Jump to ratings and reviews

Carl: Love with Benefits

KERANA sebuah dendam kepada si ibu tiri, NATALIA menculik CARL ASLAN, jejaka yang dirasakan boleh membantunya dalam menjalankan misi dendamnya.

Bagi Carl, jatuh imejnya jika umum tahu dia diculik oleh seorang gadis. Tapi yang lebih mengharukan, pesona seorang Natalia tak mampu Carl menolak pergi.

"Apa lagi benefit yang aku dapat selain dari tu?" CARL

"Me." NATALIA

Pada Natalia, she had nothing to lose. Asalkan si ibu tiri tak dapat apa yang di hajati. Natalia sanggup lakukan apa saja!

Namun, di sebalik kerjasama mereka berdua. Ada satu jalinan rasa yang membelit jiwa dan raga. Tetapi Juwita yang selalu ada dalam hubungan mereka, membuat Natalia makan hati dalam diam.

"Awak cuma dapat jasadnya saja, Natalia. Hati dan cinta Carl dari dulu cuma milik saya." JUWITA

Dalam mereka mahu mengakui cinta, satu tragedi telah merenggut semuanya.

"Aku minta maaf Natalia... Aku tak boleh, aku tak boleh jadi suami yang baik. Ayah yang baik. Aku tak boleh." CARL

"Then, what should I do, Carl?" NATALIA

Apakah selamanya bahagia takkan pernah menjadi milik mereka?

396 pages, Unknown Binding

Loading...
Loading...

About the author

Mell Mariann

33 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (25%)
4 stars
9 (45%)
3 stars
4 (20%)
2 stars
2 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
January 7, 2022
Smooth je bacaan. Baca dari malam tadi tak sangka today dah habis baca. Itu pun kena stop, kalau tak malam tadi gak dah habis baca.

Jalan cerita yang tak semak kepala. Tak sangka Juwita gitu. Mati² ingat Juwita jenis perempuan baik² yelah sebab bertudung dan perwatakan yang ayu.

Suka sikap Natalia. Tak pernah buruk sangka dengan orang.

Cuma tertanya apa kisah tentang mak Carl dan adiknya Hanan?
Profile Image for Eda Eda.
178 reviews21 followers
May 10, 2024
Kita suka penulisan Mell Mariann so will be biased la 😆 Barith dan Carl, si abang dan adik. Kalau ada keduanya, silalah baca Barith dulu okay.
88 reviews16 followers
January 13, 2022
Penulis ada bakat menulis cuma dlm citer ni cara olahan terasa sgt la x best, mcm penulis baru (maaf)
Jln cerita yg aku rse penulis main tulis je, xde storyline, seolah olah xde perncgn
Konflik pun mcm xde idea, penamat plk tergesa gesa plus nk sumbat semua bnda
Citer cliche ni fhm je, kbykkn novel mmg cliche, cuma penulis kne la menang dkt bhgn olahan, baru sdp skt nk baca
Baiki gaya olahan ayat, penceritaan yg lebih smooth n jln citer yg lebih tersusun, citer tu akan best untuk dibaca.

Harga bg aku agak mahal sbb font n spacing yg bsr
Agak tdk berbaloi untuk kualiti dan harga.
Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
July 27, 2024
Konflik cerita Carl ni macam berat sikit dari cerita Barith walaupun novelnya lagi nipis. Berat sikit je, tak banyak pun.

Mengisahkan tentang Natalia yang merupakan seorang ballerina yang cuba untuk balas dendam pada mak dan adik tiri dia. Kisahnya sejak ayah dia kahwin dengan mak tiri dia, ayah dia sentiasa abaikan dia. Pastu pape hal ayah dia asyik menangkan adik tiri dia je. Mak tiri dia pun sama naik je.

Misi pertama balas dendam dia adalah culik Carl, pastu ugut something supaya Carl kahwin dengan dia. Selepas berunding segala pros dan cons, Carl setuju untuk kahwin dengan Natalia. Fast forward, misi dia berjaya, tapi masalah lain pun turut muncul jugak.

One day, Natalia disahkan mengandung. Bila Carl dapat tahu, eh eh dia kata dia tak bersedia lagi nak anak. Pastu suruh Natalia pi gugurkan pulak anak diorang. Natalia pun apa lagi, terus dia mengamuk pastu larikan diri. Dia dahlah memang teringin nak anak. Hah gitulah. Ending dia? Ofkos happy ending. 🤭
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
July 14, 2022
Daripada tajuk je dah boleh agak yang cerita novel ni agak kebaratan tapi masih boleh untuk aku terima baca. Cumanya untuk under 18 agak kurang sesuai.
.
Pertemuan pertama hero-heroin, masa tengah berebutkan teksi di New York, kalau aku tak salah. Pertemuan kedua? Oh darling, jejaka terhebat idaman Malaya diculik seorang gadis! Kerana nak mengelakkan cerita dia, Carl yang digilai gadis-gadis bersetuju untuk mengambil Natalia, perempuan yang menculiknya sebagai isteri, well, setelah dijanjikan beberapa benefits daripada Natalia.
.
Natalia, heroin yang daring. Selamba badak dia je culik Carl semata-mata nak menjalankan misi dia, tapi bijak jugak sebab misi dia berjalan lancar! Cumanya sebab dia menculik Carl ni agak questionable dan menjadi teka-teki lama jugakla sampai aku rasa nak campak je sebab frust hehe. Carl, walaupun dia ni digilai ramai perempuan tapi dia tak layan perempuan, lagi-lagi yang seksi macam Natalia. Kenapa? Well, baca sendiri. Walaupun dia mulanya layan Natalia ni dingin dan kasar tapi lama-kelamaan dia makin jatuh hati dengan Natalia. There's so much of her than the surface gitu.
.
Konflik yang diketengahkan dalam novel ni ada pasal family dan juga orang ketiga. Bagi aku, berat juga la konflik keluarga ni bilamana kedua-dua hero dan heroin ada masalah dengan family mereka sendiri lepastu tambah lagi dengan perkahwinan untraditional mereka, hah, memanglah menempah masalah. Tapi, aku sukakan part resolution pada konflik mereka. Loves how penulis melakar perjalanan dua watak ni ke arah yang lebih baik. Aku suka dengan konsep necessary separation antara Natalia dengan Carl. Walaupun berbaldi jugaklah aku menahan perasaan (dan air mata).
.
All and all, aku sangat suka dengan cerita Carl-Natalia ni. Penuh dengan pelbagai rasa juga banyak pengajaran yang boleh diambil. Seronok juga membaca momen-momen jeles Natalia dengan hubungan Carl dan Juwita juga cemburu Carl pada hubungan Natalia dengan bodyguard dia, maaf saya lupa nama awak!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews