Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tinggal Satu Bintang

Rate this book
Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kebaikan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!

Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang dia pernah hancurjan, Tengku Bakti separuh nati menanggung pembalasan.

"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati!" - Tengku Bakti

Terheret ke dalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi. Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri boleh 'termasuk' ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa?

"Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapi ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?" - Seri

Pertemuan, pertolongan, perlindungan dan perhatian menjadi rencah dalam hubungan Tengku Bakti bersama Seri. Mampukah sengsara angkara iblis dan syaitan ditamatkan bersama? Dan sejauh mana pengorbanan Seri yang polos dihargai oleh lelaki buaya darat seperti Tengku Bakti?

670 pages, Paperback

First published January 1, 2022

1 person is currently reading
28 people want to read

About the author

Acik Lana

26 books381 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (31%)
4 stars
22 (43%)
3 stars
13 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Mariani Mukadis.
7 reviews
June 15, 2022
Masa memula nak baca novel ini, saya tengok dan baca review kawan-kawan yang lain dari pelbagai sumber. Ramai yang menyatakan kekecewaan dengan jalan cerita novel ini.

Tapi bagi saya, novel ini best sesangat coz dari mula hingga akhir perasaan ingin tahu tu membuak-buak. Dan of course saya terkejut bila dapat tahu siapa dalang (penjahat) dalam cerita ni. Saya bagi five star untuk jalan cerita yang bagi saya..best.

Saya menanti-nanti next novel penulis ini. Adios.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
July 25, 2023
Kalau cerita mengenai sihir ni selalunya kita nak tahu siapa yang jahat sangat tu sanggup guna jalan yang sesat untuk menyakiti orang lain. Main teka-teki dia ni ke atau orang tu atau siapa. Selalunya tak payah pergi jauh pun orang tu ada je kat depan kita. Berpura-pura baik budi pekerti dan tingkah laku. Tapi sebaliknya sentiasa dengki dengan orang lain.

Novel kali ni yang best bila Seri dapat masuk ke dalam mimpi Tengku Bakti. Bagaimana? Diorang tak kenal pun. Tapi ada la salah faham pada awal pertemuan mereka dua insan ni. Agak kasar ye tingkah laku Bakti yang menuduh Seri pada masa ni. Lama-kelamaan mereka bersahabat baik. Tiap-tiap malam ye berjumpa di alam mimpi. Cewah. Di alam realiti tak cukup masa katanya.

Pada saya kisah kali ini kurang 'feel'. Terutama sekali dengan watak Seri dan Tengku Bakti. Rasa biasa-biasa je kisah percintaan mereka berdua. Tapi lain dengan Habib. Watak Habib ni habis awal. Sakit mental sungguh dengan cemburunya yang sangat menakutkan.

Watak Puan Aziah ni mengingatkan saya pada Maria Farida. Macam nak sama je gaya pertuturan bila bercakap. 😃

Ketiadaan Tengku Majid dan Jasa pada kejadian Bakti tak sedarkan diri tu kenapa. Diadakan majlis bacaan Yasin sepatutnya Tengku Majid dan Jasa perlu hadir. Kat situ dah macam tak sepatutnya berlaku.

👍👍👍
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
November 27, 2022
3.8

Jalan cerita yang menarik sebenarnya..tetapi pada saya ada beberapa bahagian yang rasa sedikit mendatar(maaf ini pada pandangan saya sahaja, lain orang lain pendapat kan ✌🏻).

Memang kita akan tertanya tanya, siapa yang menghantar sihir. Mula syak kat orang ni tapi macam bukan.. syak plak sorang lg ni.. tapi tak nampak pula motif dia.

Apa pun nice try👍👍
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
March 5, 2025
Kisah pasal sihir

F tak berapa ngam cerita ni. Biasa je to me. Maybe sebab dah biasa dengan penulisan AL yang lama more ke romance.

This one alaa sihir² @ mistik.F kurang berminat. Kisah cinta Seri dan Bakti pun tak banyak.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
April 5, 2022
Ape perasaan bila drpd seorang lelaki yang tampan dan gagah perkasa terpaksa menggunakan kerusi roda? Bagaimana rasanya bila tiap2 malam didatangi mimpi2 ngeri yg mampu membunuhnya di alam nyata?
.

Tengku Bakti, dengan sekelip mata hidupnya berubah dek kerana sihir. Dari lelaki gagah perkasa, dia hanya mampu bergantung pada mamanya. Tok Mat, orang yg ditugaskan utk memulihkan Tengku Bakti. Atas permintaan Tok Mat, Bakri serta mamanya perlu berada di kawasan pantai timur. Lebih mudah bg Tok Mat, tak perlu berulang alik jauh ke Langkawi. Mujurlah keluarga Bakti mempunyai sebuah villastay di Kuantan
.

Seri dan ibunya, Kalsom diupah untuk menjadi tukang masak dirumah Bakti sepanjang keberadaan mereka di Kuantan. Namun keadaan bertambah rumit pabila Seri dianugerahkan oleh Allah SWT utk masuk ke dlm mimpi2 yg dialami Bakti. Siapa sebenarnya Seri? Apa yg ada pd Seri hinggakan dia boleh merasai dan melihat apa yg berlaku kpd Bakti dalam mimpinya?
.

Sebuah kisah cinta+misteri. Bagaimana manusia sanggup menggunakan iblis sebagai alat untuk membalas dendam dek kerana perasaan iri hati. Berat. Masalah yg sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Tak suka sikit, sihir. Tak boleh tengok orang bahagia, sihir. Tak boleh tengok orang kaya, sihir. Aku sendiri, pernah alami. Sakit. Si penanggung je tau betapa seksanya kesan sihir ni. Hinggakan ada yang sanggup membunuh melalui sihir. Aku tak tau mana letaknya sikap perikemanusiaan mereka
.

Dalam novel ni, aku sangat tak sukakan Habib, tunang Seri. Panas baran, psiko. Macam mana Seri boleh terima? Yg tu kena baca. Habib ni terlalu obses dgn Seri. Hinggakan dia sanggup lakukan ape saje supaya Seri jadi miliknya
.

Sebuah kisah yg memberi pengajaran kpd pembaca. Jangan ingat ilmu sihir yg menggunakan iblis ni, berkekalan. Kuasa Allah lebih hebat. Lambat laun, si pelaku tetap terima padahnya. Kisah menarik walaupon agak meleret di bahagian kisah Bakti dan Seri. Thumbs up penulis
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
March 20, 2022
9/2022

Emmmm bila dah biasa baca buku Acik Lana... Tak tahu kenapa rasa ada kekurangan dalam naskah dia kali ni... Tapi saya tetap puji Tinggal Satu Bintang adalah percubaan yg baik untuk satu cerita yg di luar kebiasaan dan kelainan Acik Lana. Biasanya cerita Acik Lana kan cinta cintun.. Kali ini sihir menyihir pula..
Permulaan cerita yang menarik.. Pertemuan Tengku Bakti dan Seri di dalam mimpi.. Sihir menjadi hidup Tengku Bakti dalam kesengsaraan. Hadirnya Seri menghulur bantuan... Walaupun dari awal saya dapat agak siapa dalang yg menghantar sihir itu.. tapi saya tetap habiskan bacaan hingga ke muka surat terakhir.. Penamat cerita yang baik dan happy ending.
Sorry Acik Lana.. tak tahu kenapa.. ayat2 dalam cerita kali ini nampak macam biasa2 sahaja.. Pengunaan bahasa seperti kekurangan idea. Namun hadirnya beberapa terjemahan surah Al Quran menarik minat saya..
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
February 24, 2024
Bagi aku jalan cerita best tapi cara olahan cerita agak sedikit bosan dan mendatar. Macam aku dah tak sabar nak tahu siapa yg menyihir ni, tapi adrenalin eksaited aku tu dimatikan dgn cara olahan yg mendatar. So jadi mcm krik krik. Tapi aku tetap teruskan baca sampai habis sebab ada sorang Tiktoker cakap novel ni best. Iyee storyline best, itu tak dinafikan.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
June 24, 2022
Oh dear.. sorry but terpaksa bagi 3.5 kot... Dunno why but mungkin sebab saya dah letak Kekasih Khayalan above par kot.
Don’t blame her cos’ satu percubaan yg berani drpd AL dan sudah tentunya sesuatu yg bagus untuk terus improve and improvise. Kudos to that!
But for me personally, i would prefer kalau AL tak bawa buku ni ke arah horror sangat (even though xde lah strong sangat horror dia pun..masih kategori mild aje)
Okay jer kalau cerita berkisar tentang sihir ni semua tapi bila baca buku ni, pada saya lah… saya kehilangan AL’s personal touch… mcm baca buku someone else. Probably its just me. Dunno…
One more thing, hero kali ni mcm tak berapa kuat karakter and effect dia. I could only summoned up becos hero pun sakit dr mula hingga 3/4 of the book… so, saya tak dapat rasa hero punya ‘strength’ (?)
Si heroine, well.. well…, dia pulak definitely a full fledged, a powerful character .. mungkin sebab dia mmg sihat dr awal pun and a significant contribution from her end towards menyembuhkan si hero.
The part yg hero heroine boleh terjumpa dlm mimpi yg sama tu, memang best! Dating pun dalam mimpi! An action-packed scenes dlm mimpi!
Kelainan AL bawak kali ni sudah tentu pada watak hero kot.. sebab dr awal lemah, sakit .. jadi, hero’s character build up dlm buku pun bit slow.
Kebanyakan hero AL semuanya segar bugar hehehe..
anyway, just my own personal opinion ya.
Lain org lain pandangan kan.. *peace*
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
January 28, 2022
Menarik crita Acik kali ini.. dari mula kita tertanya2 siapakah yang menghantar sihir pada Tengku Bakti.. tidak ade sedikit clue yg diberi, membuatkan kita terus membaca utk mendapatkan jawapan nya.. 💋💋💋💋💋
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 29, 2022
suka cerita ni! tak pedulilah bila terbaca review yang kata karya puan penulis cantik yang ini agak kurennggg dari yang lain, tapi serius - akak suka.

pertemuan dua watak utama, bakti dan seri pun bagi akak sangat awesome. yalah, jumpa dalam mimpi waktu diserang yeti. gila kau... kihkih. seri pun tak tahu kenapa dia ada dalam mimpi bakti dan bakti, pada awal dia sangka serilah yang menyihir dia.

satu sebab akak suka baca karya puan penulis ni sebab, pembaca tak ditinggalkan atau keciciran. bahkan pembaca diheret sama. bayangkan waktu seri dan bakti lari dari yeti, sama rasa penat berlari. hampeh tul. walhal tu dalam mimpi mereka dan itu yang akak baca. apa ku buat dalam cerita ni? haa... gitulah ibaratnya.

bakti ni ibarat diberi peluang kedua. dia sendiri sedar yang dia banyak dosa lampau. hidup dalam kebebasan yang melampau, syurga dunia yang menulis sebanyak-banyak dosa yang dilakukan. tapi, Allah Maha Berkuasa. walaupun berat dugaan yang dilalui Bakti, dia tahu itulah 'teguran' yang harus dia terima dan dia sangat bersyukur untuk peluang yang ada.

seri penguat bakti. tok mat, yang mengubat bakti pun nyatakan perkara yang sama. seri ni bagi akak watak wanita yang sangat menarik. walaupun orang kampung dan belajar pun tak tinggi, kerja pun biasa tapi keperibadian dia tu yang hebat. selain daripada sentiasa ada bersama kalsom, emaknya, seri juga sangat menjaga hubungannya dengan Allah. kelebihan yang dia ada pun bukan untuk ditunjuk dengan riak.

dan kisah mistik yang mereka lalui itu, aduhai... ada juga sedikit rasa gerun. cuma bila sampai hujung bila tahu si pelaku dan kemudian azab dan pengakhiran si pelaku, memang sebak.

punca? cemburu dan iri hati. dilayan perasaan tersebut hingga menjadi racun dalam diri.

apa yang terhidang atas dunia ini sah-sah hanya sementara. abadi, di sana nanti.

Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 12, 2023
[BOOK 164]

Tinggal Satu Bintang by Acik Lana.
.

Best!
.

So sekarang tinggal buku My Juna dan I Promise yang tersadai dalam TBR aku tu.
.

Kalau korang sukakan genre seperti Sweet Dream dan Kekasih Khayalan, boleh la baca.
.

Akibat disihir, Tengku Bakti seringkali bermimpi dikejar dan dibaham oleh makhluk aneh berbulu yang digambarkan sebagai Yeti. Akibatnya Bakti yang dahulunya segak dan seringkali bertukar-tukar wanita, sekarang dah macam tinggal tulang je.
.

Dan untuk tujuan perubatan Islam bersama Tok Mat, Bakti berpindah ke Kuantan. Di sana, Seri dan ibunya diambil bekerja sebagai tukang masak.
.

Dan rupanya dalam setiap mimpi Bakti, Seri juga ada di situ menyaksikan kejadian ngeri Bakti dibaham Yeti. Bila akhirnya Seri cuba membantu, Bakti salah faham pulak. Dia ingatkan Seri la yang menyihirnya.
.

Eh duk gaduh-gaduh manja tu, tersangkut la pulak hati masing-masing.
.

'Betrayal never comes from your enemy'
.

Dah boleh agak juga siapa yang duk hantar sihir tu. Tapi kesian kan, mudah je hati manusia ni rasa dengki, benci pada orang yang rapat dengannya.
.

Suka chemistry Bakti dan Seri. Tak puas jumpa kat luar, duk tertunggu-tunggu malam, sebab nak jumpa dalam mimpi. hahaha. Cumanya sikit je kot part chemistry. Dah hujung-hujung, dah macam mendatar.
Profile Image for Ain Amira.
22 reviews5 followers
January 26, 2022
Alhamdulillah dh hbs baca karya terbaru dri acik lana .. another exciting story from acik . Kali nie melibatkan sihir . Serius dri first page dh buat kita mcm tertanya tanya ap yg jadi dekat tengku bakti . Then mcm mna seri boleh terlibat sekali . Hahaha dri mula duk menuduh org itu org ini yg buat tengku bakti sakit . Ehh rupanya ku silapp . Kesian dekat si pelaku . I guess that’s the best ending untuk dia . Tengku bakti pun awal2 grg dgn seri last2 bru nk lembut2. And yes sy suka bila acik masukkn skli terjemahan al quran . Sesuatu yg lain kan dri karya acik yg lana . From a cliché love story until to fantasy love story . Mmg best laa . Tak rugi beli . And plg sy tertarik pilihan nama2 watak . Just simple and nice tak perlu nama yg berbelit untuk sebut . Nak baca pun smooth je . Hehehe itu saja tak sabar nak tunggu karya seterusnyaa ! Well done acik
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
January 20, 2022
Suka cerita ni. Sihir. Cinta. Dendam. Dari awal baca tak bosan, tak sabar nak habiskan sebab nak tau macam mana mimpi tu ditamatkan.
Profile Image for Rusliana Rose.
13 reviews
April 9, 2023
Lama simpan buku ni sbb kekangan masa nak baca. Mmg fan novel acik lana. Syabas untuk jalan cerita dia. Saya suka sangat. Mmg ada part yg mcm tak puas sikit. Apapun ending yg baik.👍
Profile Image for Siti R.
66 reviews
January 30, 2025
Among all novel penulis yang dah dibaca, this one my favourite. Banyak pengajaran yg dipelajari
Profile Image for Shazni.
22 reviews1 follower
July 13, 2023
Buku ni menarik minat sebab penulis cuba tulis genre magical realism.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.