Emosi-emosi yang kita rasai dalam menempuh liku-liku kehidupan merupakan satu respons yang lahir daripada fitrah jiwa sebagai seorang manusia.
Emosi-emosi yang bersifat semula jadi ini sama ada mampu membawa manusia kepada sesuatu yang baik, iaitu dalam memperoleh keredaan Allah SWT, ataupun dikhuatiri boleh mengundang murka-Nya.
Oleh sebab itu, Allah SWT tidak akan pernah menyalahkan dan menjadikan emosi-emosi itu sebagai sebab untuk Dia murka melainkan apabila kita tidak dapat mengawal dan menguruskannya dengan baik.
Dirakamkan dalam al-Quran banyak kisah yang memaparkan emosi-emosi yang dirasai oleh golongan yang diredhai oleh Allah. Kisah-kisah tersebut menggambarkan bahawa Dia mengiktiraf segala emosi manusia.
Islam dan al-Quran kekal relevan dan sentiasa menyantuni sifat manusia, lalu mustahillah ia akan mengabaikan kepentingan emosi manusia kerana Islam merupakan agama fitrah yang meraikan lumrah.
Keistimewaan: a. Melampirkan kisah-kisah penuh beremosi di dalam al-Quran b. Bantuan illustrasi untuk membantu penghayatan pembaca c. Terdapat ringkasan cerita berbentuk peta minda kronologi.
Cerita untuk jiwa yg diambil dari kisah2 Alquran tentang kekeluargaan, persahabatan, kemasyarakatan dan kepimpinan..Kisah yang menarik perhatian adalah tentang ketawa seorang raja iaitu ketika Nabi Sulaiman dan bala tenteranya melalui lembah semut..Bagaimana alquran begitu detail menceritakan emosi Nabi Sulaiman ketika mendengar perbualan ratu semut..
Sebuah buku yang sangat sesuai dibaca terutamanya bagi mereka yang sedang difasa "down". Pendekatan daripada kisah-kisah para Nabi dan Rasul berserta dalil Quran menzahirkan dan membuktikan lagi bahawa agama Islam itu agama yang menyenangkan jiwa-jiwa yang sedang "sakit". Emosi-emosi para utusan yang dipamerkan melalui buku ini lebih membuka mata pada kita bahawa Allah itu tidak pernah sesekali abaikan emosi seorang hambaNya (apa-apa emosi yang sedih atau menggembirakan) termasuklah para utusan Nya walaupun mereka diberikan kelebihan serta mukjizat (setanding ujian yang dihadapi) – buktinya telah termaktub pada sekian ayat-ayat Tuhan.
Isi kandungan yang sangat menarik & ringkas! Buku ini menceritakan 10 kisah dari Al-Quran yang memaparkan emosi berbeza seperti kisah sedih, marah, geram, ketawa & menjelaskan sisi perspektif emosi yang diredhai Allah swt.
Sebagai contoh walaupun nabi ulul azmi bersifat maksum, namun beliau juga merupakan manusia biasa yang mempunyai emosi seperti marah & sedih.
Antara kisah ² yang menarik perhatian saya ialah kisah Mariam yang tabah melahirkan nabi Isa bersendirian dan kisah marahnya Nabi Musa dengan kaumnya Bani Israel yang mensyirikkan Allah ketika beliau sedang beruzlah selama 40 hari.
Good writing by the trainees at Tadabbur Centre. Really impressed.. Good job and really interesting to read. Love the Quranic verses shared and the emotions felt by the pious mentioned in the Quran
Terdapat banyak kisah yang diceritakan dalam al-Quran yang meraikan emosi kita sebagai manusia. Dalam buku ini, 10 kisah bertemakan emosi gembira, bimbang, cinta, gelisah, sedih, pasrah, malu, takut, marah dan ketawa. Setiap satu kisah ini dihuraikan dengan santai dan ringkas.