Sejahat mana pun masa lalu, kenangan tetap menjadi satu rasa yang terindah.
Seindah mana pun pertemuan, perpisahan tetap menyakitkan.
Begitulah kisah perkenalan Ammar dengan Luna yang membuat lelaki itu dikejar bayang. Luna seperti burung yang bebas terbang, menggapai apa saja yang diinginkan.
Langkah gadis itu ringan, suara gemeresik seperti angin damai. Mata pula bersinar bak bulan memancar kebahagiaan.
“Kenapa kau kiss aku?” – AMMAR
“Sebab saya teruja dengan awak! Saya gembira dapat kenal awak, Ammar.” – LUNA
“Lepas ni jangan buat kat mana-mana lelaki lagi.” – AMMAR
Dimulakan dengan ciuman di hari pertama pertemuan, tetapi suratan mengakhiri detik itu dengan perpisahan tanpa lambaian terakhir.
Ammar fikir pertemuan singkat itu cukup untuk dia mengenali gadis bernama Luna itu. Tetapi, dia silap. Segala memori itu hanya khayalan palsu yang direka oleh Rihana.
Setelah empat tahun, Luna yang Ammar temui dahulu rupanya Rihana yang dianggap sampah. Tiada lagi Luna yang bersinar cantik. Yang ada di hadapannya sekarang hanya Rihana yang rapuh dan menyedihkan.
“Kau tahu kan aku cari kau macam orang gila! Kenapa kau buat aku macam ni? Berapa banyak lagi yang kau tipu aku?” – AMMAR
Apakah Ammar masih mampu menerima siapa Rihana setelah semuanya terbongkar?
Jiwa dan identiti menjadi pertaruhan. Mampukah mereka terus bertahan?
Benarkah satu untuk selamanya, kekal menjadi cinta yang terakhir?
Andai perpisahan tetap menjadi nyata, setidaknya kita pernah terikat bersama. Seperti angin yang singgah menghembus tirai malam, seperti bulan yang lara mencipta senyuman.
Karya ni tentang kisah anak yang dibuang oleh parents sendiri. Masa baca F cam dah boleh agak siapa Luna @ Hana.
Bila Ammar jumpa balik Luna, Luna buat² tak mengenali Ammar. Dia katakan dia adalah Hana.
Hana satu universiti dengan Erni. Erni dah start ugut² Hana sampai Hana rasa sedih sangat dengan life dia.
Suatu hari Hana kena trap dengan kawan dia Gina. Rasa geli pulak pakcik @ ayah dia sendiri cuba nak merogol dia. What kind of monster is that? Geli okay!
Ammar dapat tahu Hana is Luna... all because of a scar dekat dada Hana. Clue yang buat semua terbongkar.
Diaorang couple balik. Sweet kan? Tapi of course, Erni still tak berhenti mengacau. Sampai satu tahap Ammar push Erni untuk spill the truth. Bila semua terbongkar, Ammar surprisingly minta putus. What! Hana dah merayu² tapi Ammar buat tak tahu je. Sakit hati F time ni 😤
Ammar minta putus. Hana merayu tapi Ammar ignored.
Kisah ni panjang lagi. Korang bacalah nanti. diaorang berpisah 2 tahun.
F geram dengan Ammar. Dia yang minta putus.. tapi dia jugak yang mencari² Hana semula. Ammar jugak yang selamatkan Hana dari kena bunuh.
So bila Acik Ita suruh Hana kahwin dengan Ammar. Hana menolak. Hana minta tolong bosnya Zaf. Zaf cakap kahwin dengan dia. Hana terdiam.
Obviously dia kahwin dengan Ammar juga in the end. Sebab dalam hati, Ammar tetap cinta pertama dan terakhir dia.
As expected, Karya Lollysnow ni kalau tak best tak sah!
First thing first,aku nak puji dulu cover dia yang lawa dan menarik ni ye.Suka lah dengan cover FP ni.
So,novel ni berkisahkan tentang Rihana,remaja perempuan berusia 16 tahun yang dijaga oleh ibu saudaranya di Florence,Italy.Hana asalnya dilahirkan di Malaysia tapi ibu saudara dia bawa dia keluar negara atas sebab tertentu.
Awal² bab masa Hana jumpa dengan Ammar kat Italy tu aku suka gila.Dalam kepala dah bayang mesti cantik gila tempat Hana tinggal tu.Tapi lepas je bahagian Hana dah balik Malaysia tu pembacaan aku jatuh merundum kot sampai ambil masa lama jugak nak habiskan.
Aku suka je kisah Ammar dan Hana tapi ada bahagian tu aku rasa macam berbelit dan pening sikit.Aku mcm pelik tau ayah Hana ni tak masuk penjara ke sebab buat macam tu dengan adik beradik sendiri? Mak dia tu pulak tak benci ke kat abang sendiri sbb buat macam tu dekat dia?.Kalau aku,bukan sekadar benci dah tu,tapi tengok muka pun aku tak ingin lah.Jijik!
Lepastu aku tak suka juga dengan Ammar dan Hana yang tak jaga batas sebelum kahwin ni.Part masa Ammar buka baju Hana sebab nak tengok parut kat dada dia tu bukan dikira SA ke?Dipaksanya Hana macam tu.Kalau aku memang dah marah dah tapi Hana ni menangis dan merayu pulak dekat Ammar sebab Ammar tahu yang dia menipu pasal diri dia tu.
Overal,bolehla dibaca cuma diharapkan akan ada penambah baikan untuk karya penulis di masa akan datang.
Cerita ni mmg best… Lollysnow tk penah buat jiwa pembaca jdi kacau.. Luna dan Ammar berjumpa di Florence Italy.. dord jdi rapat.. lepas seminggu Ammar tiba² balik M’sia.. lepas sethun dtg balk nk cari Luna tp Luna dan aunty die da tk dok situ..
Lepas 3thun.. dorg jumpe balik.. Luna/Rihana apply blajar kt kolej sama ngn Ammar.. dlm pada tu jugk Ammar cuba bukti kn yg Rihana tu Luna.. Bila dpt tau mmg Ammar mengamuk laa..
Tak lama dorg bercinta.. then bila Ammar dpt tau psl keluarga Rihana, trus Ammar mntk putus.. ye laa lepas abis blajar die kene pegi Italy.. nnt sapa nk jaga Rihana kan..
Sket² terbongkar ttg keluarga Rihana… and Ammar try hard utk protect, jaga hati dan perasaan Rihana nnt..
Best baca cerita nie.. psl keluarga Rihana mmg tk bole piki dek akal yee..
Masa Ammar umur 19 tahun & Raihana 16 tahun tu first time dorang jumpa kat Florence, Italy. Tanpa sedar, dah muncul rasa sayang. Memang everyday dorang spend time together. One day, Ammar kena balik Malaysia and dia pergi tanpa inform kat Hana. 1 year later, Ammar datang ke Italy untuk cari Hana tapi Hana dah pindah😓
"𝐀𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚, 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐚𝐤𝐮."
After 4 years baru dorang terserempak. But, Hana pura-pura tak kenal Ammar. Gigih Ammar fikir yg betul ke tu bukan perempuan yg dia suka dulu😫Kenapa Hana berubah? Betul ke Ammar silap orang? And why Hana buat-buat tak kenal Ammar? Ada sebab tau why Hana buat macam tu, yg pasti ada kaitan dengan parut Hana & ada kaitan dengan identiti sebenar Hana yg disorok dari orang ramai termasuk Ammar😨haaaa suspen an? yee yg membaca ni lagi kennot brain.
"𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐡."
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Overall? nice sangat storyline dia. Walaupon berbelit jugak kepala ni bila tau apa rahsia yg Hana simpan😳and ada part Ammar serious Ad rasa dia merahmu bara semangat waja🚩memang benci but after tau the truth okay sayang dia balik🙈kisah Hana? sangat sakit. Kena baca baru faham apa maksud Ad. But tbh Ad ada kurang sikit untuk beberapa part cuma tak menganggu untuk Ad baca☺️do i recommend this? yes i do! do read okay mesti korang pon cannot brain part rahsia tu. Lastly, my favourite words in this book is..
Best!!!! The story start from both of them heroin 16 and hero 19..they meet in italy and si luna ni pny la naif..she tot its ok to kiss when u feel excited..suddenly ammar kene balik msia in urgent and left luna just like that..2 yrs after that both of them meet again at college and ammar tu mpp sane..so ko blh byg tak keadaan ammar yg dah la anak dato,abg mpp pastu main basketball…aq dah imagine jadi budak junior yg excited tgk abg senior dah..hehehee..tp tu la..luna time tu rase rendah diri sgt..and plus dgn sejarah hidup die..asal usul mcm mane die blh lahir dlm dunia ni buatkn die tak mengaku die luna..and the story go on with how ammar try to prove rihana is luna and how he’s dont mind with her past..plus semua tu bukan salah luna pon..its their parent fault… i love the story..and ade part sakit ati la bila ammar halau hana tu..sebak sis wlaupon die buat mcm tu bersebab..aq harap ade lg sambungan dr cerita ni..sbb aq nak tau kisah sbnr tntang abg and kakak ammar..and people around them… congrats writer..👏👍😍😘😘
Fuh, nampaknya kedua-dua novel first dan second Lollysnow ni kehidupan hero heroinnya sungguhlah painful lagi menderitakan. Dari kecil sampai ke besar.
Pertemuan antara Ammar dan Luna di Florence, Itali menjadi titik permulaan segalanya. Bertemu ketika masing-masing masih lagi remaja dan tak berapa nak matang. Mereka hanya berkawan untuk beberapa hari sahaja tapi memori yang ditinggalkan pada masing-masing amat mendalam. Suatu hari Ammar pergi meninggalkan bumi Florence tanpa pamit pada Luna. Saban hari dia menunggu kemunculan Ammar semula. Namun tidak juga muncul.
Beberapa tahun kemudian mereka bertemu kembali. Anehnya si gadis mirip Luna tu mengakui namanya adalah Rihana atau lebih mesra dengan nama Hana. Huhu... Adakah mereka orang yang sama atau bukan? 👀
Selain daripada perasaan roller coaster, diorang dua ni banyak main tarik talilah. Bila yang tu suka, yang tu tak suka. Bila yang tak suka tu dah suka, yang suka tu jadi tak suka pulak. Ish, geram pulak kita dibuatnya. 😤
Tapikan, in real life lah, saya tak curious lah, orang dilahirkan seperti Hana tu betul ke boleh maafkan, reda dan ikhlas terima ibu bapa dia yang macam tu? Bukan apa tau, berat sangat perkara tu. Mereka tak minta pun dilahirkan macam tu. Dan mereka tak ada salah pun. Tapi masyarakat selalunya dan biasanya pasti akan memandang hina mereka yang dilahirkan macam tu. ☹️
By the way, walaupun Moonlight ni novel pertama penulis dan Benci Kurindu tu novel kedua penulis tapi saya sarankan untuk baca novel Benci Kurindu dulu baru Moonlight. Baru tally timeline dia. Sebab kalau baca Moonlight dulu baru Benci Kurindu macam berbelit sikit nak faham kronologi kedua-dua cerita tu. Saya rasalah 😬. Moonlight ni kisah adik Amanda, heroin Benci Kurindu. Dalam novel tu Ammar masih kecil lagi. Dalam novel ni pulak Ammar dah besar dan dewasa.
sebuah kisah yang sangat menarik. disebalik tawa mereka ada kisah silam yang sentiasa menghantui mereka. walaupun pada mulanya ammar tidak menyukai rihana tetapi tanpa ammar sedar dia terjatuh hati pada luna. penantian ammar selama empat tahun tidak sia sia walaupun pada awalnya si luna tidak mahu mengaku kerana darjat mereka tetapi akhirnya mereka bersatu kembali.
i suka gaya penulisan kak mira sejak dari wattpad lagi memang menarik dan teratur. kalau boleh bagi 10 bintang memang i bagi 10 bintang. banyak pengajaran yang kita dapat. memang tak expect lansung cerita ni macam ni fuh gempak betols. suka sangat bila keluarga rihana dapat terima dia. dan lansung tak expect rupanya ammar juga ada kisah silam yang perit. banyak betul cabaran ammar dan hana
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pertama sekali tahniah diucapkan kepada penulis atas kelahiran naskah ini dan tahniah buat team fp kerana sesungguhnya cover novel under fp sangatla menarik .
Kenapa perlu disalahkan anak jika diri sendiri yg tidak mampu menahan nafsu? Anak itu anugerah. Dia tidak pinta untuk dilahirkan dalam status sebegitu .
Rihana binti Abdullah. Dilahirkan hasil sumbang mahram antara ibu serta bapa saudaranya. Namun dia dibuang meskipun kesalahan itu pd ibu bapanya. Lantas, Cik Ta ibu saudaranya membawanya pergi ke Florence setelah tiada yg sanggup menerimanya .
Perkenalan singkat antara Rihana dengan Ammar di Florence membenihkan satu perasaan. Namun, mereka akur akan perpisahan. Bertahun, Rihana pulang ke Malaysia mengikut Cik Ta. Dia melupakan kewujudan Ammar ketika di Florence kerana Ammar memungkiri janjinya .
Pertemuan semula di Malaysia, membuatkan Rihana cuba mengelakkan diri drpd Ammar kerana sedar akan statusnya yg jijik dimata orang dan status Keluarga Ammar membuatkan dirinya merendah diri. Bagaimana akhirnya kisah Rihana apabila nyawanya dalam bahaya kerana status dirinya? Mampukah Ammar menjadi hero untuknya? .
Kisah yang penuh airmata dan pengkhianatan. Serius aku agak kecewa dengan keluarga Rihana. Meletakkan kesalahan atas Rihana hinggakan nyawa Rihana terancam. Tahniah penulis atas jalan cerita yg orang kata memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Tapi ape perkaitan dengan tajuknya 'moonlight'? Korang kena baca sendiri.
I really love this book! Awal dulu i beli Moonlight sebab BookTok and terbaca preview few bab dekat Watppad author and ngapp! jalan penceritaan i buatkan i dah tak hesitate to purchase direct dekat Shopee Fajar Pakeer after that haha.
The storyline is quite good, especially bila author berjaya buat phases dalam kehidupan watak-watak utama which are Hana and Ammar time awal perkenalan then lost contact and meet up again during their college life as junior-senior then breakdown phase & seterusnya. I love their chemistry yang cute in the earlier phase, their friends and orang yang dekat dengan Hana in her life (taknak spoilerkan hehe) and of course, the lesson yang author cuba nak sampaikan kepada readers which in my pov,, disampaikan dengan baik.
I believe salah satu intipati yang author cuba nak sampaikan is that - Kita, manusia yang hidup atas muka bumi Allah ini semuanya sama rata sahaja, tak ada yang patut tunding jari sana sini tambah lagi dengan masa silam seseorang. (seperti yg berlaku dekat watak utama dalam cerita ni, Hana) Bak kata pepatah orang, 'do not judge people when you are not even in their shoes'. Perit atau seteruk mana sekali pun masa silam seseorang itu, tak bermaksud orang lain ada hak untuk nak berkata-kata or do something about it unless if you pernah experience in the same situation like the person. When I read this book, it creates a lot of emotion in me, thus I feel the author did a pretty good job. Kudos !
Sejujurnya aku sangat enjoy baca novel ni. Suka watak Hana dan Ammar. Masa Ammar jadi red flag, rasa nak tampar je mulut dia. Nasib baik sekejap je dia merah. Hana pulak aku faham kenapa dia layan Ammar macam tu. Yalah, apa yang Ammar cakap tu memang agak melampau. Pastu boleh dia blah gitu je.. Haihh😒
Storyline novel ni tak berat sangat. Smooth je rasa. Rasa cepat 'ehh dah macam ni... Eh dah macam tu..'
Disebabkan 'ehh' tu, ada beberapa perkara yang buat aku rasa kurang puas. I want more tapi tak cukup. Haaa gitulah😂
Tak sabar nak baca kisah Amanda dan Harraz pula.. si Hiyaz tu sangatlah comel❤️
Menarik betul cerita Ammar dan Rihana ni. Ups and downs dia. Aku suka cara author menulis. Tak boring pun. Side character pun ada kisah masing2. The plot twist? Fuhh tak terjangka dek akal. Cuma curious gak kalau jadi macam tu, apa jadi dgn nasab dia eh?
Hana adalah seorang gadis yang lahir dari punca sumbang mahram. "Luna" adalah gelaran yang diberi kerana dia benci akan namanya sendiri. Ammar seorang lelaki Melayu yang bertemu dengannya di Florence, Italy. Ciuman pertama membawa lelaki itu terniang-niang dengan Hana, pertemuan di Universiti Malaysia dan banyak konflik sebelum Ammar betul-betul kesan Adakah itu Luna yang dia cari selama ni? Sejujurnya buku ni ajar kita untuk semangat dan love ourself, tak kesah lah kita dari keturunan atau keluarga mana pun jangan pernah sama sekali putus asa dengan diri. Hana banyak sangat derita dari kecil hingga besar, kesan parut dan abused oleh kedua ibu bapanya buat dia trauma sehingga besar. Tapi trauma dia masih berada didalam hati dan tak pernah hilang, kewujudan Ammar sebenarnya buat hidup Hana cerah walaupun banyak pergaduhan. Ammar pula seorang watak lelaki yang independent, hidup dia sama seperti Hana keluarga berpecah belah tapi siapa sangka dia masih mampu bertahan. Watak Erni juga bagus, aku suka dengan dia. Seteruk mana pun dugaan dalam hidup, pasti ada seorang yang Allah berikan petunjuk. Overall this book memang akan melekat kat hati sampai menangis, and i rate ⭐⭐⭐⭐⭐/5 sebab sangat related. (TW)
i always set high expectations on lollysnow’s work after reading SHE. so um yeah.. i keep comparing to SHE so what i could say, its a good book but doesnt meet my expectation. miscommunication (a trope i hate so much). the characters are unique at first but then both becoming childish and immature in the middle. and the plot is repetitive. Hana with her own same problems from the beginning till the end, like she couldnt move on which lead to all the conflicts in the book (its her book so make sense its all about her but nah-). and Ammar, hmmm cant u just communicate and end things with good terms instead of mocking and insulting her? sacrifice? yes and no. more lean on the NO! wth. and yeah, its her first work right? so make sense when i first read, its giving wattpad.
i coulndt stop reading in the middle. when Ammar starts discovering the truth about Hana. and then until they decide to end things, uh.. the plot becomes repetitive and its nice but boring at the end. its kinda fast too and includes too much side characters story but its good and fun to read.
p/s: took a month to finish (kinda cringe and boring at first then decide to stop) and when they meet back, i couldnt stop reading it and i finish it in just two days 🫶🏻 such a nice read
Suka dengan storyline cerita ni tapi there's some part yang aku tak boleh brain sebab rasa macam tak logik?
Part kahwin tiba-tiba tu😭
Storyline best. Starting dengan Hana yang tinggal dekat Itali then jumpa and kenal Ammar. After that dorang berpisah tak jumpa untuk few years. Bila jumpa balik Hana pura-pura tak kenal tapi Ammar yakin dia orang yang sama. So agak-agak Ammar berjaya tak bukti kan dia orang yang sama?
Ha gitu. For me still ada istimewanya di situ. Cuma ada lompong sikitlah.
Characters development pon mantop. Hana yang awal-awal lembik jadi kuat untuk pertahankan hak dia. Ammar yang awal-awal ego jadi lembut dengan Hana.
Pengajaran, Jangan terlalu salahkan masa lalu untuk melangkah ke hadapan. Pilihan yang kita ada pada hari ini adalah teruskan kehidupan dengan baik.
Saya confuse bila pada pertengahan cerita, nama isteri Dato' Syafiq is Yani, right? Tapi bila hujung-hujung nama isteri Syafiq bertukar Erma?😭 Ke aku yang tak perasan Syafiq ni kahwin lain?
Pape pun, teruskan berkarya cik penulis. Saya yakin next story mesti lagi best💯
oh my god i had mix feeling ye lepas baca buku ni. trope of this book is strangers to friends to strangers to friends to enemies to lovers ye 😀😌 nampak tak roller coaster disitu.
firstly, ammar. beliau tidak kalah sama dengan abang beliau ya. sama ii traffic light. tapi harraz ok lagi. depan ii je red, sampai belakang dia dah green dah. tapi ammar :) beliau red terlebih ye. sampai belakang dah nak the end tu baru nampak dia green.
he's red bcz, ammar tak jaga batas sebelum kahwin. i know hana yang mulakan dulu. but hana is just that innocnet child yang dibesarkan oleh keadaan sekeliling. ammar tak jaga ikhtilat. dia marah and tak bagitau sebab. berahsia and so on.
hana, apa yang saya boleh cakap, saya kesian dengan kehidupan dia. saya tak sedih, lebih kepada kesian. dari dia lahir sampai dia kahwin, hidup dia bagai dipermainkan. diberi pilihan yang dia sendiri taknak. saya suka masa dia savage gila layan ammar lepas ammar tinggalkan dia 2 tahun tu. masa dia buang bunga lavender keluar dari kereta tu. hshshs savageee. but unfortunately she's hana. dia maafkan semua orang yang pernah huru harakan perasaan dia :)
typos dalam buku ni lagi banyak ye daripada bkr. *tahan sabar*
too much character in this book buat saya keliru. anak ii buah cucu cicit semua ada la. buat saya confuse ni anak sape pulak ni ?
i will keep this book just bcz of hana and ammar + hiyaz moments je. ada jugak characters yang tak perlu wujud pun dalam ni. just nak buat masing ii main tarik tali je. and it's just so unnecessary for me.
anyway, what i love about this book is bila ammar punya green side muncul. and HARRAZ AND AMANDA TOO. i love them so much HAHAHAHAH.
scene erni dengan zafril tu pun agak draggy for me. tak perlu kot panjang lebar gitu. and zafril 🤨 you has known your wife ada kanser, why you pergi buat projek lagi ? and erni takut nak bagitau zaf dia pregnant. in the first place, diorang tak patut membuat pun.
oh my god dah macam hate comment dah aku bagi ni 😭 cuma tulah. this book is a bit no for me. scene pun jumping ii. bab 55 saya tak paham mende langsung ye 😌
mulanya saya fikir kalau hana maafkan ammar jugak lepas apa yang dia buat selama ni , i will back off from this book tau. but things got quite heartbroken for me untuk teruskan perjuangan pain ini. ammar and hana history is 🫶🏻. imperfectly perfect with flaws ye diorang berdua.
comel ye mereka ni lepas hana dah mengandung HAHAHAH. sampai kene suap makanan ye ammar sebab trauma
This entire review has been hidden because of spoilers.
BOOK 12 📚 TAJUK : MOONLIGHT by @lollysnow _________
📌 RATING : 4.7/ 5 ⭐️ 📌 PAGES : 581 📌 AGE : RIHANA / LUNA muda 3 tahun dari AMMAR _________
First of all, kalau korang nk baca novel ni, better baca Benci Kurindu dulu sbb Ammar ni adik kepada hero/heroin dalam Benci Kurindu 🥰 And kalau dh baca novel tu blh la faham sikit salasilah keluarga Ammar 🤣 ————
Perkenalan Ammar dan Luna di Florence, Itali yg cuma sebentar tapi mampu membuatkan Ammar angau dan mencari Luna separuh gila setelah dia terpaksa pulang ke Malaysia tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Ammar tidak berputus asa mencari Luna sehingga 4 tahun berlalu ..
Ammar yg kini berusia 23 tahun, seorang wakil pelajar di sebuah universiti, berjumpa dengan seorang gadis junior yg saling tidak tumpah seperti Luna. Namun gadis itu seperti tidak mengenalinya. Betulkah itu Luna nya ? Kenapa gadis itu, yg bernama Rihana seperti tidak mengenalinya ? Kalau betul dia Luna, kenapa gadis itu kelihatan berbeza ? Bukan lagi Luna yg bersinar cantik. Cuma ada Rihana yg rapuh dan menyedihkan .
♡ Serius cakap waktu baca novel ni, terasa vibe Harraz (Benci kurindu) dalam diri Ammar. Yelah sbb adik beradik kan 😂
♡ Saya suka novel ni sbb ada character development. Ammar yg pada mulanya agak ego dan keras kepala berubah jadi lembut, manja dan suka mengalah lepas kahwin dgn Rihana.
♡ Rihana pun yg padanya amat ceria sewaktu di Itali berubah menjadi lembik dan merendah diri setelah dirinya menginjak dewasa dan dia mula faham dgn status dirinya yg tidak layak untuk Ammar. Dan lama kelamaan Rihana menjadi kuat dan tabah untuk mempertahankan diri dan haknya.
♡ Mcm biasalah novel lollysnow, saya akan ckp SAYA SUKA SEMUA SIDE CHARACTER !! Haa giteww 😂 Kawan2 Ammar semua baik ! Love teruk dgn diorang. Family Ammar pun. Amanda, Harraz. Oh tak lupa juga Hiyaz. Elele comel jee anak saudara Ammar ni. Sikit sikit pak ucuu. Tapi panggil Rihana “kakak” 🤣
♡ Mmg sedih gila life seorang Rihana. Tabah betul dia mengharungi hidup dia. And Ammar pn mula2 benci la jgk dekat dia sbb amboii 🚩 ye kamu. Tapi lama lama mcm faham la jgk kenapa dia buat mcmtu 🥲
- Buku ni banyak typo. It's kinda disappointing tau bila baca buku gitu lagi2 kalau dari author yang kau minat. Boleh jadi dnf - so ini mengisahkan Hana yang dibesarkan di Italy atas beberapa faktor dan berjumpa dengan Ammar. Damn at first I thought the FL ada masalah like why she act like that is it because orang sekeliling dia? She terlalu bebas. - Dan kemudian mereka berjumpa semula setelah 4 tahun dari situ kebenaran mula terungkai and Ammar start act red flag (menyala for real) ceit dari nama pun dah boleh nampak aura dia. Apa yang dia cakap dengan Hana sesuatu yang tak patut. I might fikir dua tiga kali nak terima balik. Reason dia tak strong. And bro act like childish tak matang langsung euw. - anyway I don't understand with this family punya mindset. Ini kita panggil family enabler tau. Wdym anak kau buat salah lepastu kau biarkan atleast sumbatkan la dalam penjara ke apa ke and instead of salahkan anak sendiri dia salahkan budak yang terang2 tak berdosa. Mana akal fikiran yang Tuhan beri. Dihh and mangsa pun tak trauma ke!?
Mengisahkan tentang Hana @ Luna, gadis yang terhasil dari hubungan sumbang mahram antara seorang adik dan abang. Kesian ya dekat Hana kena tanggung penderitaan sejak kecil. Biasalah, anak haram akan dibenci. Dahlah ditinggalkan Ammar yang pulang tanpa pamit.
Ammar pula. Sejujurnya saya tak berapa suka watak Ammar. Suka paksa-paksa. Buat keputusan sendiri. Pentingkan diri. Marah-marah Hana sampai naik tangan. Kenapa tak jujur je kalau tahu sesuatu? 😒
Hana pun satu, mudah sangat memaafkan. Padahal derita yang dia lalui tu agak panjang. Bagi saya, Hana ni tak tetap pendirian. Dan sedikit pelik Syafiq dan Watiya boleh berbaik dekat hujung. Si syafiq tu tak kena penjara ke sebab berzina dengan adik? Hmm.. tentang Erni dan Zafril pula no komen. Bagi saya, saya tak berapa suka ada kisah cinta sampingan di hujung-hujung. Nasib baik tak overshadow watak utama.
Saya mampu kasi 3/5 untuk karya lollysnow yang ini. Biasanya saya bagi solid 5. Maaf kak lolly 🥹✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
4/5 for this book sebab i respect gila dgn hana! if i were hana pun, entahlah i would never forgive them. Hana makes me wondering macam ni ke perasaan anak2 yang “lahir special (kena baca dulu then yall will get what i meant haha)”? andaikata ya, they are vvvvvv strong. and thats not their fault pun!
i geram jugak dgn sikap ammar. i memang nampak sikap harraz in ammar. mmg author ni sgt teliti ye. hahaha oh ya before baca ni, i think better baca benci kurindu dulu sbb ni pasal ammar adik amanda. i punyala geram dgn sikap ammar pada mulanya, kenapa dia tak terus terang je!!?!?!! at that point, i prefer harraz even i benci jugak dgn dia HAHA
he is 10 but.. anak bongsu..
hah whatever it is, yall kena baca! it wasnt the best sbb i nak lagi moment hana dgn family diaaa but okay bnyk pengajaran! if you hesitate, nooo just buy it ok!!
Buku ni stand alone tapi kalau nak faham lagi boleh baca buku Benci Ku Rindu dulu, buku tentang abang dan kakak Ammar. Dalam Moonlight pun banyak scence Harraz and Amanda. Awal cerita I love watak Rihana, happy go lucky. Ammar ialah kawan Rihana yang pertama sejak pindah ke luar negara so dia teruja la nak lagi orang melayu. Tiap hari dia akan tunggu Ammar sebab nak jumpa Ammar. Sampailah diorang terpisah. Ammar cari Rihana balik after years macam orang gila.
Pertengahan tu macam okay sebab Ammar boleh terima Rihana semua tapi bila hit klimaks I macam Ammar ni apahal ayy takleh fikir betul-betul ke. Geram jugak. But so far memang best. Never disappoint in Lollysnow books.
Honestly, i ada high expectation on this novel since prev work yg i baca by this author i suka gila. Tp hm i agak kecewa. Jalan cerita awal nya dh okay, tp part kahwin tu i really2 disappointed and tak logik. Sgt turnoff dgn cara characters lain buat kat Hana masa tu. Like she is her own person, and grown female on top of that. Dia blh buat decision sendiri without kena paksa macam tu. Blh tahan geram and down jugak baca part tu. Lepas sampai part tu i kena take 5 dulu sbb rasa nak baca dari 100% terus turun ke 2%.
It's really nice. Cuma cerita dia kind of berat/menyakitkan. Asal usul Hana terlalu pahit. Anak sumbang mahram antara 2 adik beradik really make me shocked. Semuanya terlalu mengejutkan. As ini first time saya baca novel berlatarkan sesuatu yang sebegini so memang suka sangat. Penulisan LollySnow bagi saya quite nice. Saya suka. Recommended for those yang nak baca👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
4.6/5. Buku sulung ni kurang sikit drpd buku kedua BKR tuu. entahlah maybe preference saya more kpd buku pain yg melo cam BKR tuu haahahaa. But still a good read hihii. Aci tak nak rq cite pasal hiyaz plk? aaaaa takpuas lah ngn hiyaz tuu comell sgttttt!
Citer ni pasal Ammar which is adik Amanda n Harraz from benci kurindu. Tak tahu nak review camne tapi heroine dia sumpah kesian. Tapi I lebih suka benci kurindu dari moonlight. Papepun Ammar greenflag tau. Maapla kita tertuduh dia redflag pulakkk
I baca from wattpad at the first and mashaallah I really love it and I jenis hati tisu pergh nangis teruk tak tahulah kena tapi terasa berat dia sampai ke hati gitue 😭
i can't brain the first few chapters but i really love it now!!
Moonlight sarat dengan konfliks yang memanjang tetapi its so good! it teaches us to accept who we are and terima takdir yang berlaku. i love every bit of this book.
Ammar is a different breed. he's a bit of gentleman and bad boy. i love his effort and all about him. dahla taknak cite panjang, pergi baca buku ni!! saya suka gila trio (Ammar, Ian & Zafril) ni ish!!