Moraliti tidak menangguhkan aра-ара dalam perjalanan dunia yang kasar.
Menghimpunkan 45 esei ulasan buku yang terbit dalam Kosmo! selama setahun, dalam rentang waktu 2009 - 2010. Ulasan merangkumi 6 buku puisi, 20 buku cereka dan 20 buku bukan cereka.
"...Melalui kolum ini, saya ingin berusaha melihat ulasan buku dari sudut berbeza, lebih peribadi, dengan pandangan dan pengalaman serta imaginasi jujur dan selalu juga ada kritik atau perbahasan yang ingin diketengahkan..."
Banyak perkara yang saya dapat kutip dari Kala Aksara Tak Lepas Di Mata, Kita Tak Seharusnya Gelisah.
Tujuan utama saya menikmati kumpulan ulasan buku oleh Hafiz Hamzah ini untuk memperbaiki cara ulasan dan mengenali buku-buku yang belum pernah saya ketahui. Saya lebih tertumpu pada bahagian Novel & Cereka dan Bukan Cereka.
Tajuk buku yang diselami oleh penulis pula, tidak (jarang) ada disebut ramai. Saya rasa lega, kenyang dan puas. Mana tidaknya, di media sosial sekarang sarat dengan ulasan dan pengenalan karya-karya popular yang esok, lusa bakal diganti yang lain.
Hafiz bukan sahaja mengulas tetapi menambah prespektif sebagai pembaca dan penulis. Orang yang membaca akan menulis dan begitulah sebaliknya. Simbiosis ini tidak dapat dielakkan. Jadi pengenalan dengan buku yang baik, menghasilkan penulis yang berkualiti.
Sebagai seorang pemula untuk menulis esei dan refleksi. Bacaan dari penulis dapat memberi motivasi dan keyakinan saya untuk terus berkongsi apa jua pandangan berkaitan dunia bacaan. Saya tidak pandai menutur kata tetapi saya yakin dengan pengaruh tulisan.
Buku ini akan menjadi kitab rujukan saya selepas membaca buku-buku yang telah saya pilih.
Buku tentang buku, untuk mereka yang mencintai buku.
Dibahagi kepada 3 bahagian; puisi, novel & cereka dan bukan cereka, buku ini diisi dengan esei pendek reviu kepada judul-judul buku mengikut bahagian. Ringkas dan ditulis dengan nuansa bahasa yang sangat baik, pengalaman pembacaan diakhiri dengan lebih banyak judul yang ingin dicari dan dibaca.
Baru menemukan buku ini di tahun 2024. Awalnya, agak skeptis, melihat masa penulisan esai ini sekitar 2009-2010. "Apakah isu-isu yang ditulis Hafiz Hafzah dalam esai ini masih berkolerasi sampai hari ini?" Dan menurut saya, ulasanya mengenai berbagai buku dunia dalam kumpulan esai ini, mungkin akan terus berguna sepanjang masa. Hafiz bukan hanya menyampaikan sastra dari sudut pandang literasi di Malaysia. Ada sejumlah karya sastrawan Indonesia yang turut di ulas. Menarik.
Selesai menekuni 45 esei ulasan buku. Satu perkara yang aku suka, ulasannya bukan terlalu ikut piawai ulasan yang sekarang rancak tumbuh umpama cendawan tumbuh lepas hujan.
Entah² aku pun ulas buku macam hampeh, duk kata kat orang saja.