Jump to ratings and reviews
Rate this book

Especially for You: Love is All Around & Can't Fight This Feeling

Rate this book
Love Is All Around - Rin Ahmad

Ada tiga perkara yang Lia Arissa benar-benar positif pada kala perkataan positif sangat sensitif di zaman pandemik ini. Pertama, dia dah serabut sangat dengan teman serumahnya Laila yang asyik cari gaduh.
Dua, Alan Eusoff muncul dan memberi dia ‘rasa’ yang berbeza.
Tiga, si abang sangat tak sukakan Alan Eusoff. Positive vs. Negative. Yang mana satu pilihan Arissa?

Can’t Fight This Feeling - Farah Husain

Kata Adam, first impression are lasting.
Gara-gara tanggapan pertama yang tak indah, layanan Adam pada Adiana tak pernah yang elok. Kata Adiana, first impressions are always unreliable. Pertama kali jumpa Adam, Adiana dapat rasakan dia adalah jejaka idaman kalbu. Tapi bila Adam layan dia dengan dingin, terus dia pangkah besar-besar. Namun apabila takdir meletakkan kedua-dua mereka dalam situasi yang sukar nak dielakkan, mampukah mereka menukar first impression masing-masing atau kedua-duanya akan kekal dengan persepsi sendiri?

344 pages, Paperback

First published December 1, 2021

20 people want to read

About the author

Farah Husain

35 books210 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (57%)
4 stars
15 (31%)
3 stars
4 (8%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for zairaidah.
416 reviews40 followers
December 14, 2022
Love is All Around - Rin Ahmad

🥰🥰🥰

Saya suka Arissa dan Alan. Dua-dua ada strong character. Matang dan berterus terang.

Arissa dah banyak kali tukar kerja. Banyak sebab dia tak boleh stay lama di tempat kerjanya. Dia juga kurang mesra dengan orang. So orang akan cakap dia sombong. Tapi Arissa sebenarnya baik. Dia tak ada relatioship goal. Bilamana ada seorang lelaki mulakan langkah untuk berkenalan dengan dia. Dia ada rasa 'berbeza', tapi dia taknak bermimpi. Arissa sangat selesa bila bersama dengan Alan.

Alan Eusoff selalu datang ke office nak jumpa Ellina. Tapi sebenarnya dia nak tengok Arissa. Tak tunggu lama pun memang Alan ni jenis yang terus terang. Dia selalu je ada untuk membantu Arissa. Kawan-kawan Arissa pun sangat menyokong nak satukan mereka berdua.

Kisah Khadijah Wannabe - Arissa taknak tahu tapi sebenarnya dalam hati sangat terkesan.

The Men Misery - Kenapa Luth tak suka Alan? Ada history antara mereka berdua ni.

Frankly speaking, susah sangat saya nak move on tapi lepas kenal awak, I feel so comfortable when I am around you. You really are my happy place.

Arissa juga pernah patah hati dan insan tersebut masih ada dalam hatinya. Tapi dengan Alan dia dapat move on dari kisah lalunya.


Cant Fight This Feeling - Farah Husain

😭😭🥰🥰

Dont let your fear rule you, Adiana.

Sedihnya dengan kisah lampau Adiana. Rasa takut tu tetap ada meskipun Allah masih beri peluang untuk dia merasai bahagia itu. Dah banyak kesedihan yang Didi hadap. So saya sangat2 happy bila baca ending kisah ini.

Tak sangka Adam tu jiran sebelah rumah je. Dia pun tak tunggu lama terus je cakap nak berkawan dengan Didi. Mereka memang dh kenal lama, tapi itu lah, jodoh kena dengan orang lain dulu baru lah jodoh mereka sampai pulak kan.

Didi tak tanya pulak kenapa Adam jadi macam tu? Lagipun Adam tu crush Didi masa sekolah, then kena rejected. So perasaan pernah suka tu auto ada dlm diri Didi.

Why Adam being a jerk bila dengan Didi? Mesti ada sebab kan. Bodoh la Adam ni. Hahaha. Memang patut kena tendang je dengan Oja. So please jaga Didi baik2 tau.

Dua buah cerita yang sangat menyentuh perasaan saya. One day saya akan reread. Mix feeling for sure. Thank you writers for your wonderful stories.
Profile Image for Amal Lee.
281 reviews37 followers
March 6, 2024
Dedua cerita best.

1) Love is all around , Rin Ahmad. macam biasalah penulisan RA ni selain flashback yang tetiberr tu saya tertarik betul baca tentang kerjaya Alan, Ahli Forensik Botani. Alan & Arissa ni tersangatlah matang dan berterus terang tak ada cheap drama (typical RA sebab tu saya suka baca 😆).

2) Can’t fight this feeling, Farah Husain. Terkesan jugaklah saya baca kisah ni. Melepaskan sesuatu sebab kita sayang. Awal baca tu dok gelak semedang ja dengan perangai Adam dengan Adiana ni. Rupanya dedua ada kisah silam masing-masing. Lagi sadis cerita Adiana yang berkorban demi kebahagian orang yang dia sayang. Sakitnya berpisah apabila dua orang yang saling mencintai tapi salah seorang kena berkorban. Tapi nasib baiklah happy ending akhirnya. Macam Eimran cakap ‘don’t let your fear rule you, Adiana.’ Dan kalau dah jodoh tu tak ke mana orang tua cakap.
Profile Image for Mslvoe.
2,199 reviews217 followers
December 23, 2023
Both cerita best!

Cerita dari penulis Rin Ahmad as usual tak sah kalau takda flashback.

Cuma kisah rakan serumah yang pulaukan Arissa, F kurang puashati. Baik sangat ko Arissa ooii

Kisah paling terkesan dari penulis Farah Husain.. sedihlah. Lepaskan sesuatu sebab sayang. Dan mereka tetap berbaik walaupun berpisah.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
April 17, 2022
Ever read a book so good that it leaves u feeling speechless?

This was what i felt upon turning the last page of this book..

Love Is All Around
Ayat that struck me most was from Alan:
“I’m not your happy place. You are loved and i’m only amplifying your happiness”
Kata² yg ade maksud tersirat.. Never depend on others for your own happiness.. Kerana kelak, andai org tu pergi, kita akan rasa kebahagian kita selama ni telah diragut.. Instead, percayalah kebahagian tu sentiasa ade disekeliling kita supaya kita takkan jatuh dan “hilang” when your happy place is gone.. Love the frenship between the girls!!

Selama ni mmg suka karya Rin Ahmad, but this story from hers is totally a diff side from her other works.. She managed to delve in depth on the feelings of her characters..Love this short story from her!

Can’t Fight This Feeling
Karya FH sememangnye tak dpt disangkal kehebatannye utk membuat pembaca “feel”..

“Sometimes u just have to do the right thing, even when that is not you want”

To separate is already hard enough, but to separate when both parties are not willing to let go is torture.. Scene antara Didi and Eim struck me the most.. Sgt² heartbreaking.. So glad that FH gave the sweetest ending for Didi…
Profile Image for Lila.
43 reviews7 followers
January 23, 2022
Kompilasi dua buah cerita dari RA da. FH ni berlatarkan zaman covid19.

Love is all around - Rin Ahmad.

Kisah Lia Arissa dan Alan Eusoff ni adalah tentang nilai persahabatan, move on, dan kepercayaan dalam perhubungan. Suka sikap Arissa dan Alan yang kedua-duanya matang dalam membuat keputusan. Cerita pendek dan bacaan yang buat kita relax, tapi banyak pengajaran terselit disebaliknya. ❤️

Can’t Fight This Feeling - Farah Husain.

Awal baca prolog, rasa macam cerita sedih. Tapi lepastu banyak senyum sengih dengan gelagat Adam dan Adiana dan kebetulan2 antara mereka tapii towards ending, menitik juga air mataku ye. Sedih dan happy dalam masa yang sama bila dapat tahu cerita tersirat dan terpendam dalam hidup seorang Adiana. Lila suka gaya penulisan FH yang santai tapi masuk dalam hati. Dialog-dialog antara watak tu buat kita terasa dekat dengan mereka. ❤️

Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
April 10, 2022
Can't Fight This Feeling
😔😔😔😭😭😭💘💕💕💕
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
February 4, 2022
#7-2022

Love Is All Around

Rasa macam déjà vu sebab personaliti seorang Lia Arissa is 100% me. That constant RBF. That 'do your job, get paid, go home' attitude is so me. Kisah yang ringkas. Topik yang diketengahkan pun dibincangkan secara santai.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
August 31, 2023
[BOOK 114]

Especially For You by Rin Ahmad X Farah Husain.
.

aaaaa best giler!
.

Ada 2 cerita.
.

1. Love Is All Around by Rin Ahmad.
.

Aku suka sebab aku rasa kelainan dari segi gaya penulisan penulis. Bila part flashback, aku tak perlu kerut dahi sangat sebab tidaklah seperti buku penulis yang sebelum ini.
.

Arissa ni ada masalah dengan housemate. Dia dipulaukan tanpa tahu alasannya. Arissa cuba bertahan kerana memikirkan rumah tersebut selesa dan dekat dengan rumahnya.
.

Di tempat kerja pulak, dia tak suka kerja dengan Ellina, tipikal anak bos katanya. Lagipun Arissa bukan sejenis kaki bodek, kaki kipas tu.
.

Dan munculnya Alan. Alan ni dah selalu muncul di ofis Ellina. Tapi dorang berdua tak pernah bertegur sapa.
.

Tapi siapa tahu, rupanya Alan dan Arissa boleh serasi bersama. Dengan Alan, Arissa bebas meluahkan sakit hatinya, sedihnya. Tanpa sedar, Alan mulai menjadi sebahagian daripada hidup Arissa.
.

Suka, sebab smooth je hubungan dorang.
.

2. Can't Fight This Feeling by Farah Husain.
.

arghh sedihhh. Dalam banyak-banyak buku FH yang aku baca, ternyata buku ni menjuarai carta hati aku.
.

Aku sentiasa ada soft spot towards couple yang terpaksa berpisah sedangkan hati masih cinta.
.

Didi seorang janda. Bercerai dengan bekas suaminya dalam keadaan masing-masing masih cinta. Semuanya demi membahagiakan satu sama lain.
.

Dan Didi jumpa Adam. Adam ni abang kepada Oja, kawan baiknya. Dulu, masa kecik, Didi ni ada crush dengan Adam, tapi kena reject.
.

Sekarang bila dah jumpa balik, Adam pulak yang berusaha nak tackle Didi. Cumanya, in such a jerk way. Adam ni suka sangat cari pasal dengan Didi.
.

But anyway, love the ending.
.

To be honest, aku happy bila Didi kahwin dengan Adam. But much happier bila bekas suami Didi boleh menitiskan air matanya bila melihat Didi bahagia. Tanpa sebarang rasa bersalah dan kesalan yang berbekas di hati.
.

arghh..kak FH, kalini, you nailed it!
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 29, 2022
2 great writer in 1 book...confirm la best gilo...

Cerita berlatarkan situasi covid happen in 2020/2021.

Rin ahmad
Story about how heroin move out from rumah sewa die..jumpa dgn hero yg sgt2 la matang pemikirannya..Hero ni version handsome yg ramai je perasan bila die buat baik dgn org tu.. Rin ahmad pny heroin, mmg style strong character yg think in wider perspective..Banyak pengajaran and quote yg super best. Keep your circle small..;p

Farah Husain
Perasaan heroin macam menusuk ke tangkap hati aku sangat. Sedih dgn reason of her divorce. Both of them love each other but it just situation buatkan diorg terpaksa berpisah..aku mcm urghhh...this is hurt..Heroin try her best to be strong and move on..jumpa lak dgn abg bff die yg die pernah crush dlu..belum sempat luah kene reject.. When all the stories unfold, will there new change for her to be happy?

Love both stories...recommend!!
Profile Image for Atiqah Ahmad.
223 reviews2 followers
September 7, 2024
Siapa yang dah biasa dengan RA tahu lah style penulisan dia yang fresh, kinda urban, and tak dilupakan those bunch of flashbacks. Aku baru lagi dengan penulisan FH, but not bad at all for the starter.

Both stories mengenengahkan konsep moving on, going forward, after all those failed relationship with each other's partners. Berlatarbelakangkan musim pandemic, all i can say is both stories are quite smooth, light but not that light, and most of the parts are enjoyable to read.
Profile Image for Nita.
75 reviews
May 3, 2023
2 cerita dalam 1 buku.
dua² best, blh bg motivasi utk org yg pernah kecewa supaya move on. setiap org berhak bahagia selepas kecewa,sedih dengan pengalaman lalu.
Profile Image for fiy.
106 reviews2 followers
November 22, 2025
Can’t fight this feeling dah pernah baca ebook, biasa je.
Love is all around dnf
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
August 5, 2023
Two writers and two different short stories compiled into a novel.
Cerita pertama, Love Is All Around nukilan Rin Ahmad berkisar pertemuan Alan Eusoff dan Lia Arissa serta percintaan mereka berdua.
Gaya bahasa penulis untuk naskah ini sangat berlainan dengan semua novel Rin Ahmad yang saya baca sebelum ini.
Pada pendapat saya, a mixture of English and Malay in many sentences banyak distraction. Ini belum lagi dengan kiasan yang digunakan buat saya lagi pening.
Cerita kedua, Can’t Fight This Feeling by Farah Hussain berkisar tentang Tengku Eimran Shah dan Adiana Amer yang terpaksa bercerai demi mama Eimran kerana mahukan zuriat. Saya dapat rasa kesedihan Adiana.
Saya paling suka epilogue Adam Farouk dan Adiana. Best sangat tapi sedikit kecewa kerana tidak ada paparan Adiana mengandung sehingga melahirkan. Tahulah kan sebelum ini dah banyak kali keguguran dengan perkahwinan yang dulu.
Walau bagaimanapun, keseluruhan kedua-dua cerita dalam Especially For You ini cukup menghiburkan.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews