Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri mengisahkan tentang pasangan Mansor dan Zawiah yang dalam perjalanan pulang dari England ke tanah air, dan singgah di India untuk berbulan madu. Mereka singgah di Delhi sebelum ke sebuah tempat bernama Fatehpur Sikri. Mereka ingin berbulan madu dengan melihat kota tinggalan sejarah di Fatehpur Sikri. Fatehpur Sikri digambarkan penulis sebagai kota cinta Shah Jahan seperti Taj Mahal. Di masa yang sama penulis novel ini juga memperkenalkan watak Rehman dan Neeta di Fatehpur Sikri. Pasangan ini, seperti mana banyak keluarga lain di India, bergelut dengan kemiskinan. Hidup mereka begitu sukar dan bergantung hidup hanya dengan pelancong yang datang ke Fatehpur Sikri. Rehman menyara hidup dengan menarik perhatian pelancong untuk menonton beliau membuat aksi terjunan ke dalam kolam di Fatehpur Sikri. Sukarnya hidup Rehman dan Neeta. Bulan mereka jarang-jarang bermadu di Fatehpur Sikri. Terpaksa menyabung nyawa untuk meneruskan hidup. Terlalu berbeza dengan bulan Mansor dan Zawiah yang penuh dengan manis bermadu.
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:
* Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Bunga di dalam buku Pak Samad ini adalah dalam perhubungan suami-isteri Mansur-Zawiah serta Rehman-Neeta. Dalam kontras dua dunia mereka.
Namun, aku rasakan penceritaan hubungan Rehman-Neeta tidak terlalu elaborate seperti cerita Mansur-Zawiah. Jadi, terdapat ketakseimbangan sedikit. Seharusnya, dua2 cerita perlu seimbang. Baru nampak perbezaan ketara dua kehidupan ini.
Pengakhiran cerita ini agak abrupt. Graph dari takat tinggi terus menjunam. Mungkinkah Pak Samad nak menyampaikan sesuatu Yang kita X dpt garap? Beberapa persoalan tertinggal begitu shj...lebih menyebabkan naskhah ini seperti kurang sempurna.
Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri A Samad Said (1966) Wira Bukit 2006 RM55 (MPH Kinta City) 97 muka surat
Novel Bulan Tak bermadu di Fatehpur Sikri karya Dato A Samad Said ini beliau tulis di tahun 1966, tetapi baru diterbitkan semula tahun ini dalam bentuk edisi khas yang lebih menarik. Saya selesai membaca buku ini dalam masa sehari.
Novel ini mengisahkan tentang pasanagn Mansor dan Zawiah yang dalam perjalanan pulang dari England ke tanahair. Pasangan yang baru berkahwin ini singgah di India untuk berbulan madu. Mereka singgah di Delhi sebelum ke sebuah tempat bernama Fatehpur Sikri.
Mereka ingin berbulan madu dengan melihat kota tinggalan sejarah di Fatehpur Sikri. Fatehpur Sikri digambarkan penulis sebagai kota cinta Shah Jahan seperti Taj Mahal.
Di masa yang sama penulis novel ini juga memperkenalkan watak Rehman dan Neeta di fatehpur Sikri. Pasangan ini, sepertilah banyak keluarga lain di India, bergelut dengan kemiskinan. Hidup mereka begitu sukar dan bergantung hidup hanya dengan pelancong yang datang ke Fatehpur Sikri. Rehman menyara hidup dengan menarik perhatian pelancong untuk menonton beliau membuat aksi terjunan ke dalam kolam di Fatehpur Sikri.
Sukarnya hidup Rehman dan Neeta. Bulan mereka jarang-jarang bermadu di Fatehpur Sikri. Terpaksa menyabung nyawa untuk meneruskan hidup. Terlalu berbeza denegan bulan Mansor dan Zawiah yang penuh dengan manis bermadu.
Novel ini ringkas sahaja sebenarnya. Ceritanya pendek, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca,
Saya beli novel ini kerana tertarik dengan nama Fatehpur Sikri. Kebetulan kami pernah ke situ tahun lepas. Fatehpur Sikri adalah kota Raja Akbar (bukan kota Shah Jehan seperti disebut di dalam novel itu). Mengikut kisah yang saya baca mengenai sejarah kota ini, Raja Akbar tidak mempunyai anak lelaki, lalu beliau telah berjumpa dengan seorang alim yang bernama Sheikh Salim Chisti di Fatehpur Sikri. Berkat doa Sheikh Chisti, Akbar dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jahangir Khan. Jahangir kemudiannya mendapat anak bernama Shah Jehan yang terkenal membina Taj Mahal.
Akbar kemudiannya telah memindahkan kota pemerintahan beliau ke Fatehpur Sikri dan membina sebuah makam khas untuk memperingati Sheikh Salim Chisti. Malangnya kota ini kemudiannya telah ditinggalkan begitu sahaja oleh Akbar. Pengkaji sejarah berpendapat, ianya mungkin kerana masalah bekalan air yang sukar didapati di situ.
Hari ini, Fatehpur Sikri masih diziarahi, terutama mereka yang ingin menziarahi makam Sheikh Salim Chisti. Pemandu pelancong tidak berapa gemar membawa pelancong ke sini, kerana ramai penjual jalanan yang sangat agresif. Mereka akan mengikut dan seakan mengugut pelancong agar membeli barangan mereka. Di sini juga ramai pengemis yang menggunakan berbagai cara untuk memikat simpati pelancong.
Membaca novel ini bagai membawa saya kembali ke Fatehpur Sikri. Saya seakan dibawa menyusuri jalanraya yang mendaki bukit menuju ke puncah Fatehpur Sikri. Terbayang penjaja dan pengemis yang mengerumuni kami. Tergambar wajah orang tua penjaga makam yang berselempang kain merah dan menghalau kanak-kanak yang mengganggu kami.
Fatehpur Sikri. Mungkin betul. Bulan tak berapa bermadu di sini.
BULAN Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri, saya baca ketika awal remaja - ghairah baru belajar berdebur dan naluri cinta hanya datang lewat pandangan mata.
Kerana itu Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri menjadi bacaan ulangan saya ketika itu. Ia ghairah tetapi terkawal, ia cinta tetapi hanya lewat helaian cerita.
Ia agak syahdu kerana dimulakan dengan keghairahan pengantin baru berbulan madu dan diselang-seli dengan api cinta yang cuba dibakar kembali oleh pasangan yang baru dipertemukan kembali secara jasadiah. Ia juga agak ironik, kebahagiaan itu berlatarkan zaman resah konfrantasi dan latar miskin negara asing.
Barangkali ia bukan novel terbaik Sasterawan Negara (SN), A Samad Said tetapi setiap orang diizinkan untuk mempunyai buku yang paling dekat di hatinya meskipun ia bukan kerana mutu atau nilai estetikanya.
Sehingga kini, saya tidak berasa mahu berhenti daripada membaca buku yang satu ini. Meskipun sudah merasai kemanisan perkahwinan, saya kira barangkali sekali-sekala kita mahu kembali mencicip rasa keremajaan itu. Barangkali saja!
Dua bahagian cerita. Pertama, sepasang suami isteri berbulan madu di India dan menjadikan Fatehpur Sikri destinasi terakhir sebelum pulang ke tanah air. Kedua, sepasang suami isteri yang hidup menderita dan mempunyai seorang anak kecil yang sakit. Satu cerita bahagia romantis segala. Satu cerita duka berendam air mata. Menjangkakan buku ini akan menceritakan tentang sejarah Fatehpur Sikri itu sendiri, ternyata tersalah anggap. Lebih kepada cerita tentang kehidupan masyarakat dan aktiviti mereka untuk meneruskan kehidupan. Awal cerita memang akan membayangkan betapa indahnya bulan madu pergh. Buku ini jadi menarik bila sampai ke penghujungnya. Kalau zaman sekarang ni, membayangkan pelakon pelakon hindustan yang memegang watak pasangan kekasih menangis nangis untuk orang tersayang agar jangan pergi meninggalkan diri. Tetapi, disebabkan latar masa zaman dahulu, maka terbayangkan isteri-isteri di India yang susah hidup melarat merayu rayu agar suami tidak mengorbankan diri demi mencari rezeki dan menyelamatkan anak sendiri. Kesudahan yang tidak disangka.
kali pertama baca buku ini sewaktu masih mentah di tingkatan 4. masa tu baru mula berminat dengan sastera.
ironinya kali kedua baca buku ini aku sudah bergelar jurutera dan isteri adalah jururawat, seolah pasangan Mansor dan Zawiah yang berbulan madu di Fatehpur Sikri....tidak..mereka sebenarnya ber-Bulan tak bermadu di Fatehpur Sikri.
Saya sebenarnya teruja bila membacakan tajuk buku ni yang sangat puitis. Namun begitu, sedikit hampa apabila selesai menghabiskan bacaan saya.
Buku ini berkisah tentang ironi dua dunia. Satu dunia Mansor-Zawiah yang hangat dilamun asmara dan berbulan madu di India. Satu lagi, dunia Rehman-Neeta yang tunggang terbalik mengenangkan kesusah hidup mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang mencari rezeki. Hidup mereka susah. Anak mereka pula sakit. Mencari wang bagi mereka amat susah dan selalunya hanya bergantung kepada kunjungan pelancong ke Fatehpur Sikri. Bagi Mansor-Zawiah, mereka sedang berbulan madu di Fatehpur Sikri. Berbeza pula dengan Rehman-Neeta, bagi mereka bulan tak bermadu di Fatehpur Sikri.
Naskah ini merupakan bacaan yang mudah. Easy reading. Boleh habis dalam satu duduk sahaja. Pun begitu, saya agak jengkel dengan sifat Zawiah. Terlalu mengada-ngada bagi saya. Saya tahu dia cuma mahu bermanja kasih dengan Mansor. Tapi, tetap dirasakan sedikit menjengkelkan. Haha
Hujung cerita pula terlalu abrupt(?). It left me speechless. Atau Pak Samad cuba mahu sampaikan sesuatu yang saya tak faham?
Garapan cerita yang pada mulanya menarik saya untuk terus membaca walaupun perangai Zawiah agak menjengkelkan.Letih rasanya. Cerita semakin menarik apabila dikenalkan tentang Rehman dan Neeta. Kita boleh expect dimana mereka akan bertembung. Cara dibangkitkan tentang kehidupan rakyat setempat sgt mempersona. Tiba2 wujud watak Mehmood yang rasanya boleh buat cerita makin menarik tapi saya tersedar hanya tinggal sehelai muka surat di kanan buku dan ternyata memang ceritanya bukan kata belum masak. ramuan pun belum habis disediakan.
Kisah Mansor dan isterinya yang berbulan madu di India. Mereka mendalami sejarah Taj Mahal. Kisah Rehman, Prem dan Anand penghuni di Fatehpur Sikri yang bergantung hidup kepada kehadiran pelancong di situ. Bandar Kebangkitan ini menyaksikan betapa rakyat marhaein terpaksa bergadai nyawa demi sesuap nasi.
Buku yang menyebabkan den google tentang Fatehpuri Sikri.
My first A. Samad Said book (snatched it from my husband's bookshelf).
Maybe I am too smooth-brained to understand this book, I can't really fathom the idea behind Mansor & Zawiah's story other than them being tourists in Fatehpur Sikri...
Rehman's story on the other hand is pitiful and sad, kinda shone a light towards the lives of people who are scarce in rezq.
Terasa compact dan cepat ceritanya which is good. Tak banyak kita tahu tentang India, tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa ada di Fatehpur Sikri. Cuma, Fatehpur Sikri ini semacam apa, itu yang kurang jelas.
Entah mengapa, tapi endingnya tak berapa mengancam.
Bacaan mudah dan singkat. Menceritakan beza taraf hidup dua pasangan. Pak Samad garap soal kesempitan hidup rakyat di negara yang susah seperti India dan saya percaya keadaannya masih sama hingga ke hari ini.
Saya memang mencari novel ini sebaik sahaja berjinak-jinak di dalam dunia sastera dan mengenali karya-karya Pak Samad; nama Fatehpur Sikri adalah penyebabnya.
Siapa sangka, di sebalik hakikat sebuah negara yang dilanda kesesakan dan kerosakan masyarakatnya, terselindung sejarah berusia ratusan dan ribuan tahun yang memendam 1001 rahsia dan keajaiban. Mansor dan Zawiah yang baru mengukuhkan ikatan cinta mereka memilih India sebagai destinasi bulan madu dan memenuhkan tempoh bahagia itu dengan melawat dan menikmati sejarah-sejarah yang telah ditinggalkan.
Di sisi yang lain, kisah Rehman dan Neeta yang juga sepasang suami isteri diuji dengan kemelaratan hidup dan Jairaj, anak mereka yang kerap sakit. Perbalahan dan pertelingkahan seputar hidup di antara diri Rehman dan orang-orang di sekelilingnya menjadikan kisah ini semakin menarik.
Soalan: Mengapa kita tak baca buku macam ni smasa sekolah tinggi?
Buku ini banyak berkisah tentang kehidupan selepas perkahwinan, interaksi antara suami dengan isteri, dan kesusahan keluarga biasa. Tajuk dia pun dah bagi tau. ("Bulan...Madu...." geddit?)
Gambaran Fatehpur Sikri cukup menderitakan. Tetapi ia adalah kehidupan. Ada dua sisi di sini - pelancong yang berbulan madu ke Fatehpur Sikri. Dan kehidupan di Fatehpur Sikri yang menanti kehadiran pelancong
Dua kisah dalam dunia yang berbeza. Dunia manis bebulan madu dan satu sudut lagi penghidupan dunia orang yang 'susah' mencari sesuap nasi. Hidup ini sarat dengan vice versa!