Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memasang Sayap yang Patah

Rate this book
sudah ribuan purnama yang kamu lewati,
namun matamu masih sulit terpejam
pada waktu malam yang tepat.

di setiap pejam mata yang dipaksa,
di setiap posisi tubuh yang berganti,
ada wajahnya yang kamu bayangkan.

orang yang pernah datang dengan sejuta impian,
memberi harapan dan rasa nyaman yang dalam,
kini hilang tanpa tinggalkan sepatah alasan,
melainkan setitik kenangan untuk temani malam.

keadaanmu rapuh serapuh-rapuhnya,
sayapmu patah sepatah-patahnya,
malam tak pernah sebisu ini,
tapi dihujungnya menanti mentari
yang rindukan terbangmu lagi.

Paperback

First published January 1, 2022

24 people are currently reading
199 people want to read

About the author

Jiwa

9 books98 followers
Mustaqim Jiwa, atau lebih dikenali dengan nama pena JIWA, ialah penulis bestseller kelahiran Singapura yang menulis merentas pelbagai genre. Di bawah nama pena Serban Putih, beliau menghasilkan karya-karya spiritual, di samping menulis puisi dan buku kata-kata penyembuh jiwa (self-healing).

Beliau merupakan anak kepada Ahmad Md Tahir, seorang penyair Singapura, dan Azihan Mahmud. Latar keluarga yang dekat dengan dunia sastera menjadikan Jiwa tidak asing dalam dunia penulisan sejak kecil.

Selain menulis, Jiwa juga pernah mempelajari bidang perfileman (cinematography), yang memperkenalkannya kepada dunia visual dan menjadikannya jatuh cinta pada seni filem dan storytelling. Minatnya terhadap sinema memperkaya naratif dan gaya penceritaannya, menjadikan karya-karyanya bukan sahaja bersifat puitis tetapi juga visual dan sinematik.

Kini, Jiwa berperanan sebagai Creative Director di Nukilan Biruni Publication, di mana beliau terlibat dalam pembangunan karya kreatif untuk buku-buku terkenal seperti Tulisan (Daiyan Trisha), Azzamine, dan Rumah Untuk Alie.

Pada tahun 2017, beliau dipilih sebagai wakil MASTERA Singapura dalam bidang puisi ke Bogor, di bawah bimbingan penyair Indonesia tersohor, Joko Pinurbo. Buku puisinya, Teruntuk Langit yang Bercanda, telah menerima Anugerah Buku Sastera MABOPA 2023.

Pada tahun 2025, beliau buat pertama kali menerbitkan novel sulungnya berjudul KAISAR—sebuah karya fantasi romansa yang mengisahkan dua sosok dari dua dunia yang berbeza. KAISAR mendapat sambutan luar biasa dan segera menjadi antara novel terlaris, menandakan kejayaan besar dalam debut sasteranya di dunia fiksyen naratif.

Di pesta buku, Jiwa sering menyediakan ruang curhat dengan menaip mesej positif menggunakan mesin taip klasik, membalas setiap curhat yang dikongsikan pembaca dengan kata-kata yang menyentuh hati.

Bagi Jiwa, kata-kata yang sederhana—asal sahaja jujur dan tulus—sudah cukup untuk mewakili perasaan pembaca dan mewujudkan makna yang mendalam.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
80 (67%)
4 stars
26 (21%)
3 stars
7 (5%)
2 stars
6 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
May 4, 2022
A life changing book for me, I would say. Semestinya akan diulang baca apabila perlu. Sangat direkomendasi untuk sesiapa yang sedang berusaha untuk sembuh dari luka kehidupan dan patah hati, juga buat sesiapa yang sedang berusaha keras untuk lebih mencintai diri sendiri.
1 review
March 15, 2022
This book is really great and so related with my healing process. I've been gone through all the phase from broke into pieces - to - >go home with new wings. All the words and advice is really works to make a new home and to be more self love. I know it will take longer time for healing but trust me if you patiently really want to move on u have to get out from the darkness. Thanks Jiwa. I owe u this time. Wish to seeing u and ur new book soon. ❤️

Regards,
M.K
Profile Image for fadhilahzulkefli.
61 reviews1 follower
June 11, 2022
This is the first poetry book I've read. The illustration is the primary reason I purchased this book. Then I fell in love with the writings as I read. It's just stunning.

Seperti sayap yang tumbuh kembali 🕊💜
19 reviews3 followers
September 4, 2022
Buku ini bertemakan puisi yang bahasanya mudah untuk difahami dan bagi aku ia seakan-akan luahan hati sebagai pengganti setiap perasaan yang terpendam sepi belum keseluruhannya terluah pergi. Jika ditelusuri kandungan puisinya, ia jelas membicarakan tentang cinta - mungkin cinta yang tak terlepas hilang dan tak tergenggam sayang? Namun, andai diteliti secara tersirat setiap bait kata-kata yang diperjelaskan, sebenarnya ia bergantung atas persepsi dan pentafsiran pembaca itu tersendiri.

Pada hemah aku, barangkali dengan membaca buku ini dapat menjadikan sebagai perisai untuk berhati-hati bagi jiwa yang mungkin belum sesungguhnya mengharungi perjalanan cinta iaitu bagaimana mencintai dan dicintai (khususnya pasangan lelaki dan perempuan). Mengapa aku katakan seperti ini? - kerana saat aku membacanya, aku bukanlah berada dalam situasi yang benar-benar patah hati secara realitinya kerana cinta akan tetapi mungkin sekadar merasa dalam bayangan minda. Walau bagaimanapun, tetap satu yang ingin aku bicarakan, sakit. Benar, kesakitan yang boleh dirasai melalui huruf-huruf puisi ini sangat jelas pedihnya.

Meskipun kadang-kala dilihat seperti membuka balutan luka yang belum sepenuhnya sembuh, namun masih lagi ada penawar-penawar yang mampu digunakan untuk merawat keperitan itu dan menjadikan ia lebih baik. Di penghujung fasa 8 yang diperkenalkan dalam puisi ini, penulis telah mendorong sesiapa sahaja yang sedang mengharungi duka agar terus bangkit dan mencintai juga menghargai diri terutamanya, pada hakikat yang sememangnya layak untuk merasai ketenangan seiring dalam mengecapi kebahagiaan tanpa diabaikan mahupun dikhianati.
Profile Image for Yaya Javier.
3 reviews
March 29, 2023
Saya tertarik dengan konsep ilmu psikologi yang digunakan dalam buku ini iaitu 8 Stages of Grief (8 Fasa Kesedihan). Bermula dengan fasa Denial, Anger, Guilt, Lost, Depression, Healing, Strength dan akhirnya Self-Discovery. Dan pada pendapat saya, ilmu ni boleh digunapakai untuk semua jenis perhubungan; hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan, hubungan percintaan, dll. Seseorang yang pernah mengalami atau sedang mengalami kekacauan dalam mana-mana perhubungan, buku ni sangat sesuai untuk dibaca.

Rupa-rupanya, fasa Healing bukanlah fasa yang terakhir untuk seseorang sembuh dengan baik. Tetapi fasa Self-discovery (Mengikut konsep 8 Stages of Grief). Apa yang saya faham tentang fasa Self-discovery ialah kita benar-benar telah jumpa dengan tujuan kita dalam hidup. Sehingga jika kita berpegang dengan tujuan tersebut, datanglah kesedihan yang dalam macam mana sekalipun, maka kita akan tetap kuat dan bersabar menghadapi ujian.

Saya tidak sangkal, healing journey is not linear. Maka, setiap fasa itu akan dialami oleh setiap orang dengan pelbagai cara. Ada yang terus ke fasa 4, lalu ke fasa 1 semula. Ada yang bermula dengan fasa 1, kemudian ke fasa 2, dan terus ke fasa terakhir. Ada juga yang di fasa 1 tanpa sebarang perubahan (mengambil masa lama untuk berubah ke fasa seterusnya). And that sense itself that makes the healing journey unique and inclusive to oneself.

Saya pun tertarik dengan gaya penulisan Jiwa. Seorang yang bukan sahaja menulis dengan gaya yang puitis, relatable tetapi juga menulis untuk menyemai pemikiran yang mendalam untuk pembaca. Semasa membaca, seakan ada sesi refleksi antara saya dan buku Jiwa. Love that!

Bahasa yang digunakan dwibahasa, and for someone like me yang juga menggunakan dwibahasa dalam kehidupan seharian, I can relate so much to this book.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
May 14, 2022
🕊️Setelah MSYP @mustaqim.jiwa menemani 3 hari ku. Setelah 8 fasa, Patah-Luka-Sangkar-Hilang-Sepi- Tumbuh-Sayap-Pulang, aku lalui bersama alunan melankolik piano yang disarankan. Cukup aku katakan. Banyak yang aku gemari,terbuai,tersentak dan amati. Adakala perlu berdamai dengan rasional apa penulis katakan.

🕊️ Puisi kali ini berdasarkan 'The stages of grief'. Hal pernah terbaca tahap kesedihan manusiawi. Lebih kurang yang dipopularkan Dr. Elisabeth Kubler-Ross berkait dengan psikologi.

🕊️ Aku bukanlah berada di fasa rebah tentang soal cinta. Tapi jujur aku katakan, aku dapat masuk dalam 'dunia patah' yang disuarakan.Adakalanya bukan soal patah kerna cinta semata. Tetapi termasuk tentang patah pada sesiapa yang menyakiti juga.

🕊️ Turut aku selitkan ada beberapa puisi yang jadi kegemaran aku:
🍁Asking from the wrong people
🍁Tiba-tiba
🍁You are not selfish, just self love
🍁Mengemas Masa Lalu
🍁Pura-pura

🕊️Pada yang sedang berada di fasa patah hati. Disarankan untuk merasai kata-kata yang pasti memahami mu. Teruntuk bangkit dan sembuh punya fasa tersendiri. Punya transisi waktu sendiri. Perlahan saja tidak mengapa. Sendiri merangkak dan berlari juga tidak salah. Terpenting kita perlu mampu ke fasa 'Pulang'.✌🏻
Profile Image for itsnvvass.
4 reviews
April 8, 2022
Oh wow! Nak jujur sikit, aku bukan seorang yang suka membaca bahkan buku yg dipelajari di sklh juga tidak pernah baca sehingga muka surat terakhir. Tapi tidak pada buku MSYP ! Jiwa ialah penulis yg bijak dalam susunan ayat puitis dan setiap fasa sembuh yang terdapat pada buku ni membuatkan pembaca seperti aku terdiam dan terharu kerna ternyata wujud manusia yang memahami diri kita berbanding kita sendiri. Terkadang buntu tak tahu jalan keluar atau tak pernah sedari kesilapan sendiri tapi MSYP ini menunjukkan jalan yg benar utk dapatkan diri yang lama dan menyembuhkan sayap utk terbang ke destinasi seterusnya.
Profile Image for Rabiatul Maz.
1 review
Read
May 7, 2022
Assalamualaikum..saya Dari Brunei Darussaalam I'm a fan of your poems.. saya nak kongsi cerita sikit tentang saya.. alhamdulilah saya dah baca buku MSYP & TLYB. Buku dgn kata2 tersentuh jiwa.. sebenarnya buku tu saya dapat memberian Hadiah dri Hamba Allah yg saya cintai... Hehe sbb dia tahu saya suka baca mana2 poems.. Dan buku ciptaan Jiwa adalah hadiah special bgi saya.. thanks for him (Hamba Allah) thanks for u too 'jiwa' memberi kata2 healing self yg sngat indah.
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
April 14, 2023
Done ✅ Biasa-biasa je, best buku Teruntuk Langit yang Bercanda lagi. Banyak yang bukan puisi (ofc tidak puitis) tetapi sekadar kata-kata motivasi. Dan it is not “imajinasi” for God sake 😩 It is “imaginasi.” Bersepah tau kesalahan dalam buku ni, editor ada tapi proofreader takde kot. Dalam buku TLYB tu pun banyak typo jugak tapi pejam mata je sebab banyak puisi best.
1 review
December 15, 2023
setiap orang ada kisah cinta sendiri yang patah, termasuk saya. Alhamdulillah berjaya move on, tapi tertarik dengan buku ni, sebab ayat yng banyak relate dengan hidup saya, so saya beli. dah habis baca, penulisan yng sangat menarik dan puitis, recommended this book untuk mereka yng dalam proses move on. Overall saya sangat suka🤍🤍🤍
1 review
March 18, 2022
Best book that I’ve ever read, Jiwa really have the best ways to make his readers feel and understand what his trying to express. Thank you so much for writing, and I hope more to come. Amin Insya Allah
1 review
May 24, 2022
Baru sahaja selesai baca dan habis sudah helaian buku dibasahi dengan titisan air mata. Terima kasih kepada penulisnya Jiwa kerana telah menuliskan buku sebaik dan seindah ini. Highly recommend it untuk mereka yang ingin sembuh dan ingin terbang lagi, semoga semua pembacanya lekas sembuh ya ❤
Profile Image for heijireads.
55 reviews
June 27, 2022
Penulisan JIWA kalini memang hits different sehingga relung hati paling dalam. This is one of the best healing books I've ever read. Akan baca setiap kali badai melanda kehidupan 🤍 Terima kasih, JIWA.
1 review
July 5, 2022
I love , love , love his writings. Truly a good read for those who is in hardships. Finished reading in 2 hours, i feel every words he wrote, as If it was meant for me. Can’t wait to read the rest of his books.
Profile Image for Evelyne.
199 reviews1 follower
Read
August 4, 2022
Jiwa is one of my favourite local poet/author and i really wanted to like this but its a shame that i don't. I absolutely loved TLYB because the theme is more fitting to my preference but not this one :(
8 reviews
September 24, 2022
Penulisan Jiwa tak pernah mengecewakan, dan masa saya baca puisi yang ditulis dalam buku ni memang dapat rasa sangat kesedihan tu, ayat ayat puisi yang ditulis sangat menusuk ke dalam jiwa saya, harap jiwa dapat hasil kan buku seperti ini lagi pada masa hadapan
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
September 28, 2023
Buku dalam kategori healing begitu.
Ada cerita pendek.
Ada puisi.
Ada quotes.

Buku berkisarkan tentang fasa healing iaitu patah, luka, sangkar, hilang, sepi, tumbuh, sayap dan pulang.

Buku anak-anak muda umur 20an begitu.
Profile Image for Arin.
1 review
June 4, 2022
a book that feel like someone talk to you.. this book is alive.. the book know what you feel..
1 review
June 5, 2022
thus is first book i've read from jiwa...so far related nya puisi ni dengan realife..like penulis masukkn kita dlm cerita ni...I will read another book as fast as I can....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Win.
4 reviews
September 6, 2022
best sangat itu je yang mampu saya cakap buat masa ni☺️♥️
Profile Image for Haniey Hazri.
15 reviews2 followers
September 2, 2023
Sebuah buku yang bukan setakat ajar healing tapi ajar mencintai diri sendiri dari stage by stage. Sangat suka! Terima kasih buat saya kembali memasang sayap yang telah lama patah.
1 review
December 16, 2023
this book is so good for those who broken and want some motivation to move on !! please read , and you would feel better after that . sending love to the writer <3
Profile Image for Insyirah Nur Aisyah.
2 reviews
August 23, 2025
Seorang peminat puisi. Banyak tempias & tamparan ketika baca buku ni. Walaupun agak berat nak sambung baca tapi nak tahu juga mengakhiri. Terima kasih, Mustaqim Jiwa.
Profile Image for Gadis Menara.
9 reviews1 follower
July 30, 2024
Buku ni sangat memberi semangat dan membantu buat yang betul2 cari cara nak move on, bila dia baca ni confirm dia akan sayang diri sendiri dan dia takkan patah belakang lagi...buku ni seperti teman kita dalam proses sembuh dengan kata2 ucapan yang memujuk supaya perlahan2 kita melangkah dan terus memandang kehadapan sahaja. Semua yang kita lakukan dalma hidup ni semua buat diri sendiri. Terima kasih buat penulis ❤️✨
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.