Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sebermula, Maka Tersebutlah...Sebuah Hikayat Diri

Rate this book
Naskhah autobiografi ini memperkenalkan salasilah Nusantara dan perjalanan awal penulis. Dari sekolah di Seberang Perai, beliau memasuki Maktab Melayu, dan setelah itu mengajar sementara di dua buah sekolah. Beliau ke England, Ireland dan Eropah. Muhammad Haji Salleh pengembara tegar . Beliau melihat jiwa bangsa yang pernah menjajah. Di sinilah beliau mula menjadi manusia multibudaya dan pascakolonial.

264 pages, Paperback

First published January 1, 2021

4 people want to read

About the author

Muhammad Haji Salleh

75 books30 followers
Sasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
2 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
December 5, 2021
Naskhah Sebuah Hikayat Diri ini merupakan autobiografi SN Muhammad Haji Salleh. Permulaan buku ini agak mendatar dengan latar keluarga dan kanvas pembelajaran tidak formal penulis di Bukit Mertajam yang menekankan aspek keagamaan. Sayang sekali, kupasan pada bibit-bibit awal ini tidak cukup lumayan.

Pembacaan mula menjadi enak setelah menginjak pada bahagian kedua – yang merupakan fasa transisi penulis ke alam baru setelah menguak jendela pembelajaran di Malay College Kuala Kangsar, Perak seterusnya memancing minat penulis terhadap dunia bahasa dan kesusasteraan.

Kisah yang paling dinantikan sudah tentulah pada bahagian ketiga yang memaparkan dunia akademik penulis bersama-sama pensyarah beliau di Britain, pengalaman mengajar dan mengembara di Netherland-Perancis-Scotland-Ireland-Amsterdam yang membuatkan penulis larut dalam dunia ke-penyair-an sehingga kini.

Buku ini masih tidak mampu menandingi langgam bahasa dan keteguhan diksi yang ada pada Autobiografi Shahnon Ahmad dan Dari Salina ke Langit Petang karangan A. Samad Said.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
December 24, 2021
Saya belajar perkataan baru yang digunakan penulis iaitu iconoclastic. Penceritaan latar belakang yang luas jadi perlu fokus tentang watak, tempat dll.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.