Abu Yūsuf Yaʻqūb ibn ʼIsḥāq aṣ-Ṣabbāḥ al-Kindī (c. 801–873 AD) was Arab Muslim philosopher, polymath, mathematician, physician and music theorist. Al-Kindi was the first of the Islamic peripatetic philosophers, and is hailed as the "father of Arab philosophy".
Penawar Kesedihan, apa yang tertulis di dalam ini kebanyakannya berkisar tentang sikap kita dan bagaimana sikap seorang muslim patut menghadapi musibah yang melanda diri.
Saya faham kenapa ada sesetengah pembaca menulis bahawa Al-Kindi 'invalidate' kesedihan kita, tetapi saya rasa perkara ini terletak kepada tanggungjawab penterjemah. Ayat yang ditulis seolah-olah Al-Kindi melarang kita untuk bersedih hati. Sebagai orang awam, penterjemahan karya ini buatkan saya sedikit pening dan perlu mengulang baca ayat yang ditulis. Lebih indah dan bagus jika penterjemah dapat menterjemahkan buku ini mengikut ayat yang sesuai dengan adat pembaca di Malaysia. Sayang rasanya kerana pada saya niat Al-Kindi sangat baik untuk mengajak manusia yang bergelar muslim untuk mendidik hati untuk mengawal diri dalam bersedih hati, jangan berlebih-lebihan.
Al-Kindi yang mengajak kita untuk menjaga kesihatan jiwa, mendahului kesihatan jiwa melebihi jasad kerana diri kita dibentuk dengan kebaikan jiwa. Ianya selari dengan konsep kesihatan mental yang terwar-war dalam dunia moden kini.
Cumanya saya tidak bersetuju dengan kata-kata beliau bahawa kesedihan itu ialah penyakit jiwa sedangkan kesedihan itu adalah sifat manusia. Para nabi juga bersedih hati atas kehilangan orang yang mereka cintai. Melainkan maksud yang disampaikan Al-Kindi sebenarnya kehilangan 'benda' yang kita cintai seperti harta, atau benda yang bersifat kebendaan, jadi dengan itu saya bersetuju bahawa kesedihan itu ialah penyakit jiwa.
Kerana itulah saya sedikit kecewa dengan penterjemahan karya ini, sungguh susah untuk saya fahamkan makna disebalik tulisan-tulisan beliau.
Sama ada buku ini penterjemahannya bukan untuk saya atau penyampaiannya terlalu tinggi, saya tidak pasti.
Al-Kindi, walaupun saya tidak mengenali beliau tetapi saya tahu beliau adalah tokoh yang layak dihormati. Apa yang saya perhatikan, tokoh Islam terdahulu pasti mendoakan para pembaca di awal karya mereka dan juga hujungnya. Al-Kindi tidak lari dengan sifat tersebut, sama seperti tokoh besar Al-Ghazali, doa beliau juga buatkan mata saya berair.
Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaanmu di kedua-dua kehidupanmu (dunia & Akhirat), dan membanyakkan belas ihsan-Nya kepadamu padanya, dan menjadikanmu tergolong daripada mereka yang meneladani nan menikmati memetik hasil muhasal akal. Semoga dia juga menjauhkanmu daripada rendahnya kejahilan yang menghinakan.
Risalah pendek tetapi padat yang membahaskan hakikat kesedihan dan bagaimana kita sepatutnya berhadapan dan menangani kesedihan. Perkara paling penting dan beberapa kali diulang-ulang al-Kindi ialah kita patut sedar dan faham bahawa sebagai hamba, kita ini tidak memiliki apa-apa sebaliknya kitalah yang dimiliki. Justeru, sebarang kehilangan, pemergian, kematian dan sebagainya tidaklah harus kita tangani dengan kesedihan kerana semua yang hilang itu pergi kepada pemiliknya yang abadi - Allah Azza wa Jalla - dan kita sebagai hamba sekadar meminjam dan menggunakannya buat seketika. Apabila kita menyedari dan fahami akan hakikat ini, maka tiadalah kesedihan yang berpanjangan dan berlebih-lebihan yang kita rasakan, sebaliknya akan lebih reda, malah meningkatkan rasa taqwa dalam diri. Inilah penawar kepada kesedihan seperti yang dimaksudkan al-Kindi.
Maka ingatlah, kita ialah hamba yang tidak memiliki, sebaliknya kita ialah hamba yang dimiliki.
Buku kali ini yang dibaca merupakan sebuah karya falsafah yang dikarang oleh Al-Kindi, tokoh falsafah Arab pertama yang meninggal pada tahun 260H.
Buku Penawar Kesedihan ini adalah terjemahan kepada kitab Al-Hilah fi Daf'i Al-Ahzan. Ia mengandungi sebanyak 10 fasal yang disebutkan padanya definisi kesedihan, sebabnya dan rawatan yang perlu diambil. Hakikat kesedihan bukanlah semulajadi daripada fitrah manusia, bahkan ia hakikatnya adalah situational bagi manusia.
Kesedihan tidak akan kekal, begitu juga kegembiraan. Sedih itu memang sudah sifat semula jadi manusia, tetapi perlulah sentiasa berpada-pada. Buku ni juga membahas tentang syukur dan jangan terlalu agungkan perkara yang bersifat kebendaan. Turut termuat nasihat² Al-Kindi untuk merawat kesedihan dan kisah-kisah menarik yang berkaitan. Cuma, mungkinlah ini risalah yang telah lama ditulis, pada sela zaman yang berbeza, agak rasa canggung juga bila kadang² saya rasa risalah ini seperti mengatakan kesedihan adalah satu hal yang tak patut dan sesuatu yang tidak baik bagi manusia, atau mungkin kerana ilmu saya yang masih cetek untuk memahami risalah yang ditulis Al-Kindi ini sepenuhnya. Pun begitu, setiap petikan nasihatnya tetap mampu menjentik hati untuk kita terus merenungi hidup di dunia ini takkan lari daripada musibah, kecil atau besar.
Dari segi terjemahan, saya rasa perlu diperhalusi lagi. Banyak kali juga ulang-ulang certain pages sebab kalau baca sekali memang tak faham😂sama seperti ketika pertama kali saya baca buku ni dulu. Barangkali untuk cetakan baharunya, pasti akan lebih baik in sha Allah.
Pada umur yang menjangkau pertengahan 20-an, tidak lari daripada resmi kesedihan sama ada ia kesedihan yang berpunca kerana masalah peribadi mahupun rasa ketidakupaya untuk menyumbang kepada poket kewangan keluarga. Terima kasih kepada penulis yang meredakan sedikit kegundahan hati melalui bait-bait tulisan yang menyentuh hati bagaimana untuk menebus perasaan sedih ini.
Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh. Saya bahagikan kepada dua. Pertama, soal terjemahan buku ini. Kedua, soal isi buku ini.
Pertama, soal terjemahan. Saya orang awam biasa, yang laras bahasanya biasa. Sejujurnya, sukar untuk saya mengerti kebanyakan isi kandung buku ini. Saya perlu mengulang ngulang ayat yang sama beberapa kali untuk mengerti. Ada baiknya, jika pihak penterjemah yang budiman untuk memurnikan lagi terjemahan ini kepada laras bahasa yang sesuai dengan orang awam seperti saya. Maksud saya di sini adalah baik, bukan menidakkan usaha pihak penterjemah, menterjemah karya adalah suatu hal yang sulit — tetapi moleklah kiranya terjemahan itu mendapat kefahaman orang, bukankah itu tujuan asal sesuatu karya itu diterjemah?
Kedua, soal isi buku ini. Secara jujurnya, saya tidak merasa terubat, atau kesedihan itu dapat tawar dengan cara cara yang diwasiatkan Al Khindi. Jika bersedih, jangan bersedih. Jika berduka, jangan berduka. Jika menangis, jangan bersikap keanak anakan. Ini suatu perlakuan yang tidak semulajadi. Dalam dunia kini, kita gelar sebagai ‘invalidation’, menyangkal emosi orang lain, lebih teruk emosi kita sendiri. Saya faham asasnya, Al Khindi bersyarah panjang lebar dalam buku ini soal makna kesyukuran. Tapi adakah dengan syukur saja hati seseorang akan terubat? Perlulah orang itu tahu apa sebab ia menjadi sedih terlebih dahulu. Kemudian memperbaiki sebab itu, atau menyingkir sebab itu dan sebagainya — itulah yang saya harapkan ketika mula membaca buku ini. Tetapi meleset. Tetapi pada akhirnya kita perlu insafi, cara fikir Al Khindi adalah berbeza dengan cara fikir kita hari ini. Risalah ini mungkin penawar kepada umat zamannya, tetapi mungkin kurang sesuai pada umat hari ini. Tiada kitab yang sempurna melainkan Kalam Allah, Al Quran Al Karim, demikianlah.
Semoga dicurahkan kasih sayang Allah Taala kepada Al Khindi dan orang yang menterjemah buku ini dan segala orang orang yang menyebar ilmu di muka bumi.
Aqulu qauli haza wa astaghfirullah al-Azim li walakum.
Buku : Penawar Kesedihan oleh Al-Kindi. Terjemahan oleh Mohammad Syafiq Ismail. Terbitan Abim Press dan Biblio press.
Kesedihan itu lumrah manusia. Kesedihan itu penyakit kejiwaan yang muncul kerana hilangnya sesuatu yang dicintai ataupun tidak mendapat sesuatu yang diingini.
Buku ini memujuk pembaca untuk mencari kebahagiaan dan kegembiraan di kala kesedihan datang bertandang.
Tiada manusia mahukan kesedihan. Tapi kesedihan itu lumrah manusia. Jiwa perlu dididik bagaimana menghadapi kesedihan. Jika tidak jiwa manusia akan rapuh dek kesedihan yang berulang kali.
Antara cara merawat ialah meninggalkan perkara menyebabkan kesedihan. Jika tidak boleh maka berusahalah mencari ketenangan.
Ingatlah sejarah orang yang pernah sedih. Mereka berjaya keluar dari kesedihan. Gembira, bergerak maju dan teruskan kehidupan. Ingat, kesedihan itu bersifat sementara, kita juga pernah lalui dan keluar. Itulah motivasi kita.
Sesuatu yang belum pasti milik kita itu dikongsi oleh semua orang. Orang lain punya peluang memilikinya. Walaupun hampir, masih bukan milik kita. Tidak wajar kita bersedih pada perkara yang belum kita miliki. Itu sifat dengki.
Apabila sesuatu itu menjadi pemilikan kita, hakikatnya hanyalah pinjaman. Jika kehilangan sesuatu, ingatlah kita hanya peminjam. Segala yang kita miliki pinjaman daripada Allah. Allah berhak menarik balik pinjamannya bila-bila masa.
Maka, tidak wajar kita bersedih apabila tuan barang mahu mengambil kepunyaannya.
Kehilangan sesuatu pula bukanlah sesuatu yang buruk. Kita selalu menilai buruk dan baik menurut neraca dan sangkaan kita.
Sedangkan sesuatu yang baik menurut kita, belum tentu, baik di sisi Allah. Begitu juga sebalik. Sesuatu yang buruk menurut kita, mungkin baik di sisi Allah.
Jika kita diuji dengan kesedihan. Sama ada kehilangan atau tidak mendapatkan sesuatu. Bersangka baiklah bahawa Allah akan menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita. Sesungguhnya, dengan mengingati benda yang masih ada, merupakan penenang hati yang ampuh menawan musibah kesedihan.
Syukurilah apa yang kita ada. Jangan ditangisi apa yang kita tidak punya. Ketahuilah kesedihan juga satu nikmat. Nikmat itu ialah sabar. Kesabaran manusia menahan nafsu. Sabar itu nikmat yang akan dikurniakan ganjaran dan darjat yang tinggi oleh Allah.
Kata penulis pada kalam penutup "Letakkanlah wahai saudara yang mulia, wasiat pesanan ini, di suatu tempat yang kekal di dalam jiwamu, nescaya dikau akan selamat dengannya daripada sebarang sakit kerana kesedihan, dan dikau akan sampai pula ke sebaik-baik watan, di Dar Al Qarat( Tempat yang kekal) dan Mahall Al-Abrar (Kediaman orang baik-baik)."
Semoga kita dikurniakan kekuatan oleh Allah. Semoga kita semua tidak menjadikan kesedihan sebagai pengakhiran matlamat hidup kita.
Begitulah selalunya buku para ulama Islam yang mengakar kukuh dalam tauhid; ringkas dan padat, setiap perkataan mengusung makna yang sampai ke nurani.
Ini karya al-Kindi pertama yang dibaca, dan karya ini membuat diri sangat menghargai al-Kindi dan ilmunya. Ada budi yang terhutang kepadanya.
Sebagai Muslim zaman kini yang telah bercampur aduk pemikiran moden, namun masih ada latar belakang pendidikan Islam, buku ini menjawab banyak persoalan diri tentang fitrah (nature?) & pengaruh sekeliling (nurture?); tentang kepentingan hidup bersandarkan hakikat untuk memeluk tenang; nilai akal pada manusia berbanding emosi (dunia moden amat mengangkat emosi, terutama di media sosial, emosi kitalah yang selalunya menjadi perangkap jual beli oleh para kapitalis); dan banyak lagi.
Malahan mungkin buku ini boleh dikembangkan fasalnya satu per satu untuk menjadi kerangka pengubatan trauma, keresahan dan lain-lain.
Walaupun terjemahannya boleh menjadi kendala kerana pada sesetengah tempat agak literal dan sukar difahami jika tidak tahu bentuk bahasa Arab, wajar sekali buku ini dibaca oleh lebih ramai orang malah dibincangkan. Terima kasih kepada penterjemahnya yang berusaha keras menterjemahkan buku ini kepada bahasa Melayu.
Alhamdulillah, pertama kali saya membaca sebuah karya yang mengupas tentang kesedihan dengan begitu mendalam. Al-Kindi menyenaraikan 10 Fasal untuk merawat kesedihan dan kesemua fasal tersebut dihuraikan dengan sekecil2 perkara.
Makna kata, beliau membantu kita mencari solusi dengan memahami perkara asas berkenaan kesedihan. Kemudiannya, beliau mengutarakan hujah2 serta contoh situasi yang memudahkan para pembaca memahaminya (dengan gaya penulisan yang bercorak falsafah dan rasional).
Apa yang paling saya ingat dan saya peroleh dari hasil pembacaan ialah: - Kesedihan itu datang disebabkan ‘kita kehilangan sesuatu yang dicintai’ atau ‘kita takdapat sesuatu yang diinginkan’. - Kita ada pilihan untuk bersedih dan berbahagia. Kitalah sendiri yg menentukan samada mahu mencederakan atau menyembuhkan jiwa kita. - Jikalau kita inginkan tiada musibah, tiadalah wujudnya kehidupan sama sekali. - Apa yang kita bersedih itu hanyalah secebis pinjaman dari Allah. Malah, kita perlu berbahagia kerana Allah akan berikan yang kekal di negeri abadi kelak. - Dengan bersyukur dan menghargai sesuatu yang kita ada sekarang, ianya penenang hati paling kuat untuk melawan musibah kesedihan.
Ada perasaan sedikit stoic dalam idea dalam Penawar Kesedihan yang ditulis Al-Kindi.
Gaya bahasa tipikal seseorang yang cuba menterjemah kitab arab ke dalam bahasa melayu, seolah-olah seorang Syeikh yang cuba menterjemah kitab turath ke bahasa melayu sewaktu talaqqi. Laras bahasa yang kelihatan berbunga dalam bahasa arab apabila terjemah dapat menyebabkan sedikit sebanyak pening. Namun begitu difahami akan fasa kehidupan Al-Kindi yang mungkin mempunyai laras bahasa arab tinggi menyebabkan susah buat penulis menterjemah langsung ke Bahasa Melayu kerana khuatir kecantikan bahasa dan kefahaman asalnya hilang.
TLDR; Might be hard for someone who are not used to kitab Arab to Bahasa Melayu.
Full review and thought will be posted on my substack.
Tidak satu pun di dunia ini benar-benar milik kita. Segala sesuatu dan sesiapa hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Bila-bila masa Dia boleh mengambilnya semula daripada genggaman kita.
Sebab itu kita tak patut meletakkan punca kebahagiaan pada makhluk. Bila makhluk hilang, kebahagiaan juga akan hilang.
Namun, kita tak perlu takut untuk bersedih. Kita masih manusia, sedih itu fitrah. Bersedihlah seadanya. Tak perlu larut tanpa jalan keluar.
Kesedihan juga akan berlalu pergi, masa akan menyembuhkan setiap luka kehilangan. Yang penting, kita tahu cara berdepan dan mengurus kesedihan itu.
Kadang, kesedihan berpunca bila terlalu banyak kemahuan dan kehendak kita dalam hal dunia.
Bila tak dapat sesuatu yang kita nak, atau kita hilang sesuatu. Kita bersedih.
Kadang, kesedihan terhadap sesuatu yang kita tak mampu miliki, menutup pintu syukur terhadap apa yang kita miliki.
Kita juga terkadang lupa apa yang kita miliki itu adalah pinjaman dari Sang Peminjam. Selayaknya barang pinjaman itu, sampai masanya akan diambil semula.
Bacalah karangan al-Kindi ini, ada banyak hakikat kesedihan yang dapat kita ketahui, dan bagaimana menyembuhkannya.
Tbh tak faham sangat terjemahannya😭macam banyak berbelit. Mungkin sepatutnya penterjemah patut terjemahkan kepada ayat biasa bahasa mudah difahami tak perlu terlalu ikutkan ayat teks asal sebab betul betul berbelit bagi pemahaman saya
Buku yang ditulis sangat bagus cuma penggunaan ayat-ayat yang begitu dan sangat berfalsafah menjadikan saya membaca dan menghadam supaya apa yang dibaca itu difahami oleh saya