Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masih Terus Berharap

Rate this book
Megat Khalish a.k.a Karl, pernah bahagia bersama keluarga kecilnya. Menjadi anak yang paling disayangi oleh ibu bapanya merupakan kenangan terindah dalam hidupnya. Namun semua itu musnah selepas dia menjadi punca kehilangan arwah bapanya.

Walaupun pernah disisihkan oleh ibu kandung sendiri, dia masih berharap seorang ibu akan kembali menyayanginya. Saat hubungan mereka hampir pulih, sekali lagi dia diuji dengan kecurangan cinta pertama.

"You dah dengar, kan? Tak pekak lagi. Kira bernasib baiklah I pernah terima you sebagai boyfriend. Siap pakej tunang lagi. Kalau perempuan lain, jangan haraplah dia boleh tahan.”-Airin

Disebabkan dendam, dia telah memperguna Ema demi menyahut cabaran bodoh itu. Namun dia tersilap langkah apabila dirinya benar-benar jatuh cinta. Dan apabila rahsianya terbongkar, Ema bertindak menjauhkan diri.

“Hati Ema dah cukup hancur. Tak cukup dengan dendam bodoh Karl, sekarang Karl sanggup bertunang dengan orang lain. Ema pun ada perasaan. Sakit sangat.”- Ema

“Dan sekarang, Karl akan berhenti berharap untuk pertahankan hubungan kita. Tak ada gunanya Karl desak kalau hati Ema dah bencikan Karl.”- Karl

Bertahun-tahun mereka terpisah, akhirnya mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini, giliran Ema yang menderita. Dia terbeban dengan rasa bersalah. Lebih-lebih lagi setelah dia mengetahui rahsia silam lelaki itu.

Mampukah cinta Ema dan Karl bersatu kembali? Rahsia apakah yang menjadikan kehidupan Karl penuh misteri?

507 pages, Paperback

Published November 1, 2021

21 people want to read

About the author

Mia Azwari

80 books371 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (24%)
4 stars
11 (37%)
3 stars
9 (31%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Dhiya.
1 review
March 24, 2022
Maaf penulis, saya tak dapat teruskan bacaan. Idea ada, tapi cara penyampaian hmm....

Ini sebenarnya adalah percubaan pertama saya membaca novel penulis ni. Ada satu lagi ebook amal yang saya beli. Itu pun saya tak dapat teruskan pembacaan. Bab-bab di awal cerita terlalu jauh jarak tahunnya. Terasa macam saya sedang membaca cerpen berbeza di setiap bab.

Untuk novel MTB ni, saya berhenti setakat di bab 3 dan selebihnya saya cuma speed reading. Saya sangat terganggu dengan penggunaan word yang tak perlu dalam novel ni. Saya jadi tertanya-tanya, adakah novel ni diterbitkan tanpa diperiksa teliti oleh editor?

1. Penulis gemar menggunakan perkataan SEMAKIN yang saya tak faham kenapa perlu ada. MAKIN/SEMAKIN digunakan untuk sesuatu yang ‘bertambah’. Diharap penulis cuba faham dulu maksud perkataan ni.

Selain tu, ada juga perkataan lain yang kerap digunakan seperti HAMPIR SAJA, TER-, TERPAKSALAH . Berulang-ulang sampaikan saya pening. Adakah penulis kehabisan idea untuk cuba guna perkataan lain?

Penggunaan word yang sama beberapa kali dalam perenggan yang sama juga buat saya terganggu.

‘Tapi nasib mereka sekeluarga tidak bernasib baik ....... Dia bernasib baik kerana .....’

‘Karl cuba menghalang, tapi sempat dihalang ibu saudaranya.’

Ada juga frasa yang sama dalam dua page bersebelahan. Sangat ketara persamaan ni sampaikan saya boleh nampak hanya dengan sekilas pandang.

2. Penulis perlu kemaskan lagi penulisan beliau. Banyak berlaku pengulangan yang tak perlu.

Berpindah ke kampung, berpindah di kampung, berpindah ke sini.

Semua ni ada dalam 4 perenggan yang berderet. Kenapa perlu diulang frasa ni?

Banyak juga unsur lewah yang saya jumpa.

‘Tak sengaja terjatuhkan....’

TER- di dalam ni dah membawa maksud ‘tak sengaja’.

3. Ulang cerita situasi.

Contohnya tentang kemalangan Megat Khalid. Penulis dah mengajak pembaca untuk melalui scene itu secara live. Jadi untuk apa lagi penulis ulang cerita tersebut dalam naratif di bab-bab seterusnya? Tentang Karl dipukul emak, larikan diri, bapa cari dan bapa kemalangan. Saya jadi penat membaca benda yang saya dah tahu.

4. Gaya penulis lebih berat kepada ‘tell’, bukannya ‘show’. Maksud saya, penulis beritahu semua benda tanpa perlu saya cuba masuk dalam diri watak dan faham apa yang sedang watak lalui.

Penulisan yang baik akan membuat pembaca terbayang seperti sedang menonton teater yang dilakonkan oleh manusia bernyawa. Tak perlu narrator menjadi tukang tambah, menyogok penonton untuk faham perasaan watak. Bila berlebihan dipaksa, pembaca tak akan menghayati emosi watak. Pembaca cuma akan sedih kerana alur cerita dibina begitu, bukan kerana pembaca mendalami emosi setiap watak.

5. Dari sinopsis di belakang kulit, saya difahamkan watak utama adalah Karl dan Ema. Cerita ini berlegar pada watak utama, Karl, maka penekanan pov sepatutnya dari awal lagi berfokus kepada watak Karl.

Penulis bawa watak satu kampung dalam cerita ni, tapi tak ada satu watak pun yang nampak kukuh. Kurang penjelasan tentang perwatakan. Watak utama sendiri pun, saya tak dapat nak selam kerana pengenalan awal mereka sangat biasa dan ringan. Tiada impak.

6. Banyak kata ganti diri yang tak jelas merujuk kepada siapa. Diharap editor lebih peka tentang isu ni.

7. Jalan cerita : Kisah ni berlalu merentasi tahun. Mungkin disebabkan ni, ceritanya juga berlalu seperti angin. Penulis masih perlu belajar cara untuk berpindah scene yang memakan masa lama (minggu, bulan, tahun).

Setiap konflik yang cuba penulis utarakan, semuanya tak diberi perhatian selayaknya. Tak ada penekanan tentang masalah depression dan anxiety. Saya tak dapat nak menyelam pemikiran semua pesakit ni.

Kesimpulannya, saya jadi lelah membaca kerana banyak struktur ayat yang perlu dibetulkan. Banyak bab nampak seperti ditulis dengan tergesa-gesa dan tak diberi masa untuk berkembang secara elok. Penulisan tak konsisten.

Cerita ni pada saya, seolah-olah seperti satu mimpi. Semuanya berlaku dengan sangat laju, banyak hal terjadi tiba-tiba tanpa penjelasan, dan dramatiknya berlebihan.

Maaf penulis kalau kritikan saya keterlaluan. Saya cuma merasakan perlu untuk saya tegur sekali gus membantu penulis jadi lebih baik. Ambillah teguran ni dari sudut yang positif, bukannya negatif. Saya harap ada perubahan dalam penulisan cik/puan penulis dalam buku-buku yang seterusnya.


Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
December 11, 2021
Kisah seorang anak yang dahaga kasih sayang mak-nya selepas kematian ayah dan adik perempuan.

Mak Karl menyalahi apa yang terjadi pada arwah suami dan anak perempuannya.

Sedih baca scene ini. Sampai hati mak buat Karl begitu. Bukan salahnya.

Mujur ada nenek dan maksu yang menjaga. Lepas nenek meninggal, Karl tinggal sekali bersama mak-nya. Ayah tiri dan adik tiri pun baik. Untung mak Karl kahwin dengan suami baru, seorang lelaki dan ayah yang baik. Sentiasa percaya pada anak walaupun Karl bukan anak kandung.

Sedihlah baca kisah Karl. Masuk je bab Karl dan mak-nya mesti mengalir airmata.
Profile Image for Ain Amira.
22 reviews5 followers
January 18, 2022
What can i say about karya kak is ?? Marvelous ! Kali nie kak is berjaya bawak watak yg ad anxiety order . Walaupun tidak secara terperinci tp ckp utk kita tahu yg anxiety boleh jd makin teruk kalau tk pndai kawal. So back to the story . Kisah mengenai karl yg dri kecik terpaksa hidup berjauh dgn mama dia . Dek kerana peristiwa yg tk dijangka mama dia ditinggalkan dia dgn nenek . Dh kawin msh tk amik karl . Then bila besar jumpa ema . Dri berkawan atas niat yg slh terus sangkut . Haaaa padan muka karl . Mula2 grm dgn karl sbb berahsia dengan ema . Skli kena tinggal haa sudah . Tp sedih bila masing2 dh berhenti mengharap . Nasib jodoh kuat lagi . Happy ending as always ❤️ . Cuma itu la geram dgn mama karl . Percaya sgt org lain lps tuh dia ingt dia sorang je yg sakit kesian karl nasib ad nenek & maksu pksu . Serius kisah karl&ema ni tk sama mcm kisah kak is yg lain . Ad kemanisan dia sendiri . Tahniah kak is .
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.