Jump to ratings and reviews
Rate this book

Madinah Takkan Rebah

Rate this book
Sebuah novel yang ditulis untuk kita sama-sama hayati suka duka kisah di bumi Madinah selepas Rasulullah pergi.

330 pages, Paperback

Published November 1, 2021

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Luqman Makhtar

6 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (70%)
4 stars
6 (19%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Fatin Rahman.
29 reviews2 followers
June 18, 2024
Yang pertama menyantuni kempen #satubulansatubukusirah untuk tahun ini. Satu karya fiksi yg menceritakan tentang bagaimana perjuangan para sahabat RA meneruskan perjuangan baginda memelihara Madinah direbahkan, memelihara Islam sesuci yg dibawa baginda Rasulullah ﷺ dari tangan tangan jahat.

Hmmm berat sungguh emosi yg dibawa dalam karya ini. Bab-bab awal paling menekan jiwa apabila babak kewafatan Rasulullah ‎ﷺ diperincikan satu persatu. Sungguh sakit jiwa merasa, berjurai air mata tanpa sedar apabila tiba pada dialog 'Rasulullah ‎ﷺ sudah tiada'. Mungkin tidak sesakit Umar RA dan yang lain tetapi cebisan rasa ini sgt mencengkam jiwa.

Karya ini juga menjawab persoalan yg sudah lama bermain dalam qalbu 'Mengapa para Sahabat RA dimuliakan Allah dgn gelaran رضى الله عنهم dalam Al-Quran'. Sungguh iman mereka tiada tandingannya, kepatuhan dan ketaatan mereka pada baginda Nabi ‎ﷺ tanpa apa dan mengapa melayakkan mereka gelaran tadi.

Banyak juga fakta sirah yg dihidangkan yg mungkin baru atau tidak semua yg tahu seperti harta para Nabi tidak boleh di faraidkan, pertikaian antara Muhajirin dan Ansar ketika pemilihan khalifah, ketegasan baginda Nabi ‎ﷺ apabila arahannya diingkari, salah faham yg terjadi antara Fatimah RA dan Abu Bakar RA juga bagaimana hubungan baginda Nabi ‎ﷺ dengan Ummu Aiman.

Sepertinya, karya ini karya yg patut dibaca oleh semua Muslim terutama di zaman penuh fitnah, di zaman Islam menjadi hanya perkataan dalam kad pengenalan, di zaman Islam menjadi dagangan dalam menuai harta. Bacalah karya dan telitikan bagaimana perjuangan para Sahabat dalam memastikan kelestarian Islam terjaga setelah pemergian kekasih agung, Rasulullah ‎ﷺ. Karya ini juga membuka mata kita pada khalifah sulong, Abu Bakar RA yg jarang-jarang diceritakan. Ketangkasan dan kebijaksanaan beliau dalam menyelesaikan konflik demi konflik dengan pendirian yg sama dibawa baginda Rasulullah ‎ﷺ.

Sungguh,
Wahai Allah, ampunilah dosa mereka, rahmati dan berikanlah FirdausMu buat mereka-mereka yg berjuang sehabis nyawa memelihara agamaMu, رضى الله عنهم!

Rekomendasi? 10000000%!
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
July 14, 2024
Pernah terbaca ulasan yang mengatakan buku ini agak 'underrated'. Saya bersetuju. Buku ini mungkin kurang mendapat perhatian kerana diterbitkan sendiri dan aspek pemasaran kurang.

Namun, buku ini sangat berkualiti. Buku sirah dengan gaya novel. Mengambil latar masa selepas kewafatan Rasullullah SAW. Bab-bab awal buku ni saya nangis je. Sebab menceritakan tentang kewafatan Rasulullah SAW. Membayangkan jika saya ada di sana, saya sudah tentu masuk 'team' Umar. Saya akan jadi macam Umar atau akan sokong Umar. Saya pasti.

Saya bukan pembaca tegar novel. Mungkin untuk pembaca tegar novel ada pandangan yang berlainan tentang buku ini. Saya adalah pembaca tegar non fiksi yang sangat mencintai fakta. Dan buku ini sangatlah menepati selera saya. Sangat.

Dalam buku ini tiada babak rekaan mahupun berdasarkan riwayat yang palsu. Tiada watak dan dialog rekaan. Semuanya betul, malah dialog pun disertakan sumber. Mana nak jumpa novel yang dialognya ada sumber. Buku jenis begini rasanya yang pertama ada kat Malaysia. Di bahagian belakang buku telah dinyatakan sumber rujukan dengan jelas, beserta metodologi penulisan buku ini.

Buku ini sedih sebenarnya. Dalam keterbatasan penulis nak bermain dengan kata, sebab semuanya nak kena sahih dan betul, buku ini masih mampu membangkitkan 'rasa'. Ada rasa sedih, geram, marah dan risau. Saya sedih membaca apa yang berlaku antara Saidatina Fatimah dan Saidina Abu Bakar R.A. Pedih tetapi benar.

Selepas membaca buku ini juga saya semakin mengenali siapa Abu Bakar. Selama ini, saya sangat meminati Umar, hanya Umar. Buku ini menyebabkan saya nak kena belek buku lain juga berkenaan Abu Bakar.

Rekaletak dan design kulit buku ini sangat cantik dan baik. Untuk buku swaterbit, buku ini berada di kelas tersendiri. Info-info tambahan dengan garis masa, pecahan kabilah, peta-peta dalam buku ini juga sangatlah mengujakan dan membantu pembaca untuk lebig faham. Dah macam ensiklopedia dalam novel pun ada.

Saya sangat sarankan buku ini untuk dibaca. Terutama untuk pembaca awal remaja untuk lebih memahami sirah.

Profile Image for A far place.
8 reviews1 follower
November 13, 2022
Saya pasti, sesiapa pun yang membaca beberapa halaman pertama hingga akhir episod kewafatan Nabi, paling kurang akan terasa hiba. Perasaan tersebut akan muncul dengan sendirinya, lebih lebih lagi apabila kita semakin 'menyedari' bahawa Rasulullah SAW telah sekian lama meninggalkan kita.

1400 Tahun, bukan suatu tempoh yang sedikit dengan jarak Rasulullah SAW pergi meninggalkan kita.

Saya teringat kata kata Ustaz Hasrizal dalam satu pautannya lewat beberapa bulan lalu yang berbunyi, "Terlalu jauh Rasulullah SAW meninggalkan kita, untuk kita melihat sendiri bermacam kebobrokan di muka bumi pada masa kini."

Naskhah Ustaz Luqman ini membawa kita melayari perjalanan kewafatan Nabi sehingga selepas zaman kewafatan di mana salah satu cabaran adalah munculnya gerakan Nabi Palsu. Penceritaan dalam bentuk novel yang dipersembahkan Ustaz membawa saya merasai berbagai bagai emosi sepanjang menelusuri pembacaan, kerana kita ketahui berbagai kemungkaran, cabaran, mehnah yang telah dan perlu dilalui sepanjang ketiadaan Baginda. Apa yang sewajarnya kita lakukan adalah dengan 'mengigit' dengan seerat - eratnya Quran dan Sunnah yang dibekalkan.

Antara elemen yang saya gemari pada Madinah Takkan Rebah adalah persembahan infografik yang menarik dan sangat membantu proses visualisasi sepanjang pembacaan, malah boleh juga dijadikan rujukan. Terima kasih pelukis Ilustrasi yang memetakan lakaran rumah Nabi, bayangan di Madinah, susur galur ahli keluarga Nabi, dan banyak lagi!

Terima kasih banyak banyak Ustaz Luqman Makhtar untuk naskhah yang begitu menyentuh emosi, padat dengan informasi perjalanan sirah Baginda dan peringatan bermakna!
Profile Image for Farah.
3 reviews1 follower
February 17, 2022
Kisah-kisah yang dihidangkan dalam buku ini sebenarnya bukanlah kisah-kisah yang asing buat kita.

Tapi kaedah penulisan penulis yang menulis mengikut garis masa yang teratur dan setiap babak dipersembahkan dengan penuh baik, menyebabkan kisah-kisah ini dihayati dan dirasai penuh emosi oleh pembaca.

Penulis menyertakan rujukan bagi setiap peristiwa dan kata-kata yang dinaqalkan dengan kadar yang sederhana sesuai dengan genre yang dibawa.

Selain itu pelbagai info grafik dan garis masa dihidangkan sebagai alat bantuan visual kepada pembaca.
.

Saya menanti novel seterusnya daripada penulis.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
December 9, 2023
Alhamdulillah.. hiba bila baca tentang pemergian Baginda SAW. Kemudian datang pula detik2 yang mendebarkan bila mana mereka bermesyuarat utk mendapatkan ketua pemerintahan Madinah yang baru.. lebih mendebarkan bila Abu Bakar RA yang biasanya kita kenal sebagai orang yang lembut, menjadi tegas semasa menjadi khalifah. Sesungguhnye orang yg terbaik mmg Abu Bakar RA untuk menjadi khalifah pertama selepas pemergian Baginda SAW
Profile Image for Mohd Noor.
32 reviews
January 14, 2025
Novel Madinah Takkan Rebah.
Bilangan halaman : 330 halaman.

Madinah Takkan Rebah membawa pembaca menelusuri Sirah hari-hari terakhir menjelang kewafatan Rasulullah SAW hingga pelbagai konflik yang timbul di awal pemerintahan Khalifah Abu Bakar R.A.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana melorongkan aku untuk memiliki Madinah Takkan Rebah kerana sangat banyak ilmu yang dapat aku gali. Novel ini menceritakan secara terperinci ketegangan konflik yang berlaku semasa proses pemilihan Khalifah pengganti Nabi SAW di Saqifah Bani Saa'idah. Banyak babak imbas kembali dan biografi ringkas para Sahabat turut diselitkan.

Dari novel ini juga baru aku tahu objektif misi penghantaran tentera Usamah Bin Zaid R.A ke utara, iaitu untuk menunjukkan kekuatan Madinah kepada Rom dan menghukum pihak-pihak yang terlibat atas pembunuhan Farwah Bin Amru R.A yang telah memeluk Islam serta berbaiah dengan Nabi SAW.

Sepanjang pembacaan, kita dapat selami emosi para Sahabat dalam menghadapi ketidaktentuan konflik dan lagi penting, kita dapat hayati kehebatan Nabi SAW membina sebuah kerajaan Islam yang bertaraf empayar, memecahkan tradisi kepimpinan Arab hingga membuatkan Rom kagum kerana Madinah begitu berani berhadapan dengan Rom sedangkan sebelum itu, belum ada kabilah yang berani bertindak sebegitu. Ditambah pula kabilah Ghassan tunduk di bawah aturan Rom.

Penulis turut memasukkan bab yang menerangkan perbezaan Ghanimah dan Fa'i, bagaimana Nabi SAW perolehi dan kepada siapa harta itu disalurkan. Bab hukum hakam zakat juga turut dimasukkan.

Tidak keterlaluan jika aku kata, umat. Islam sudah lama mempelopori teknik risikan dan 'assassination'. Contohnya tentera Khalifah Abu Bakar R.A yang menghabiskan pengikut Tulaihah secara senyap dan pantas. Begitu juga dalam misi tentera Usamah R.A, mereka menghapuskan sasaran-sasaran tertentu secara senyap.

Kefahaman terhadap isi novel ini ditajamkan lagi dengan sekian banyak visual dari lakaran Masjid Nabawi beserta rumah-rumah di sekitar, peta Madinah, penempatan kabilah-kabilah di Semenanjung Tanah Arab, kronologi dan garis masa dalam bentuk carta alir.

Aku suka rekaan kulit yang ringkas tapi cantik menawan. Penulis masih mengekalkan keunikan dari siri Asam Garam di mana bahagian kulitnya disertakan peta.

Seperti luahan penulis, sangat mencabar menulis novel Sirah kerana memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Tidak boleh ada dialog dan watak rekaan serta sumber rujukan juga terhad. Terima kasih kepada penulis yang memperkenalkan kepada kita novel ini, lagipun Sirah selepas kewafatan
Nabi SAW agak 'asing' dalam masyarakat kita.

Moga Allah ganjari penulis dengan limpahan pahala berpanjangan sampai akhirat, Aamiin.

#mohdnoorbuku
#mohdnoor
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
June 19, 2024
Kalau anda sukakan novel atau cerita, tak melampau jika saya katakan INI NOVEL WAJIB ANDA BACA. Lepas baca novel ini, auto rasa dekat dengan sahabat-sahabat Nabi dek kerana lebih mengenali mereka melalui cerita dalam novel ini.

Lepas baca, serius cakap 'fall in love' sangat dengan Usamah bin Zaid punya karisma, terharu sangat dengan friendship Abu Bakar & Nabi dan kenal ramai sahabat dan sahabiah di zaman Nabi. (Generasi terbaik Islam)

Madinah takkan rebah adalah sebuah novel sirah tentang bagaimana Madinah (negara Islam pertama) melalui pelbagai episod mencemaskan selepas kewafatan Nabi selaku pemerintah Madinah. Membaca novel ini, membuat saya berasa seolah-olah berada bersama dalam perhimpunan Ansar & Muhajirin membincangkan pengganti Nabi (sebagai pemerintah Madinah, ketua agama Islam).

Sama-sama bergelut bersama watak dalam novel ini, melihat ragam politik dan kehidupan para sahabat tika itu.

Emosi & fakta diadun dengan sangat baik. Siapa sangka 2 elemen ini boleh bersama dalam sebuah novel sirah. Dan saya kira itulah tujuan utama penulis, @ustazluqmanmakhtar menulis novel ini.

Saya turut sama menangis tika Umar dengan lantang memarahi siapa yang mengatakan Baginda wafat kerana sukar menerima berita kewafatan Nabi. Saya turut sama merasa 'tak puas hati' ketika Abu Bakar memilih untuk meneruskan Misi Usamah sedangkan Rasulullah baru sahaja wafat tapi akhirnya, keputusan Abu Bakar itulah yang telah mengangkat maruah Madinah, maruah Islam. Naik turun emosi membaca novel ini. Penulis pandai memancing emosi, menyesuaikan mengikut cerita & dialog.

Tahniah & terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Luqman kerana menghasilkan karya yang sangat baik ini. Masa baca pun saya dah dapat rasakan entah berapa banyak rujukan yang penulis perlu rujuk & baca. Tak termampu saya mentelaah kitab-kitab tersebut (ustaz sertakan di belakang novel)

Belum lagi banyaknya carta & rajah yang disertakan. Saya percaya, semua ini memerlukan masa & tenaga yang bukan sehari dua dan calang-calang orang mengahasilkannya. Barakallahufik ustaz.

Moga karya ini sampai kepada lebih ramai orang.

#novelsirah #sirahnabi #sirahsahabat #madinah
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
February 19, 2025
Bacaan yang bagus untuk kenal Abu Bakar dan kisah selepas kewafatan nabi. Mengingati nama para sahabat dan kabilah juga suatu kesukaran bagi saya, namun tak mengganggu pembacaan.

Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.