendiri. Aku suka dengan perwatakan hero dan heroin yang kontra.

Terus terang, aku sangat enjoy tulis cerita ni dulu. Biarpun aku tahu ALTK ni penuh dengan drama! Dah macam sinetron🤣

Update: 13/2/2022

Ya Allah!!!!! Serius teramat-amat kecewa dengan diri sendiri sekarang ni! Macam mana boleh terlupa perkara yang sangat-sangat penting tu?!

Sejujurnya peristiwa yang berada di bab 5 tu adalah peristiwa yang saya KIV kan sebab tak jumpa kesahihannya. Kalau tak jumpa jugak saya akan buang dan gantikan dengan sekadar dialog tapi entah macam mana peristiwa tu boleh terhijab sampai lah hari ini salah seorang pembaca ALTK tanya sama ada hadis itu sahih atau tak. Saya masa tu macam terkejut jugak sebab ingat-ingat lupa pasal tu. Ingatkan dah buang tapi saya jawab sahih je sebab selalunya yang dah jadi novel ni saya dah dapatkan sahihannya.

Tapi....

Bila tengok balik dalam buku nota ALTK, peristiwa itu masih lagi dalam status KIV! Ya Allah macam mana boleh terlepas pandang. Dah hampir 8 bulan hantar ke penerbit. 3 bulan jadi novel. Baru hari ini perasan. Itupun sebab ada orang tanya 😭

Serius sorry! Sesungguhnya saya sendiri kecewa dengan kealpaan itu. Maaf kepada para pembaca atas kesilapan itu.

Peristiwa tu saya dah tahu tidak sahih walaupun ramai guna.. dia hanya cerita rekaan semata-mata. Itu yang buat saya bertambah kecewa. Macam mana boleh terlupa nak keluarkan dari novel.

Maafkan saya. Insyaallah lepas ini saya akan lebih peka dan teliti supaya isi yang sepatutnya dibuang, saya buang betul-betul 😭🤧

.

Sebagai seorang penulis, saya tahu untuk menyenangkan hati semua pembaca adalah teramat mustahil dan i'm okay with that tapi untuk kesilapan ini, saya kecewa dengan diri sendiri. Teramat kecewa😭
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 15, 2023
My own rate for this book: 3⭐️

Please check the TWs sebelum baca buku ni. 🚨

Buku apa aku baca ni hahhaha. Not that it is bad, cuma adakah ini drama ‘penthouse’ 😂 Buku pertama yang sangat ‘dramatic’ aku pernah baca setakat ni. 😵‍💫

Buku ni bagi aku jalan ceritanya menarik, cumanya terlalu dramatik dan kadang2 aku rasa ada banyak juga bahagian yang kurang logik. 😅 Terlalu banyak benda yang jadi dalam buku ni ya. Karakter dalam buku ni mostly buatkan aku rasa takda satu orang pun yang normal dalam ni. Paling pun mungkin Al-Firasi kot 🤔 Plot twist dia memang wow 😮🤯 cuma maybe aku yang tak dapat biasakan diri aku dengan cara penceritaan dan penulisan author ni, so aku rasa ada kurang sikit kat situ. Tapi itu salah aku la kan. 😂 Satu lagi, aku tak dapat rasa sangat chemistry between the FL and ML. Aku jarang komen pasal tatabahasa ke grammar ke, sbb aku pun takdalah power bab tu, cuma dalam buku ni agak ketara, especially english sentences. Tu la yg kurg sikit bg aku. 😌

Apa-apapun, aku berpegang kepada cita rasa orang lain-lain, jdnya kalau korang nak tau cerita tu best ke tak, better korang try jugak baca sendiri. Who knows kan 😉 #emptycanvashida

Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
January 1, 2023
[BOOK 255]

A Love To Kill by Farhah Aiddin.
.

"Awak takut saya berubah hati?"
.
"Katakanlah suatu hari nanti sebelum perjanjian akad termaktub dan hati kau masih ada untuk aku. Aku hilang tanpa jejak. Tanpa kau dapat temui bayang aku langsung. Kau anggaplah aku dah sampai Icarus, the farthest star in the world. Kau tak payah cari aku. Tak payah tarik aku masuk dalam hidup kau. Pada masa tu, mungkin aku dah tak perlukan sayap kau untuk terbang. Mungkin aku dah pun ada sayap sendiri."
.
"Kalau saya pulak hilang tiba-tiba, awak pandang langit cari sirius. Bintang paling terang. Saya ada disitu. Setia menemani hari-hari awak walau dimana pun awak berada dan menghilang."
.

Yeayy..buku terakhir 2022. Pilihan yang tepat untuk mengakhiri tahun ini.
.

Betullah orang cakap, buku ni banyak plot twist sampaikan otak pon boleh jatuh. hahaha. Nasib baik, penulis ada remind aku awal-awal dulu, jangan terlalu perah otak, nanti dapat je jawapannya. So, aku baca je la diam-diam, tak nak guna otak.
.

Kisahnya, Syifaa Qaireen, pemilik nama yang membawa maksud penawar kebaikan. Namun sayangnya, Syifaa dibenci dan dipulaukan hanya kerana dia ialah anak tak sah taraf.
.

Dulu-dulu, dia jenis diam je, so, selalu la kena buli. Bila dia tahu satu rahsia tentang identiti dirinya yang berkait dengan keluarga Tengku Mahfuz, dia berubah. Menjadi psiko dan suka menakut-nakutkan orang lain dengan katak, lipas, cicak dan sebagainya. Dah macam Joker dah.
.

Dan munculnya watak Haqqi yang selalu perasan handsome ni. Annoying sungguh. hahaha. Haqqi yang merasakan bahawa dia perlu membantu Syifaa. Haqqi yang sentiasa muncul bila Syifaa pengsan.
.

Ternyata, kisah hidup mereka lebih kurang sama. Masing-masing ada sejarah hitam yang tak mampu dilupakan.
.

Dan bila terjadinya kematian seseorang yang Haqqi sayang, yang menjadi tertuduh ialah Syifaa. Namun sayangnya, identiti si pembunuh cuba disorokkan oleh seseorang individu demi melindungi anaknya sendiri.
.

Suka sebab plot twistnya. Rasa macam tak terjangkau di fikiran.
.

Tapi, aku sedikit terganggu dengan usia Syifaa. Nasib baik, penulis ada emphasize yang Haqqi hanya tersasul mengajak Syifaa kahwin (walaupun memang betul, Haqqi sukakan Syifaa). So, takdelah aku rasa pelik sangat.
.

Dan ada beberapa typo yang harapnya dapat diperbetulkan. Gitulah aku kalau baca buku yang best, jadi senang pulak nak nampak typo yang secoet tu. 😪
.

Otherwise, aku sukaaa. Recommended untuk yang ingin mengasah otak.
.

p/s: tapi aku geram sebab secoet je part dorang bahagia tu. Kedekut betul padahal bukan main seksa lagi hidup dorang selama ni. hahaha
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
March 11, 2022
[BUKU 18 | 2022] 4.5/5⭐️
Masa bab awal2, memang agak buat saya triggerred ya dengan apa yang si Syifaa ni kena. Saya pun terasa mental dengan nasib dia huwaaa. Jalan cerita ni memfokuskan pasal isu perbezaan darjat sebenarnya.

Disebabkan penulis macam awal-awal dah gambarkan ‘begini’ saya dapat agak akan ada plot twist yang akan ‘begitu’. Tapi agak sukar juga nak teka apa yang ‘begitu’

memang boleh kata, agak buat otak jatuh juga yaa dengan storyline ni. Hahahah bak kata Emily, dah macam cerita keluarga 69 bila semua terbongkar.

Baca jangan tak baca! BESTTT
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
April 10, 2022
Ambil masa sehari untuk menghabiskan novel ni. One of the best books in 2022! Plot twistsssss dia sangat lah mengejutkan walaupun di awal pembacaan tu saya rasa agak terpaksa untuk meneruskan pembacaan. Definitely worth the read ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
January 12, 2023
“You're not twinkle twinkle little star but emit emit gigantic ball of gas!”

Karya kedua penulis yg aku baca selepas Shou (Anak Patung). Sebuah naskah yg sgt complicated. Phewww, plot twist mmg tak terjangka. Tahniah penulis krn menghasilkan karya yg best. Buat aku rasa sgt emosi dgn apa yg dialami oleh Syifa Qaireen. Perjalanan hidupnya tak semudah org lain. Tekanan yg dihadapinya buatkan aku rasa sgt tak kuat sekiranya aku yg berada di dalam situasi Syifa.

Hidup Syifa Qaireen sgt menyedihkan. Dari kecil dihina & dilayan buruk termasuk oleh keluarga sendiri hanya kerana dia anak tidak sah taraf. Padahal bukan kehendaknya berada disituasi itu, bukan salah dia. Cuma bapa saudara nya yg ambil peduli dgn Syifa. Sikap ibu dan neneknya membuatkan Syifa berubah menjadi seorang gadis psiko.

Muncul pula Haqqi yg pd awalnya aku rasa sgt annoying. Haqqi yg muncul pd saat Syifa pengsan. Haqqi juga merasakan dia perlu bantu Syifa. Haqqi dan Syifa yg mempunyai persamaan. Persamaan dari segi kisah hidup yg mempunyai sejarah yg takkan dpt dilupakan. Trauma yg mereka alami bukan mudah utk di atasi. Cuma yg membezakan mereka hanyalah keluarga. Keluarga Syifa yg tidak menerimanya sedangkan Haqqi hidup dalam persekitaran keluarga yg bahagia.

Klimaks bermula dgn kematian org yg Haqqi sayang. Kejadian ini merubah segalanya, Syifa dituduh sbg pembunuh. Mampukah Syifa membuktikan yg dia tidak bersalah? Atau benarkah Syifa yg bersalah?
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
March 26, 2022
⚠️ 𝐓𝐖: mental illness, suicidal thoughts, suicide, violent, child abuse ⚠️

A Love To Kill - Farhah Aiddin

ALTK mengisahkan beberapa buah keluarga yang kononnya suci tidak pernah melakukan sebarang dosa. Akibat daripada perasan sok suci itu, antara mereka ada yang tersimpan dendam yang sudah lama mereka pendam. Akibat daripada itu, seorang gadis bernama Syifaa Qaireen dihina dan didera sejak lahir sehingga beliau berusia 17 tahun. Kelahirannya di dunia tidak pernah dia inginkan, termasuk ibu kandungnya sendiri. Disebabkan hal lampau si ibu, dia yang terpaksa menanggung semuanya sendiri. Hidupnya cukup menyeksakan dari segi mental dan fizikal.

Ketika jiwanya memberontak dek kepalsuan dan kebencian manusia, muncul seorang jejaka yang bernama Haqqi Syauqi yang sudi mewarnai jiwanya yang hampir mati. Akan tetapi, selepas mereka bertemu bermacam perkara yang sudah terjadi. Rahsia yang sudah lama mereka semua simpan, akhirnya terlerai satu persatu.

Pendapat aku tentang ALTK ini, jalan ceritanya mampu membuatkan kita yang berhati tisu menangis dan bermain dengan bermacam emosi;

Betapa sedihnya aku apabila Syifaa Qaireen sering dihina dan didera.

Betapa marahnya aku pada bait-bait hinaan yang keluar daripada mulut mereka.

Betapa gembiranya aku apabila Haqqi Syauqi dan Tengku Maria akhirnya mampu untuk terima Syifaa Qaireen dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Selain itu, ALTK ini juga membuatkan aku terfikir, adakah anak tidak sah taraf perlu merasai semua itu? Mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan tetapi akibat manusia yang durjana, mereka yang terpaksa menanggung semua keperitan dan kehinaan itu. Ini sangat tidak adil buat mereka. Mereka layak hidup seperti anak-anak yang lain! Tapi apakan daya, stigma sesetengah masyarakat terhadap anak tidak sah taraf sangat tinggi.

Sungguh... hidup Syifaa Qaireen sangat menyedihkan. Seolah-olah beliau tidak layak langsung untuk hidup, untuk merasai kasih sayang seorang ibu dan secebis kebahagiaan.

Dan... walaupun Syifaa Qaireen bukan hasil suka-sama-suka, pendidikan seks amatlah penting. Mencegah lebih baik daripada merawat. Dan untuk per*g*l, mereka layak direjam hidup-hidup! Mereka yang tidak layak untuk hidup yang sebetulnya, bukan mana-mana anak tidak sah taraf! 😤

Diingatkan, ALTK sangat bermain dengan emosi. Pada yang mahu baca ALTK, semoga anda kuat semangat!

𝐒𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧: 4.5/5 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
February 7, 2022
Wowww!!!! Speechless...hilang kata...seriously aku tak percaya saat aku temui perkataan tamat untuk naskhah ini ...Wahai cik penulis , Farhah Aiddin, you're kill it , girl !!!
Aku sudah dapat agak naskhah ini pasti tidak akan mengecewakan kerana aku sudah membaca naskhah sebelum ini , The Hidden Truth. Aku percaya & yakin !!!
Ternyata sangkaan aku benar . Seriously wahai penulis , anda telah berjaya memporak perandakan emosi aku sepanjang pembacaan . Harus diberitahu banyak watak dalam naskhah ini dan anda harus peka sebab setiap watak memang kuat & padu sekali . Syifaa Qaireen & Haqqi Syauqi , tunjang utama.
Lelahnya seorang Syifaa Qaireen , kasihnya seorang Haqqi Syaugi . Aduhhh!! emosi sungguh kerana kedua-dua watak ini . Jalan cerita yang sangat-sangat menarik , plot twist yang aku sendiri mengucap panjang (melopong + ternganga ) . Mahukan kelainan ? Wajib dibaca . Sekali lagi , Farhah Aiddin, anda memang berbakat & teruslah menghasilkan karya-karya yang lebih menarik lagi di masa akan datang , Insya Allah . Terima kasih kerana anda telah berjaya membuatkan aku pecut menghabiskan pembacaan dalam masa 6 jam ..Well done!!!!
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 13, 2022
Koranggg!!!!!!!! Best sangat2 cerita die!!! Berjaya membuat air mataku menitik beberapa kali…

1st baca aq ingtkan mcm typical cerita sedih anak tak sah taraf..kene hina..caci…tbe2 masuk pulak bab keluarg tengku…pastu aq rase mcm eleh..lepas ni ade la tu hero jadi penyelamat keadaan bagai…

Then baca lagi..omaigod..dah pergi ke bab asal usul..masing2 ade bad history..and the plot twist omaigod!! Unexpected…
After semua terungkap..aq ingtkan blh bahagia dah ni…happy ending kan…nope… a lot more conflicts still…. Arghh… sedih bila hero and heroin cant be together bcoz of situations…y??!!!!!

Anywhere…super good story..i enjoy it very much!!!! Sgt2 recommended…. Huh..penat bermain emosi and teka teki… well done writer..i enjoy it soo muchhh!!!!
Profile Image for SA.
302 reviews32 followers
August 22, 2022
Storyline is utterly heavy, it's definitely not for everyone.

Female lead grew up with endless hurdles that turned her into someone who is hard to be understood, she chose to kept herself quiet despite the criticisms and accusations thrown at her. While the male lead is like her knight in shining armor, but he barely could do anything due to the circumstances...

The plot twists are okay, some might not expect them but nonetheless they're good. This book is overall okay, it did make me cry because some scenes were just too painful.

If you're someone who enjoys heavy drama, this might be for you.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
January 25, 2022
6 stars! Terlebih best! Gila twisted psiko cerita ni. Semua teka salah ni. Twisted and very complicated family. Rasanya dalam banyak-banyak watak lelaki, Al Firasi dengan Eiyad je baik kot. Haha. Yang lain tu semua tenggelam timbul lar.
Profile Image for HajQie.
2 reviews
January 2, 2022
I really love this story❤️❤️❤️
Really unexpected story😌
Dengan plot twists nya yang 🤯🤯🤯
Byk part yg sedih n kejam😭
Pelbagai perasaan dapat dirasai🤧
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
February 13, 2022
Storyline yg tidak menghampakan, olahan yg indah dn tidak membosankan..plot twist yg sy suka..Haqqi Ayl dn Syifaa Qaireen.
Profile Image for xxx.
58 reviews1 follower
June 18, 2022
1/5 ⭐'s

Cringe characters.

Satu-satunya personaliti Haqqi ialah kekacakkan dia. Tu jela mention setiap bab. And a good brother, thats all. Oh and Haqqi juga seorang pedo, dia 22 and syifaa i assume 16. Meh aku tunjuk bukti.



"Kenapa kalau budak sekolah?"

"Tak adalah. Saya ingatkan awak dalam awal dua puluhan," olah Haqqi mereka cerita. Sebenarnya dari mula lagi dia sudah mengagak Syifaa Qaireen masih belasan tahun. Wajah itu kelihatan polos dan terserlah kebudak-budakkannya. "Ingat saya tak?"

"Your hero." Senyuman manis bak gula-gula kapas dihadiahkan khas untuk Syifaa Qaireen. Namun melihatkan dahi yang berkerunyut dan muka clueless, Haqqi mencebik. "Sampai hati awak tak ingat hero awak yang handsome penuh gaya ni?"


"What's wrong?" Haqqi kehairanan dengan persoalan kejam Syifaa Qaireen. "Saya tengah baca fakta tentang bintang paling jauhlah ni. Ada ke patut awak bengapkan insan terkacak sedunia ni?"


"Papa!" Membulat mata Haqqi mendengar gurauan papanya itu. Ke situ pula Al-Firasi melencong. Memanglah dia ada hati dengan Syifaa Qaireen dan memanglah dia sudah terlamar tanpa sengaja. Tapi gadis itu masih budak sekolah.


In conclusion, i dnf it and ask my friend to spoil the so-called twist, im not impressed.
3 reviews
May 21, 2022
Speechless! Ye satu perkataan untuk mewakili perasaan kita waktu habis baca novel hebat ni. Jalan cerita yang menarik, and relationship antara syifa dengan haqqi yang sangat sangat pain! A big applause to author sebab berjaya hasilkan novel sehebat ini.
7 reviews
May 12, 2022
Wow! Go read. You wont be disappointed. Be a little patient for the first few chaps in the beginning because i myself was a little impatient but i kept reading regardless and heck yes it is very well worth a read i promise! The big plot twist will make you go "whoa what the heck?". READ IT!
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
June 24, 2022
5/5 ⭐

‼️ TW : r4pe

Betullah apa orang cakap, plotnya bukan kaleng-kaleng. 10 min merenung siling memikirkan apa yang saya dah baca. jiwa raga semua hilang. i am questioning my sanity reading this book, urat tengkuk pun tergeliat macam otak saya. rasa macam dah jumpa plot twist? takpe depan tu ada lagi. rasa plot twist dah cukup twist? depan tu sikittt lagi hampir nak hempuk kepala sebab twist tak habis lagi. oh, kalau baca buku ni, jangan lupa bernafas tau, tisu pun letak kat sebelah kalau taknak baju basah kuyup.

Syifaa Qaireen. Salahkah dia jika berbintikan Abdullah? berdosakah dia? hidupnya seorang Syifaa tak pernah menyenangkan sesiapa. 17 tahun hidup, telinganya hanya dengar perkataan 'kau jijik!' 'menyusahkan orang' 'anak haram'. one thing i can say about her? Psycho tetapi, kesian. sangat. hidupnya penuh duri, ingin mencintai dan dicintai, semasa itulah semuanya terjadi.

Haqqi Syauqi. dia dari keturunan yang bukan biasa biasa. pertama kali bertemu dengan seorang Syifaa, di gudang. bertemu dengan Syifaa merupakan the worst mistake he ever did, mungkin? bacalah kalau nak tahu hehe. he was hurt, then he got hurt again, again and again. sakit ya, sakit sangat baca kisah dia ni. he just want to have a normal and happy family, is it wrong?

mereka berdua tersakit pada masa yang sama (masalahnya saya pun ikut tersakiti, apani tamau tamau!) papepun, make sure prepare mentally and... physically (sebab badan saya rasa lemah selemah lemahnya selepas saya jumpa perkataan 'tamat')

now, i loveee the writing style (kalau tak takkan saya nangis kan) kias nya, ayatnya, lovee sangat!! (ada 2 pov beb i loikeee) ending was perfect, never felt truly happy with the ending.

kalau nak rasa tersakiti, otak sakit dan bergerak, silalah baca buku ni.
Profile Image for Kentang.
23 reviews
January 17, 2022
* 5/5 ⭐
* TW : Physical, verbal & emotional abuse

Jalan cerita untuk ALTK agak tragis di mana Haqqi & Syifaa telah menjadi mangsa penderaan secara fizikal & mental di usia yang sangat muda.

Yang membezakan adalah Haqqi sempat merasakan kebahagiaan walau sebentar, sebelum pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan oleh orang yang disayanginya.

Syifaa pula seperti tiada jalan bahagia untuknya kerana kewujudannya seperti tidak diundang oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Tambahan pula status Syifaa sebagai anak tidak sah taraf menyebabkan ramai memandang serong dirinya. Haqqi cuba untuk memberi sayap buat Syifaa tetapi akhirnya dibalas dengan racun yang berbisa.

........

- Apa yang saya rasa masa baca ALTK, macam terkena kejutan sampai termenung. Sebab apa yang dijangkakan memang lain. Saya tidak jangka bah jalan cerita dia sekejam ini 🤧

- Sampai macam saya pun rasa dikhianati HAHAHAHAHA.

- Tapi saya suka gila dengan cerita kali ni walau pun banyak drama yang terselit. Highly recommended kalau yang suka drama sinetron 😆

-Btw, congrats Kak Far 💐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
April 26, 2023
"𝐇𝐞𝐥𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐫 𝐢𝐬 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐤𝐢𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐫!"

Syifaa Qaireen, seorang gadis malang yg hidupnya sentiasa dipenuhi dengan makian, cacian, hinaan dari orang sekeliling termasuk orang yg dia harapkan untuk lindungi dia. Hadirnya Haqqi Syauqi, memberi sinaran bintang buat Syifaa tapi akan kekal sinarkah bintang buat Syifaa itu?

"𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮. 𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚𝐚 𝐐𝐚𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮."

"𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐮. 𝐊𝐚𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐜𝐮𝐧 𝐲𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐚."

Silap Haqqi cuma satu. Mencintai gadis yg salah. Yg pasti satu tujuan Haqqi iaitu hapuskan gadis yg dicintai dengan tangannya sendiri. Kenapa ramai benci Syifaa? Apa Syifaa buat? Kenapa Haqqi berdendam sangat? Happy ending ke kisah dorang ni? Kena bacaaaa baru terjawab persoalan yg bermain di minda. Begituu😏
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Pernah tak korang blank after baca? Ya itu yg terjadi kat Ad😳 Plot after plot after plot? Wow. Almost nak jerit jugalah sebab bila baca ingat dh teka betul rupanya salah. Memang unexpected! Pain after pain? Seronok ye sakit dia. Who loves pain ha can read tau😫Storyline dia Ad memang dapat predict akan sakit sebab memang kebiasaan terjadi apa dirasa oleh Syifaa itu, tapi still enjoy sebab every pages ada je benda jadi. Memang takkan tenang lah...😓

Please check trigger warning ye. Bagi Ad buku ni dark for both main characters. But Ad memahami why they both jadi cantu😥 siapa yg teringin nak disakiti, terseksa, sedih ha buku tepat. Baca baca. Hhahahaa Ad nak cari brain Ad jap, dia lari sebab terkejut baca buku ni🤣 selamat membaca ye korang!

"𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐤𝐚𝐢, 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐝𝐞𝐫𝐢𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐚𝐭𝐢."
Profile Image for Ummu Sulaim.
30 reviews4 followers
February 9, 2023
antara the besttt novel yang pernah dibaca..macam naik roller coster turun naikkan emosi orang..ni yang nak cari lagi 2 novel penulis sebelum ni..
congratz cik puan penulis, will waiting your next karya..my feveret penulis!
Profile Image for Mai Yuka.
3 reviews
June 20, 2024
A Love To Kill ni srs best!! plot twist dia tu fuhhh tak dijangka bethollll. kesian dkt syifaa dan haqqi dorg ni watak utama tp telah diperbodohkan oleh watak lain. semua benda ni terjadi sbb tengku ruhi yang dah mati tu ye.. nak mati punn maki org lagi🤦🏻‍♀️ apapun cerita ni best gila, plot twist mantapp! mmg berkerut la dahi baca buku ni.. sekian sahaja bubyeee
Profile Image for Miu.
4 reviews
June 9, 2022
I would give this a 5🌟, tapi sebab banyak violence, abuse & k!ll!ng scene I tarik satu bintang, sumpah sedih, tapi storyline dia interesting gila, plot twist after plot twist, buat rasa macam nak naik gila pun ada, would recommend this 10/10, you tak boleh predict langsung apa yang nak jadi next, tau tau plot twist lagi, goodluck jadi gila baca ni 😭
Profile Image for zala.
33 reviews3 followers
June 3, 2022
Ok nak bgi review nii. Perghhhh bnyk betul dia punya plot 😵 pening betul fuh hahahahaha. Mmg pecah kepala la betul la apa yg review ii sblm ni ckp. Kesian betul watak syifa. Jahatnya , dia cuma mangsa keadaan. Org lain yg salah org lain yg kene haih. Apa yg hina sgt pun tak tau la. Bukan dia yg minta dilahirkan mcm tuuu. Tbh mybe aku jahat sbb aku rasa mmg ‘semua’ tu patut mati pun AHAHHAHA dah jahat sangat eee geram aku AHHAHAHA. Semua hero hero dlm ni baik sgt even ada kisah lama pluss yg nak tlg syifa tu pun takde salah lgsg dgn syifa tapi why diaorg … haihh emo ni. Sbb sayang sgt dkt hero hero syifa 🥲 ouh tpi watak hero pertama agak hmm sikit sbb tahlah lagi suka watak acu syifa tuu emm. Tpi still haqiq mmg untuk syifa. Ending for me so so je la tapi ok jaa .
Profile Image for folkluvc.
9 reviews1 follower
June 9, 2022
memang nangis teruk.. scene wildan tu ya allah and also tragic love story between syifaa and haqqi really broke my heart.. TAKTAU LA TAPI SUMPAH SEDIH 😭😭 5 STARS LITERALLY SO GOOD
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.