[BITTERSWEET MR BATRACHUS BY PYNAT MOURI]
Akhirnyaa, habis jugak baca buku ni yeayy. Alhamdulillah. 🥰
Sejujurnya buku ni sangat berbeza jalan ceritanya daripada novel-novel yang pernah dibaca. Sangat padat dengan pengajaran.🤍
Berfokuskan tentang pusat jagaan orang tua, kisah mereka diungkap satu persatu. Penulis berjaya membuka mata, menyentuh hati dan perasaan saya. Bila baca novel ni memang banyak teringatkan keluarga, mak ayah atuk nenek.🥺
Kisah orang biasa, yang bukan fantasi, sememangnya wujud dalam kehidupan seharian kita.
Cuma, dari segi pembacaan, terlalu banyak karakter yang dikeluarkan, dan pov karakter-karakter juga seolah2 seperti melihat kaca tv. Sekejap pov Adi Miyaz, sekejap pov Maddy, kadang² pov Dr, dan tiba² pov bapak Maddy lah. Sangat baru dan agak kekok untuk saya baca. Biasanya pov tak lebih dari dua kan? Ke saya je baru jmpa novel begini?🤔
Kalau tanya, ada tak manisnya? Adaaa, tapiii, di hujg cerita baru kita nampak hero heroin membawa hubungan mereka ke langkah seterusnya. Agak kecewa sbb mereka asyik gaduh, dan masing² punya ego yang tinggi. Sampai buatkan saya mcm, "Sudah²lah tu, masing² dah suka kan. Aiyooo" Haa begitu.😌
Kalau dari segi watak, actually, saya tak suka watak Adi Miyaz, dia mcm rasa bagus. Saya rasa saya lebih memahami Maddy, kenapa Maddy bertindak begitu begini. Tapi, aww, Adi Miyaz ni macho giler (dlm bayangan saya la) dengan motor Benelli nya. Haishh. 🥵
Hoo, itu sahaja daripada saya. Untuk pembaca yang sukakan buku penuh dengan pengajaran, yang terasa dekat dengan kehidupan sebenar kita, nahh, buku ini untuk anda. Saya pasti, banyak bnda yang dapat diperoleh hasil daripada pembacaan buku ini. Tahniah kepada penulis kerana mengetengahkan isu sebegini di dalam novel anda. Sekian.😬