Darish mati akal. Mahu percaya atau sumbat ke penjara? Daneena dibantu meskipun hati tertanya-tanya.
"Anggap saja takdir yang bawa saya ke mari."
Bila keluarga dan bakal isterinya muncul, Darish perkenalkan Daneena sebagai pembantu rumah atas permintaan Daneena sendiri.
Darish kembali ke kem buat seketika. Daneena dibenarkan tinggal di situ selama mana dia mahu. Dan saat Darish datang semula ke rumah pantainya, yang ada cuma nota ditinggalkan oleh Daneena.
"Terima kasih atas ihsan tuan. Izinkan ambil military tag milik tuan untuk saya simpan sebagai kenangan terindah saya di sini. Jika diizinkan Tuhan, saya akan pulangkan pada tuan semula."
Daneena pergi saat dia mula jatuh hati kepada gadis itu.
"Do you love me, Captain?"
Dengan nota yang diletakkan di kamar Darish ini, kapten muda itu tekad mahu mencari Daneena.
Probably suitable for those who would like to start venturing into the reading world as this book is thin.
Writing style, punctuation is below expectation. It uses K-Drama's "Crash Landing On You" reference but the plot is unclear, and honestly I had a hard time finishing this.
Hope to see improvement from the author in the future.
Jujur, novel ni ada potensi. I was expecting a cringey kind of plot by looking at the title. Beberapa bab hadapan membuatkan saya nak tahu lebih lanjut, which is good sebab itulah yang akan buat orang nak teruskan membaca.
But then, it goes haywire. Premis plot dan binaannya bagus, cuma execution hingga ke peleraian klimaks tu can be improved more. Terlalu ringkas, I would say. Ada masa penulis bersikap descriptive tapi bila waktu diperlukan untuk descriptive writing tu ada—its not there to deliver. Sayang betul :’)
Rasanya untuk tahun 2022, ini adalah novel pertama yang saya boleh habiskan dalam masa 2 hari je. Novel yang agak nipis sebab ada banyak juga dialog menggunakan perbualan di whatsapp atau tingkap hijau bak kata penulis. Keseluruhannya, okey la dan yang penting happy ending walaupun menuju penghampiran, hero dan heroin main tarik tali pulak.. sikit-sikit nak merajuk. Aigoo!