Untuk sesetengah orang, kopi bukan lagi semata-mata minuman kegemaran. Kopi barangkali menyimpan cerita; tentang keluarga, tentang kepayahan atau mungkin juga cinta yang tidak kesampaian. Boleh jadi juga kopi secawan mengingatkan kita kepada sesuatu perjalanan, kepahitan hidup yang sukar ditelan, atau juga mengajarkan kita falsafah yang kemas tersimpan.
Seribu satu emosi, kopi setia menemani di sisi. Apa jua adunan, resepi dan pilihan brumu, Kopilosofi sedia menemani.
Hei kawan, hidup terlalu singkat untuk tidak menyukai secawan kopi!
Bacaan santai yang mengasyikkan tentang dunia kopi. Pilihan kisah juga menarik dan pelbagai, walaupun ada dua kisah yang dihidang dalam bentuk cereka berbanding anekdot pengalaman langsung.
Antara kisah yang menarik adalah tentang pengembara-penggemar kopi yang menjelajah lebih 10 negara dan mencicip kopi di setiap kota.
Begitu juga beberapa kisah lain yang mengungkapkan kopi sebagai peneman ingatan yang manis dan bermakna dengan ibu/ayah.
Tidak kurang unik sebuah kisah seorang penyelidik yang membuat kajian mengenai pemasaran kopi di New Zealand semasa melanjutkan pelajaran di negara itu.
Kembali ke Malaysia, kopi Kedah dan Pulau Pinang ada cerita tersendiri yang membangkitkan kenangan. Kopi bersulam cinta? Semestinya ada, walaupun dari sisi pahit atau indah yang berbeza.
Sebagai pembaca, ada masa buku ini membuat diri tersenyum sendiri, sesekali mengesat hujung mata, dan kemudian menarik nafas panjang terheret kenangan.
Buku tentang kopi sudah sedemikian mengesankan, kopi apatah lagi.
Saya benar-benar menikmati perkongsian individu mengenai kopi dalam siri anekdot ini. Sebagai penggemar kopi, saya dapat mengaitkan pengalaman, kenangan dan memori para penulis dengan diri. Ada kenangan kopi bersama ibu bapa dan pasangan, memori mengulang kaji di universiti dan melanjutkan pelajaran bersama kopi, kopi dan kesannya terhadap kesihatan diri, berkongsi sejarah dan fakta mengenai kopi, kembara kopi di negara lain, dan ada yang sampai membuat PhD dalam identiti penjenamaan kedai kopi di New Zealand! Saya akhiri ulasan saya dengan kata-kata ini, "Kopi bukan dinilai daripada harga bijian, tetapi daripada memori tercipta ketika menikmatinya."
Saya ingatkan buku ini tentang falsafah-falsafah dunia yang dibincangkan secara santai di kedai kopi. Rupa-rupanya buku ini mengandungi cerpen antara peminat dan bagaimana kopi membentuk kehidupan mereka. Falsafah lah jugakan? Falsafah tentang kehidupan.
Selaku salah seorang penggemar kopi, saya boleh relate dengan rutin pagi di kampung dengan kopi kampung (kopi cap badak), kopi sebagai pencetus perbualan dan ketagihan.
Peminat kopi mungkin sukakan buku ini. Sedap dibaca waktu hujan-hujan macam sekarang.
Membaca 20 kisah kopi. Ada kisah yang benar-benar menggamit hati, ada sekadar kisah biasa. Walaupun jangkaan tinggi dengan melihat kulit buku yang cantik dan segar ini, saya akur sifat sebuah buku dengan penulis yang pelbagai latar belakang - ada kisah yang sedap dibaca, dengan garapan yang lancar dihadam, da juga kisah yang ditulis sekadarnya, tetapi masih memberi input dan pengalaman membaca yang baik.
Semoga ada siri seterusnya yang menghimpunkan lebih banyak kisah kopi.
Buku yang mengumpulkan pengalaman peminum-peminum kopi—biji atau serbuk hitam yang memancarkan cahaya penghidupan buat mereka yang mencicipnya.
Tiada filosofi kopi dalam buku ini, hanya rakaman pengalaman. Namun, mungkin... para penulis merasakan pengalaman mereka mengandungi falsafah kopi, walau saya berpandangan sebaliknya.
Selain itu, buku ini menyisipkan pelbagai jenis kopi yang wujud di muka bumi; daripada kopi Cap Gantang, kopi Nescafe segera 3 in 1, kop coklat, kopi halia, kopi luwak, kopi ginseng, dan kopi asli Bali hinggalah kopi Americano, cappucino, vanilla latte, Robusta, Arabica, Liberica dan kopi-kopi 'kayangan' seperti shortblack, longblack, macchiato, flatwhite dan tidak terkecuali, Türk kahvesi—Sade, Az şekerli, Orta şekerli dan Çok şekerli; jenis-jenis kopi Turki ini bergantung kepada kadar gula di dalamnya.
Sedikit-sebanyak saya teringin untuk mengembara dengan lebih mendalam berkenaan kopi!
---
Dipinjam daripada saudara Harith, sewaktu safar di Kedah untuk menghadiri daurah Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani حَفِظَهُ الله تعالى.
Sebagai seseorang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia kopi, aku sebenarnya agak teruja nak membaca buku ini. Dapat juga mencedok serba sedikit ilmu baharu tentang kopi tetapi sayangnya kebanyakkan cerpen mempunyai tema yang lebih kurang sama iaitu kenangan dan cinta. Aku tidak pasti bagaimana pemilihan cerpen dibuat tetapi jika terdapat kepelbagaian tema pasti akan lebih menarik.
Bacaan santai dari 20 kisah yang ada di dalam naskhah ini. Segala suka duka pengalaman lalu penulis bersama kopi banyak memberi kesan pada emosi terutamanya apabila membaca kisah pemergian orang tersayang. Sukar untuk dilupakan apatah lagi jika orang yang disayangi itu sentiasa ada dalam ingatan kita setiap kali ingin meminum kopi, kenangan bersama mereka banyak membawa kita melalui mesin masa ke waktu lalu.
Bukan sahaja kisah sedih, bahkan juga ada kisah bagaimana mereka yang dahulunya tidak menggemari kopi akhirnya terjebak dalam dunia pahit manis bersama kopi. Diselitkan juga kisah kopi yang membawa kepada sebuah kisah percintaan sehingga ke jinjang pelamin bilamana masing-masing mempunyai kegemaran yang sama terhadap kopi.
Asal usul dan adat resam kopi juga turut dikisahkan di dalam buku ini. Antara kisah kopi yang cukup membuatkan saya tertarik adalah sebuah kisah di Istanbul. Barulah saya tahu, jika orang tempatan Turki mempelawa kita meminum kopi ketika menjejakkan kaki di negeri mereka, kita akan dikira kurang ajar jika menolaknya. Inilah tradisi mereka. Ia juga membawa saya ke zaman Uthmaniyah di mana remaja perempuan Turki akan dilatih tentang teknik yang betul dalam menyediakan kopi. Hal ini kerana tradisi mereka yakni bakal suami akan membuat penilaian tentang bakal isteri berdasarkan rasa kopi.
Selain itu, jenis-jenis kopi yang telah wujud sekian lama yang baru saya ketahui seperti kopi Hang Tuah yang mempunyai jenis mengikut warna paket. Cara-cara membuat kopi juga ada diceritakan di dalam kisah ini ketika penulis masih kecil lagi. Apa yang saya ingat, buah kopi yang sudah cukup masak akan dibuang kulitnya lalu dijemur sehinga 5 atau 7 hari. Proses seterusnya adalah menyangai biji kopi dan dimasukkan ke dalam gula cair, lalu dikacau sampai kering dan ditumbuk halus sehingga menjadi serbuk halus.
Judul buku: Kopi-losofi Penulis: Zara Nasir, Umi Kalsum, Hasri Hasan, Ahmad Safar Arman, Halizah Zarah, Irni Fazrita, Norhidayah Safiah, Nurul Hidayah Rased, Amira Idrus, Mazariaton Ahmad, Ruslan Bukhari, Steff Fleur, Iera Yusoff, Nadia Rahim, Sabrina Mohd Rashid, Asra Zahra, Sha Mohamad, Rohana Ismail, Nizam Shadan, Suma Kesavan, Mas Hilmi
Penyelenggara: Kiridaren Jayakumar dan Shamsul Amin Terbitan: Bibliolit Tahun terbit / Cetakan: Jan 2022, Cetakan Pertama
Ulasan: Sebuah kompilasi cerita berkaitan kopi. Bukan hanya ditulis dalam bentuk cerpen, travelog dan memoir, tetapi juga garapan seolah-olah sebuah puisi dua makna. Setiap cerita, walaupun tentang perkara yang sama - kopi, tetapi diolah dengan kepelbagaian isi sebagaimana rasa kopi itu sendiri yang dibancuh mengikut kehendak dan keperluan penggemarnya.
Ada cerita tentang sejarah kopi, cara tanaman, jenis-jenis kopi, cara dimasak, cara bancuhan dan juga cara dinikmati oleh penggemar-penggemarnya. Malah, bancuhan ceritanya ada yang dengan fakta, ada yang dengan kenangan atau cerita sebenar, malah tidak ketinggalan yang dibayang-bayangkan mengikut fikiran dan layangan minda si penulis.
Saya tertarik dengan setiap cerita di dalamnya. Salah satu yang dapat saya kongsikan adalah cerita kopi dari pelbagai negara. Turki dicatat sebagai negara yang menjadikan kopi sebahagian budaya bangsanya. Begitu juga beberapa negara lain yang juga memiliki industri kopi dengan nama kopi kebanggaan mereka.
Kopi juga menggambarkan status seseorang di dalam masyarakat. Pada suatu waktu dahulu, kopi pernah dikategorikan sebagai minuman para bangsawan.
Juga, pernah dihentikan penjualan dengan sekatan aktiviti warung bila dikatakan warung kopi adalah tempat para pemberontak membincangkan strategi.
Kopi juga seperti masyarakat yang ada pembahagian golongan bawahan dan atasan. Ada kopi kampung yang murah. Ada kopi berjenama yang mencapai taraf kopi kayangan.
Kopi juga menjadi teman pelajar yang berhadapan dengan pelbagai tugasan. Yang memaksa mereka menongkat mata dengan minuman pahit yang merangsang tenaga. Tetapi, pengambilan berlebihan menjadi asbab hilang kesihatan.
Kopi juga dikaitkan dengan hubungan dan kenangan di antara manusia. Hubungan anak dan ibu bapa, hubungan dua jiwa bercinta dan hubungan nenek-cucu, kakak-adik. Kopi mengikat ingatan. Kopi juga menjadi modal perbualan.
Terlalu banyak tentang kopi yang menjadi bancuhan di dalam cerita ini. Yang aromanya, semakin dibaca, semakin dekat di hati.
Suka buku ni,dari kopi boleh buat cerita. Kopi juga menghubungkan kisah cinta seseorang,kopi juga menjadi hadiah terakhir sebelum seorang yang kita sayang itu pergi, dan kopi juga memberi manfaat dan keburukkan. Suka idea buku, ini 20 kisah menarik, yang kisah 20 tu ada unsur gay sikit,tapi biasalah aku sendiri boleh rasa benda tu masa sekolah asrama,apatah lagi waktu kerja sekarang ni,tapi aku melawan huhu, dan aku jadi anti dengan diri sendiri kadang-kadang, ingatkan tak ada selit benda macam tu sebagai mana buku malaikat apa kejadah tah nama buku tu. Tapi yang ini lebih baik,sebab kisah 20 tu lelaki tu cuba nak halang diri dia dari jadi macam tu. Idea buku ni menarik sungguh, terfikir kalau bibliophile buat kisah bukulosofi, atau sesuatu yang boleh dijadikan pertemuan macam buku ni. Dari cerita kopi sehinggalah ke kisah pertemuan cinta,ataupun kisah isu kesihatan akibat overdose minum kafein,yang mana ia agak "brilliant" dibuat kisah. Sumpah santai,dan dalam masa yang sama rasa nak minum coffee😝😝.
Saya mengaku, saya beli buku ini disebabkan covernya. Kah kah kah! Lawa, nampak selesa.
Kopi-losofi mengumpulkan 20 cerita daripada penulis pelbagai latar, tentang kopi dan kehidupan mereka.
Rata-rata agak sama kisahnya. Kopi jadi peneman malam, kopi penambah kesegaran, bau kopi, kopi menceritakan kisah duka dan ada lah satu dua yang sedikit lain. Yang cerita terakhir tu, bukan main lagi.
Penyusunan cerita saya rasa perlu diperbaiki. Kisah 1 sudah seperti membaca buku teks, sudah menjadi sedikit 'turn-off'. Bukan satu, malah ada beberapa lagi yang bercerita tentang 'fakta' kopi yang bukan saya jangka ada dalam buku Kopi-losofi. Apa lagi, kalau sumber 'fakta' diambil dari Wikipedia. Aduhai, mudah sangat.
Ada yang menulis seperti tergesa-gesa, ada yang seperti try hard, dan saya cuba mengaitkan tajuk buku dengan isi cerita. Jarang mengena.
Oh, kenapa 'abah' dieja 'Abah' dan 'arwah nenek' dieja 'Arwah Nenek' di tengah-tengah ayat?
Saya lebih suka (ya, ini pendapat peribadi) gaya penceritaan Ustaz Hasrizal dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih.
Pahitnya kopi menzahirkan berbagai emosi dan memori. 20 kisah dengan pengalaman berwarna-warni daripada kekeluargaan, sejarah, cinta dan dugaan. Bacaan santai yang bermanfaat. Membaca kisah karya sendiri dalam Kopilosofi memberi kenangan manis jua.
Cerita-cerita ringkas dan menarik yang mengaitkan kopi dengan kehidupan sebagai bacaan santai.
Terdapat banyak pengulangan cerpen yang mengaitkan kopi sebagai minuman peneman dan penyegar sewaktu belajar dan setelah lelah bekerja.
Sebagai penambahbaikan - mungkin untuk cetakan kedua nanti boleh disemak dan diperbetulkan semula pada kesilapan ejaan yang banyak ditemui dalam naskah ini.
Ini karya 20 pencinta kopi buat pencandu kopi. Rata-rata merupakan perkongsian cerita berkaitan kopi. Ada cerita kopi pemersatu bangsa. Ada cerita kopi penyubur cinta kepada ibu bapa dan pasangan. Dan tentunya ada cerita yang menyubur cinta buat aroma dan rasa 'qahwah'.
Ada juga banyak fakta tentang kopi seperti kopi jenama Hang Tuah, kopi Kedah, kopi Gayo, kopi Vietnam (termasuk kopi ais 'ka phe sua da'), Konferens Sains Kopi, 'french press' dan kopi luwak albino dari gunung Merapi.
Begitu juga dengan perkongsian 4 tahap kemanisan kopi di Turkiye seperti 'sade' tanpa gula dan 'az sekerli' sedikit gula.
Momen mengopi di tanah tinggi yang sejuk seperti Genting Highland dan berhampiran Machu Picchu juga di Pantai Senggigi, Lombok begitu mengujakan. Bagi saya, kopi semakin sedap lagi mengkhayalkan apabila mengopi di lokasi yang tepat, bersama orang yang tepat.
Agak kecewa dengan keseluruhan buku ini, mungkin sewaktu membeli letakkan harapan untuk menikmati adunan perkongsian emosi, fakta dan falsafah (jika dibandingkan dengan yang ditemui di UTM Residence KL semirip buku begini dalam bahasa Inggeris).
Ada 1-2 yang saya fikir macam tangkap muat. Apa pun tahniah dan setuju bahawa, "kopi mendewasakan aku, mematangkan aku, dan menginspirasikan aku". Salam ngopi.
Terpesona dan terinspirasi. Dua perkataan itulah yg aku boleh ungkapkan tentang buku ini.
Aku pada mulanya bukanlah seorang yg menggilakan kopi, tapi buku ini menjadi punca aku makin jatuh cinta dengan kopi dan mungkin satu hari nanti aku akan gila terhadapnya. Kesemua 20 cerita oleh 20 org penulis yg berbeza memberikan aku satu pengalaman permusafiran yang jauh tentang dunia kopi. Banyak yg aku belajar tentang kopi di dalam buku ini. Semuanya berjaya menarik aku utk menghargai minuman popular ini.
Selepas menghabiskan naskhah ini, aku seakan-akan mahu terus... - Mencuba semua jenis kopi di seluruh dunia ni. - Mencari jodoh yg minat kopi. - Menghabiskan masa berjam2 membaca buku di kedai kopi. - Belajar menjadi seorang barista.
Highly recommended to all coffee lovers. This book is absolutely for you guys. ☕️
Sebagai seorang penggemar kopi.. Buku ni ada tarikan tersendiri.. 20 cerita tentang pengalaman dan kisah setiap orang yang berbeza dengan kehadiran kopi sebagai pelengkap. 20 pandangan yang unik tentang kopi.
Kopi - hitam, gelap, pahit, pekat
sedangkan kopi itu sendiri penuh variasi dan rasa yang berbeza. Ada manisnya, ada lemak berkrimnya..
Kopi yang melengkapi sebuah kehidupan dan hubungan.. Panas secawan kopi yang menghangatkan suasana.
Kopi itu ada baik, ada juga buruknya..
Dalam 20 kisah ni ada sedih, ada gembira, ada lawak, ada pengajaran dan penuh dengan ilmu tentang kopi.
"Kopi ibarat dia. Membuatkan aku tenggelam dalam haruman yang unik dan mengasyikkan. Kopi ibarat dia. Ada pahitnya, ada manisnya yang membuatkan aku tersenyum dan menikmati dengan penuh rasa. Kopi ibarat dia. Pelengkap sebuah kehidupan. Kopi ibarat dia. My happy pills" -Balqis2025
Why I'm interested in this book at the first place Bought with another book at a bundle price at a book-ish festival in 2021.
What do I think of this book... now that I've done reading it As a certified coffeeholic, buying this book is a no-brainer.
Kopilosofi is an anthology consists of 1 poetry and 20 short stories centered around.. you've guessed it - coffee ☕
Majority of the published story themes around travelog (visiting cafes overseas) and finding love while drinking coffee. Other, some stories deals with loss and regret.
+
-
Get this 1. Perfect as a gift for fellow coffee lovers. 2. Also in a cute front cover and size as a coffee table book. A definite conversation starter.
Kompilasi cerita tentang kopi. Masing-masing ada cerita yang tersendiri dengan secangkir kopi. Dari seorang pengembara hinggalah ke seorang yang bertemu jodohnya dengan secangkir kopi.
Ada cerita yang menyayat hati lebih-lebih lagi bagaimana kopi dan tekanan mampu membunuh seseorang. Juga kenangan-kenangan mereka dengan orang tersayang yang suka minum kopi. Akhirnya kopi hanyalah sebuah perkara yang mengingatkan mereka kepada yang tersayang.
Saya penggemar kopi dan cuma minum kopi hitam dan juga latte. Jadi saya memahami bila mana ada cerita tentang ketagihan minum kopi. Saya sendiri juga bila tak dapat minum kopi akan terasa lesu dan tidak bermaya.
Pencinta kopi pasti dapat merasai keindahan dalam setiap 20 cerita tentang kopi dalam buku ini. Mostly cerita dalam ni cerita yang menyayat hati, tapi ada juga yang mendapat kebahagiaan dengannya, ada yang bertemu cinta disebabkan kopi, dan ada juga yang mengembara untuk merasai aroma kopi dari tempat yang berlainan. Kagum dengan gabungan 20 orang yang berbeza menulis 20 kisah yang berbeza dalam satu buku.
Bahasa yang digunakan dalam buku ini jugak menarik, banyak perkataan-perkataan baharu yang saya peroleh lepas membaca kisah-kisah mereka.
Buku ni saya baca dalam versi e-buku di aplikasi Cereka. Saya tak pasti sama ada terbitan asal yang memang penuh dengan kesilapan ejaan atau terbitan versi Cereka yang bermasalah. Apapun, saya cuba untuk tak biarkan ia mengganggu pembacaan saya.
Lumrah bahan bacaan berbentuk antologi, ada nukilan yang baik, ada yang sedang-sedang, dan ada juga yang selayaknya ditambah baik lagi. Tapi, keseluruhannya, saya suka dengan tema kopi yang dinukilkan dalam semua 20 nukilan yang telah saya baca ni.
Pada saya, kopi ialah kopi. Tak lebih. Tapi pada orang lain, kopi ialah lambang cinta, kopi ialah tanda kasih dan sayang. Kopi mengingatkan mereka pada kekasih yang telah 'pergi', kekasih yang pernah melukakan mereka. Terima kasih kerana semua panel penulis yang sudi berkongsi pengalaman hidup yang rata-ratanya pahit dan manis.
Buku ini terkandung 20 kisah tentang kopi. Banyak yang saya belajar daripada buku ni pasal kopi, antaranya jenis2 biji kopi, jenis2 kopi, khasiat tentang kopi dan mudarat kopi terhadap tubuh badan kita. Bacaan yang santai dan sesuai dibaca ketika waktu lapang sambil menghirup kopi dibru segar. Best!
Mengambarkan komplikasi kisah senang hidup manusia bersama kopi. Ada yang hidup bahagia berumah tangga dengan kopi. Ada yg mati disebabkan kopi. Malangnya, kisah di dalam buku ini tiada yang begitu memorable tetapi cukup signifikan untuk mengambarkan kepentingan kopi dalam kehidupan manusia. Seronok kalau nak membaca sebentar sahaja dalam satu masa.
Seperti kopi dimana rasa pahit dan manis sebati dalam satu cawan, kisah dalam buku ini disulam dengan kisah suka dan duka disebalik secangkir kopi. Bagi saya, menikmati kopi sambil membaca buku ini sangatlah terasa 'umpph' nya.
Terdapat 20 cerita pendek dalam Kopilosofi, ada kisah yang menggamit hati, ada kisah yang ku baca sambil senyum-senyum, tapi kebanyakannya seperti kurang garapan, kurang oomph.