“Berbahagialah si suami berikut; Untuk tidak kehilangan teman hidup abadinya, dia meniru isterinya yang solehah lalu dia turut menjadi soleh.
Malah berbahagialah juga si isteri berikut; Untuk tidak kehilangan sahabat dan teman abadinya, dia mendapati sinsuaminya taat beragama lalu dia juga menjadi benar-benar taat beragama lalu memperoleh kebahagiaan ukhrawinya di dalam kebahagiaan duniawinya.”
Risalah an-Nur telah mula dicetak dengan banyak. Maka para wanita berasa sangat gembira apabila melihat risalah ini telah dicetak. Kegembiraan mereka bagaikan baru dilahirkan semula ke dunia. Kalaulah diberikan mereka ribuan kalung emas, emas dan permata atau mengagihkan-agihkan pakaian daripada sutera dan satin sekalipun, ia tidak akan dapat menggembirakan mereka setahap itu. Mencetakkan Risalah an-Nur adalah khidmat paling besar dan paling utama kepada agama dan iman.
Sebelum membaca Risalah an-Nur, jutaan masyarakat Turki telah melakukan dosa tanpa disedari mengikut perkara dan kehendak yang lain. Mereka telah hanyut dengan meniru tindak-tanduk perempuan jalang Eropah yang tidak sesuai dengan kemuliaan wanita Islam. Risalah an-Nur inilah telah menyelamatkan mereka dari kejahilan dan perkara-perkara yang jelik.
Risalah an-Nur memberi pengajaran renungan kepada manusia. Ia menghidupkan pemikiran tentang akhirat, rasa kewujudan Hisab (perhitungan amal) dan Kitab (Penyebaran). Di dunia lagi ia menentukan tempat tinggal ahli sa’adah (golongan bahagia) dan ahli dhalalah (golongan sesat).
Sekiranya mereka tidak mengajarkan Risalah an-Nur ini kepada anak-anak, mereka akan jatuh ke dalam bahaya-bahaya zaman ini yang memesongkan daripada jalan benar. Mereka akan hanyut dengan adat-adat yang teruk. Mereka akan meniru segala keburukan. Mereka akan menimpakan bala dan kesusahan ke atas ibu bapa mereka. Di akhirat juga mereka akan mendakwa ibu bapa mereka dengan soalan “mengapa kalian tidak menyelamatkan keimanan kami?”. Dan hal ini menyuntik rasa cinta ke dalam hati anak-anak dengan Risalah an-Nur.