Di sebalik tumpuan kepada perkembangan Islamic State (IS) atau lebih dikenali sebagai Daesh di Iraq dan Syria, evolusi gerakan militan di Afrika yang mempunyai kaitan dengan keganasan terutama dengan kumpulan itu tidak boleh diabaikan. Malah buku ini mengingatkan kumpulan militan yang berbaiah dengan Daesh bakal menjadikan Afrika sebagai medan pertempuran baharu.
Buku ini menyorot evolusi kumpulan di Libya, Algeria, Mesir (dengan tumpuan kepada Sinai), Tunisia, Afrika Barat dan Sahara Besar, Somalia, Congo serta Mozambique dengan membahagikannya kepada tiga fasa, iaitu sebelum baiah dibuat terhadap Abu Bakar al-Baghdadi yang mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Iraq, bagaimana proses baiah berlaku dan peristiwa termasuk keganasan yang dilakukan dalam sela masa antara baiah dibuat serta diterima serta apa yang terjadi selepas baiah termasuk selepas kematian al-Baghdadi dan baiah baharu kepada Abu Hassan al-Hashimi al-Quraisyi.
Membaca buku ini menunjukkan idea keganasan dan terorisme sukar untuk dihapuskan kerana ia bukan hanya wujud berdasarkan batang tubuh atau organisasi tertentu, sebaliknya ia mewabak daripada pemikiran ekstremis serta radikal hasil interpretasi agama berdasarkan pandangan alam yang salah dengan penyelewengan kerajaan serta tekanan ekonomi, politik serta sosial mempercepatkan penyebaran fahaman sebegitu.
This is a very well-researched book that gives a great thesis about how the Islamic State "democratized jihad" and how IS Central co-opted local insurgencies in Africa under the IS banner along with why these groups joined IS, how they formed, and much more. However, this is a bit dated - so much has changed in almost six years. Still, an important resource for understanding the IS in Africa from 2014 to 2019.