Buku kali ini mempersembahkan pelbagai tips terhadap ibu bapa bagi mengalakkan anak-anak mereka membaca. Buku ini juga sesuai dibaca oleh mereka yang memerlukan motivasi dalam menjadikan pembacaan sebagai nadi kehidupan.
Antara perkongsian yang menarik dimuatkan dalam buku ini apabila penulis menekankan agar tabiat membaca itu perlu dipupuk dan dilazimi terhadap anak-anak. Kita perlu mempelbagaikan cara agar tabiat itu sebati dalam diri mereka seperti membeli buku bersiri. Hal ini kerana buku bersiri dapat merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak untuk mengetahui cerita selanjutnya.
Selain itu, penulis juga berkongsi tentang kepentingan membaca terhadap diri, keluarga dan negara, cara-cara membaca dengan berkesan dan konsisten, serta faktor-faktor yang menyebabkan seseorang kurang minat membaca.
Meskipun begitu, buku ini mengandungi campuran bahasa Inggeris-Melayu pada bahagian tertentu yang tidak mengikuti tatabahasa Inggeris yang betul. Adakah ada unsur plagiarisme pada bukunya?