Jump to ratings and reviews
Rate this book

KELABU: 2

Rate this book
Sekuel kepada novel bestseller KELABU.

Kalau ada yang sudi bertanya – warna apa yang aku pilih untuk melambangkan diri dan keadaan aku sekarang... aku akan pilih biru. Ada suatu ketenangan yang aku cuba capai dan kesedihan yang aku cuba lupakan dengan warna biru. 

Kalau aku jawab bagi pihak Amir – aku akan pilih kelabu. Tapi mungkin juga, warna tu sesuai untuk aku...

288 pages, Paperback

Published December 24, 2021

8 people are currently reading
160 people want to read

About the author

Nadia Khan

30 books520 followers
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (32%)
4 stars
70 (34%)
3 stars
53 (25%)
2 stars
12 (5%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 54 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
December 12, 2021
Kali ni, NK bawa kita menyelam perasaan Shah melalui POVnya.

Cerita bermula perlahan sebab dah lama juga baca buku yang pertama. Selain Amir dan Shah, ambil masa sikit nak mengingat watak lain. Once dah berkenalan semula dengan semua, barulah lancar terasa. Sukalah watak mak Shah. Sweet sangat hubungan Shah dengan beliau.

Pembaca KELABU mesti nak tahu apa yang terjadi kepada Amir dan Shah. Tanpa bongkar lebih banyak, saya hanya boleh kata mereka okey. Endingnya realistik.

Seiring dengan kematangan usia, cara watak menangani masalah juga sama. Walaupun ada part meleret, saya belum sempat rasa bosan. Boleh jadi juga kerana stail penulisan NK yang sempoi dan dialog yang tak cringe.

Nampak macam bacaan santai, tetapi Kelabu 2 ada mengetengahkan isu kesihatan mental. Mungkin ada babak yang sensitif buat sesetengah orang jadi awaslah [tw: ]. NK menggunakan latar tahun 2019 ke atas, yang mana boleh buat kita relate bila watak-watak tu terkesan dengan PKP. Mengundang memori betul, raya tak boleh balik kampung. Tahun ni dapatlah balik harapnya. Tiber.

Kesimpulannya, bacaan ringan yang okey. Terima kasih buat penulis kerana sudi berkongsi cerita. 3.5*

PS - Mohon rakan-rakan manfaatkan fungsi < spoiler > jika perlu, agar kita tak ruin pengalaman membaca orang lain seperti yang berlaku pada KELABU. Terima kasih :)
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
May 11, 2025
Ending dekat Kelabu yang first tu tidak indah ye. Setelah saya baca yang kedua ni, baru ku tahu Amir still Amir.

Ini baru real apa itu anxiety. Susah sebenarnya nak faham bagaimana orang yang ada masalah mental rasa dan hadap. Jauh bawak diri ke New Zealand sana nun, ingat benda boleh hilang macam tu je ke. Kau tetap jugak kena hadap dengan Amir.

Saya faham apa yang penulis cuba sampaikan. Terima kasih untuk kisah Shah. Kasihan sangat pada Shah. Dia dapat teruskan hidup apabila Amir sendiri jauhkan diri. Pada akhirnya dia dah dapat besarkan seorang anak. Maybe seorang saja kot.

Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
January 16, 2022
Don't get me wrong, I still love the author's writing style and I really appreciate that she actually writes a sequel dedicated to the second male lead in the first book, Kelabu, who's Shah, Amir's best friend. We all rooting for this dude, so the author delivers it. Shah's POV is honestly refreshing and to know so many sides of him in this book is very much needed.

I also like the issues highlighted this time around, it's not just LGBT, mental health and self harm is also heavily discussed in this book. So, TRIGGER WARNING: self harm, bloody scenes, drug abuse, rape. Please go into this book carefully.

What fell flat for me is the way the author makes readers curious about Shah's life. In the first book, she has all planned out and it was done so seamlessly. But in this book, way too many sentences ends with ellipses and questions. At one point, it irks me a bit because it's overly done like why can't she makes me curious without too many hanging sentences like she did in her first book?

Another thing is the plot twist, I kinda slowly seeing the twists coming so when it actually happens, I actually figured it out, hence that surprise element wasn't quite there like Kelabu. I know I'm comparing these two books a lot but I can't help it when one is a debut novel and one is her latest work but how come the latter feels lesser than the first book?

But when it comes to emotions wise, yes, Kelabu: 2 gives more emotions, I felt disgusted, upset, angry, emotional, this sequel surely trigger more emotions compared to the first book and I think that's good.

Then, these are small things that I feel can be taken out of the book and replaced with, PRU-14 and Covid-19. I literally rolled my eyes when I saw Covid-19, I feel the plot can still move without it. Idk why authors feel the need to include this into their novels just because the timeline is set around 2019-2020. It feels like it's there just to somewhat move the plot a little but mostly it's used for the characters to make small conversation about it hence I feel like it can easily taken out and the story could be even more interesting in some other way.

Besides that, we're given an extra short story about Jun and her grandchildren, I assume. It kinda irks me as well as the story is set in future and it's June reminiscing her past and about how they manage to get LGBTs' rights to get married here in Malaysia too. Uhh, idk... It's pretty underwhelming for me.

Overall, this book has given so much more yet it doesn't reach the standard of its first book. I did cry at the end of the book and that ending is pretty satisfying even though it's a cliff hanger compared to the first book's ending which drove me insane. But I'd say, Kelabu:2 falls on the underwhelming category.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
December 29, 2022
If I'm no longer that man who has everything, that means I no longer have all the answers.
.
TW⚠️: lgbtq, self-harm, harsh words (minimal)

Berketabalan 271 muka surat, KELABU: 2 menggunakan pov Shah pula. Jujurnya, di suku awal kisah tu agak perlahan, banyak kali juga tutup buku, tapi bila sambung baca, baru beberapa jam je, eh, dah habis??

Kisah Amir buatkan saya nak tahu bagaimana Amir akan solves semua masalah dia, tapi Kisah Shah pula buatkan saya nak tahu his past, what happened? Apa yang Shah dah lalui?

Dan

Bila segalanya tersingkap, i gasped. What? Traumatic sangat ni. I want to hug Shah. Dan, menuju ke akhir kisah, saya berharap Shah dan Amir dapat happy ending.

Dan

Saya sukakan hubungan kekeluargaan Shah dan ibu bapa dia. Shah is really a good son. He can be a good father too, if he has his own children.

.
Cons,
Hingga ke akhir pembacaan, agak kurang(hampir tak nampak)​ nasihat penulis bagaimana tersimpangnya hidup watak-watak dalam kisah ini. Pembaca yang mencari sebab untuk 'membolehkan' mungkin akan salah baca mesej tersirat penulis yang sangat tersirat.

Semestinya, nafsu menyukai kaum sejenis lari dari fitrah asal manusia. Malah untuk watak yang berlandaskan naluri yang tegak, mengamalkan hidup sosial yang agak bebas. Maka, kembalilah pada agama, sesungguhnya telah Tuhan nyatakan tentang yang haq dan yang batil.

Dan

Bukan ke Amir dah kembali ke fitrah asal dalam buku 1? Ke tak eh? Kena selak balik la ni..

Kisah yang agak baik untuk dijadikan teladan dan diambil iktibar tentang gaya hidup sosial, hedonisme, songsang dan memberi sedikit pendedahan tentang kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety).

Terima kasih untuk senaskah kisah hidup Shah ini.
Profile Image for Hannan.
40 reviews
January 7, 2022
To Amir,

You really are a good person. You stand by your principles and that’s what I found it very inspiring.

And to Shah,

Shah, you deserved all the happiness in this world. You went through hell. Gosh! I wish I could give you a big hug.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews16 followers
June 17, 2022
Dah lama tak menangis baca buku. Lagi-lagi kalau buku fixi, almost tak pernah. Mungkin sebab penulis main sentimen mak kan, aku sensitif sikit. Kahkah.

Apapun, penulisan dan jalan cerita yang sangat bagus. Mendalam. Emotional. Depressing juga.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 19, 2023
POV Shah.

Kelabu 1 lagi mengancam.
Ni rasa slow betul nak habiskan.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
June 15, 2022
'We can be scarred we can be broken. But we don't really change.'

'Maybe we are bad for each other. But in a good way, if that makes sense.'

'Just because I live in shades of grey, does not mean I don't need a black and white world.'

________

Setelah lapan tahun waktu berlalu Shah kembali semula ke tanah air sendiri for good. Apa yang telah berubah dalam tempoh itu -- persahabatannya dengan Amir, pilihan Amir, kehidupan diri Shah sendiri atau lebih tepat dirinya sendiri; Apa yang telah berlaku dalam tempoh itu yang telah menyebabkan semua perubahan itu.

Waktu lapan tahun itu akan tertinggal dibelakang tetapi tidak pernah segaja ditinggalkan, menjadi yang lepas tetapi tidak pernah dilepaskan. Shah akan hidup pada selepas lapan tahun itu dengan melalui hari-harinya tidak tanpa fikiran kebelakang tentang hari-hari pada lapan tahun itu.

Dan Shah kini akan hidup dengan konflik dalam dirinya sendiri -- menerima sesuatu tetapi tidak juga menerimanya -- kelabu untuk Shah sendiri.

________

Kelabu : 2, pada saya masih menggunakan beberapa sentimen yang serupa seperti di dalam novel pertama Kelabu. Twist yang sama dalam Kelabu masih berlaku di dalam Kelabu : 2, tapi the good thing is, I still didn't see it coming.

Pada saya, Kelabu : 2 juga lebih berat dalam konflik psikologinya, emosinya, meskipun karakter utamanya ialah lelaki. Jadi kita dapat lihat sesuatu yang tidak tipikal tetapi bukan juga sesuatu yang luarbiasa, yakni trauma yang sama juga dilalui oleh mereka yang berjantina lelaki, cukup membuktikan bahawa sesuatu perkara tidak pernah terikat kepada isu jantina.

Walaupun saya sebenarnya mengharapkan lebih tentang kisah Shah dan Amir bila tahu Kelabu dah ada sambungan, tapi apa yang Kelabu : 2 berikan ialah what is right dan lebih realistik meskipun bukan apa yang saya mahukan. Dan semestinya Nadia Khan dengan penulisan beliau yang sentiasa buat saya tak berhenti dan terus habiskan bacaan in one sitting, always worth the reading.
Profile Image for Akmal Danial.
46 reviews
September 29, 2023
Wow this is a LOT better than the first book...so buku kedua ni diceritakan melalui pov shah, and i gotta say i really want to hug him after all those bad things he went through... bnyk kali jugak air mata ni mengalir (see, kita boleh nmpk how neddo has evolved in her writing skills)

Kudos to neddo khan for this sequel, harap2 ada sambungan lagi
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
August 30, 2022
Hati-hati bila membaca karya ini sebab gaya penulisan, bahasa dan tahap sedap itu dia membuatkan kau nak buat juga macam yang Shah buat.

Karya ini bercerita daripada sudut POV Shah, bukan Amir ya. Kisah cinta yang tersimpan lama. Tetapi permulaan nya cerita Shah tiba di Malayasia setelah lama membawa diri jauh ke New Zealand.

Sebenarnya aku ingat-ingat lupa ending Kelabu yang pertama. Sebab dah lama sangat tu. 😂 Tapi penulis dia Nadia Khan kot, takkan tak best karya ini.

Karya ini bagi aku seakan-akan, memberikan kau satu motivasi yang akan membuatkan diri kau tertanya-tanya adakah kau juga berada di dalam situasi Shah. Tetapi di dalam bahagia perasaan cinta yang tersimpan atau tak terluah, move on, dan juga membuka diri kau sendiri untuk cinta yang baru.

Aku tak sangka plot twist yang penulis bagi di dalam karya ini membuatkan aku terjeda dalam 7,6 saat. “Shah, aku harap kau kuat!”. Bab yang terakhir itu, aku tak faham sangat lah.

p/s : I love you, Nadia Khan.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
November 24, 2024
Kelabu:2 lebih fokus terhadap watak Shah. Melalui kaca mata Shah, pembaca dibawa menyelam kisah suka duka, pahit maung perjalanan Shah selepas pulang dari New Zealand selepas menggenggam segulung PhD sambil bekerja di sana. Pertemuan baru dengan Sharoz, serta pertemuan semula dengan Zie dan Amir, mengubah hidup Shah dalam suatu kerangka yang tidak terjangkau. Kejutan daripada ibu dan ayah Shah juga turut menggegarkan jiwanya.

Cerita dipacu dengan laju dan kemas sambil diselang-selikan dengan imbas kembali dengan apa yang pernah terjadi antara Shah dan Andy di New Zealand. Hal ini begitu penting kerana menjadi antara penyebab kegawatan dalam hidup Shah sekembalinya di Malaysia.

Isu-isu yang diketengahkan dalam cerita ini.OMG! 😱
LGBTQ dan self-harm. Rasa realistik sangat. Semuanya terjalin dengan begitu baik. It hits me so hard realising what Shah had to endure. Emosi yang dibawa dalam cerita ini sungguh membekas di dalam hati.

Aku juga suka dengan latar Covid-19 yang tergambar dalam novel ini, membayangkan hidup dalam kuarantin. Terlalu banyak hal yang boleh terjadi, baik atau buruk. Dan penulis menggambarkan hal perit yang terjadi pada Shah ketika waktu tersebut. We learnt a lot from Shah's character at that time. Terutamanya tentang janji, untuk tidak sewenang-wenangnya mengungkap janji dalam segala perkara.

Penutup cerita menjanjikan sebuah penutup yang sungguh realistik. Aku suka dengan penamat kisah Shah-Amir dan Shah-Sharoz. Buat Zie, sungguh tak disangka dengan apa sebenarnya yang dia hadapi. Tapi, itulah manusia, bila di'pressure' oleh masyarakat sekeliling, we tend to make rush and stupid decision.

Tapi, aku sejujurnya berharap ada consequences atas apa yang terjadi antara Pa'an dan Fiona. But well, this is story about Shah. And the story execution is wonderful.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
February 23, 2022
Kelabu:2
Nadia Khan

Blindness. When you're too deep in your grief that you can't even see what right in front of you.

But as we get older, we tend to outgrow some friendship.

We can't live without each other but will always continue to be happy for each other.

Terima kasih NK atas cerita ini. Realistik atau idealistik kita letak tepi. Sebab adakala cerita-cerita ini ada di sekeliling kita.

Baca some review dari Goodreads yang juga membawa pesan yang sama dari aku pada Amir & Shah.

To Amir,
You really are a good person. You stand by your principles and that's what I found it very inspiring.

And to Shah,
Shah, you deserved all the happiness in this world. You
went through hell. Gosh! I wish I could give you a big hug.

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
March 1, 2023
"The satisfying, brutal but beautiful cutting". - Shah, Kelabu:2

Sekuel untuk Kelabu yang menceritakan kehidupan Amir dan Shah selepas lapan tahun berpisah. Lapan tahun perpisahan tu bagi aku banyak mengubah Amir dan Shah dari segi love-life dorang, pemikiran, dan tak kurang juga persahabatan dorang. Tapi apa yang aku kagum ialah kematangan dorang bila mana dorang nak handle dan selesaikan sesuatu masalah tu. Tak ikut emosi macam dulu.

Entahlah. Mungkin aku yang terlalu sentimental, sebab aku rasa buku ni sedih. Lagi-lagi bila baca deep conversation Amir dengan Shah. Lepas tu yang part Amir WhatsApp Shah tu, aku betul-betul speechless.
1 review
December 27, 2021
Rate 4.5 . Sebab cerita dia best but banyak angst( i don’t know how to type a review sorry) a bit slow but it was okay. Cerita tergantung sikit dkt last last tu. But overall best la bcause novel dari Nadia Khan kot ! I’ve read all of her books 📚 and i love all her writings! Not enjoyable as much as Kelabu, but its great to know from Shah’s perspective and how i can related to pkp story lol. Hoping all the best for Nadia Khan and everyone in future !

P/s i still don’t know how to write a review. I’m sorry gang.

Part last tu psl Jun kan ? Yg cerpen last tu ? Heheheh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
January 14, 2022
May contain spoilers.

TWs : attempted suicide, mental health, self harm, rape

Honest to god, aku lupa dah pasal Kelabu punya cerita but the ending gila twisted bila tahu pasal gender one of the characters.

Kelabu 2 focus more pasal Shah. Read from his POV too which was fun to read even though it did felt a bit feminine when you read it. So long story short Shah balik Malaysia in the time where we were hit with the pandemic. Shah mcm mysterious gila macam pendam something, macam simpan rahsia yang memalukan which troubled his mental state.

Bila aku baca buku ni asyik teringat kat Jude from A Little Life. Buku ni heavy, please read TW first okay.
Profile Image for Lina Khairunisa.
82 reviews15 followers
January 7, 2022
Aku memang suka gaya penulisan Nadia Khan, sempoi je dan ending mesti buat kita fikir sendiri. Bagi sesiapa yang nak baca Kelabu 2, kena baca balik Kelabu untuk refresh watak-watak. Lepas tu, kalau korang berpuas hati dengan ending Kelabu, tak payah baca yang ni. Bagi aku, aku seronok sebab dapat POV Shah. Timeline pun elok dan Kelabu 2 ni realistik sikit. Heartbreaking but it’s the reality.
8 reviews
January 7, 2022
Dari tulisan di kapasitor.net, Novel S. S. S, sampai terbit dengan nama Kelabu, dan setelah 10 tahun, muncul Kelabu:2.

perasaannya macam bertahun kau kenal Amir-Shah, dan kau excited nak tahu apa ending relationships dorang.

dan seperti mana kau tahu, Neddo takkan bagi kat kau klise ending. hahaha.

dah habis baca, tapi saya still harap Amir pilih Shah. 😭

"Maybe, we are bad for each other, Mir. But in a good way, if that makes sense." - Shah.

Terima kasih Nadia Khan, saya belajar mengenal bagaimana rupanya perasaan orang-orang yang berusaha menerima takdir keadaan dirinya. ❤️
Profile Image for Farhira Farudin.
45 reviews
March 17, 2022
2.5 lah i bagi. kelabu antara buku fixi yang i paling suka sekali. so ofc la my expectation for the sequel agak tinggi. tapi i rasa mcm shah punya story agak rushed. buku ni tak banyak characters pun and yet i rasa macam half of them are useless to the storyline. ofc ending dia depends kat pembaca, just like how kelabu turned out. and everything i had assumed from kelabu’s ending turned out to be wrong according to this book. theres no solution to either amir or shah punya problems and i really wish these two characters got a proper happy ending, even if its not with each other. dunno, the characters seem to overcomplicate things, but thats the whole gist of this amir-shah universe la kot. its funny that everyone else seems to be so sensible (sharoz, shah’s parents, amir’s dad) except for the two of them, like u would think they’d learn from their surroundings but no. a lot of the dialogues and advices other characters give towards them - and there are way too many - semua mcm redundant because they dont contribute shit to amir & shah punya growth. also, making amir staying in a 8 year relationship with jun feels so pointless after everything that happened in the first book. godddd i hate it, that alone influenced the reason why i bagi rating 2.5. it wouldve been better if amir was with someone else for that long. ok sekian half rant half review saya. also that paan and fiona thing…. i get irritated soooo easily kalau ada slight mention of infidelity like ARGHHH PERLUUU KEEE???? ok bye

ok tambahan: MAJORRR TRIGGER WARNING for self harm which i avoided so actively and skipped je part self harm ni. it was so detailed man, level A Little Life punya detailed. which is not a good thing btw.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
February 4, 2022
The only thing i love about this book is the issue about mental health. The others, urgh i dont know where to start. Starting was ok, awal awal dah touching sebab mak Shah. Sepanjang jalan cerita rasa macam, bila nak habis. And first time i felt that when reading Nadia Khan's book. Kelabu 2013, i have Shah. Kelabu 2021, lah rupanya aku Shah tu. Lol. Tengah tengah cerita i felt like having a multiple tinder matches that leads to building multiple ships at the same time. And at the end of it, drowning with all the ships. Apa pun tak dapat. Ship yang paling tak perlu adalah ship Zie. Like she can drop that dah sebenarnya. When Shah told Amir benda sebenar boleh di consider the kemuncak cerita tapi perasaan tu macam oh ok i got it. Then Amir left a note saying 'maybe one day, we will be good for each other'. Tu je aku snap.

Ending dia, please la jangan ada Kelabu 3. Please stop torturing me!
Profile Image for dura.
37 reviews3 followers
May 1, 2024
DISCLAIMER: ni bukan review, more to luahan hati..

"𝖠𝗄𝗎 𝖻𝗎𝗄𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗄𝖺𝖽𝖺𝗋 𝗍𝖾𝗋𝗄𝗎𝗋𝗎𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗋𝗎𝗆𝖺𝗁 𝗍𝖺𝗉𝗂 𝖺𝗄𝗎 𝗋𝖺𝗌𝖺 𝗆𝖺𝖼𝖺𝗆 𝖺𝗄𝗎 𝗍𝖾𝗋𝗄𝗎𝗋𝗎𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝖽𝗂𝗋𝗂 𝗌𝖾𝗇𝖽𝗂𝗋𝗂."

ayat kat atas ni. ayat ni sangat kena dengan keadaan aku sekarang. entahla. sejak aku dah habis spm ni, aku.. cuba cari apa aktiviti yang aku boleh luangkan. sekarang dah masuk bulan ke tiga (lebih kurang) aku hanya menganggur di rumah. bukan aku tak nak kerja, tapi terlampau banyak perkara yang membataskan aku untuk kerja.

sungguh, kalau orang lain dengar (contoh terdekat: ibu bapa aku), mungkin diorang akan fikir yang aku buat alasan. tapi alasan yang 'sengaja' ke kalau aku kata aku langsung tak ada transport untuk pergi kerja? 'pergi la buat lesen' aku dah pernah mintak kat parents aku, tapi diorang tengah short money sekarang ni, katanya banyak hal lagi nak diuruskan. baik, aku pun tak naklah desak diorang hal tu.

'kalau macam tu, cari jela kerja yang dekat2 dengan kawasan rumah' i did actually. dah berapa kedai aku mintak, dan semuanya kata aku kena 'betul2' 18 tahun baru boleh diterima (birthday aku lambat lagi).

'cari kerja online' i am now. aku cuba untuk buat affiliate. tapi yelah, baru mula kan? views pun tak ramai dan aku kena battle dengan ramai lagi orang yang dah buat affiliate bertahun2 lamanya. lagipun affiliate ni, kebanyakan mereka jadikan ianya sebagai side income. bukan main source mereka cari duit. memang betul, ada yang cecah 5 angka dalam sehari. tapi mereka tu dah engage dengan tiktok berapa tahun dah. and i know most of them are friends with influencers. tahu, bukan senang nak senang. tapi see.. until now aku masih tak give up. im still constantly posting videos on tiktok.

cumanya sekarang ni, kerja online bukan sepenuhnya dapat mengisi masa aku. aku rasa... deep inside me, i was lonely. entahla, bayangkan 24/7 kau duduk rumah je. malam baru dapat jumpa family. masa weekend pun masing2 nak luangkan masa dengan diri sendiri je. jadi aku? ada orang atau tak orang kat rumah tu, bagi aku sama je. aku tetap rasa... kosong.

aku selalu jugak nak ajak family aku keluar tapi aku tahu diorang penat, pergi kerja pagi, balik kerja malam. adik beradik aku pulak sekolah sampai petang. jadi apa gunanya ajak diorang keluar tapi diorang pun penat? and one thing about me, aku tak suka bila aku rasa aku menyusahkan orang ni. not to say, that aku ni orang paling baik (acah malaikat), tapi kalau aku sendiri pun, aku tak suka orang lain menyusahkan aku. siapa je suka kan?

sudahnya... aku masih dalam belenggu. masih rasa kosong. masih rasa diri aku ni macam tak berguna (untuk masa sekarang ni). dan aku penat. penattttttttttt sangat. nak nangis? hati batu. entahlah...

okayla, macam tak fair pulak cerita pasal kisah sendiri dekat tempat orang bagi review ni. buku ni best tapi tak se-best kelabu yang pertama. agak dissapointed dekat amir pada awal sampai pertengahan buku, sebab ingatkan dah fully berubah time buku kelabu 1 tu, tengok2 dia still dengan jun. tapi aku tak berapa ambil kisah sangat pasal amir. bagi aku kisah dia dah berhenti dekat kelabu 1.

pasal shah, aku rasa tak perlu kot pasal zie tu. hanya semata2 nak mengizinkan untuk shah tak perlu fully care about his parents so that he can spend more time with sharoz. i dont know. but shah himself, i nampak banyak persamaan kami. not to be proud actually, tapi aku faham. faham sangat kat shah (not the traumatic part tu, just the part where he's going through things that he's dealing alone with himself). but still, im giving it 3 stars sebab aku rasa this book actually changed my perspective towards shah 100 percent. time kelabu 1 tu, i like him so much sebab he's very optimistic. i wish i have a friend like him. that's all i guess.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ike pauh.
366 reviews5 followers
May 1, 2023
On and on it went. Shah hinting at a traumatic incident at the end of most chapters eventually ticked me off. Author saves the big reveal for the very end. Also, it is hard for a leopard to change its spots overnight (in reference to Amir). I hadn't expected it but in hindsight, I was the dummy. Readers were right when they said this is a book from Shah's POV. Wah, similar to how Amir was juggling love interest Jun, friends (?) Maya and Shah. In KELABU 2, Shah has two potential love interests on top of rekindling his friendship with Amir. Besides all the mental health issues he has to further complicate his life...

KELABU 2 was less engrossing than KELABU. I cared less about Shah. In Shah exploring Sharoz and Zie's life through meet ups, I began to skip through some passages. I kept wanting to get to the point of it all (the speed reader in me reigns supreme today), the point being (in my estimation):

(a) susah hidup ni kalau berpaksikan bukan x then you are y, bukan y then you are x. sexual preferences are hard to curb even when you're walking towards God. perhaps it's accepting who you are and to keep trying? those who are born with preferences contrary to the 'norm' of society and religion have it super duper hard. apatah lagi kalau dia seseorang yang juga menyembahNya. Hmm dalam seliberalnya Amir ni pun, ada line dia tak cross. Adakah sebab prinsip yang di-inform oleh ajaran agama/keluarga or sebab dia ni sebenarnya asexual or demisexual or one of the other sexual orientations? Idk.

(b) best ada buka bahasa Melayu fiction yang sentuh tentang isu2 berat seperti pencederaan diri sendiri (self harm), trauma and rogol.

(c) Soulmate ni tak semestinya your lover pun. I hadn't known that until now. I want to meet my soulmate someday. Uhuk.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
January 12, 2022
the best thing about kelabu is how aku rasa macam i've known amir and shah for years and excited to know about their relationships and all the dramas revolve around them. i remember reading kelabu when i was still in sekolah rendah and i can't help myself but terus beli when kelabu:2 dah keluar.

this time cerita dia focus more on shah. we can actually see shah's perspective and aku kena admit, it does give me good amount of tears knowing how shah's desperately trying to tell himself (as well as the people around him) that he's alright and perfectly fine throughout his whole life when in fact, he's been through the worst kind of pain. and once again, he made me fall hard for his character, good job to my favorite writer on this.

and amir, she deserves nothing but happiness. she's a beautiful being honestly. just like shah, she's been through hell as well but the thing i adore most about amir, since years ago was how she always stands for herself and her own principles without being a selfish prick. i can feel the character development in her, well she just become more mature and better as a person.

and to both, it's so good knowing how they still care about each other more than anything else or anyone else and amir and shah actually made me believe soulmate does exist, since the first kelabu. amir might always feel uncertain about things and shah might try to move on from his past but it amaze me how they would found their way back to each other eventually.

ending agak tergantung but it's great that it's not cliche i guess but i'm sure many people want to know more about amir and shah so kelabu 3? maybe? another 10 years? I can wait.

overall, another masterpiece from Nadia Khan. Thank you for once again, giving me the chance untuk heal-kan rasa rindu for both of my comfort characters, Amir and Shah.

"Maybe we are bad for each other, Mir. But in a good way, if that makes sense" - Shah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for meenie.
330 reviews3 followers
August 8, 2024
saya tak tahu saya suka buku first atau second lagi banyak tapi yang saya tahu saya suka dua-dua. honestly - haih kenapa kena cepat sangat habis 😔 i need to know more and habis je buku ni tak tahu nak rasa marah atau happy sebab ending cerpen tu? hello tu pov jun ke amir? tapi rasa macam amir tau ..

- oh macam biasa. buku ini not for people yang tak berapa okay dengan content LGBTQ and liberal sangat. so kalau tak suka buku first, jangan try nak dive ke buku second pulak

this book follows up with shah punya perkembangan. siapa shah? okay kena baca the first one - oh and it is from shah’s pov. basically after shah menyepikan diri ke auckland, nz and balik semula ke malaysia selepas 7 tahun (hes now 38yo) - ada masalah mak sakit - starting his own career (REAL ! shah is dekan now 😭) - try to find himself back - building back his relationship with others termasuk amir. ye - lepas shah terbang ke nz, dia dah lost contact dengan amir. so inilah bukunya what happened to them.

personal opinion ;
haih .. shah. you deserves all the love and happiness in the world. okay universe lah and i would die to have you in my life. you should put yourself first instead of others. and untuk amir pulak - stop boleh tak menyusahkan orang. aku pukul ko kang. geram aku - all the new characters here 🔛🔝 paling suka sharoz. im the biggest fan of sharoz & shah hihi. penulisan yang santai buatkan kita teruja nak tahu apa jadi. semua cerita (background stories) sangat menarik. takde yang bosan. oh and banyak benda yang buatkan kita rasa nak marah bila semua orang take shah for granted haha rasa macam baca diri sendiri punya cerita. highly recommend and i think the ending (exclude cerpen ) is proper - at least i tahu apa jadi (kot)
Profile Image for Fishball&#x1f421;.
29 reviews2 followers
August 17, 2025
1. Bagaimana rasanya, apabila membaca buku( halal ) tapi rasa sangat haram at the same time? Rasa berdosa pada Tuhan sendiri?

2. Buku ini sangat bahaya kalau jatuh pada tangan seseorang yg seek for something out of norma. Buku ini ibarat suara hati atau POV golongan sedemian utk menghalalkan apa yg mereka rasa jika tidak difahami betul betul apa yg konklusi sampaikan. Saya nampk ada lopong di mana golongan ini mencari sebab untuk membolehkan, dan author kurang terapkan betapa terpesongnya golongan ini. The first book dah cukup bagus bagi saya. Jadi kenapa?

3. Ada mix feeling pasal Syah. Syah adalah favourite character saya dari first book, but in here? I dont know. Now baru saya nampak, mungkin Syah and Amir really deserve each other. Like Quran said, good person for good person and bad person for bad person.

4. Kalau favourite part dari kelabu 1 adalah surat dari Syah kepada Amir, maka favourite part saya dari kelabu 2 adalah whatsapp amir kepada Syah.

4. Entah kenapa, saya agak marah dgn ending dia kalau apa yg itu author sampaikan, atau saya yg tak faham ending. Konsep di mana invitro fertilization di mana gene XX diguna, membuatkan darah saya naik. It feel so wrong, and the idea itself bagi saya tak patut wujud.

5. Duhai pembaca sekalian, boleh tak beritahu saya yg sebenarnya Syah tu end up dengan siapa? Too much damage. Too much self injure. Too much past relationship. Too much open up conversation. Too much dark story. Akhirnya, siapa sebenarnya Tina dan Syila? Aku je ke yang lembap?🫠😭

6. Buku ini bukan kesenimambungan relay Syah dan Amir. Buku ini adalah pancaroba seorang manusia bernama Syah.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
March 18, 2022
Kelabu 2

Ini pula kisah Shah, sahabat baik Amir.

Konflik yang berlaku antara Shah dan Amir membawa Shah ke Jerman untuk melanjutkan pelajaran sekaligus lari daripada Amir. Bawa dirilah senang ceritanya. Pertemuannya dengan Amir semula mengundang kisah hitam di Jerman kembali mengganggu kehidupan sehariannya. Tapi Shah tetap Shah, Shah kawan Amir.

Cerita ini sangatlah berkait dengan situasi sekarang. Covid, PKP dan sebagainya. Permulaan cerita aku agak yang akan berlaku adalah hubungan yang berbeza di antara Shah dan Amir memandangkan Amir merancang untuk berubah kepada fitrahnya semula.

Secara amnya aku perasan ada perbezaan sedikit dari struktur ayat dialog buku ni dengan Kelabu. Nampak matang sikit. Mungkin disebabkan jarak tahun penerbitan kedua-dua buku ni yang agak jauh. Walau bagaimanapun isu yang diangkat oleh penulis ini tetap isu yang sama tetapi tetap berbeza sebab Shah masih straight😌 aku bangga jap🤣 Masih terdapat gabungan konflik kekeluargaan, persahabatan dan juga kesihatan mental. Bagaimana LGBT ini memberi kesan kepada mangsa yang straight.

Kesimpulan, ini adalah buku yang aku tak boleh nak tinggalkan dia sebab best😂 aku baca pun waktu aku kena tahan kat pusat kuarantin hari tu. So agak enjoylah sebab pishang amat kat sana🤣
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
December 26, 2022
Kali ini berkisarkan tentang kehidupan Shah, kawan baik Amir. Kawan baik? Pada saya, mereka memang lebih sesuai sebagai sahabat baik daripada hubungan yang lain.

Pada Kelabu, kita nampak watak seorang Shah adalah seorang yang periang. Menjadi salah satu watak yang menceriakan. Tanpa Shah mungkin tiada warna dalam Kelabu. Setelah dia kembali ke Malaysia selepas membawa diri ke New Zealand sambil sambung pelajaran, aku sebagai pembaca dapat rasakan kelainan Shah. Sedih sebab aku suka Shah.

Shah yang happening. Seorang yang cakap lepas. Seorang yang suka menganalisa setiap perkara yang Amir ceritakan. In reality pun kita dapat lihat, orang yang banyak menggembirakan/menyenangkan hati orang sekeliling ini lebih banyak menyimpan rahsia yang tersendiri.

Dia memendam traumanya sendirian tanpa diketahui orang disekeliling termasuk Amir. Dia berjaya menyembunyikannya. Sehingga satu masa, Shah mengiakan kata-kata Amir

“Maybe we are bad for each other. But in a good way, if that makes sense.”

Tetapi yang sangat memberi kesan bila mak rasa ‘something’. Rasa seorang mak memang kuat terhadap anaknya. Jawapan mak membuatkan saya speechles

“I’m fighting to stay here in this world for you, buddy. So don’t you go leaving me instead, okay?”

This entire review has been hidden because of spoilers.
9 reviews
August 27, 2022
After 8 days aku dengan Amir di Kelabu . Terus aku buka shoppe untuk beli Kelabu 2. sebab nak tahu sangat apa yang jadi selepas tu. Apa yang aku boleh cakap, Kelabu 2 ni memang banyak gunakan perasaan aku. Sedih , gembira , blushing , terkejut tu semua ada.
Amir dah jadi orang yang matang. I love her so much ❤️ She's my girl crush
To Shah , memang aku nangis banyak kali sebab hidup dia sangat sedih .
Walaupun bagaimana pun, aku sedih jugaklah sebab ending dia tergantung 😭 but it's okay la

So aku perlukan masa nak move on dari 2 buku yang sama tajuknya ni
Semoga aku cepat move on la ataupun tak perlu pun takpe HAHAHA 😩
Thank you Nadia Khan for the best books ever ❤️ Sampai buat aku tak move on HAAHAHAHAHAHA LOVEEEEEE
Profile Image for Adriana.
3 reviews
August 25, 2022
Good book from shah's point of view. I genuinely feel his pain, his needs to let go something that burdens him a long time - a heavy weight. The issues discussed are relevant, people rarely talk about depression thinking it's a weakness but it's not. The PRU was unnecessary, but the PKP was nice blended into the storyline to depict how lonely a person can be during that challenging time, and how communication is important to keep your mental health in check. The usage of technology is nevertheless a bless during those challenging times. I think the author has really done a good job. Except i have a love-hate enjoyment for the ending. Does it have to be hanging in the end 😭
14 reviews
January 23, 2022
Thing is bila kau baca buku @neddokhan
Macam kau tgh jogging lek2 kat taman, enjoying the breeze and suddenly heart attack strike you..
At least that’s how I feel when reading Kelabu 8 years ago..

I can relatedly feel how Shah feel about mak dia..my mom was diagnosis lung cancer and later covid.. different is my mom tak survive.. i cried reading “ I’m fighting to stay here in this world for you so don’t you go leaving me instead”.

Just another masterpiece by Nadia Khan. The closure I didn’t know I needed.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ameerah Hilmi.
30 reviews
February 11, 2024
It's an okay book. I enjoyed it though I think there should be a trigger warning for the self harm act in the book. I used to hate Shah in Kelabu, but after reading Kelabu 2, he's cool. He's his own person and I respect him. I relate to him in some way, I also always feel the need to cater to a friend that I might be better off with. So this is a good slap in the face 👍

But I also have to say Kelabu 1 is so good the sequel got me way too excited and it's kind of underwhelming a little bit. I also don't ever feel like re-reading this book.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 54 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.