Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jose Rizal: Melayu Agung

Rate this book
30 Disember 1896, sepasukan perajurit Filipina berbaris bagi memenuhi perintah tembak mati Jose Rizal. Di belakang, sepasukan serdadu Sepanyol bersiaga menembak pasukan itu pula. Dosa Jose Rizal: Menjadi penulis menentang penjajahan Sepanyol. Doktor memeriksa nadi Jose sebelum ditembak, ternyata normal, tiada gentar, tiada debar. Pahlawan itu gugur dengan kalimat terakhir yang dipinjam dari Yesus Kristus: Consummatum est. Sempurna sudah! Nama Jose Rizal harum ke seluruh dunia. Kisah hidupnya dirangkum oleh Carlos Quirino dalam karya yang memenangi Sayembara Biografi Komanwel tahun 1938.

322 pages, Hardcover

First published January 1, 1940

39 people are currently reading
436 people want to read

About the author

Carlos Quirino

34 books7 followers
Carlos Felix Lozada Quirino (January 14, 1910 - May 20, 1999) was a Filipino biographer, historian and cultural administrator, has the distinction of having written one of the earliest biographies of Jose Rizal titled The Great Malayan. Quirino's books and articles span the whole gamut of Philippine history and culture--from Bonifacio's trial to Aguinaldo's biography, from Philippine cartography to culinary arts, from cash crops to tycoons and president's lives, among so many subjects. In 1997, President Fidel Ramos created historical literature as a new category in the National Artist Awards and Quirino was its first recipient. He made a record earlier on when he became the very first Filipino correspondent for the United Press Institute.

His book Maps and Views of Old Manila is considered as the best book on the subject. His other books include Quezon, Man of Destiny, Magsaysay of the Philippines, Lives of the Philippine Presidents, Philippine Cartography, The History of Philippine Sugar Industry, Filipino Heritage: The Making of a Nation, Filipinos at War: The Fight for Freedom from Mactan to EDSA.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (53%)
4 stars
18 (18%)
3 stars
13 (13%)
2 stars
5 (5%)
1 star
8 (8%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Auni Zainal.
Author 5 books113 followers
January 30, 2022
“Tuhan tidak patut dipergunakan sebagai perisai untuk melindungi amalan salah guna kuasa.”

Apabila mendengar nama Jose Rizal, sebelum ini saya membayangkan susuk tersebut ialah seorang pejuang kemerdekaan yang mengetuai pemberontakan ke atas penjajah. Saya kenal namanya, tetapi tidak ingat kisahnya sepertimana yang diajar dalam sukatan pelajaran di sekolah dahulu.

Siapa sangka, kisah Jose Rizal ialah kisah seorang penulis menentang penunggang-penunggang agama?

Lelaki ini juga seorang penyendiri yang suka menjelajah ke banyak negara, dan cintakan seni lukis, tetapi juga seorang doktor mata. Beliau menulis novel sebagai alat perjuangannya untuk mengkritik para biarawan yang amat berkuasa di negaranya - sehingga mengatasi kuasa kerajaan.

“Jose percaya bahawa kuasa tertinggi agama ialah akal dan hati nurani. Pastells pula percaya bahawa kuasa tertinggi ialah Gereja Katolik.”

“Bagi saya,” katanya, “Jesus Kristus sebagai seorang manusia lebih hebat daripada dia sebagai tuhan.”

Buku bukan fiksyen berbentuk naratif tidaklah seperti buku fiksyen yang mempunyai plot yang tersusun dan penuh kejutan. Sejak awal juga kita sudah diberitahu - bahkan diingatkan berkali-kali bahawa kematian yang akan kita temui sebagai pengakhiran Jose Rizal, tetapi itulah keindahan sebenar buku ini. Kita diberitahu penamat untuk menghargai perjalanan ke arahnya, seolah-olah kita diberitahu jawapan untuk menghayati persoalan.

Salah satu perkara yang saya sangat hargai ketika membaca buku ini adalah apabila saya dapat mendalami jiwa beliau sebagai seorang manusia sebelum pemikir atau pejuang. Ada babak takut, menyesal, tersilap, angkuh, kecewa, bangga, patah hati, dan emosi-emosi rencam yang tidak akan dapat diketahui dengan hanya membaca teks sejarah.

Buku setebal 322 muka surat yang mengambil masa hampir dua bulan untuk dihabiskan ini adalah antara buku terbaik yang saya pernah baca. Mungkin kerana minat dan kecenderungan saya adalah kepada sejarah (masa lalu) dan emosi manusia, maka buku ini ialah kombinasi yang amat baik. Membaca buku ini seperti berkenalan dengan seorang sahabat ketika kecil, dan mengikuti susah payah hidupnya sehingga dia menutup mata di hujung senjata penjajah.

“… Penulisan dengan gaya sastera yang tinggi atau rendah bukan persoalan utama: yang utama ialah untuk berfikir dan menyelami perasaan dengan jujur ….” - Jose Rizal

“Saya sangat percaya pada takdir. Kerana saya orang Timur dan percaya bahawa daripada kejahatan sekarang, banyak kebaikan yang akan menyusul; seperti bunga yang terbentuk daripada baja yang mereput.” - Jose Rizal
Profile Image for Iza B. Aziz.
224 reviews29 followers
September 12, 2023
Selepas membaca buku biografi ini. Saya sudah mengerti kenapa nama Jose Rizal tidak pernah lelah dijulang sebagai Melayu teragung. Jose Rizal menjadi pengajaran hebat oleh rakyat Filipina istilah sebenar mencintai tanah air.

Kagum dengan permintaan reformasi dan hak politik yang dituntut oleh Jose demi bangsanya. Bukan dengan revolusi yang lazim dilakukan oleh tokoh kemerdekaan lain.
_____________________
Sepanjang mengikuti perjalanan Jose Rizal merentasi pelbagai tempat dan pertemuan tokoh ilmuan. Beliau gemar memberi pandangan tentang orang, suasana dan apa jua yang tidak lazim.

"𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗰𝗶𝗸𝗴𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗽𝘁𝗶𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹. 𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮."

Bahagian paling menarik ialah ketika beliau membidas pelbagai kenyataan karut tentang dirinya dan bangsa Filipina. Berlawan dengan mata pena kekuatan sebenar Jose Rizal. Beliau tidak gentar menulis ketidakdilan dan penyelewangan kuasa yang dilakukan oleh agamawan.

Saya juga terkejut dengan sejarah penjajahan Sepanyol keatas Filipina. Sangat teruk dengan pengawasan biarawan gila kuasa!
_____________________
Hebat mana pun Jose Rizal, beliau masih lagi seorang manusia biasa. Terlihat sebagai seorang 𝘩𝘰𝘱𝘦𝘭𝘦𝘴𝘴 𝘳𝘰𝘮𝘢𝘯𝘵𝘪𝘤, pada para wanita dan tanah air tercinta. Gaya budiman Jose memang akan menambat pada siapa yang melihatnya. Sampai penjaga tahanan pun boleh lembut hati dengan Jose.

Diri Melayu Jose Rizal itu jelas pada pandangan saya bila beliau cuba tafsir mimpi-mimpi tidur malam. Mimpi ular, mimpi kematian memang mengundang rasa gelisah pada Jose. Sama seperti kita yang lain!

Sifat jujur dan keras kepala Jose bagi saya kadang merugikan. Saat akhir hidup beliau dialatkan oleh orang yang tidak sabar. Tertindas, dikhianati oleh si pengecut yang menjual nama 'Jose Rizal'. Kecewa sungguh saya dengan peristiwa tersebut.
_____________________
Biografi ini bacaan yang membuka mata. Apatah lagi mengetahui Jose Rizal bukanlah pejuang kemerdekaan dengan pertumpahan darah. Tapi dengan penuh kelembutan, dorongan ilmu dan kedamaian.

"𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗶𝗿 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝘆𝗵𝘂𝗿𝗮𝗻."

Kematian Jose Rizal, menghidupkan semula pancaindera Filipina tentang keghairahan menolak penjajahan!
_____________________
Profile Image for Syima Misrin.
30 reviews
August 2, 2022
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang Patriot Melayu Filipina yang berjuang demi penindasan orang-orang Filipina ketika Filipina dibawah jajahan Sepanyol. Dr Jose Rizal adalah seorang genius kelahiran Melayu Filipina dilahirkan pada Jun 1861 dibesarkan di Kalamba.

Buku ini penuh dengan emosi naik dan turun seorang Jose Rizal. Dr Jose Rizal bukanlah adalah pahlawan yang menghunus keris atau pistol untuk berlawan dengan para penjajah namun sebaliknya beliau adalah seorang cendiakiawan bersusuk kecil size lelaki melayu biasa dan hanya menggunakan bait-bait ayat penulisan untuk menikam jantung para penjajah Sepanyol hingga mengakibatkan beliau dihukum mati. Walaupun hidupnya cuma 35 tahun, tetapi usianya telah diisi dengan agenda untuk menyeru semangat menentang kekejaman penjajah Sepanyol ke atas rakyat Filipina walaupun beliau tidak mengalakkan revolusi dengan cara keganasan.

Di Filipina, 30 Disember dijadikan Hari Rizal untuk memperingati jasa dan kepahlawanannya.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
February 27, 2023
Sekali cinta pada pertiwi berputik di dalam hati, ia tidak akan terpadam, kerana ia akan tersemat selama-lamanya dan tidak mungkin dimusnahkan - Jose Rizal, artikel El Amor Patrio

Dia kan bila terbaca buku yang best memang agak payah hendak move on.

Buku José Rizal Melayu Agung terjemahan daripada karya The Great Malayan oleh Carlos Quirino ini antara buku yang bagi den sangat mempesonakan daripada segi faktanya dan juga lenggok bahasanya.

Den tidak sangka akan sangat terpaut hati dengan buku ini.

Eh José Melayu ke?
Melayu dalam konteks yang lebih luas merangkumi Austro-Malayan-Polynesian (Austronesian) (Rumpun Melayu).

José Protacio Mercado Rizal y Alonzo Realonda (19 Jun 1861 - 30 Disember 1896) merupakan perwira bangsa Filipina yang amat disanjungi oleh orang Filipina.

8 perkara yang José buat sepanjang 35 tahun hidup beliau:

1. Membaca
2. Mencatat nota
3. Menulis journal, puisi, etc
4. Bersenam
5. Mempunyai hobi - melukis.
6. Mengembara
7. Membahagikan masa untuk semua perkara (jadual)
8. Terus belajar

Kebanyakan perkara di atas dibuat oleh hampir semua tokoh pemikir dan pemimpin yang terkenal.

Beliau boleh berbahasa Sepanyol, Perancis, Itali Jerman, Bahasa Inggeris dan lain-lain.

Novel José yang paling terkenal adalah Noli Me Tangere (Touch Me Not) (1887).

José Rizal adalah susuk yang penuh semangat perjuangan, penat jerih, tidak berputus asa di dalam menentang ketidakadilan pemerintahan Sepanyol termasuk penyelewengan kuasa atas nama agama oleh paderi melalui kuasa pena.

Semasa dalam buangan ke Dapitan di persisiran Mindanao, beliau menjadi doktor merawat pesakit tanpa bayaran daripada sesiapa yang tidak berkemampuan, mengajar kelas aritmetik, geografi dan retorik, mengarahkan pembinaan sistem pengairan, etc.

Mi Ultimo Adios (My Last Farewell) adalah tulisan akhir José tentang rakyat yang tertindas dan negara yang sedang diperhambakan sebelum beliau ditembak mati pada 30 Disember 1896.

Buku ini menjadi menarik kerana sumber penulisan buku ini sendiri adalah unik, asli dan mantap daripada catatan harian, surat-surat, puisi, artikel dalam akhbar dan buku yang ditulis sendiri oleh José Rizal.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
35 reviews
December 23, 2025
Ini kisah seorang pemberani yang berjuang untuk tanahair dan bangsanya yang tercinta. Sanggup memberikan apa sahaja tanpa mengorbankan prinsip dan pendiriannya. Jose Rizal seorang Melayu Filipina beragama kristian katholik yang taat pada mulanya namun mula meragui akibat daripada segala kebobrokan yang dilakukan oleh para agamawan.

Apapun namanya perjuangan tetap bermula dengan ilmu dan pendidikan. Ini yang telah dilakukan oleh beliau. Menulis dan mendidik anak bangsa. Melalui pendidikan akan dapat menyedarkan bangsa yang sekian lama tertindas dan takut untuk melawan dan mempertahankan hak mereka. Beliau tidak mengajar mereka untuk mengangkat senjata tetapi memberikan kesedaran untuk bangkit melawan menuntut keadilan.

Jose Rizal telah menjadi satu ancaman yang menakutkan bagi penjajah Sepanyol hanya dengan tulisan-tulisan dan karya-karya beliau yang dapat membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tertindas. Kesedaran untuk berorganisasi tetap menjadi keutamaan. Kesatuan dan kesepaduan sesama rakyat perlu dibangunkan dan diwujudkan.

Aku mula mendapat kekuatan untuk menghabiskan bacaan buku ini ketika membaca tetralogi Bumi Manusia kerana dicatatkan bahawa di rantau Asia Tenggara ini, Rizal merupakan antara yang mula-mula bangun menentang kuasa penjajah dan tidak takut untuk menyatakan kebenaran. Manusia ini memang benar-benar pemberani.
3 reviews
August 26, 2024
Terjemahan yang bagus dan akrab dengan lenggok bahasa Melayu oleh saudari Puspawati Rosman.
Buku biografi oleh Quirino ini menggarap perjalanan hidup Hose Rizal dalam bentuk novela, serasi dengan ghairah Rizal itu sendiri yang sangat puitis persuratannya.
Dari buku harian Consuelo dalam Bab 5 :
"Teruknya awak ini!" kata Hose tiba-tiba. " Sungguh saya tak percaya! Kejam betul ! Muka (saja) manis, tapi suka memalukan orang. Awak seksa saya sepanjang malam, kemudian awak ketawa (begitu) saja".
Jangan percaya pada pengakuan terakhir yang disahkan asli (?) kerana itu bermakna anda telah gagal sepenuhnya memahami sepanjang penuh perjalanan hidup Rizal (buat apa susah2 baca). Mereka telah melakukan kejahatan yang lebih hebat lagi, dan kalau dibanding sehelai pengakuan tulisan tangan... Buta adalah orang yang memilih "kebenaran" tulisan tangan berbanding apa yang tersembunyi di balik tunku pendiang, bara yang telah dipadam dan tak pernah sempat untuk menyinar kembali hatta hingga kini.
Profile Image for Khairunnisaq.
Author 1 book1 follower
June 28, 2023
Buku ini menarik untuk kita pelajari sejarah hidup seorang tokoh. Cerita tentang Jose Rizal sejak belum lahir sampai dia meninggal dalam keadaan yang sangat tidak adil. Ada banyak nama orang, jadi kena betul-betul fokus. Bagi orang yang jarang baca buku bukan fiksyen, buku ini agak berat tapi 'bearable' sebab ia disampaikan dengan gaya seakan novel. Kita bukan sahaja dapat lihat Jose Rizal sebagai seorang negarawan tapi juga sebagai seorang manusia, kisah cinta dia, pengkhianatan yang dibuat oleh rakan-rakan dia sendiri, menentang biarawan agama dia sendiri. It's a good read. Akan cuba biasakan diri dengan buku bukan fiksyen pula selepas ini.
1 review
October 5, 2022
I love it
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.