Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jiwa Tanpa Jasad

Rate this book
Aiman dan abang sepupunya, Luqman dikurniakan 'anugerah' tidak dimiliki semua orang; hijab pandangan terbuka. Walau berkongsi kelebihan sama, namun penerimaan keduanya cukup berbeza.

"Mana Aiman, tok? Dia ni memang melampaulah. Baru je Luq jumpa 'benda tu' depan rumah. Ni mesti kerja dia."

Kehadiran Wardina menambah konflik. Di saat Aiman ingin membantu Wardina yang kehilangan identiti, Luqman pula melarang sekeras-kerasnya. Baginya makhluk halus penuh muslihat.

Adakah semua ini akan berakhir dengan baik?

300 pages, Paperback

First published November 3, 2021

5 people are currently reading
11 people want to read

About the author

Kieraeinz

4 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (31%)
4 stars
13 (44%)
3 stars
6 (20%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
January 20, 2022
Aiman & abang sepupunya, Luqman dikurniakan anugerah: hijab mereka dibuka.

Walaupun memiliki anugerah yang sama, cara Aiman & Luqman menghadapi makhluk halus berbeza!

Aiman, pada matanya, makluk halus adalah sosok mistik yang tak jauh beza dari manusia. Bezanya mereka pucat & sering merintih.

Luqman, pada penglihatannya, semua mahkluk halus berupa sama: seram, jijik & berniat jahat.

Maka, setiap kali didatangi jembalang, Aiman mahu membantu, Luqman pula segera menghalau.

Babak hantu Wardina itu gempak! Orang cuma kenal Wardina bila mereka berada dalam kelas 1 Cempaka je. Sebaik saja keluar kelas, tiada siapa kenal Wardina, seperti hilang ingatan.

Novel ringan seram yang cukup rencah. Aku sangat sarankan untuk penggemar cerita seram. Cuma ada beberapa watak, dialog & peristiwa yang bagi aku, hanya filler, tiada pun tak apa.

Apapun, 3.5 ⭐ untuk Jiwa Tanpa Jasad!

*dari gaya penamat novel, rasanya @novel_kieraeinz macam nak sambung sekuel pula, ahaha
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
February 16, 2022
Tajuk: Jiwa Tanpa Jasad
Penulis: @novel_kieraeinz
Penerbit: @gempak_starz

"Aku boleh nampak apa yang kau tak nampak"

Jiwa Tanpa Jasad mengisahkan tentang Aiman & Luqman yang memiliki keistimewaan yang sama iaitu hijab mata mereka berdua terbuka dan boleh melihat makhluk halus. Namun apa yang menariknya ialah cara penerimaan dan pengendalian mereka berdua.

Aiman lebih cenderung melayan dengan baik dan mendengar rintihan dan permintaan makhluk halus tersebut. Berbeza dengan Luqman.

Bagi Luqman, dia merasakan makhluk halus ada saja permainan tipu daya untuk menyesatkan manusia. Jadi, Luqman mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan mereka ini dan seterusnya belajar lebih mendalam ilmu agama.

Atas urusan kerja, kedua ibu bapa Aiman terpaksa menghantar Aiman ke kampung untuk tinggal bersama atuk dan abg sepupunya, Luqman. Dia juga akan bersekolah di sekolah yang sama dengan Luqman. Apa yang Luqman khuatir ialah dia takut jika adik sepupunya itu akan terjerumus dengan makhluk yang ada di sekolah mereka!

Wardina-- seorang gadis yang terperangkap di sekolah. Yang anehnya, jika Wardina di kelasnya 1 Cempaka. Semua akan menyedari kewujudannya. Jika rakan sekelasnya keluar dari kelas itu,mereka akan lupa Wardina. Apa agaknya yang jadi kepada Wardina?

Bagi saya, saya ada 2 pendapat. Novel ringan ini sesuai untuk 2 pembaca. Pembaca yang suka dengan novel seram. Saya tahu pasti akan ada yang berpendapat tahap keseraman buku ini biasa saja. Namun, saya juga ingin perkatakan yang walaupun tahap seramnya biasa. Tapi, jalan cerita dan karakter di dalam ini menarik untuk dibaca. 2 karakter yang kuat dari segi personaliti dan kemampuan mereka berdua menghadapi situasi gentir.

Tapi, buat pembaca yang baru berjinak-jinak ingin membaca cerita seram tapi tidak mahu terbayang-bayang dan bawa sampai ke dalam mimpi. Ini sesuai untuk kalian. Kalian pasti akan rasa vibes seram tapi masih boleh dikawal.

Suka dengan cara penulis describe setiap watak. Boleh nampak flow naik turun karakter.

Jika kalian berminat untuk dapatkan Jiwa Tanpa Jasad.
Boleh gunakan Promo Code saya untuk dapatkan 20% diskaun:

Promo Code: GS_IKASHOID
Expiry Date: 1/3/2022
Quantity: 100
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
January 21, 2022
Selesai bacaan kedua tahun ni. Ini buku magic bean yang pertama aku baca.

Awal pembacaan aku agak skeptikal sebab Magic Bean ada kaitan dengan Gempak Starz. Entah sebab apa tapi aku tak letak harapan yang tinggi pun. Tapi buku ni surprisingly okay. 'Okay' je perkataan yang aku boleh fikir sekarang.

Ada beberapa bahagian yang bagi aku susah untuk aku buat gambaran. Terutama dekat bahagian perlawanan dekat sekolah & banglo. Aku boleh kata bab untuk menggambarkan action scene tu sedikit kurang untuk buku ni.

Nah sentuh sikit pasal Institusi. Mengetahui yang penulis baca buku Syafiq Aizat, aku memang dah agak dari awal benda ni. Tapi aku tak berapa gemar sebab Institusi cuma disentuh pada bab bab terakhir saja. Walaupun terjawab apa itu institusi, masih tak puas untuk mengetahui tentang instusi tu.

Kekuatan penulis aku rasa pada gambaran watak tu. Macam Aiman, boleh rasa yang dia memang manja. Untuk Madihah, memang rasa annoying dengan dia.

Jadi overall aku enjoy je pembacaan buku ni. Tak seram pun.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nisa.
76 reviews1 follower
April 12, 2022
Mengisahkan dua orang sepupu yang mempunyai kelebihan yang sama tapi cara penerimaan mereka berbeza. Seorang terlalu berwaspada, seorang lagi terlalu baik hati. Sedar tak sedar, dalam misi untuk membantu 'hantu wardina', mereka telah merungkai banyak rahsia gelap dan hubungan mereka juga menjadi lebih akrab.

Bagi saya, cerita ni sangat menarik. Bukan setakat seram, elemen aksi juga ada dalam pentempuran antara makhluk dari dua alam yang berbeza. Lagi seram kalau setiap bab tu ada ilustrasi sendiri untuk setiap hantu yang ada hihihi. Apa apa pun terbaik! Teruja rasa nak baca karya lain daripada pengarang yang sama.
3 reviews
Read
March 14, 2022
Cerita dia memang best. Jalan cerita, plot dan idea semua best.. Cumanya writer masih amateur so macam ada kekurangan bila berganti scene tu susah nak faham situasi, tapi takpe buku ni memang best and berbaloi untuk dibaca. Waiting for another "Mahakarya" from this writter. 👏👏
Profile Image for Puyi.
138 reviews4 followers
December 16, 2024
Secara ringkasnya, novel ni pasal 2 saudara; Aiman & Luqman yang dikurniakan kebolehan melihat makhluk ghaib.

Aiman ni perangainya macam terlebih caring dengan hantu-hantu ni. Kalau dia terjumpa kak ponti mintak tolong, dia akan "kesian akak tu". Perangai si Aiman ni memang buat pembaca tepuk dahi ya. Apa dik kau kesiankan hantu?!!

Luqman pulak polar opposite. Kalau boleh dia nak ruqyah semua hantu yang dia jumpa. Tu antara sebab Aiman & Luqman ni tak sebulu di awal cerita.

Cerita ni bagi saya starting dia best/ tak meleret. Page awal dah terus nampak si Aiman ni sejenis mesra hantu. Perbezaan jelas 2 karakter utama pun buat cerita ni colourful & mudah dihadam.
Profile Image for Awadah Talib.
12 reviews
November 7, 2022
I like relationship antara Aiman dan Luqman. Feel like reading kdrama bromance. Anyway, that's not the point. This book manage to capture permasalahan antara mereka berdua dalam menerima keistimewaan diorang. Like, one doesn't have to be fuly accepting nor just go with the flow kan. Also, I enjoy this book cuz tak heavily romantic, given Luqman ada crush dgn kawan kelas dia. Basically the storytelling baguslah. Not too complicated sangat. Cumanya, bila bab aksi pertarungan tu, reader kene berimaginasi. Sometimes pengunaan bahasa dan penyusunan agak pelik. But overall, the plot interesting enough. Look forward for more of this siri.
2 reviews
September 29, 2025
Jalan cerita menarik, tak basic sangat tapi ada beberapa part yang susah nak faham, especially waktu Aiman tengok hantu, POV(point of view) dia asyik berubah lah dalam satu bab, jadi kadang confuse yang tengah dibaca tu POV sapa punya, tapi overall buku ni bestlah
Profile Image for Meteorofi.
11 reviews1 follower
July 26, 2023
Jalan Cerita Menarik Dan Saya Habiskan Novel Ni Dalam Masa 5 Jam Je😳

Tapi Saya Kurang Suka Sebab Tak De Prolog Dan Epilog Lepas tu Cerita Dia Habis Macam Tu Je....
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.