Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kekasih Diya...

Rate this book
Diya dan Ikhwan sudah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lamanya. Direzekikan tiga
orang anak-anak yang banyak karenahnya. Si isteri punya cita-cita tinggi dan mahu yang
terbaik dalam setiap perkara. Si suami, sejenis we-go-with-the-flow punya manusia.
Tiba satu masa, Diya mula rasa bosan dan letih dengan sikap si suami. Ikhwan yang dulu dipuja
sejak berumur remaja, bukan lagi lelaki yang dirasakan mampu membahagiakan dirinya. Diya
perlukan kekasih baru.
Apa hubungan perkahwinan itu akan sentiasa indah sehingga ke akhir hayat?
Apa kata-kata manis itu berhukum wajib antara suami-isteri?
Apa si suami atau isteri itu perlu ada setiap kali diseru pasangan?
Apa definisi keluarga dan rumah tangga bahagia sebenarnya?
Mampukah Ikhwan terus bertahan menjadi kekasih Diya hingga ke akhir hayat?

ebook

6 people want to read

About the author

akuorgbiasa

12 books40 followers
-penulis picisan
-passionate story teller
-"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat!"(HR Bukhari)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (71%)
4 stars
2 (14%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
2 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
May 14, 2025
Aduhh punyala sedih menangis meratap tiba-tiba anak-beranak tu pergi tak kembali. Di saat sang ibu nak bernikah dengan pilihan hati. Tipah tertipu.

Kehidupan Diya dan Abang Wan setelah dikurniakan tiga orang anak. Diya merasakan Abang Wan ambil mudah dalam semua perkara. Dia dh mula rasa stress, tak seronok, letih, marah-marah dan ada banyak kekurangan dalam keluarganya. Dia mula rasa menyesal berkahwin dengan Abang Wan.

Mujur ada Seha, si kawan baik yang boleh bagi nasihat dekat kepala batu macam Diya. Dia dapat lihat seorang Diya ini mahu dia saja yang betul. Orang lain semuanya salah. Hinggalah Diya ini mendapat sedikit teguran dari Yang Maha Esa.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
April 23, 2022
[eBOOK 72]

Kekasih Diya by Akuorgbiasa.
.

Haih, tak memasal, aku menangis sebelum buka puasa. Eh lepas tu, rupanya, aku kena scam. Terus berhenti air mata. hahaha
.

Ni first time aku baca buku AOB. Penulis ni quite famous sebenarnya, tapi sebab aku tak pernah encounter her writings before, so, aku takut nak try. Takut bukan my cup of tea gitu. Tapi, aku pernah je nampak penulis lain review buku dia, so, why not kita cuba. Hurm, baca ayat penulis kat page pertama buku pun, aku dah jatuh cinta.
.

Ni buku yang sesuai dibaca untuk orang yang dah kahwin, baru atau lama kahwin, yang bakal berkahwin, yang single macam aku pun boleh baca.
.

Diya dan Ikhwan dah kahwin berbelas tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Mereka bahagia, walaupun makin hari, Diya makin mempersoalkan, adakah Ikhwan yang dia inginkan dalam hidupnya? Atau kalau dia berkahwin dengan Firdaus, kekasih lamanya, dia akan lebih bahagia? Diya mula cemburu bila kawannya nampak lebih bahagia di Instagram.
.

Bagi Diya, Ikhwan terlalu santai, terlalu bersikap endah tak endah, tak begitu menyokong bisnesnya. Dengan gaji Ikhwan yang cukup-cukup makan, Diya mula merasai kehidupan zaman anak daranya, lebih mewah.
.

Dan munculnya semula Firdaus. Dari sekecil-kecil rahsia, sehingga membuatkan rumah tangga mereka goyah. Dan Diya meminta perpisahan.
.

Kerana sayangkan Diya, kerana inginkan Diya lebih bahagia, Ikhwan melepaskan Diya. Dan apakah kesudahan kisah cinta mereka?
.

Aku suka ayat Seha. Manusia ni tak sempurna. Bila kita memilih seseorang, kita patut tanya diri kita, apa yang kita nak, dan apa yang kita boleh let go. Maksudnya, diri kita perlu melengkapi kelebihan dan kekurangan pasangan. Tak boleh expect si dia boleh turutkan segala kemahuan kita. Kena tolak ansur.
.

Aku suka bila Diya ingat semula kebaikan Ikhwan. Ya, Ikhwan bukan suami terbaik. Dia tak mampu belikan Swarozski, belanja makan mahal, tapi dia tegas dengan anak-anak, supaya anak-anak tidak menghambakan si ibu. Katanya, kena marah anak, supaya anak sedar salah dia. Diya bukan superwoman untuk buat semua benda, end up, stress out, then lepas marah kat Ikhwan.
.

Love this ebook. Ceritanya pendek, tapi padat. Aku suka part 'turning point' tu. Cis, aku terpedaya. Nasib baik tak buka puasa dengan air mata je.
13 reviews2 followers
October 25, 2022
Mengisahkan tentang Diya & Ikhwan yang dah lama berkahwin & dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Cerita ni berkisahkan tentang Diya yang banyak sangat mengeluh dengan perkahwinan dia. Suka sangat bandingkan keluarga/suami sendiri dengan orang lain. Diya ni selalu rasa Ikhwan tu tak capai standard dia. Ada je tak kena dekat mata Diya ni. Saya suka character development dari awal sampai hujung cerita. Awal awal asyik panggil "abah/mummy" je 🤧 Hujung hujung diorang dah start refleks kehidupan perkahwinan diorang & ada improvement.

Suka cerita ni sebab short & compact ❤️
Profile Image for Cik.
214 reviews5 followers
May 25, 2025
Kurang suka dengan story ni.
Sorry...
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.