Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hana

Rate this book
HANA, MADLY IN LOVE WITH YOU


Hana dan Qaiser berkahwin setelah bertahun saling jatuh cinta. Tetapi sifat dendam dan amarah seseorang telah memusnahkan impian mereka.

"Kita berpisah, Hana." - Qaiser.
"No! Sampai hati abang buat Hana macam ni. Hana cintakan abang." - Hana
"Cinta saja takkan buat kita bahagia! Kita tak patut berkahwin." - Qaiser

Hana kecewa dengan Qaiser yang awal-awal menyerah langsung tidak berusaha. Qaiser pula terpaksa demi masa depan mereka.

Setelah bertahun tidak berjumpa, Hana dan Qaiser dipertemukan semula. Masing-masing menyimpan rasa tetapi kehadiran Salina di samping Qaiser dan kehadiran Naqi buat Hana tersepit.

Sekiranya Qaiser bukan untuknya, dia reda melepaskan lelaki itu pergi. Asalkan hidupnya tenang walaupun sendirian.

"Hana, my princess. I am madly in love with you.Yakinlah yang rasa itu tetap ada walau kita tak bersua." - Qaiser

374 pages, Unknown Binding

2 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Cik Bawang

32 books168 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (28%)
4 stars
17 (30%)
3 stars
18 (32%)
2 stars
5 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 24, 2024
this book was the definition of predictable. i read it at 2x speed just to survive the cringey characters.

kenal dari kecik-kahwin-tiber skip 2 tahun nak berubat-jumpa balik macam tak rasa bersalah-gatal miang-penyondol-tamat
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
January 3, 2024
Sempoi je kisah Hana ni. Bagi saya ini bacaan ringan dan bersahaja.

Tapi... banyak jugak bahagian yang saya baca laju2. Sebab plot yang klise. Hana yang manja dan agak kebudakan. Qaiser yang dah lama suka dengan Hana. Saya kurang suka dengan keadaan di mana Qaiser telah lama suka Hana semenjak dari kecil lagi. Kalau masa kecil tu saya lebih suka andaikan hubungan mereka sebagai adik dengan abang dan bersahabat.

Saya tak tahu reason Qaiser tinggalkan Hana semata2 untuk berubat munasabah atau tidak. Bagi saya itu adalah tindakan yang selfish. Hana terlalu dimanjakan oleh Qaiser.

Keseluruhannya saya suka dengan olahan penulis sebab ini karya pertama yang dibaca.
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
February 13, 2025
Awal² watak Qaiser ni green flag habis.. suka cara dia treat Hana

But masa nikah, Qaiser nak pergi ambil phone kat kereta dia kena langgar. Bila sedar dia macam nak larikan diri dari Hana.

Pergi berubat kat Australia tanpa Hana.. 2 tahun tanpa khabar berita. Dapat tahu 2 tahun kat sana ada penyondol dengan suaminya dok tolong masak.

Menyampah lak dengan watak Salina. Orang pergi honeymoon pun nak ikut..dah la kena bayar hotel dan barang² yang Salina beli. Tak faham F sikap Qaiser. Konon terhutang budi.

Tapi perasaan isteri tak fikir. Alasan tak cari isteri selama 2 tahun sebab nak cepat² sihat supaya boleh balik ke pangkuan isteri. Ermmm apa punya alasan la.
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
December 27, 2021
4.9 🌟🌟🌟🌟

Apa yang saya suka?

1. Konflik lebih matang, lebih fresh, lebih seronok dan excited nak baca. Tapi dalam masa yang sama, takut nak habiskan. Faham tak?😆

2. Watak Qaiser tu kann..... Maigod! Kak cik pun cair, nak😂 Dia romantik, sangat memahami, dan cuba untuk buat Hana gembira (walaupun banyak timbul salah faham sebab masing² miscommunication). But don't worry, Qaiser matang. Hero yang tak menghampakan😍

3. Hana, dia manja tapi tak annoying. Dia cengeng tapi cuba untuk kuat (sebab puteri manja Didi kan😝) Dia merajuk, itu bersebab dan sebabnya SANGAT KUKUH.

4. Saya tabik pada Cik Bawang. Maaf, mulanya saya fikir Qaiser tinggalkan Hana atas alasan bodo² (sebab dah biasa baca segelintir novel yang hero acah² pergi bawa diri tanpa alasan munasabah seperti merajuk or salah faham. MINTA KAKI NAMANYA TU!!)

5. Part lawak, Hana panggil Qaiser orang tua. HAHAHAHHAHAHA. Part sedih, time Hana menangis merayu dekat hospital tu😭

Sebenarnya banyak part yang saya suka tapi biar tersimpan dalam hati. Yang penting, novel ni boleh diulang banyak kali. Serius tak boring😁

Tapiiii..... bintang tu tarik sikit pasal saya spoiled gila sebab Dean dan Dina dah tua😑😑 Apa ni?!😣 hero heroin saya nak sentiasa muda, tapi dah jadi atok nenek. Potong mood😭

TQ author, untuk kisah cinta yang indah padat kasih sayang ini💛 Btw, cover dia lawa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
January 2, 2024
Aish. Ingat cinta Faris dengan Farel tu dah gila. Rupanya si Qaiser ni lagi gila. Sejak Hana lahir dia memang tak mahu berenggang dengan Hana. Sampaikan papa dia nak hantar ke asrama pun dia berat hati. Semuanya sebab Hana.

Mendalami watak Hana, kita akan tahu yang dia tersangat manja sementelah dia satu²nya princess dalam keluarga dia. Abangnya Faris sendiri over protect dia. Walau terlihat manja dan happy go lucky, maka sukar untuk orang lain tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran dia.

Qaiser itu wataknya lebih cool. Mungkin jarak umur yang jauh 9 tahun, makanya Qaiser itu sikapnya lebih matang. Dan itu yang membuatkan sikap mereka berdua lebih blend each others.

Ohh kali ini ada watak langau. Salina yang tidak tahu malu. Terang²an ditolak pun tapi still juga mahu mengendeng. Dia punya tak tahu malu tu sampai Qaiser dan Hana pergi honeymoon pun dia nak juga mencelah. Dah kenapa eh? Dah la tu, duit hotel, shopping semua tak ada. Boleh selamba dek suruh Qaiser yang bayarkan padahal Hana sendiri tak membeli apa². Ermmm.

Sebenarnya dalam banyak part, entah kenapa saya terkilan dengan part di mana Qaiser yang mahu pergi berubat. Dia tinggalkan Hana kerana Hana masih muda dan dia mahu Hana menggapai impiannya. Dia juga fikir kebaikan untuk orang disekelilingnya. Cuma bila dia disana dijaga oleh Salina, saya rasa ermm.

Memanglah Qaiser tersangat setia. Tetapi sebenarnya kaedah begini tak boleh dipakai dalam realiti. Keadaan seperti inilah yang akan membawa kepada curang dan skandal. 2 tahun beb. 2 tahun! Bukan suatu jangka masa yang singkat dia tinggalkan isteri. Kalau saya jadi Hana tidak kan mungkin saya terima hakikat itu sebegini mudah.

Memang bukan salah Qaiser bila Salina menjaganya di sana. Salina tu bukan reti bahasa. Tetapi bila Qaiser mengambil mudah dengan beranggapan Salina itu tak lebih dari seorang adik, hoho itu sebenarnya satu kesilapan yang sangat besar. Again. Sebab dia Qaiser, ok lah. Setia. Tetapi sekali lagi, untuk diguna pakai untuk lelaki di luar sana, jangan harap!!!

Ok. Next. Danz pula. Hope lebih pedas berapi. Gigih marathon cerita mereka ni. Dimulai Faris, Farel, Hana dan selepas ini Danz pula. Huhu🫰
Profile Image for lysareading.
310 reviews42 followers
December 26, 2023
Okay kali ni LAIN SIKIT kisah Hana & Qaiser. Anak from pasangan Dina & Dean + Dhia & Aydan. I mmg tengah marathon cerita Cik Bawang je ni 😭🙌🏼 Nanti I buat proper review.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
March 21, 2024
My thoughts?

1. Aku rasa dalam banyak-banyak buku Cik Bawang yang pernah aku baca, Hana yang paling aku suka. Dalam buku Dhia aku dah dapat introduction pasal 2 ketul ni.

2. Trope yang sesuai : soulmates, I think? Sebab dari Hana baby lagi Qaiser dah jatuh sayang. Taknak balik rumah sebab taknak tinggal baby Hana 😂 comel gila.

3. Aku suka sangat watak 2 ketul ni. Qaiser dan Hana. Hana ni lain daripada female lead penulis yang lain. She's a strong character, manja tapi tak annoying, merajuk tapi tak ikutkan emosi sangat, sangat rasional berbanding female lead lain 😂

4. Aku bengang dengan Qaiser pasal Salina je la. Boleh pulak dia layan minah tu elok-elok buat Hana kecik hati. Tak sensitip langsung 😂 ni kalau aku jadi Hana makan penampor dua-dua. Pakej dengan terajang sekali. 

5. Watak Salina tu ya Allah.. aku rasa macam layak di shoot to kill.

6. Scene masa Qaiser dan Hana pergi honeymoon kat Santorini pastu Hana tanya Qaiser betul ke diorang ada kat Santorini sebab nampak Salina tu sumpah lawak 😆

7. One thing yang aku suka pasal buku ni dia bawa isu-isu yang boleh jadi pergaduhan dalam marriage. Benda-benda simple pun boleh bawak gaduh kalau tak faham each other.

Personal rating:
4/5
Profile Image for Diniy Qistina.
157 reviews5 followers
July 27, 2024
3 jam lebih, settle. ✅

Mengisahkan kisah cinta Hana dan Qaiser. Qaiser dah kenal Hana sejak dari Hana lahir lagi. Sanggup tak nak masuk asrama sebab tak nak berpisah dengan Hana. Age gap diorang pun agak jauh, sembilan tahun.

Dari awal cerita lagi sudah menunjukkan mereka yang sudah kahwin. Sejak dua tahun lalu. Qaiser telah tinggalkan Hana di Malaysia kerana dia perlu berubat di Australia. Yang harunya, kepulangan dia membuatkan Hana kecil hati. Hah, kenapa tu? Dua tahun kot suami dia tinggalkan dia tanpa ada khabar berita. Balik Malaysia pun senyap-senyap je.

Baru je diorang berbaik, eh eh muncul pulak langau bernama Salina. Laki bini nak gi dating dia nak ikut. Laki bini nak gi honeymoon luar negara pun dia sibuk nak ikut. Dahlah minta Qaiser bayarkan bilik hotel dia. Pastu barang-barang yang dia shopping kat sana pun dia suruh Qaiser bayarkan. Qaiser pulak layankan je. Patutnya tinggal je Salina tu terkontang-kanting kat situ. 🙄

Novel ni bacaan ringan dan santai je. Boleh dikatakan plot cerita agak klise. Bagusnya lepas baca Hana ni baca Faris, My Best Friend's Brother tapi tulah novel tu dah baca tahun lepas. Terbalik pulak turutannya. 😆
Profile Image for Sharifah Nabilah.
5 reviews
January 4, 2022
Dalam cerita hana, all feelings lengkap serious talk. nangis, melting dgn qaiser, geram dgn salina haih laa tak tau lg nk describe lagu mana..cerita ni tak melarat conflict dia, dan saya lega pasal tuu hahaha sama macam dlm cerita dean.
Memang geram dgn Qaiser buat keputusan terburu buru demi kebahagiaan Hana. tu belum lagi bila Qaiser still ignores pasal langau tuu, of course laa terasa hati si isteri bila dia buat donno, tak boleh nak salah sebab Qaiser pun stilll belajar dalam menyelami hati seorang perempuan and obvious dia seorang pencinta yang setia yang setia huhu since Hana lahir dia dh suka haih laa, I wish to have Qaiser in my life.
Recommend to read part sedih time kat hospital sambil listen to SAMPAI TUTUP USIA covered by Wani Annuar, feeling habis.
To my beloved author, lepas buat cerita mak pak Qaiser…buat la pulakk pasal faris dgn kawan hana heheheh muahh
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
February 21, 2024
okay je, boleh baca sampai habis.. not as impactful as faris. cuma annoyed sikit dgn Qaiser yg tak betul ni. Dgn Salina kemain layan sbb “baik”, tp dgn isteri sendiri julang ego kalah everest. Pening juga.

Kena isteri tegur ikhtilat baru faham bahasa. Ya, jaga hubungan sesama manusia, buat baik. Tapi sedar2 la batas tu. Dah kahwin, tak payah baik sgt nak ambil peduli pasal org luar. Cukup sekadar tunjuk anyone/any organization yg boleh bantu dia. Ini pun kena ajar, susahla hidup.

Tapi, syg gila Hana. Baik je mcm maknya, Dina.
Profile Image for loneeldestsoul .
91 reviews
May 1, 2025
3.8/5 ⭐

Qaiser ni greenflag je tapi tak sukala perangai dia yang macam tak update langsung life dia dkt hana. eyy itu wife kau kot. Geram betul aku. Pastu perempuan lain pulak yang tolong jaga. Memangla Qai setia but tak semua lelaki macamtu bila ada orang lain muncul dalam marriage awak. Hana pulak, saya suka dia. Dia manja tapi tak annoying. Dia baik je. Kalau ada benda boleh perbaiki, aku nak author buat Hana lama sikit merajuk pastu Qai kene effort giler pujuk Hana. 2 tahun kot Hana tak tau pape pasal husband dia. Pastu Aku tak suka Salina. such a b**ch.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
December 4, 2023
I wish the angsty is more included in this. Sebab scene Hana je banyak jealous. Scene Qai jealous takde pulak 🤭 Nak tgk gak Qaiser jealous 😝
27 reviews2 followers
December 20, 2023
Sakitnye la hati dgn si Qaiser tu.. ikut kepala dia je.. boleh dia tinggalkn Hana dgn alasan xnk menyusahkan?
Eloknya Hana marah lama mcm mak dia buat hahaha
Profile Image for hana..
48 reviews
August 29, 2024
a very light reading, the conflict is there but not too heavy. always fall in love with cik bawang’s writing 😍
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
February 24, 2025
Tak kan laaa bole senyap selama 2thun tanpa berita..? Tk bole accept laa.. kalo sy jdi Hana, lgi lama sy merajuk..

Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
October 24, 2024
Actually I love the storyline. Maybe kena panjangkan lagi or buang some conflicts. Sebab this story terlalu banyak loopholes. Tetiba dah beberapa tahun. For me chemistry between Hana and Qaiser sangat comel. Wajarlah untuk Hana manja sebab dia memang membesar dengan Qaiser yang manja kan dia, nak pulak Qaiser lagi tua, Hana pun muda lagi. Cumanya geram dengan sifat Qaiser pergi sampai tak berhubung. Dia tahu dia ego tapi dia genggam ego tu for years lepastu selamba balik macamtu je. Eeee geram.
286 reviews52 followers
November 30, 2023
Pengorbanan seorg isteri yg terpisah dr suami... Tanpa khabar dan berita... Kuatnya seorg hana menempuh segala ujian... Best.. saya suka kisah hana dan qaiser ni...
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.