REDA semakin hanyut dibuai keseronokan berpelesiran dengan kawan-kawan. Daripada melepak dan ponteng sekolah yang sudah menjadi rutin, aktiviti mereka kian melarat ke arah yang lebih membahayakan. Mampukah kuasa cinta NADRAH mengetuk pintu hati Reda dan meluruskan kembali arah perjalanan hidupnya yang kian terpesong?
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.
I love this so much. ❤️ Sebabnya, Komik Renda Cinta ini penuh pengajaran. Meskipun, pengajaran yang acapkali kita lihat di kaca TV & baca dalam buku. Namun, masih tetap sampai di hati. Especially melibatkan hubungan di antara mak-anak. Hubungan istimewa yang sentiasa istimewa. Faham? . Untuk anak yang tidak kenang budi. Mengertilah yang kehilangan permata itu akan memberikan satu perasaan yang aneh. Masa ada tidak terasa, sudah hilang meraba raba.
Reda masih berkawan dengan budak nakal. Tapi kalini mereka mengajak Reda melakukan perkara yang lebih ekstrem. Reda masih budak yang baik cuma dia salah pilih kawan dan dia seronok bila disogok kan dengan kebendaan. Hidup manusia yang sentiasa ada turun naiknya. Bila melibatkan kebendaan ini memang akan putih mata. Lagi-lagi benda tersebut memang menjadi kesukaan dan impian kau.
Nadrah juga merupakan watak yang pasif namun tetap memberikan impak yang besar buat karakter Reda. Haha. Reda dan Nadrah masing-masing ada nasib yang sama dan mungkin juga feeling yang sama. Nadrah memang mendukung watak Reda di akhir cerita.
Dan Reda. Akhirnya, dia juga menemukan sesuatu yang bernilai dalam hidupnya. Sebuah pengakhiran yang baik buat karakter Reda. Cuma sis nak tahu apa akan jadi dekat abang Reda dan bapa mereka. Musykil juga sebab kalau tahu lagi syok ni.
Congrats Ben Wong. Nak sambungan lagi boleh ke? Haha
Yeah, memang aku suka komik ni, penuh dengan suspen dan tension. Kita tak tau apa yang karakter Reda ni nak buat, kita ternanti-nanti adakah dia bebal atau pun kebetulan bijak. Aku tetap bagi 5 sebab aku suka pacing dia, hevay drama yg laju.
Komik yang menarik dan berpengajaran.. Walaupun ini buku kedua tapi masih okay untuk dibaca.. Kisah remaja yang tersasar namun kembali ke pangkal jalan..