Kelas 4D dapat pelajar baru! Nampak macam sombong tapi rupanya baik hati. Lily Si Genius Matematik banyak membantu kawan-kawan, tetapi sebenarnya dia juga ada kelemahan. Lily sangat sukar menghafal, subjek lain selalu gagal. Ayahnya pula garang bukan main, sebatan rotan jadi makanan.
Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak lama lagi. Lalu Lily merancang sesuatu, komputer sekolah akan digodam. Soalan bocor amat diidam. Namun lain pula yang berlaku, perbuatan Lily dihidu guru.
Adakah Lily dapat lepas? Ataupun ada hukuman sedang menunggu?
Habis juga pembacaan yang satu ini. Sejujurnya, buku ini baru sahaja sampai petang tadi, terus saya habiskan sebab excited sangat.
Mengisahkan tentang Lily, seorang gadis tingkatan 4 yang merupakan seorang genius matematik. Namun, disebalik gelarannya sebagai genius matematik, dia tidaklah pandai dalam subjek menghafal.
Dia selalu dirotan oleh ayahnya yang selalu mementingkan perfectionist dalam segala aspek pelajaran, lantas itu membuatkan Lily membuat keputusan mengodam komputer sekolah untuk mendapatkan soalan bocor peperiksaan pertengahan tahun.
Apa yang boleh aku katakan, jalan cerita dan plot buku ini sangatlah smooth dan fast-pace. Ada juga beberapa tips matematik yang dikongsikan oleh penulis kepada pembaca.
Bukan hanya itu, tetapi terdapat banyak pengajaran yang aku dapat. Seperti, ibubapa mestilah tidak menekan anak-anak dalam pelajaran kerana ini akan membuatkan mereka tertekan sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan meniru itu amalan yang tidak baik dan tidak akan pernah diredhai oleh Tuhan.
Overall, buku ni memang enjoyable sebab bila baca, kau boleh sync dengan karakter-karakter dan jalan cerita buku ini.
Aku amat mengesyorkan kepada semua pembaca di luar sana, lagi-lagi pelajar sekolah untuk membaca buku ini.
Ada sahaja usaha untuk berjaya. Sama ada melalui belajar dengan tekun atau sebaliknya. Malah sanggup menggodam komputer sekolah mencuri soalan peperiksaan. Ah-ha.
Cerita yang menarik. Saya kira ia berpunca daripada harapan tinggi ibu ayah Lily yang menekan anaknya ini untuk cemerlang dalam pelajaran tanpa sedar memberi kesan buruk kepada emosinya.
Lily juga sebenarnya tersilap langkah apabila berfikiran singkat mahu mencuri kertas soalan. Beliau genius dalam matematik tetapi lemah dalam mata pelajaran lain. Ketidakseimbangan ini perlukan perbincangan, bantuan dan persiapan awal sebelum menghadapi peperiksaan.
###
Nampaknya Bookiut mula mencuri perhatian. Sesuai dibaca oleh anak-anak.
Satu lagi buku terbitan Bookiut yang sangat menghiburkan, Miss Genius Matematik dikarang sebagai novela pendek yang berlatarbelakangkan warna warni zaman persekolahan. Perjalanan buku ini diterajui oleh sekumpulan sahabat yang penuh dengan karenah mencuit hati. Karya yang dinukilkan begitu indah ini mampu mengukir senyuman di bibir setiap yang membaca dek kerana ianya secara tidak langsung membawa kita mengimbau kembali kenangan suka duka dan tawa ria zaman persekolahan. Ahhh, how I miss those days!
Pada kaca mata ilmiah, buku ini telah mengetengahkan konsep cinta terhadap subjek Matematik sebagai tema utama yang mana para pembaca dapat mempelajari banyak tips-tips yang berguna yang dapat dipraktikkan ketika mempelajari subjek tersebut. Namun begitu, tips ini masih dapat kita gunakan ketika mengulangkaji subjek-subjek yang lain juga. Antaranya:
1. Jadikan setiap guru yang mengajar kita sebagai guru favorite kita.
2. Sentiasa tetapkan fikiran kita untuk tidak mahu jadi pelajar yang tercorot agar ia dapat memotivasikan diri kita untuk terus berusaha.
Dari sudut parenting, penulis turut menyelitkan teguran secara lembut kepada ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Melalui watak utama buku ini, kita dapat lihat impak negatif terhadap anak-anak apabila ibu bapa bersikap terlalu over-achievement sehingga tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk melakukan kesalahan. Selain itu, sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam diri anak-anak boleh mendorong mereka untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dengan harapan dapat menyelesaikan dan meringankan tekanan mereka dengan cepat tanpa memikirkan akibat dari tindakan tersebut.
Satu bacaan yang sangat menyeronokkan serta turut diselitkan teladan yang baik, Miss Genius Matematik sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2022, jangan ketinggalan untuk membeli buku-buku Gen Z Celik Membaca bagi mendapatkan penanda buku eksklusif serta Kalender 2022 edisi terhad!
"Sebenarnya Matematik itu mudah dan menyeronokkan"
Siapa sini yang ada masalah dengan subjek Matematik? Kira ada hubungan lovehate relationship Matematik. Angkat tangan please 🤚🏻 Tapi kehidupan seharian kita memang memerlukan kita untuk sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan pengiraan.
Miss Genius Matematik ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Lily. Dia baru saja pindah ke sekolah baru dan ditempatkan di kelas 4D. Perwatakan sombong Lily yang bersebab itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekelasnya. Namun, perkara itu tidak berlarutan. Hubungan baik mula terjalin apabila rakan sekelas Lily tahu yang Lily sangat pandai dalam subjek Matematik dan Lily baik hati untuk membantu mereka untuk subjek itu.
Namun, Lily juga ada kelemahan. Untuk subjek yang lain dia tidak mendapat markah yang sebaik subjek Matematik dan tekanan dari ayahnya membuatkan Lily bertindak jauh sehinggakan membuatkan dirinya dalam masalah besar. Apa yang terjadi sebenarnya?
• Didikan yang terlalu keras dari parents juga akan memberikan tekanan luar biasa buat anak. Apatah lagi walaupun sudah meningkat usia masih diberikan tekanan untuk cemerlang dalam setiap subjek. Manusia ada hadnya. Bukan sentiasa dalam posisi yang akan sentiasa melakukan yang terbaik. Ada masanya turun naik juga.
• Yang salah tetap salah. Perbuatan Lily & Syafika memang salah. Walaupun ada sebab kenapa mereka buat perkara tersebut. Namun, untuk berjaya. Itu bukan jalan pintasnya. Dan Syafika, keterlaluan juga. Demi keuntungan, sanggup dia menjual dengan harga yang tinggi sedangkan dia tahu perbuatannya itu salah besar.
• Lily tidak kedekut ilmu. Satu sen pun dia tidak harapkan dari rakan-rakannya. Yang dia harapkan kejayaan bersama.
Dalam buku ini turut diselitkan beberapa tip buat pembaca. Bagaimana untuk memupuk minat dengan subjek Matematik itu sendiri. Semua tips boleh diguna pakai dan bagus juga. Boleh dipraktikan.
Menarik - tips minat matematik - study group - kawan baik-baik - nenek lily cool and the joget part is funny. but please nenek dont help lily cara ni. kesian dia.
off sikit - minat cikgu obvious sgt. maybe beza gen kot? - pace awal² tu slow sikit
pengajaran - don't be too harsh dgn anak - nak score tapi did sthg morally wrong..nonono
harapan - kegeniusan lily tu maybe boleh dihuraikan lebih wow lagi, jadi wakil sekolah ke olympiad maths ke (walaupun dia kelas 4D) or hack je server sekolah dari rumah, tak perlu pecah masuk bilik guru.
nota: anak sulung suka cerita ni. she gave 5☆ mommy bagi 3.5☆
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bacaan yang sesuai untuk para remaja. Ada diselitkan beberapa tips untuk mahirkan diri dalam subjek matematik.
Plot cerita ok. Cuma bahagian bab2 awalan agak bosan, jadi saya skip beberapa perenggan. Terlalu meleret. Masa masuk kemuncak cerita baru rasa berminat nak habiskan perenggan2nya. Ada juga pengajaran di akhir cerita bukan sahaja hanya ditujukan kepada para remaja, malah termasuk juga kepada para ibubapa.
Tajuk novel sepatutnya memainkan peranan, namun tajuknya tak selari dengan plot cerita. Sisi genius matematik tidak ditonjolkan. Kalau setakat mengaku diri pandai matematik, dapat A dalam setiap ujian matematik, dapat jawab beberapa soalan bertaraf universiti, saya rasa standard2 tersebut tak mencapai tahap genius pun. Pendek kata, tajuk Genius Matematik langsung tidak dikembangkan dengan baik.