Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dersik Pilu

Rate this book
“What hurts you blesses you.” – RUMI

Pelukan hangat ibu, merupakan sebaik-baik tempat untuk melepaskan segala pilu di hati. Segala belaian dan kata-kata seorang insan bernama ibu, mampu menyejukkan jiwa yang sarat dengan kedukaan. Namun, seorang ibu tidak selamanya menjadi milik kita. Suatu hari, Tuhan akan menjemputnya pulang kembali.

Khaizuran Qisya.
Zaman kanak-kanak Khaizuran, tidak seindah kanak-kanak yang lain. Diberikan peluang untuk merasai kasih sayang seorang ibu, hanya selama enam tahun. Selepas itu, hidupnya terumbang-ambing bagai kapal tanpa pengemudinya.
Dari kecil, dia dihidangkan dengan penderitaan ibunya sendiri. Mempunyai suami, hanya di atas kertas. Segala nafkah dan tanggungjawab, diabaikan begitu sahaja disebabkan terlalu taksub dengan politik. Keluarga diabaikan begitu sahaja tanpa diberi nafkah.
Kehadiran Afifah berjaya mengubati kelompongan dalam jiwanya. Hubungan persahabatan mereka menjadi rapat sehinggakan keluarga Afifah juga sudah menganggap Qisya seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Ziyyad Ukasyah.
Abang kepada Afifah itu seakan tidak sebulu dengannya. Meskipun Qisya sentiasa mengikuti Afifah keluar bersama Ziyyad, entah mengapa lelaki itu seakan tidak sukakan dirinya. Seakan terdapat aura beku yang menyerkup suasana tatkala dia berada satu ruang dengan Ziyyad.

Satu insiden yang berlaku membuatkan Khaizuran hampir kehilangan maruah diri. Di saat dia mengharapkan bapanya menyelamatkan maruahnya sendiri, rasa kecewa menghempap diri apabila bapanya tidak mahu menghulurkan bantuan. Sebaliknya, dia dipaksa untuk berkahwin dengan si pelaku untuk menutup aib.

441 pages, ebook

First published November 1, 2021

2 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Ayeshah Amani

13 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (40%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
1 (5%)
1 star
3 (15%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for SS.
518 reviews5 followers
February 11, 2022
Ini karya ke 6 dari Ayeshah Amani yang saya baca. Sejujurnya, Ayeshah Amani semakin baik dalam bidang penulisan compare dengan kali pertama karyanya yang saya baca (Duda Buat Safeera). Terimakasih juga kepada penulis untuk ebook Dersik Pilu ini <3. Lepasni saya akan terus baca Lockdown Moment. Sengaja tinggalkan karya sulung penulis untuk dibaca pada akhir sekali.

Secara ringkas, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Qisya. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama Afifah. Kemana mana saja mereka berdua. Dan kehadiran abang Afifah yang disengajakan oleh Afifah itu membuatkan Qisya rasa tidak senang.
Lagi pula Ziyyad seolah-olah tidak suka dengan kehadirannya.

Apa yang akan terjadi selepas itu? --

Banyak part yang saya suka dalam Dersik Pilu ini :-

• Penggunaan ayat puitis yang sedap mata membaca.

• Hubungan persahabatan yang baik antara Afifah & Qisya. Membuatkan saya rasa ingin lebih lagi menghargai sahabat sekeliling saya. Berat perasaan yang dirasa jika kehilangan sahabat. Saya percaya itu.

• Suka dengan gap yang Ziyyad hadkan. Dia tahu dan faham tugasnya sebagai seorang yang perlu bersikap professional ketika bekerja, di rumah & lain-lain.

• Menjadi seorang Qisya memerlukan hati yang sangat kuat. Bukan mudah untuk menerima dugaan yang berat dalam hidup. Terutamanya bila dugaan tersebut memerlukan dia untuk belajar menerima ketentuan Ilahi. Bertubi-tubi rasanya Qisya diuji. Tapi, itu yang menjadi akar umbi kekuatanya.

Memang sedih. Pengakhiran cerita yang meninggalkan kesan yang mendalam. Entah bagaimana Qisya mendapat kekuatan untuk bangkit. Bukan senang. Dari tersenyum gembira akan kehadiran seseorang disisi sehingga keseorangan. Begitulah pengakhiran kita manusia tapi cerita Dersik Pilu ini memang memilukan hati.

Nota tambahan: Maaf jika saya mengatakan ini. Saya kerap kali merasakan yang setiap watak heroin yang ditulis oleh penulis seperti watak tersebut seakan-akan diri penulis. Bukan seperti watak dalam cerita tersebut. Adakah kerana saya kenal penulis membuatkan saya ada mindset tersebut. Huu maaf tapi ini sekadar pendapat peribadi.
5 reviews1 follower
March 17, 2022
Mula baca karya Kak Sha novel Lockdown Moment. Teruk juga saya menangis bersin sampai ke petang.

Tapi Dersik Pilu lagi sedih. Rasa kesian, geram dan sedih semua ada dalam kisah ni. Secukup rasa.

Khaizuran Qisya dari kecil didera oleh 'bapanya' sendiri. Bila dia dah besar memang patut ada seorang lelaki yang bertanggungjawab bahagiakan dia, berikan dia nafkah, sayangi dia.

Datangnya Ziyyad Ukasyah melindungi dirinya. Mula-mula beku macam iceberg. Tapi bila dah kahwin sweet gila.

Saya paling takkan lupakan part Ziyyad basuhkan cadar sebab Zuran period. Dia yang nak buatkan untuk Zuran walaupun Zuran tak nak 🦋

Tak expect pun pengakhiran Ziyyad macam tu, saya dok tunggu plot twist muncul. Tapi tak ada. Berkecai hati saya kak Sha buat gini.

Kak Sha memang berbakat buat orang menangis tersedu-sedan. Sila bayar bil air mata saya (jk hehe).

Apapun saya tengah tunggu versi novel (happy ending). InshaAllah segalanya berjalan lancar. Saya doakan kak Sha dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat 🤍

p/s : tak reti buat review tapi saya cuba 💪🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dahlia reads.
35 reviews2 followers
July 29, 2022
4.5⭐

Pada mulanya aku fikir, tak logik betul ayah Qisya bencikan Qisya. Rupa rupanya, plot twist dia buat aku terkejut. Lepas satu satu dirungkainya. Aku tak nafikan cerita ini cliche tapi still best sebab banyak plot twist.

Ziyyad Ukasyah is the standard.

Part yang agak meh, bila Jie tu sanggup nak bunuh Qisya disebabkan Ziyyad. Macam tak logik, kau sanggup nak bunuh orang demi lelaki yang kau suka.

Part dimana mak Afifah jatuh sakit, takda sapa nak tolong macam tak logik tapi itulah mungkin tu kifarah buat diri dia.

Overall this is a good story and worth my money.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.