Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kasyaf #1

Kasyaf

Rate this book
“Superhuman,” kata Nea sambil meletakkan majalah Time di atas meja papanya. Matanya bersinar, suaranya lunak dan bibirnya basah dengan jus oren. “Interactomics dan bioengineering, you tengok ni, saintis barat, dia orang nak alter human genetics, produce superhuman clone. Gila.”
“Datuk mana?” Zack ketika itu memang sedang cari Datuk Hashim, sebaliknya menjumpai Ranea dan majalah Time.

“Toilet. Kejap je tu. Tunggu lah… maybe you boleh explain jargon ni dekat I, prof.” Jari Nea diketuk ke majalah.

“Apa benda? Superhuman?”

“Yes. Is it possible?”

Zack duduk di sofa. “You tell me. Bidang I nuclear… which is, in fact deadly to, even, super human.”

Nea silang tangan, parkir punggungnya di birai meja, merenung gaya mengancam. “Boleh ke kita upgrade kita punya fisiologi? I mean, macam improved strength, atau vision so you boleh nampak gelombang ultraviolet, atau metabolisme macam degupan jantung, even to increase oxygen absorption dekat alveoli paru-paru, let say by fifty or even ninety percent? … instead of normally thirty percent kan.”

“Without adrenaline kicks in?”

“Without adrenaline.”

400 pages, ebook

First published October 1, 2013

11 people are currently reading
247 people want to read

About the author

Khairi Mohd

4 books56 followers
Khairi Mohd seorang penulis fantasy thriller yang pernah menulis untuk Buku Fixi dan Jemari Seni. Beliau peminat tegar Dan Brown selain Muse, Ed Sheeran dan Projector Band.

Khairi Mohd, terkini, aktif dalam proses menerbitkan sendiri buku beliau di bawah syarikat AntiGraviti Publishing. Cerita beliau boleh diikuti di khairi-mohd.blogspot.com, just a santai reading after you put down your book.

Antara buku yang ditulis Khairi Mohd:

- Bintang-bintang ke syurga (2009) terbitan Jemari Seni
- Yuda di padang maya (2010) terbitan Jemari Seni
- Adamaryam (2011) terbitan Jemari Seni
- semua karya di atas menggunakan pseudonym Xarine.
- Kasyaf (2013) terbitan Buku Fixi

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
84 (41%)
4 stars
74 (36%)
3 stars
37 (18%)
2 stars
6 (2%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
November 5, 2013
Brilliant!!!
Aku rasa inilah novel FIXI yang paling berilmiah berbanding dengan novel2 FIXI yg pernah ku baca...Menurut penulis di dalam blognya:-

"Aku punya konsep nak bawa orang baca benda-benda akademik, yang aku gaul jadi novel. Pada masa sama, ia kena ada ruh. Iaitu pengajaran dan teladan."

Memang bertepatan dengan apa yang beliau maksudkan...Bayangkan sihir jin di gabungkan dengan elemen sains fizik, bagi aku memang sebuah novel yang berteraskan SAINS di mana penulis menggambarkan sihir itu sebagai "Dark Science"...seperti novel2 terdahulu, penulis memperincikan segala penerangan mengenai elemen fizik, atom, nuklear dan lain2 lagi...sedikit sebanyak pembaca remaja yang sudah biasa dengan novel2 FIXI lalu mungkin akan terasa bosan & tak faham...itu yang aku bimbangkan...apatah lagi dengan pembaca2 bukan aliran sains...

Novel ini walaupun ada sedikit perkaitan dengan kisah Yuda Di Padang Maya oleh Jemari Seni, tetapi mampu berdiri dengan sendirinya...cuma jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kisah di Alam Jin, kalian perlulah membaca novel Yuda terlebih dahulu...jika Yuda memperlihatkan pengembaraan manusia ke Alam Jin, manakala Kasyaf pula adalah sebaliknya...kisah Siluma yg menjadi tanda tanya pada novel terdahulu kini bangkit untuk membalas dendam...

Novel kali ini berbentuk serius, sudah hilang jenaka & humor Pak Yusof & untuk FIXI, beberapa watak terdahulu telah bertukar nama...Arissa jadi Marlissa....Pak Yusof pun dah hilang pangkatnya sebagai "pak", motif???, cuma watak Prof Zack aku boleh agak ia adalah Zamsari, manakala Diyan adalah Riduan...Azmi, entah hilang kemana masih menjadi persoalan...jika betul sangkaan aku pada watak Prof Zack sbg Zamsari...Zamsari untuk novel kali ini amatlah berlainan...seiring dengan alam dewasa mereka...malahan penulis banyak membuat kejutan demi kejutan pada watak antagonis, Lakhus yang berkomplot dengan Siluma...& covernya aku akui memang menarik!!!

Maaf cakap, penamatnya sedikit mengecewakan, almaklumlah menurut penulis novel ini akan bersambung...kemunculan Alien dlm Epilog, dapat ku rasa ia adalah Onggur...alahai, buat ku ternanti2 YUDA 3 pula...
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
December 11, 2015
(3.5 bintang)

Permulaan: Seolah-olah memandu kereta berusia tiga belas tahun di atas jalan berbukit tinggi.

Pertengahan: Ibarat menyertai sebuah road trip mengujakan di tempat menarik yang asing.

Hampir ke akhir: Seperti memandu di kelajuan 120km di jalan lenggang pada waktu senggang.

Penamat: Lampu kecemasan! Kereta habis minyak. (hehe)

~
Secara keseluruhan, buku ini mungkin boleh menempatkan diri di antara buku terbaik dari Fixi. Bahan dan input ceritanya sangat menarik serta informatif. Penceritaan yang detail meski hamba merasakan ia agak melelahkan untuk seseorang yang tidak akrab dengan Sains dan enggan terlalu memikirkan tentang 'hantu'.

Malang sekali apabila watak Prof.Zack dan Hasnitah tidak mampu hamba jadikan kesayangan. Prof.Zack terlalu 'putih' untuk hamba sukai dan Hasnitah telah dibunuh oleh sentimen hamba yang enggan memesrai watak SEORANG perempuan istimewa yang perlu DISELAMATKAN.

Tetapi hamba menyukai Nik kecuali slanganya yang kadang-kadang hamba tidak mengerti. Memang padanlah dia ditumbuk Hasnitah gara-gara sebutan Whatsapp-nya yang agak kontrovesi itu. Haha.

Selain itu, hamba menyukai twist berkenaan identiti sebenar Lakhus. Malah hamba menyukai perkembangan dan transisi perasaan hamba tentang dia dari awal sehingga akhir.




p.s Ketika hendak tidur selepas habis membaca buku ini, tiba-tiba hamba seperti terbayang Dorothy mengatakan ini kepada hamba:

description
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
July 30, 2023
Rasa macam baca isekai tapi entahlah. Futuristic. Action.

Aku decided nak baca Kasyaf lepas dah habiskan Telaga. Kalau korang rasa Kasyaf ni macam Telaga, korang silap. Sebab Kasyaf ni sumpah novel level-level matang yang aku rasa orang intelek minatlah nak baca. Tapi sebab aku tak cukup intelek kut, aku kureng sikit dengan buku ni.

Aku cuma suka part Nik, Hasnitah dengan Nealoffa je kut sebab part diorang macam santai sikit. Tambah-tambah dengan perangai selamba Hasnitah and Nik yang kuat bebel tu, terhibur la sikit. Kalau tak asyik berkerut dahi je nak faham benda-benda berat dalam cerita ni.

Anyways, aku kagum sangat dengan pengetahuan penulis. Banyak istilah baru aku belajar, banyak benda baru aku tahu. Aku pun tak expect penulis akan buat cerita yang semantap ni.

3 ⭐ untuk plot, 0.5 untuk ilmu baru = 3.5/5 ⭐
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
August 3, 2017
Entah kenapa baru sekarang saya mahu baca naskah ini walaupun sudah beli lama dulu.

Plot yang sarat aksi dan kejutan. Sangat aneh barangkali faktanya tak masuk akal langsung. Dari misi menyelamatkan seorang gadis sehingga ke kematian seorang lelaki berkedudukan tinggi dengan pelbagai kejadian celaka dan berdarah, sihir, pukau, hipnosis, kepulan asap hitam dan Kerajaan Langit. Rahsia Lakhus yang entah kenapa begitu tebal usahanya mahu ke Agensi Nuklear Malaysia dan kisah perjanjiannya bersama Siluma si kepala negara jin etnik sughoir di utara pergunungan Tranta itu terlalu sureal bagi saya. Terasa ajaib bila baca bahagian Lakhus mendapat bantuan jin-jin jahat yang berotak sains hebat.

Saya suka watak Prof. Zack yang misterius dengan otak genius, gabungan ilmu sains dan dunia spiritual-nya sangat tinggi. Watak Yusuf yang dreamy dan bertuahnya menjadi seorang Aleem Zufri mendapat keistimewaan begitu. Namun macam biasalah, setiap ganjaran ada harga harus dibayar. Apa yang ada di Lab Four buat saya tertanya-tanya. Lakhus yang bersilih identiti yang juga misterius, antara persahabatan dan kuasa mutlak. Ia tidak terlalu meleret malah lebih kepada mahu tahu penyebab utama. Ada hal-hal rumit kerajaan yang dibentang, walau secara fiksi namun sangat menarik untuk dibaca.

Satu novel yang bagus. Bab-bab yang teratur dengan twist akhir tentang Lakhus yang saya tak sangka-- people really would do crazy stuff for love and revenge. Tapi saya lebih rasa tertekan bila nampak perkataan 'bersambung' di muka surat terakhir.

Like, whaaatt?!

But it was a great read anyhoo. Saya suka!
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
April 21, 2014
Kasyaf,hasil karangan Khairi Mohd ini,berani saya nyatakan merupakan antara novel yang terbaik dan berkualiti pernah diterbitkan oleh FIXI!
Tetapi,awas! Kasyaf bukanlah seperti Murtad yang hanya bermodalkan genre aksi murahan dan watak utama yang dibentuk untuk memikat hati pembaca sahaja. Jika anda tidak bersedia untuk membaca novel yang 'berat' ini,anda mungkin akan mengalami suatu 'kejutan budaya' ketika membacanya. Ini sebuah novel yang serius dan mungkin agak berbeza dari novel-novel popular yang lain.
Ini merupakan kali pertama saya membaca sebuah novel yang mempunyai unsur aksi,thriller,mistik dan sains yang bersatu di dalamnya. Lebih-lebih lagi perkaitan antara ilmu sihir/hitam dengan ilmu sains. Oleh demikian,pembacaan novel ini mesti dilakukan dengan teliti dan bukan dalam keadaan lewa. Seringkali,pembacaan saya terganggu kerana cuba menghadam penerangan yang sarat dengan istilah-istilah sains yang agak memeningkan kepala saya!
Penamat cerita novel ini tergantung kerana akan disambung di dalam novel yang seterusnya. Penamatnya agak mengejutkan saya. Saya menanti-nantikan sambungannya. Kasyaf,pada dasarnya,menghiburkan untuk dibaca. Tetapi,seperti yang saya nyatakan di atas,konsep penulisan novelnya bukan seperti novel-novel popular yang lain. Sarat dengan info-info atau ilmu pengetahuan yang mungkin buat pertama kali kita mengetahuinya.
Cuma,jika saya tidak silap,novel Kasyaf ini ada prekuelnya. Namun,saya tidak mengetahui tajuk novelnya. Jika ada sesiapa yang mengetahuinya,saya meminta budi bicara anda untuk membantu saya menjawab persoalan tersebut. Kesudian anda membantu saya,saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 3, 2021
Novel yang ohsem.. Cuma ada sambungan tu yang tak sanggup.. Sha suka jalan cerita dan penerangan yang diberikan dalam Kasyaf ini.. Penulis memang berjaya menimbulkan teka teki dan peraoalan demi persoalan sehingga ke penamatnya masih menjadi tanda tanya.. Penjahat yang sebenarnya memang tak disangka.. Pengkhianatan yang tak diduga.. Sangat menarik..
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
March 19, 2014
** ulasan ini mempunyai mini-spoiler. Jadi bagi sesiapa yang belum membaca KASYAF sila baca hingga habis dahulu sebelum baca ulasan ini. Terima kasih daun keladi **

KASYAF ditulis oleh saudara Khairi Mohd, yang (menurut biodata ringkas yang tersedia di halaman permulaan novel) merupakan seorang jurutera; makanya tidak begitu menghairankanlah jika novel berat ini agak terdorong ke arah situ. Mulanya aku kira KASYAF itu adalah nama salah seorang watak yang terdapat di dalam novel tersebut, namun sepertiga selesai membaca novel ini barulah aku tahu apa maksud sebenar perkataan sepatah itu. Susah bagi aku untuk mengklasifikasikan suatu genre khusus buat KASYAF, jadi mungkin ia sesuai diklasifikasikan sebagai sebuah introduksi metafiksyen sains kepada dunia Kasyaf. Ceritanya dikomposisikan dalam ruang lingkup kurang lebih 48 jam kacau-bilau yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Bangi dan kawasan yang sama waktu dengannya, gara-gara kewujudan seorang makhluk bernama Lakhus yang sedang memburu seorang wanita bernama Hasnitah, yang dikhabarkan merupakan kunci kepada sesuatu yang dibutuhkan oleh kerajaan syaitan. Bunyinya menarik, bukan?

Usai membaca novel KASYAF yang setebal 424 ini, ada beberapa kesimpulan yang dapat aku nyatakan. Pertama, penyudahnya bagaikan agak tergesa-gesa dan sedikit ‘lari’ dari komposisi asal teras ceritanya. Kedua, ia banyak meninggalkan tanda tanya yang dibiarkan tidak berjawab, menyebabkan membaca naskhah tebal terbitan FIXI ini bagaikan suatu hal yang tidak lengkap. Naskhah ini aku kira bagaikan sebuah companion reading, sebuah stand-alone sequel kepada suatu siri cerita daripada tulisan-tulisan sebelumnya daripada penulis kerana banyak sungguh perkara yang aku jumpai dalam KASYAF yang bagaikan dinyatakan sepintas lalu seakan rangkuman atau rumusan kepada kisah sebelumnya. Dalam erti kata lain, novel KASYAF ini merupakan sekuel kepada karya terdahulu penulis.

Profesor Aleem Zufry atau lebih dikenali sebagai Zack pula muncul sebagai protagonis yang dideskripsikan oleh penulis sebagai seorang bijak pandai yang sihat tubuh badannya dan mempunyai kelebihan Kasyaf ini, dan hanya dia (Zack) yang mampu untuk menghalang Lakhus daripada memburu dan membunuh Hasnitah. Premisnya tampak menarik, ditambah pula dengan ritma plot yang bergerak “tersangatlah laju sehingga kau tak sedar sudah baca dua belas bab”, mengingatkan aku akan keserupaan teknik dari pergerakan plot seperti yang wujud dalam novel PECAH dan GERGASI. Terlalu banyak hal yang berlaku dalam satu-satu situasi sehingga terkadang aku selaku pembaca berasa letih untuk kejar dan hadam kesemuanya. Watak demi watak diperkenalkan dengan baik, dengan introduksi ringkas (dan secara berperingkat-peringkat lewat teknik imbas kembali) menjadikan setiap satu daripada watak yang diperkenalkan terasa maujud. Ditambah pula dengan latar tempat yang amat-amat realistik dan deskriptif, aku tidak perlu berimaginasi banyak (atau kuat) untuk membayangkan latar lokasi cerita ini berlangsung.

Nyatanya penyelidikan dan perincian yang khusus dan mendalam telah dilakukan oleh penulis sebelum memulakan rangka asas novel ini kerana aku betul-betul kagum dengan ketelitian beliau dalam memperincikan latar tempat yang berlangsung dalam KASYAF ini. Suatu hal yang amat-amat aku puji. Banyak informasi tentang hal-ehwal nuklear, susunan geografi latar tempat di mana KASYAF berlangsung, sehinggalah kepada hal-hal berkaitan dengan kejuruteraan dipersembahkan dengan jelas dan teliti, terkadang aku rasa macam baca buku teks Fizik pun ada juga.

Namun apa yang kurangnya dalam novel ini adalah pada hemat aku, oleh sebab plotnya yang bergerak terlalu laju, ia bagaikan menganaktirikan perkembangan watak dengan baik. Setiap satu watak yang diperkenalkan tadi bagaikan statik dan tidak mengalami sebarang perubahan drastik (baik dari segi fizikal, mental atau rohaninya) melainkan Lakhus sehinggakan terkadang aku merasakan yang Zack ini bukanlah hero atau watak utama dalam KASYAF, tetapi Lakhus. Setiap satu watak yang diperkenalkan punya cerita serba sedikit untuk beberapa ketika, dan kemudiannya untuk sebahagian besar seterusnya watak itu seakan-akan ‘mati fungsi’ di situ sahaja tanpa sebarang penyudah yang konklusif. Aku ambil contoh watak kakak kepada Hasnitah yang dirasuk oleh sesuatu dan menjadi agen kepada kuasa jahat, Hasnitah dan dilemanya yang tidak tahu mengapa dia harus diselamatkan dan tentu sekali Nealoffa (okey, nama ini lucu sedikit pada hemat aku) yang kematian ayahnya – apakah kesudahan bagi kisah mereka? Zack selaku teraju utama novel ini sebaliknya diperkenalkan dengan baik sekali di awalan cerita, tetapi sehingga ke halaman terakhir tidak banyak yang pembaca tahu tentangnya melainkan dia berasa bertanggungjawab untuk menyekat Lakhus daripada memburu Hasnitah dan seterusnya memasuki Lab Four di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

Dalam tempoh sesingkat 48 jam modus operandi Lakhus yang mulanya (berdasarkan fahaman akulah, kalau salah mohon dibetulkan, ya?) bertujuan hendak menjejaki Hasnitah yang dikhabarkan merupakan kunci kepada kekuasaan yang hendak Lakhus perolehi. Tetapi separuh pembacaan KASYAF, watak Hasnitah itu bagaikan langsung tiada fungsi kerana objektif Lakhus telah pun bertukar kepada hendak menceroboh masuk Lab Four. Jadi, Hasnitah yang diperkenalkan di awal novel itu seakan-akan hilang fungsinya dan lebih menghairankan lagi langsung tidak menjadi aset penting lagi sehinggalah ke penghabisan cerita yang [SPOILER] disudahkan dengan kehadiran makhluk asing. Oleh sebab terlalu banyak hal yang berlaku pada satu-satu masa dan banyak sungguh watak-watak diperkenalkan, perkembangan setiap satu daripada watak penting dalam novel ini dirasakan agak pipih dan terasing. Namun begitu, aku andaikan bahawa berpadananlah watak-watak dalam KASYAF ini tidak begitu berkembang memandangkan ruang masa keseluruhan durasi latar tempat dalam novel ini berlangsung hanya kurang lebih daripada dua hari, menjadikan bukan watak itu sebagai fokus utama tetapi ceritanya. Jadi masuk akallah juga barangkali.

Oh, menyebut akan Hasnitah, ada satu kecanggungan kontinuasi yang aku kesan dalam novel ini. Ia wujud ketika babak ada dia di dalam komuter, tudungnya tertanggal, tetapi sebaik sahaja selesai gerabak itu berlanggar dia elok sahaja bertudung, tanpa ada sebarang indikasi (atau mungkin sekali lagi aku terlepas pandang) yang tudungnya itu dikenakan semula. Maaflah kalau aku tersalah baca, tetapi itulah apa yang aku kesan.

Dek kerana kepantasan pergerakan plot cerita dalam KASYAF ini, aku acap kali berasa letih dan akhirnya meletakkan novel ini ke samping untuk memberi ruang kepada otakku menghadam apa yang sebenarnya berlaku kepada Zack dan rakan-rakannya, dan apa yang bakal dilakukan oleh Lakhus seterusnya sehinggalah ada suatu ketika aku merasakan bagaikan plot ceritanya menjadi kurang menggigit dek kerana aku sudah boleh jebak dari awal apa yang bakal berlaku selepas itu (tambah-tambah lagi apabila [SPOILER] Nealoffa mendapati bahawa mata ayahnya telah ditukar, secara automatis aku sudah boleh teka yang mata ayah si Nealoffa itu bakal digunakan sebagai kunci di bab mendatang, berketepatan dengan hukum Senapang Chekhov).

Novel KASYAF ini adalah antara novel FIXI yang ‘terbersih’ (baca: bahasa kesat yang amat minimum dan unsur seks yang hampir tiada) walaupun tema dan kisah yang disampaikannya mungkin agak berat dan payah untuk dihadam oleh pembaca kurang matang. Langgam bahasa yang dituturkan oleh watak-wataknya pula segar dan terkadang mempunyai ‘punch-line’ yang agak kelakar sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila membaca dialog yang dituturkan oleh Nik dalam loghat Terengganu dan salah-faham yang berlaku antara watak-watak lain yang cuba untuk memahami lidahnya yang pekat itu. Ini adalah antara novel rare yang di mana aku lebih terdorong untuk menyokong dan menyebelahi antagonis iaitu Lakhus, dan ingin tahu apa yang dia bakal lakukan seterusnya dan langsung tidak mempedulikan akan kisah Zack dan rakan-rakannya dan juga Hasnitah. Cumanya, seperti yang aku jelaskan di awal tadi, penyudah novel KASYAF ini terasa bagaikan tergesa-gesa dan tidak mengimbangi kemantapan awalan ceritanya yang bagi aku antara introduksi terbaik dalam senarai novel-novel keluaran FIXI. Habis ke halaman 424, aku berkata, “Eh, punyalah si Zack dengan member-member dia dok berkejaran bagai nak hentikan si Lakhus, last-last habis macam tu je? Bersambung pulak tu… Ceh, geram betul!”

Bagi peminat novel seperti PECAH dan GERGASI barangkali bakal menyukai apa yang Khairi Mohd sampaikan di dalam KASYAF, kerana bagi aku ritma laju plotnya serupa. Aku benar-benar usulkan novel ini kepada sesiapa yang mahu bahan bacaan yang sedikit mencabar dan informatif. Yang pastinya, novel ini berada di dalam kelompoknya yang tersendiri daripada barisan sedia ada novel-novel terbitan FIXI yang selebihnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
December 6, 2017
kalau dah takda mood baca buku , buku sedap pun jadi hampeh. lolololol
48 reviews6 followers
May 23, 2015
Nasib baik aku dah baca review dan orang kata cerita ni bersambung. So takde lah mental sangat bila baca mukasurat terakhir. Aku macam geram jugak sebab tak boleh nak tahu lagi ape jadi kat Hasnitah. Si Zack tu. *campak buku*

Bila aku baca novel ni, aku dok fikir macam mana lah si Khairi Mohd ni boleh dapat idea buat cerita macam ni. Aku suka idea dia yang mengaitkan sains dengan Islam. Ya, orang Islam perlu bangkit untuk menguasai ilmu sains. Macam yang Ayah aku selalu cakap, belajar sains ni adelah belajar cara kerja Tuhan.

Berbalik kepada novel Kasyaf ni, aku sebenarnya agak excited bila baca part meeting dengan PM tu. Memang aku bayangkan Pak Najib dengan muka serius. Dan yang paling tak tahan bila nama Nealoffa muncul, aku macam tergelak siket. Penyudahnya aku bayangkan rupa Nealoffa tu macam Neelofa.

Pada mukasurat terakhir, aku tertanya-tanya apa isi kandungan surat misteri tu. Siapa yang tulis? Siapa penjaga ghaib Hasnitah? Kenapa Tan tolong Lakhus? Adekah Nik dapat wat sek Hasnitah? Haha serius aku langsung tak dapat fikir ape benda wat sek tu. Kalau aku dengar orang cakap cemtu ngan aku, aku pun marah. Di pertengahan cerita aku macam tertanya-tanya mana Hasnitah? Sebab watak Hasnitah seolah-olah tenggelam pulak..

Overall oke lah aku seronok baca walaupun aku tak pernah baca novel yang cerita pasal Amsyar dengan gf dia tu di alam jin. Aku rasa takde produser filem kat Malaysia ni boleh 'terjemah' kan novel ni dalam versi wayang dengan jayanya. Takpe lah buat masa ni kita enjoy novel dulu.

Sekian.
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
August 21, 2021
Kisah mengenai Lakhus yang bersekongkol dengan syaitan Naruka dari alam jin, serta usaha-usaha untuk menghalangnya yang dilakukan Prof Zack yang mendapat kasyaf ghaib, juga dari alam jin. Kasyaf berlaku dalam tempoh masa 1 hari, dengan diselitkan pelbagai flashbacks (imbas kembali). Jika Yuda di Padang Maya lebih santai dan mempunyai unsur humor, Kasyaf pula lebih serius dan punya jalan cerita yang pantas.

Seperti buku-buku Xarine sebelumnya, Kasyaf juga banyak menampilkan naratif panjang berinformasi ala-ala artikel. Jika anda biasa dengan naratif Xarine, anda juga tidak akan ada banyak masalah untuk hadam naratif Kasyaf yang kali ini banyak memaparkan ilmu mengenai ilmu sains (khususnya kimia) dan nuklear. Apapun anda tidak perlu ulang baca Yuda kerana Kasyaf tetap mampu berdiri sendiri. Seperti Yuda, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadamkan karya ini dan saya tak sabar menantikan sambungan Kasyaf :)
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
July 8, 2014
Kasyaf membawa pembaca mengenal serba sedikit akan kebolehan manusia berilmu kasyaf yang kompleks dan menghampiri mustahil untuk diterjemahkan secara kajian sains. Pada takah ini kata-kata tokoh yang pernah menjadi undangan wawancara merungkai misteri kehilangan pesawat MH370, berlegar-legar di minda saya. "Di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula," kata Kapten Norudin Abdul Majid.

Tidak disangkal lagi naskah ini sememangnya karya genius garapan Khairi Mohd. Minatnya bertafakkur tentang alam ghaib dan menggabungkan teori sains yang dikuasainya ke dalam bentuk penceritaan fiksyen ternyata membawa hasil yang cukup berbaloi. Hampir saja Kasyaf berjaya meraih 5 bintang sekiranya penerangan panjang lebar akan sesuatu itu tidak meleret. Saya berpendapat teknik itu hanya mewujudkan jeda yang panjang sedangkan ianya boleh dipendekkan dengan bahasa yang lebih ringkas.

Seperti ramai yang sedia maklum, Kasyaf boleh dibaca tanpa membaca buku terdahulu terbitan rumah penerbitan lain yang dianggap pencetus kepada kesinambungan ini. Namun percayalah selepas mengikuti perjuangan Prof. Zack, sekurang-kurangnya sedikit rasa ingin tahu akan kisah Amsyar dan Marlissa pasti timbul. Tambahan pula kesudahan masih menjadi tanda tanya.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
November 11, 2013
Bila dah habis baca, terasa pandai pulak. Sebab ada banyak knowledge pasal ilmu fizik, basic chemistry (atom particles theories) juga nuklear. tak tau la bagi orang lain. Tapi rasanya buku kasyaf ni banyak fokus pada penerangan ilmu-ilmu ini berbanding situasi watak-watak dalam cerita. Tak dinafikan cerita ini amat menarik. Dari segi pembinaan watak, dan kepelbagaian budaya yang ditonjolkan. Tapi secara keseluruhan, macam ada kekurangan sesuatu. Tapi saya suka. Berbanding karya RAM, yang watak-wataknya terlalu sempurna disamping disuntik elemen agama, Kasyaf bagi saya lebih sempurna. Penceritaan yang komersil. Terlalu (agaknya) watak sampai ada sesetengah watak terpinggir. Contohnya Hasnitah. Dia disyaki keturunan Raja Puteri, tapi lepas mereka sampai ke rumah Nealofa, fokus terhadap wataknya berkurangan. Susah nak enjoy buku keluaran FIXI sekarang, tapi Kasyaf ni dalam kalangan exception. Great job penulis dan warga Fixi!

Cepat-cepat sekuel!
Author 2 books29 followers
December 21, 2014
ohsem! tak sabar aku nk tunggu sambungannya dn aku harap berakhir teruslah ya.
utk story ni mmg agak berat skit.tapi kalau baca dn fokus, mmg menarik ceritanya. seperti novel penulis sblm ni yg bertajuk yuda di padang maya,penulis kaitkan ilmu fizik dn makhluk halus- jin.
malas nak cakap banyak, tp ini antara novel fixi yg best!
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
November 4, 2013
kudos pada penulis sebab mampu tulis novel yang tebal tapi peristiwa dalam novel tu berlaku dalam satu hari je. syabas!

cuma aku sedih sikit, sebab aku ingat diorang akan masuk ke dunia jin dan berlawan di sana. tapi tulah..

anyway, aku pasti akan menanti buku yang seterusnya daripada penulis!
Profile Image for Najwa Najeh.
32 reviews
November 22, 2017
Nak tanya, "Bila buku ini mahu disambung kembali?".

Jujurnya, ini buku yang paling ditunggu sekali sambungannya (jika ada). Saya tahu, kebanyakan buku terbitan fixi ini kesudahan cerita macam tergantung. Tapi, buku ini sangat mengujakan.

Perlukan beratus (atau beribu?) jin untuk gerakkan manusia? Manusia lawan jin guna sains? Okay, penulis. Saya tunggu buku anda seterusnya ya
Profile Image for Sabilah Yaacob.
11 reviews1 follower
October 25, 2013
agak pening sikit.too much xplanation,tapi okay la.enjoylaa...mungkin kena tunggu sambungannya,baru boleh dapat semua jawapan.
Profile Image for Naziha Nur.
17 reviews4 followers
February 3, 2014
Novel yang paling berisi yang aku pernah baca. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis sesuatu di luar dari kebiasaan! Tak sabar nak tunggu sambungan Kasyaf.
Profile Image for Dan Qirin.
34 reviews
July 22, 2014
Khairi Mohd sepatutnya buat cerita pasal lima ejen NASA pi misi yuda tu dan cerita pasai Jai dengan Bad. baru puas baca #Kasyaf
Profile Image for Mali.
210 reviews
January 24, 2018
Reading this, you can tell yang penulis did a lot of effort and kajian putting in the details of this book. Teringin nak tahu what's going on inside the writer's mind as he write this.

Have to applaud him for the magnificent details he put in there. MEIO, Lab Four, Clive Christian No. 1, Tranta, etc.

Buku ini is where supernatural meets science fiction. Penulis mewujudkan protagonis yang berpangkat Professor walaupun pada usia yang muda; Zack yang berkemahiran dalam sains nuklear/nuclear engineering dan ilmunya sedikit sebanyak mendedahkan padanya kewujudan alam ghaib; alam jin.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
May 20, 2018
Selalunya buku yang best2 ni aku cadang dibuat filem je. Tak pandai aku nak review2. Hahaha... Aku bagi 5 bintang sebab aku memang suka cerita-cerita camni.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews42 followers
February 26, 2025
Zack seorang professor dalam bidang nuklear ternyata begitu mempercayai kewujudan jin. Malah menurutnya mereka sedang dalam usaha mendapatkan sebuah kitab kuno untuk memperolehi kuasa yang luar biasa. Maka Zack cuba melindungi Hasnitah yang dikatakan menjadi kunci kepada keberadaan kitab tersebut.

Sebuah konsep yang menarik tentang dunia jin dan manusia. Yang biasa kita dengar adalah dari alam lain tapi ini seolah-olah dari galaksi lain terus. Cuma penggunaan jargon ilmiah terlampau banyak dan tidak santai membuatkan SH seolah-olah membaca buku bukan fiksyen. Dan ini membuatkan SH mengantuk semasa membaca dan juga mengambil masa yang lebih lama untuk menghabiskannya.

Plot twist tentang rahsia Lakhus sememangnya SH tak jangka dan ternyata mengejutkan. Walaupun begitu banyak perkara yang cuba disampaikan tetapi tidak sampai kepada SH selaku pembacanya.

SH rasa antara perkara yang membuatkan SH terhibur membaca naskah ini adalah pertengkaran antara Nik dan Hasnitah sahaja. Yang lain terasa lebih serius. Kalau babak-babak mereka tiada buku ini akan lebih hilang serinya.
Profile Image for Siti.
64 reviews29 followers
January 26, 2014
Wow. Akhirnya habis pun baca novel berat ni. Kenapa berat? Sebab plot novel ni yang agak kompleks, (but a bit draggy on certain parts) dan hampir separuh ceritanya dipenuhi dengan teori sains fizik (nuclear specifically) dan tentang alam ruhiyyah. Kasyaf boleh dibahagikan kepada beberapa kategori tapi tak diperincikan pulak Zack ni memiliki kasyaf jenis apa. Bagi yang tak suka didedahkan dengan benda baru dan mencabar logik akal manusia, jangan sesekali baca buku ni. Bagi hemat saya, penulis ni dah melakukan kajian terperinci secukupnya sebelum mula menulis kerana dia begitu selesa menulis tentang fakta tanpa berasa kekok malah dapat pula disesuaikan dengan plot yang direka. Tapi ada juga bahagian klise dalam pmbinaan karakter2 novel ni, misalnya watak Zack sendiri. Terlalu sempurna. Sudahlah pandai, hensem, profesor, penyiasat, ada kasyaf. Senang cerita hebat serba-serbilah! Kemudian draggy part is after Dato Hashim died. Urgh...punyalah bercinta nak baca sanpailah Zack n the gang sampai di Pusat Nuklear Malaysia. Sejujurnya saya tak sangka pun ada tempat macam ni kat Malaysia, tapi lepas baca blog penulis, rupanya dia tak made everything from scratch. Sebab tu la details dia sangat believable. Gambaran penulis tentang kemampuan (NASA), kecekapan (Lakhus ditangkap beberapa kali oleh polis, tentera) dan kemajuan (ada Loji Nuklear Najib tu, jangan main2) Malaysia merupakan satu utopia gateway bagi saya bermimpi jika di parallel world, Malaysia ini sama seperti yang ditulis. Lagi satu, penulis ni mesti minat Neeloffa sebab ada watak nama Nealoffa. Lulz. Apa pun, saya menanti2kan novel sambungan kasyaf ni dengan harapan penulis akan lebih tumpu pada Zack's character development, as as a reader, I am curious on how he becomes a prof, how did he even travel to the djinn's world, how close is he with Amsyar n etc. Well done, mr Khairi!
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
November 9, 2020
Resensi ini ditulis pada 27 Ogos 2014. C&P

Jam menunjukkan pukul satu pagi. Aku masih asyik menguliti helaian terakhir novel Kasyaf tanpa menghiraukan malam yang kian larut dan impaknya terhadapku pagi berikutnya.

"Arghhhhh!!!" Jeritanku membelah kesepian malam.

Aku melihat perkataan Bersambung... di helaian terakhir itu dengan rasa tidak percaya. Sungguh tak kusangka penulisnya sampai hati mempermain dan mensia-siakan usahaku untuk menamatkan novel itu malam ini. Aku sungguh kecewa.

***

Yeah! Akhirnya aku telah jumpa sebuah novel FIXI yang menepati citarasa aku. Kadang-kadang ketika membaca novel ini aku rasa debaran yang sama semasa membaca novel Dan Brown. Kadang-kadang penggunaan kata akar penulis mengingatkan aku kepada stail menulis Khairulnizam Bakeri. Kadang-kadang ada penerangan yang aku rasa meleret-leret.

Seperti biasa, macam buku-buku FIXI yang lain, mesti ada kesilapan ejaan. Aku harap FIXI ambil berat hal ini sebab kesalahan kecil begini pun mampu mempengaruhi mood pembaca. Kalau ejaan manusia pun boleh jadi 'menusia' aku rasa ini sudah jadi kes berat! Apa kata ambil aku saja jadi pembaca pruf?

Satu lagi, boleh tak aku tak berkenan dengan nama-nama watak? Ini pertama kali aku rasa tak gembira dengan nama watak (kecuali Salsabila). Suka hati aku saja kan?
Profile Image for Abdul Rahman.
10 reviews1 follower
July 23, 2014
saya suka perincian yang ditetapkan. ia menjadi semakin logik walaupun saya bukanlah pengamal tegar metafizik. ada juga bahagian yang mana ia terlalu saintifik yang boleh membuat para pembaca mula bosan. ya, saya akui ada sedikit bosan sebab terma sains yang berat. ia satu pengalaman baru yang berkaitan islam dan teknologi bagi saya. tidak sabar menunggu sambungannya. tahniah!
18 reviews
December 1, 2014
what i can say is penulis buku ni sgt bijak! bku fixi plg ilmiah aku prnh baca. waiting untk smbungn!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
February 29, 2024
[eBOOK 11]

Kasyaf by Khairi Mohd.
.

Bacaan daripada apps Cereka.
.

Betullah lecturers aku dulu cakap, belajar medik ni bukan susah pun. 'This is not even rocket science. Roket sains lebih susah'.
.

Betullah tu. Baca buku ni, buatkan aku fikir yang penulis ni memang brilliant. Sains tu dah complicated. Dia boleh pergi campur dengan unsur ghaib yang kita yakin wujud, tapi tak nampak di mata. Jadi double complicated.
.

Okay, now back to this book.
.

“Tarik nafas, Nik. Ingat, ni bukan salah mung. Sometimes the world is too big for your hands.”
.

Ni kisah tentang Prof Zack yang mendapat kasyaf. Something macam hijab terbuka, dan dia nampak bayangan apa yang bakal terjadi.
.

Dan disebabkan itu, Prof Zack dengan bantuan Nik, mereka perlu menyelamatkan Hasnitah yang menjadi tumpuan kuasa jahat Lakhus.
.

“Selagi aku hidup, mereka takkan dapat sentuh kau. Okey?”
.

Buku ni best je, walaupun kebanyakan part ilmiah tu, aku skip, sebab otak aku takleh nak digest. hahaha. Terlalu out of box untuk otak aku.
.

Dan ada certain part kematian yang disturbing.
.

Buku ni overall best.
.

Cumanya, bila part hampir-hampir tamat tu, rasa macam momentum masih laju. Rasa macam drive kat highway bawak 150km/H, tetiba, ada malaun gila yang muncul mengejut depan kereta kau, dan kau brek mengejut.
Cuba teka, malaun tu apa?
.

Bersambung ....
.

Sakit hati weh.
.

please la. Aku nak sambungannya. Aku nak tahu siapa sebenarnya Hasnitah tu? Kenapa dia yang jadi target Lakhus?
.

p/s: walaupun aku orang kelantan, aku tak suka penggunaan dialek dalam buku. Tapi, tak tahu kenapa, kalini aku suka! Aku suka Nik yang cakap loghat terengganu ya. Comel je. hahaha
.

p/s lagi: sedih bila tahu siapa sebenarnya Lakhus dan apa punca dia terjebak.
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.