Kata kata Nahdan itu buat Hanin lama berfikir. Hubungan ini perlu hala tuju. Hanin tahu dia buat Nahdan tertunggu- tunggu tetapi sukar untuk dia ucapkan kata putus untuk hubungan mereka.
Maka, dia tekad. Dia perlu pulang ke kampung, menyelesaikan luka lama untuk menyambut cinta Nahdan.
Tetapi, pulang ke daerah lama bukan mudah. Kota itu terlalu asing untuk Hanin Zahra kerana selepas 7 tahun dia sepikan diri, dia pulang ibarat tetamu yang tidak diundang.
Misinya hanya satu. Mohon ampun keluarga dan restu abah untuk mewalikannya.
Cuma ada satu nama, luka lama, cerita lama yang menyukarkan urusannya.
"Who is he? Old friends , old flames?" Tebak Nahdan dengan wajah sinis. Pedih. Lebih pedih Nahdan menyindir dan tidak cuba untuk memahami.
Walaupun gema hatinya berdenting kuat nama seseorang yang dia rindukan selama ini, dia layak untuk memilih. Dia wajar memilih cintanya.
Haishh, cerita yang best macam ni selalu sikit sangat kan? Mengisahkan Hanin yang kembali kepangkuan keluarga setelah melarikan diri dari kampung atas sebab tertentu. Berjumpa kembali dengan Abang Niyaz bekas tunang yang ditinggalkan tanpa khabar. ‘Ditinggalkan’ sebentar teman lelaki di bandar sebab ingin menjernihkan kembali hubungan keluarga. Agak-agak apa yang akan terjadi? :P
Terima kasih kepada cik penulis bagi ebook free ni. Kepada yang belum claim ebook ni silalah claim :D
Jiwa single aku meronta-ronta bila baca cerita ni.
Hanin pulang ke rumah setelah 7 tahun menghilangkan diri. Dia membawa hajat nak berkahwin dengan kekasih hati dan dia cuba untuk berbaik semula dengan keluarganya. Tiba-tiba berjumpa balik dengan bekas tunang. Terkenang kembali memori dulu.
Lurve dengan watak Abang Niyaz. Rasa watak ni memang hidup. Macam mana mereka handle conversation tu memang betul-betul matang. 🫶🏻
Semoga penulis panjangkan dan terbitkan cerita ni. Tak puas baca. Nak lagi.
OOOOOHEMMMMGGGGG !!! ebook ni besttttttttoooooo , x puassss bacaaaa laaaa. Suka dgn cara penulisan kak emmi, cukup rasa cukup emosi semuaaaaa. Nak niyaz ikat tepi satuuuuuuuuuu jg laaaaa !!!! Hope ebook ni jadi novel dan cerita revamp dan dipanjangkan. Sumpah x puassss bacaaaaaa hahaha pestime bacaaaaa karya cik penulis ni and i iz pol in lobbbbbbbbb !!
I personally think this is Emmiyya's best work. Suka gila dengan scenes kampung yang Emmiyya bawak. Abang Niyaz tu pun alahai, saya pun cair gini kalau gitu perangainya.