“Boleh aje kalau nak jadi bini saya. Saya kosong lagi.”
Huru hara hidup Kila disebabkan seorang lelaki bernama Haliman. Lebih sadis lagi bila Haliman itu merupakan jiran sebelah rumahnya a.k.a duda hot yang dikatakan Mega teman serumahnya.
Wujud pula Adam dan Hawa yang menambahkan perencah dalam sengketa antara mereka.
Tapi itulah… Orang kata jangan terlalu membenci takut nanti hati terikat mati.
Sekelip mata duda poyo berubah menjadi romeo. Kila tak ketemui ruang nak menyorok dari Haliman. Lagi mengelak lagi Haliman mendekat.
Bila aura cinta Haliman mula mengelilingi Kila...
Muncul Tiara ibu kandung Adam dan Hawa yang mahu bersama dengan Haliman semula.
Muncul pula Tengku Mikael dan Tengku Mila yang semakin merumitkan kisah cinta antara Kila dan Haliman.
Tapi…
Tak mudah Haliman mengalah. Sekali dia kata suka memang dia akan pastikan terikat mati dengannya.
Kelakar…
Romantik…
Sedih…
Semuanya cukup rencah untuk menjadikan Hate Me Not ini naskah yang patut anda miliki.
rasa macam nak picit aje kila ni. dapat bayangkan betapa happeningnya watak sorang ni. kecoh, riuh, suka buat keputusan melulu, bercakap pun ikut suka.
punya dua sahabat baik, maya dan mega. bagus hubungan sahabat ini. sentiasa ada untuk satu sama lain. kalau tak, masa kan kila sanggup tuang sebalang gula pada haliman dek kerana sikap tak semenggah lelaki itu di kafe kepunyaan maya. punyalah maya dengan pekerjanya takut nak hantar minuman pada pelanggannya itu. sampai dekat kila, huru hara jadinya.
memang senyum dan tergelak sorang-sorang baca gelagat haliman dengan kila nih. ada je perangai entah apa-apa si kila. haliman pun sama naik.
tambah haru, bila jiran baru kila dan mega ialah haliman sekeluarga. anak haliman iaitu adam dan hawa memang cukup takut dengan kila sebab kila garang. selamba ditoyolkan anak orang.
tapi watak gila-gila kila ni menyelindungkan sesuatu yang kelam dari masa silam. dia yang kehilangan ibu ayah, kemudian keluarga terdekat sendiri yang menghantarnya ke rumah anak yatim. itu belum termasuk penderaan mental dan fizikal yang dia terima.
itu sebab bila dia tahu adam dan hawa pun mangsa dera emak kandung sendiri, terutama hawa, dia tak boleh nak berdiam diri. memang rasanya kalau tak ada siapa menahan, mau mati tiara tu dikerjakan.
konflik cinta mereka, haliman dan kila ni bak main merry go round tau. kejap ya, kejap tak. haiisshh... geram pula baca. sejujurnya, kila ni rasanya takut untuk ada keluarga tambah haliman tu duda. walaupun dia akhirnya tahu kisah menyayat hati antara haliman dan tiara, dia tetap takut.
watak-watak lain, juga punya peranan yang kuat dalam menghidupkan kisah hate me not. suka watak anak-anak comel, adam dan hawa. polos aje. suka juga dengan watak mikael. watak ini banyak memainkan peranan menjentik pelbagai rasa pada watak-watak lain. terutama pada watak bondanya sendiri, tengku mila.
epilog - rasanya paling sedih. kesat mata jugalah bila baca. biasaaaa ni puan penulis cantik Miss Cactus buat kita nangis!
itulah. mulut ni kadang jangan terlalu lancang berkata-kata. mana tahu, kata-kata itu yang diangkat sebagai doa. kan haru.
redha dalam ketentuan yang telah tersurat dalam hidup juga mampu buat jiwa tenang. walaupun sedih, pilu, hati berderak seribu, tapi bila yakin dengan qada dan qadar, percayalah, ketenangan itu akan muncul.
Its a complete story!! Mmg cover all…romance,family,comedies,friendship....watak sampingan pon dapat happy ending…comel la..hubungan diorg yg on off tu..pastu cute nye bila dah start bercinta tu..aishh….recommended..👍