Kadang-kadang satu keadaan boleh bawa kita pada kebahagiaan yang sejati. Kadang-kadang satu niat buruk boleh bawa kita pada keikhlasan yang tak bertepi. Namun, jika tersilap haluan bersedialah membawa ke neraka dunia.
York menjadi saksi Akif dan Syadha bernikah tanpa rasa cinta, York juga menjadi saksi mereka saling jatuh cinta. Namun sekembalinya ke Malaysia.
“Nur Syadha Alani... I’m proposing to you to be my wife. My real wife.” – AKIF HAYYAN
Dalam pada hati tak rela, Syadha menuntut perpisahan. Tetapi dia tersilap haluan. Perpisahan dengan Akif telah membawa Syadha kembali ke jalan mati, yang selama ini mahu dia jauhi.
Keluarga yang sewajarnya menjadi tempat untuk berlindung, keluarganya juga yang tak sudah-sudah menghentam dengan setiap kata dan perbuatan. Sungguh, setiap detik yang berlalu begitu menyeksakan apalagi tanpa Akif di sisi!
“Demi Allah, aku rindu kau sangat-sangat, Kif.” – Nur Syadha Alani “Aku rindu kau juga. God, I miss you like crazy.” – Akif Hayyan
Syadha enggan melepaskan Akif. Lelaki itu ialah bahagia miliknya, yang takkan sesekali dia lepaskan. Tak kiralah tentangan daripada keluarganya atau terbongkarnya rahsia yang selama ini dipendam, Syadha nekad untuk pertahankan kebahagiaannya.
“Just lie to me. Shower me with your lies. Aku rela dibohong kau.” – Akif Hayyan
Benarkah ada sinar bahagia sebegitu yang menantinya? Bukankah hidupnya tidak bernilai, lahirnya membawa sial seperti yang diracun di fikirannya sejak dilahirkan?
“Sedar sikit kau tu anak tak dirancang. Aku tak nak kau, tapi kau tetap lahir juga! Cuba buat perangai elok sikit, jangan menyusahkan aku! Anak derhaka! Menyesal aku lahirkan kau!” – Puan Siti
Cinta dan keluarga… Syadha mahu memiliki kedua-duanya. Masih adakah cinta Akif buat Syadha, setelah Akif tahu kisah sebenar? Dapatkah Syadha merasakan hatta secebis kasih sayang daripada keluarganya?
Ketika nadi memisahkan, hati tak pernah berhenti merindui. Ketika jasad berjauhan, jiwa tak pernah berhenti menyeru namamu.
"How I wish mental torture would leave visible marks so people could see how severe the scars are. Jadi aku pun boleh nampak dan tahu dari awal." - Mustahil untuk berlaku tapi aku yakin, kalau boleh lihat, akan wujud lebih ramai yang bersifat empati antara satu sama lain. Aku membaca Bahagia Milik Aku ni tanpa expectation yang tinggi sebab aku tak mengikuti teaser-teasernya secara rapat. Aku belipun sebab penulisnya Syu Ariani. - Menyelesuri kisah Syadha, pembaca dapat menghayati kisah seorang wanita yang sentiasa berusaha untuk menempatkan diri dihati seorang ibu walaupun diri sudah menemui bahagianya yang lain. Namun usahanya bagaikan sia-sia. Terpaksa berhadapan dengan situasi dibanding-bandingkan antara adik-beradik, berhadapan dengan keputusan seorang ibu yang hanya mementingkan kehendak peribadinya. - Tema yang dibawa oleh penulis adalah cinta dan keluarga. Konflik lebih memberat kepada konflik keluarga yang toksik. Timeline laju tetapi ia tidak bersifat kronologi. Ada banyak flashback scene yang diketengahkan supaya ceritanya tidak menjadi terlalu padat, dan kewujudannya bersebab. Apa yang membuatkan aku suka dengan Bahagia Milik Aku ni ialah watak & perwatakan Syadha, Akif dan Hendon, Kak Ija & Abang Mad.
Syadha walaupun melalui episod-episod yang tidak menggembirakan sepanjang hidupnya, dia tidak ditonjolkan sebagai seorang yang melimitasikan kebahagiaanya. Seorang yang menghargai kebahagiaan yang lain dan tidak mudah menyerah. Akif, aku suka dengan watakknya yang bersifat melindungi dan mempertahankan, cukup dengan mendengar, memerhati dan saling berkongsi mampu membuatkan seseorang itu lebih memahami. - Secara peribadi, aku rasa ia sebuah naskhah yang berbaloi untuk dihadam. Ia sebuah kisah yang menyentak emosi dan sepanjang pembacaan, kita akan lebih faham kesan yang berlaku kepada anak-anak yang emotinally abusive. Recommended!
Apabila minda di-torture berulangkali hati kita akan menjadi keras.
Naskah yang penuh dengan emosi. Kagum dengan ayah tiri.. tak malu mengaku kesilapan dan sabar dengan karenah isteri & anak²nya.
Masa scene Syadha halau mak & ayah tiri tu, F terkejut sangat. Bila syaitan dah merasuk fikiran, terlupa persekitaran.. terlupa adab semua. Ya Allah.. kesian pada en Bakar tapi sedikit pun dia tidak mengalahkan Syadha. Malah en Bakar lembut hati memohon maaf atas kesilapan dia mendidik anak². Luruh hati dengar en Bakar menganggap Syadha sebagai anak sendiri.
Akhir² cerita best.. hati ni sedih je. Pengakhiran yang indah buat semua orang.
Syadha Alani, whose life is not as beautiful as others. Growing up in a toxic, biased family made her a cold, tough person. But at the same time, she always hoped that one day, her parents would shower her with the love she deserves.
Syadha's whole life was filled with endless verbal and mental abuse, and they all came from her very own biological mother - the person who was supposed to protect and nurture her. I cannot express the amount of times I choked on my tears as I embark on my reading journey for this book.
“Because you still love them, you still get hurt by them.” - Akif Hayyan
With the never-ending issues with her family, she met a man named Akif Hayyan. Their first met felt like being in a K-drama, so cheesy but I like it~ He's humble, funny, cheeky, caring, attentive, and a lot more. When Akif loves, he LOVES. This guy is a walking green forest! I keep typing and erasing my comments about him because no words could explain how much I love his character here! And his mom, Puan Hendon - ugh, such a wonderful woman. Both of them have their humorous side, you know what I mean 😏
Overall, I am satisfied with the plot. Lots of good values embedded, and some honestly resonates with me. Congratulations Syu Ariani for this piece!
yalls, this book 💳💥💳💥💳💥💳 chef kiss 🤌🏻 banyak betul 🦋🦋🦋 ya. jiwa single saya merana baca.
Plot. its was good, memang dari awal buat tertanya tanya. boleh jadi tv3 drama yang menarik tbh. banyak juga unexpected plots, tapi main plot dia ok ajer.
Akif. THIS MAN 🤌🏻🤌🏻🤌🏻 ada ke dalam dunia ni lelaki macam Akif??? kalau ada, mahu satu!! sweet talker yang membuatkan pembaca single merana. lawak double meaning dia buat orang termenung. rindu isteri sampai sakit sakit, manja pula tu aihhhh penaaat baca.
Syadha. one of the strongest female character. respect sangat sangat, sumpah. if i were her, aku dah lari rumah beb. kisah hidup dia, tak semua boleh lalui. kalau dapat jumpa dia, nak peluk erat erat nak bisik kat telinga dia "you did great"
it took me +- 2 weeks untuk habiskan, sebab mood membaca macam on off, aih. tapi memang sangat berbaloi. stop masa less than 100pgs, pastu dalam 2 hari habis skksksks.
i prefer Kak Syu's romance novel than her action thriller novel tbh. setakat ni, 100 Hari Mengenal Cinta dan Bahagia Milik Aku paling melekat dalam hati.
Plan asal nak baca buku yang ringan-ringan. Sebab konon nak rehatkan minda lepas baca banyak buku action-thriller before this. Tapi bila dah tersangkut dengan Bahagia Milik Aku ni, saya tahu saya telah pilih buku yang salah sebab 😭😭😭😭😭 sedih sangat sampai saya dapat rasakan kesan luka di hati masih ada lagi. Sedih sangat!
I love watak ML (Akif Hayyan) yang mostly green flag type of man dan FL (Nur Syadha Ilani) yang subhanAllah sangat lovely but dia yang terpaling penting dalam novel ni, dia yang terpaling tersakiti dalam ni. Sakit yang bukan Syadha sorang sahaja yang rasa, tapi kita as reader also terkesan ya.
I love how Akif comfort Syadha and give her mental supports untuk harungi segala cemuhan dan fitnah daripada ahli keluarga Syadha sendiri. And i love how ibu kepada Akif being a very supportive, kind, lovely and helpful mom to her son and daughter-in-law.
I just love semua yang ada dalam cerita ni. Novel Bahagia Milik Aku ini, jalan ceritanya sangat on-point. Tak ada berbelit-belit. Semakin banyak muka surat dibaca, semakin banyak rahsia dibongkarkan. Plot twist ada, tak berat sangat tapi cukup buat kita terkejut dan menangis.
Antara novel yang masuk dalam senarai 5 bintang bacaan saya 🌟🌟🌟🌟🌟
How I wish mental torture would leave visible marks, so people could see how severe the scars are. Jadi aku pun boleh nampak dan tahu dari awal.
Membaca buku ini betul-betul buatkan emosi saya naik turun macam roller coaster. Geram dengan semua orang dalam buku ini, kecuali Akif, Puan Hendon dan Elis.
Penulis ketengahkan tema kekeluargaan berbanding hal-hal lain, jadi fokus utama cerita ini lebih dari separuh tentang hubungan Syada dan keluarganya. Mulanya, penulis fokus akan perkembangan watak antara Syada dan Akif. Mana tak nya, muka surat kelima saja dah dikejutkan dengan hubungan antara Syada dan Akif, tetapi dari satu muka surat ke muka surat yang lain kisah antara Syada dan Akif terbuka selari dengan perkembangan watak Syada dan Akif.
Apabila kisah keluarga Syada pula terungkap, ternganga saja saya membacanya. Kejam sungguh layanan Puan Siti pada anak kandungnya sendiri, mulut pun tak terjaga sampai mencarut saja kerjanya. Saya juga tak suka istilah hati baik tapi mulut celupar. Gunakan perkataan tak elok tapi niat hati sebenar adalah untuk kebaikan anak. Gunalah alasan awak orang tua, ada ego atau apa sahaja saya tetap menolak alasan-alasan tersebut kerana ingatlah niat tidak menghalalkan cara. Jadi saya kurang gemar bila ada pihak cuba nak justify tindakan Puan Siti yang bermulut lancang tetapi hati sebenarnya baik. I hate it!
Sikap Akif pada Syadha buat saya jatuh cinta pada dia. Screaming in single lah saya bila baca perangai Akif terhadap Syada 😘. Nasib baik kematangan Akif dan kematangan Syada itu selari dengan umur mereka sebab saya paling risau bila penulis novel cinta beritahu umur watak-watak mereka tetapi sikap yang ditonjolkan tidak semenggah.
Saya juga ada cakap saya cuma tak geram dengan Akif, Puan Hendon dan juga Elis sahaja. Syadha? Ya saya geram dengan dia sedikit waktu awal-awal dia pulang ke Malaysia. Haih! Kenapa ya? Kenapa awak buat keputusan macam tu ya? Nampak Syadha tak cukup kuat lagi apabila dengar nama Puan Siti. Emo saya dibuatnya, tapi lama-lama bila Syadha sedar perbuatannya akan buat dia kehilangan Akif saya tepuk tangan dengan keberaniannya untuk lebih terbuka pada Akif.
Latar belakang hidup Akif yang sebenarnya keluarga berharta juga diberitahu dalam keadaan sederhana. Bukan tipikal novel yang buat hero orang kaya tapi perangai entah apa-apa. Penulis cukup tonjolkan sikap Akif yang matang untuk saya percaya yang 'Akif memang anak orang kaya.'
Saya sukakan pengkahiran kisah Syadha dan Puan Siti. Biarlah Puan Siti dan Syadha berakhir macam tu. Biarlah closure mereka macam tu sebab cerita ni perlukan logik.
Saya ada satu hal yang saya nak tegur iaitu berkenaan jantung Al-Quran ialah Yassin. Sebenarnya ia datang dari hadis yang daif dan sesetengah ulama juga menggelarkan hadis tersebut adalah palsu, ya memang penulis tak nyatakan tentang hadis tersebut tetapi saya rasa kita perlu betulkan semula pemahaman kita tentang bacaan Yassin.
Saya sertakan sekali link sebagai rujukan dari mufti wilayah dan juga blog penerangan tentang Yassin sebagai jantung Al-Quran:
Fuhh, saya dah habis bacaa! Lama dah nak beli novel ni sbb ramai kata sedih. And yes! Memang sedih sgt sgt. Saya tak boleh bayang kalau ibu saya sendiri perangai seperti Puan Siti. Huish, mengerikan..
Nur Syadha Alani. Seorang wanita yang sangat kuat dalam cerita ni. Dapat pula suami yang baik, Akif Hayyan. Fall in love tau dgn Akif ni 😌 Puan Hendon pun mentua yg baik utk Syadha. Saya harap, mentua saya baik gitu juga heheh.
Jalan cerita menarik. Bagi saya, romance tak banyak sangat dan lebih kepada kekeluargaan. Bagus lah. Saya sendiri sedar yang manusia ni banyak buat silap tapi tak sedar atas keegoan dalam diri.
Saya bersyukur dapat ibu yang tak serupa dengan Puan Siti mulutnya. Tapi, apapun Puan Siti dapat minta ampun dengan Syadha sebelum kiok. Saya tak tahulah berapa ramai ibu2 yang sanggup kata ANAK KANDUNGAN NYA si*l, pembawa malang dan sebagainya. Uish, minta dijauhkan.
Saya belum merasai alam kedewasaan lagi jadi tak faham mana lah. But, sebagai seorang makcik kepada nephews nya, saya juga rasa yang mereka anak2 saya. Sayangilah anak2 anda semua wahai ibu2.
Jangan lupa, ibu bapa juga ada dosa terhadap anak2nya andai melanggar hukum syara'. Maybe macam Syadha ni bagus sbb apa yang Puan Siti buat pada nya, menjadikan Syadha jadi orang yang baik dan ibu yang mithali.
Tapi ada certain org, bila dari kecil dididik dgn kata2 kesat, dengan perangai yg tak baik dia akan ikut sampai ke besar dan jadi orang yang hmm. Faham kan? Jadi, bentuklah anak2 dengan cara yang baik. before jadi parents tu, study lah banyak2 about children.
Jangan lah dah dapat tu, dibuatnya bagaikan bola untuk melepaskan amarah dalam diri. Masa depan kita tak tahu apa jadi. Bila anak mula memberontak, disalahkan pula si anak kata tak beradab, tak ada iman, tak bljr agama. Time tu lah nak sebut pasal hukum.
Wah, panjang pula lah. Banyak lagi nak bebel ni tapi nanti takde org baca pun. Okey. Bye bye readers.
Memang best! Memang bahagia je lar dengan Akif tu, haih, melting jap masa baca.
Kesian sungguh dengan nasib Syadha, mujur lar ada Akif. Dari kecil sampai ke sudah Puan Siti tu tak suka sungguh dekat Syadha, asyik menyumpah je. Tapi, bagus juga Syadha ni, tak lembik, ada juga dia melawan. Ni baru betul, bukan nak hadap je, kadang-kadang sampai satu tahap tu, bila Syadha dah tak tahan sangat memang dia sembur je bagi kena batang hidung Puan Siti. Puan Siti selalu guna "Mak's logic", betul lar cakap Sham tu.
Akif memang sweet, caring, sayang sangat Syadha, tapi ada juga yang dia masuk mode tak nak dengar explaination tu, haish, rasa nak marah je time tu. Yang dia auto shut down tu pun satu hal gak nak marah, nape lar tak di cari dulu si Syadha tu. Tapi, yelar, nak dijadikan cerita.
Apa pun, conclusion nya, buku ni memang best, berbaloi di beli dan di baca, masuk dalam senarai koleksi!
2 tahun berada di York, 2 tahun juga usia perkahwinan Akif & Syadha✨ awalnya dorang ni kahwin bukan sebab cinta tapi sebab terpaksa (kena baca sebab apa dorang kahwin tau yg sure tak cliche😝) tapi bila dua-dua dah jejak Malaysia terus Kif propose Syadha untuk jadi 'real wife' and buka buku baru untuk relationship dorang🥰 aish shuwit betul
ML kita Akif Hayyan, seorang yg sangat penyayang, setia, mulut nakal sabar jelah si Syadha🤣 haih dah material husband dah kat situ SAYA TAK KUAD😩 also very supportive😍
FL pula Nur Syadha Alani... happy go lucky, suka cari gaduh dengan Kif tapi! jeng jeng hahahahah effect sikit while type ni😙 betullah orang cakap yg selalu happy ni lah sebenarnya ada kisah sedih disebalik ketawa dia🥺
Syadha dambakan kasih sayang dari keluarganya sendiri especially, Puan Siti (mak Syadha)😢 haih mak dia ni haihhh 😓 tak taulah nak cakap apa serious sebab Ad pon tak nak ingat sebab sakit sangat😪
Syadha nak bahagia bersama Kif, tapi Syadha tak tau kalau Kif masih nak dekat dia tak kalau Kif tau kebenaran tentang Syadha☹️. At the same time, Syadha nak bahagia bersama keluarga, tapi ada something yg menghalang impian dia tu.
Cinta & Keluarga, Syadha nak memiliki dua-duanya sekali boleh ke?
Korang bacalah! THIS BOOK DESERVES SOLID 5 STAR! dialog dalam buku ni tak tau Ad nak express macam mana, sakit pedih geram benci! all of that in one book🫠 how can Syadha kuat hadap semua tu? Ya Allah sakitnyaaa😞 toxic betul😩
Adakah bahagia masih milik Syadha? (weh macam iklan lah HAHA okay sila masuk mood serious) BELI! BACA! SILA TERMENUNG AFTER HABIS BACA TU. sebab Ad buat benda sama😌
WARNING! dilarang membaca buku ini semasa bulan puasa!
"It's irony when the very person who gave you life is the one who makes you beg for death."
Betul kata Athirah, buku ni best dan sedih. Menitik air mata ku. Syu Ariani sentiasa pandai olah cerita supaya kau tak rasa menyampah dengan isu tu.
Syadha Alani, anak bongsu dalam keluarga yang cukup toksik. Wpun dia tak salah, tapi dia tetap dihukum. Makian, cacian tak lekang dari mulut mak dia, Puan Siti. Masalahnya member pun ada hati dan perasaan tau 😭. Macam mana boleh kahwin dengan Akif? Haaa korang beli pastu baca.
Kenapa tajuk dia Bahagia Milik Aku? Imagine eh korang hidup dalam keluarga toksik, apa yang korang nak sebenarnya? Mestilah nak bahagia. Itu yang Syadha cari. Tapi Syadha untung. Dia bukan dapat bahagia je dengan Akif, malah hensem, budiman, kaya. Haaa untung woi. Hahahaha.
Aku suka watak Akif. Aku suka cara SA potray Akif. Obv, keluarga Syadha toksik. Tapi cara Akif tenangkan Syadha, terangkan satu satu itu dan ini, validate perasaan Syadha, bantu dari segi emosi dan lain lain. Tidak ku lupakan Puan Hendon, mama mertua, you are awesome!
Si Elis kawan baik Syadha tu, betul lah perangai aku. Bila dia membebel dekat Syadha, aku sengih je baca sebab hati aku cakap benda yang sama dengan dialog si Elis tu 😂
Apa pengakhiran keluarga Syadha yang toksik? SA bagi setiap sorang cerita untuk mereka. Hanya perlu baca je.
Permulaannya agak perlahan dan mendatar bagi aku. Berkali-kali juga la aku stop baca dan main phone kejap sebelum sambung. Tapi first meet dekat The Quiet Place tu ya Allah, tak boleh comel lagi ke?! Anyway, pace pembacaan aku picked up as soon as Akif dan Syadha tiba dekat KLIA dan Syadha minta cerai. Takde angin takde ribut tiba-tiba nak cerai?
Dan sebab untuk permintaan Syadha tu perlahan-lahan disingkap. Dan setiap kali itulah, hati aku tersiat untuk Syadha. Kerana seorang insan bergelar ibu, Syadha menderita. Dan kerana sebuah institusi bernama keluarga, Syadha sengsara. Mulanya, aku rasa, oh Puan Siti ni tipikal mak-mak yang mulut laser. Biasa dah jumpa. Kak Am, Encik Bakar, dan Hisyam pula bukannya tumpang menyeksa Syadha pun. Tapi aku tersilap. Mental scars yang terkumpul bertahun lamanya, walaupun tak nampak dek mata kasar, kesannya tetap ada.
Sungguh, aku sakit untuk Syadha. Tak tahu la berapa kali kisah Syadha ni berjaya membuatkan air mata aku menitis, tapi memang sangat menyakitkan ya anak-anak. Aku ingat, kisah Hazizul (SHMC) dah cukup sedih, rupanya Syadha lagi sedih! Disebabkan apa yang keluarga Syadha lakukan pada dia, setiap kali Syadha bangun mempertahankan diri dia, setiap kali tula aku bersorak gembira. Dah macam personal pom-pom girl Syadha pulak.
Akif Hayyan. Lelaki yang menjadi punca kebahagiaan Syadha. Dan kerana lelaki ini jugalah, Syadha mempertahankan bahagianya. Tak lagi menjadikan dirinya sebagai 'punching bag' dan terus keluar daripada neraka dunianya. Watak Akif yang sangat budiman dan ada kalanya comel tak bertempat meringankan sikit kisah hidup Syadha.
Bagi aku, watak terpenting dalam novel ni bukanlah hero atau heroinnya tetapi satu watak sampingan; Puan Hendon, mama Akif. Kerana kasihnya kepada seorang anak, Syadha mendapat kebahagiaan yang selama ini dia dambakan. Sungguh, tanpa Puan Hendon mungkin sukar untuk Syadha menggapai bahagianya.
Lebih berfokuskan kepada kisah kekeluargaan, karya Syu Ariani yang ini membuatkan aku berfikir banyak benda. Terutamanya tentang peranan setiap individu dalam sebuah keluarga. Siapa pun engkau, tiada siapa yang berhak untuk menyakiti insan lain. Hatta seorang ibu kepada anaknya. Kudos kak Syu Ariani untuk BMA!
Saya tak ada masalah dengan bahasa dan jalan cerita tapi saya expect more, maybe it is just me.
Spoiler alert!
Permulaan cerita saya tertanya2 jugak apa rahsia syadha? Kenapa nak bercerai? Rupanya dia dipaksa kahwin oleh mak yang selalu abaikan dia dari kecil.
Banyak betul tindakan syadha buat tanpa fikir panjang. Bila dia approach Akif di rumah untuk menumpang, tinggalkan Akif tanpa jawapan munasabah (dia tu isteri kot). Aku faham kalau dia sayang gila dekat mak dia tu tapi kalau mak dia suka dera mental/fizikal perlu lagi ke kau hadap keluarga tosik macam tu. She has her husband, why don't you go & live with your husband's family instead.
Syadha sendiri cari penyakit. Aku tak faham logik akal Syadha dalam hal ni. Lelah jugak baca sebab bendanya berulang-ulang.
After a few years, Akif bawak mak dia tinggal sama tanpa persetujuan Syadha sendiri (dengan harapan dapat berbaik semula). Koyak kalau aku jadi si Syadha ni.
Nasib lah Akiff dan Puan Endon ada untuk bawa Syadha jauh dari neraka dunia. Bila kewujudan dia tidak dihargai dan buang bukan atas kesalahan dia sendiri.
SIGHHHHH. I had like the biggest love hate relationship with this book. Im so sorry..
3.5/5 for me.
Syahda dan Akif. This book is good but still, tak capai expectations. Ngl, I do understand why some people dekat Tiktok drop this book. Because, same. Saya hampir DNF buku ni. Tapi gagahkan juga sebab.... sayang pulak kalau tak habiskan. Tapi dlm perjalanan nak habiskan, saya skip juga la almost 200 pages. :')
WARNING: SPOILERS.
For me, this book ada scene yg tak logik ya. Berat nak habiskan. So, let's talk about it.
WARNING AGAIN: SPOILERS!
1. Scene Syahda dekat York, dia tak ada duit nak cari rumah. Lepastu Akif ni kiranya mcm terkenal dlm kalangan student suka tumpangkan org lain dlm rumah dia, before student tu cari rumah sewa lain. Okay, thats good. Tapiiiiiii, yg tak logiknya kenapa Syahda dengan tiba tibanya nak tinggal situ (kononnya sbb Akif baik hatilah tumpangkan), at the same time Akif pun tumpangkan gak. Likeeeeee hellooooo? Tak logik sbb kalau kita, confirm akan usaha juga cari rumah lain. Tak takut ke tinggal rumah lelaki. Adehhh. Dahlah jauh dari family, berani pulak tinggal rumah org lain. Kang benda buruk jadi.
2. Scene yg Syahda kawin dengan abang apa ntah tu. Adoiii. Kisahnya, Syahda ni mcm kahwin dgn lelaki tu utk lepaskan diri dari kekejaman family dia. Tapi, lps kahwin, dia terus ke York. Dia mcm tiba tiba tau. Mcm aik??? Gitu je? Habis tu kenapa nak kena kahwin. Suruh jela dia kerja dgn abg tu ke apa ke kalau nak lepaskan diri dari keluarga sendiri. Aku tak faham.
3. Part Akif shut down. This one. I AM SO SORRY. Part ni like the biggest turn off buat saya. Pls the author itself kena buat research a bit this scene. Tak tahu nak explain cemana. Like mcm tiba tiba.
Dear the author, I am so sorry. This is my honest review. Ada je buku author yg saya suka like HIK dan ASH. Cuma utk BMA ni, banyak nyah scene yg pelik pelik. Sampai rasa mcm tiba tiba sangat. Itu pun, lepas 400 pages, barulah ada development utk selesaikan masalah keluarga Syahda tu. Nampak tak, meleret sikit cerita ni. Sedih juga dekat ending. For Akif, he's green flag. He's okay. Syahda pun okay la.
The book itself kan banyak double meaning dialogues. Please, dont romantize that thing.
Dah habis lama dah, but biasa la ni aku memang otak ikan emas namanya, so this book aku tak sangka storyline dia macam ni, sebab plot dia smooth jer dia susun 😍
Syadha, aku nak sangat wey peluk dia, totally dia memang tak salah pun tapi dia kena treat macam tu dengan mak kandung dia sendiri. Tapi aku sangat suka watak Syadha sebab dia ada melawan jugak, takda la dia senyap jer, btw aku sangat suka part dia "meletup" (go girl!! 🥰)
Akif, dia bendera hijau jangan risau, dia sangat suka betul dekat Syadha ni. Manja betul si Akif ni, aku kat sini sorang sorang single 😤 btw Akif supportive 😭🥰
Story ni, more to "toxic family" si Syadha ni memang korang boleh tengok betapa banyak yang pakai "topeng" dalam family dia (sangat menyakitkan hati nak jer aku cekik-cekik 😤)
Aku sangat recommend untuk korang baca novel ni, btw ni first novel yang aku baca dari Syu Ariani 🤍
Naskhah yang sarat dengan emosi pastinya. Permulaan novel agak bosan sedikit sehinggalah watak Pn Siti muncul. Emosi mommy rasanya turun naik time baca tu. Fuh! Hampir ke titik penamat ternyata naskhah ini mampu mengalirkan air mata mommy. Tahniah penulis!
Isu tentang hubungan keluarga yang toksik berjaya dibawakan oleh penulis. Penulis berjaya menunjukkan kesan ibu yang selalu berkata negatif terhadap pembawakan diri watak utama, Syadha.Karakter Syadha sukar diteka, ada kala dia akan menyerah, ada kala dia juga akan berani melawan. Perkahwinannya dengan Akif berjaya melembutkan sedikit demi sedikit perwatakan Syadha. Penulis bijak menjadikan latar belakang keluarga Akif juga tidak lah sempurna mana, menjadikan mereka melengkapi satu sama lain.Hal ini menjadikan watak mereka realistik selaku watak utama. Karakter ibu Akif dan ibu Syadha ada persamaan, menjadi ibu tunggal selepas diceraikan. Namun, penulis berjaya menunjukkan perbezaan bagaimana mereka mendepani hidup. Ibu Akif yang lebih positif berjaya mendidik Akif menjadi insan yang empati walaupun bergelar ibu tunggal. Perbezaan dengan ibu Syadha yang tetap berfikir negatif dan tidak berdamai dengan masa lalu walaupun sudah berkahwin semula.Kesannya, kepada perwatakan Syadha yang sedikit agresif.Kudos kepada penulis kerana berjaya membawakan isu "ibu bapa derhaka" ini.
Sebagai pembaca yang pertama kali membaca karya Syu Ariani, karya ni memang buatkan saya nak membaca karya-karya yang lain. Dari awal sampailah mukasurat terakhir, semuanya menyeronokkan !
Watak Akif antara watak yang menyerlahkan fungsi suami apabila isteri menghadapi masalah dengan keluarga. Suka sangat dengan cara Kak Syu tampilkan watak Akif. Kadang-kadang terfikir, boleh beli tak Akif ni ? Hahahahaha
Akif ialah pelindung, penenang, pemujuk, penyokong dan kebahagian Syadha. Hehe, sukalah Akif ! Tak lupa juga dengan watak Puan Hendon, Elis, Abang Mad, Kak Ija yang baik dengan Syadha dari awal hingga akhir.
Kisah keluarga Syadha ini, pastinya wujud di dunia nyata. Harapnya semua mangsa dapat bertahan kuat seperti Syadha.
Akhir sekali, karya ini selayaknya diketahui oleh semua orang agar semua orang dapat moral dan pengajaran yang disampaikan.
Aduh ni satu lagi hero perfect AKIF HAYYAN!!! 5 bintang untukmu
Cerita pasal cinta, kekeluargaan. best gila, suka watak syadha yang berani melawan. Akif yang sentiasa ada untuk dia walau mula-mula ada miscommunication.
Tapi apa yang i boleh rumuskan syadha dengan akif ni pasangan yang matang. Sangat! Kalau ada misunderstanding cepat je selesai. Puan Hendon pun sama sama naik ya! Hhahahaha suka watak Puan Hendon yang sangat supportive ni. Nak order mak mertua macam ni satu!
4.5 ✨✨✨✨ This novel really emphasizes why you should not skip chapters. I really love how the author shows the bond between a mother and her daughter. Some people are just not fit to be mothers, and this novel proved it right. And for Syadha, I could never be like you, I wish I could hug you every time your mother hurt you.
"Kalau kau konon tak berdosa sangat pada aku dan anak-anak aku sebagai mak dan nenek, kau tetap berdosa sebagai seorang manusia" - This hits me hard.
- The only thing that bothered me throughout the story was the fact that she had to marry Tuan Ahmad in order for her to be free, although it's only on paper. There have to be some other options. Why should the purity of marriage be tainted. Overall, it was a very good read, eye-opening and made you grateful for the life that you had.
"How I wish mental torture would leave visible marks, so people could see how severe the scars are. Jadi aku pun boleh nampak dan tahu dari awal."
Rate : 💯/10🌟
Akif Hayyan 🤍 Nur Syadha Alani
•••
Semuanya bermula di York, England. Tempat itu menjadi saksi hubungan mereka. Sekembalinya ke Malaysia, Syadha meminta perpisahan yang langsung tak terfikir dek akal Akif. Entah kenapa Syadha menuntut perpisahan yang dia sendiri sebenarnya tidak rela.
Mempunyai keluarga yang penuh dengan toksik bukanlah kemahuan seseorang termasuklah Syadha. Dan Syadha rasa dia sudah membuat kesilapan besar dengan menuntut perpisahan daripada Akif.
Tanpa Akif di sisi, Syadha jadi tidak tentu arah. Lagi pula dengan mahu menghadap keluarga toksik yang tak pernah habis mengtoksik hidupnya.
Dia harus kembali ke Akif dan meminta maaf kepada lelaki itu. Adakah Akif mahu juga kembali kepadanya? Bencikah lelaki itu kepada dia?
•••
BRUH.... awal-awal Latte cakap story ni pada Latte sangat pain ya. Pain pada bahagian keluarga. Meleleh-leleh air mata bercampur dengan geram. Rasa nak masuk dalam buku. Dua kali dah baca. 😌🥹🥲
Mujur ada Akif yang boleh comfort hati ini, ecewah 🤭 Akif Hayyan tersangatlah green. Cara dia bercakap even kasar. Haih... bikin hati saya cair 🙈🙉🙊 Syadha heroin terpaling kuat dan brutal. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu macam mana dia hadapi manusia toksik dalam hidup dia 😌 Hug Syadha ketat-ketat 🥺
Kak Syu suka terapkan kisah realiti dalam novelnya. Terutamanya kisah keluarga tapi berbeza situasi dan ujiannya. Dalam novel pun kita dah terasa pain, apa tah pula orang sebenar yang menghadapinya. Berganda ganda tersakiti. Hanya Allah saja tahu 🥲
Akif dan Syadha masing-masing ada kisah tersendiri dan mereka saling melengkapi. I wish I have a man like Akif Hayyan 🥺 terima kasih Kak Syu for this beautiful pain story. Blue love for you 💙
Keluarga. Cakna sebaiknya, apa benar layanan dan sikap insan paling terdekat seharusnya begini? Definisi sebenar rumahku, syurgaku itu benar-benar wujud atau sekadar fantasi ceritera sahaja?
Bahagia. Salah, dia hanya palitan derita yang sering dilontarkan kata-kata nista. Butir bicara pedih sudah lali dan sebati, namun tetap terlorek sakit setiap kali menerima. Namun, sekelip mata bisa berubah dengan kehadiran jaka. Dia, bahagia milik dia. Yang mampu sembuhkan luka dengan kasihnya, layanan dan terima baik buruk dirinya. Lelaki ini, selamanya galaksi yang menyinari kanvas hidupnya. 𝑵𝒖𝒓 𝑺𝒚𝒂𝒅𝒉𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒏𝒊
"𝒀𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒅𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓𝒐𝒖𝒔 𝒎𝒂𝒏. 𝑨𝒕 𝒍𝒆𝒂𝒔𝒕, 𝒇𝒐𝒓 𝒎𝒆."
Terpaku. Dia yang kekal tenang beriak biasa, sering menyayangi wanita dambaan sehingga sanggup terluka sama. Nekad, dia bina rancangan untuk bersama senantiasa dengan kesayangan miliknya. Tapi, ada ranjau menanti dalam sebuah hubungan. Mungkin erti kata lain, merapatkan jurang keluarga antara dua pihak. Dan dia, akan selalu di sisi menemani isterinya. Kerana, rupawan bernama Syadha Alani adalah bahagia kepunyaan Akif Hayyan. 𝑨𝒌𝒊𝒇 𝑯𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏
Jikalau katakan, persis layanan bagaimana seorang Syadha terima dalam proses pembesaran dirinya? Ya, hanya sumpahan memakan hati perlahan-lahan kian mati. Dan pada akhirnya, dia akan tetap memilih untuk menyayangi. Biarpun bibir bicara mengatakan itu ini, tangkai hati turut mengharap sekelumit harapan yang berbaki dan perhatian sang ibu yang dikasihi.
Seindah salju, bersatu dalam satu ikatan. Tulus dan ada bersandar antara satu sama lain. Menasihati dan teguran saat alpa, tidak lupa betapa comel hubungan mereka. Puan Hendon, ibu mentua pilihan kita. Like mother, like son. Ibarat angin yang membelai jiwa, kasih yang dilimpahkan serta bait bicara mampu menyentuh sekeping hati. 𝑵𝒖𝒓 𝑺𝒚𝒂𝒅𝒉𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒏𝒊 𝒙 𝑨𝒌𝒊𝒇 𝑯𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏
Cuma, marilah kita ceritakan serba-sedikit tentang Puan Siti di sini. Dia, sama ada masa lalu merantai diri atau kerana ego menafi perasaan hati buatkan seringkali menyakiti Syadha. Mungkin, andai ditepis segala perkara itu dia boleh jadi ibu terbaik kepada anak-anaknya sama rata. Terkilan, kerana setiap butir yang dilemparkan. Sedikit sebanyak ada yang dapat aku kaitkan.
Pada aku, nilai yang ingin disampaikan dalam buku ini tidak terhitung. Hubungan adik-beradik, air dicincang tak akan putus. Manusia bukan maksum, ada silap juga walaupun sebagai ibu bapa. Dalam sebuah hubungan, betapa penting komunikasi untuk sebuah penyelesaian. Didikan kepada anak-anak, membentuk mereka yang kini. Mungkin, refleks diri setiap barisan aksara kebanyakan menyentuh kalbu. Selebihnya, silalah baca terlebih dahulu untuk bersama-sama menyelami kisah yang mampu mengacau-bilaukan jiwa.
Hello hello! I’m back at it again with another review! Disclaimer, before I start expressing my thoughts on this book. I am not a professional, all my sharing is based on my personal opinion and feelings. So don’t take it too heart:) - I want to say that I am so angry when I get to the mid-point of the chapter. Geram sangat dengan Syadha and literally all character. That it keeps me reading and reading non stop because I want to know what’s the end of it.
Story plot is something new, I was confused at first about Syadha and Akif relationship. Ingatkan dorang tinggal satu rumah tanpa ikatan… sekali tidak.
I like their relationship that slowly develop into something much more better and romantic until Syadha drop the bomb. Which I won’t say what sebab tak fun lah kan. You will get what I mean when I say I geram sangat dengan buku ni hahaha.
Despite what they both go through they both still stick with each other and grow much more stronger. When I say cerita macam fairytale sikit I am not kidding. They love each other so dearly that got me thinking will there be such man in this world for me like Akif Hayyan? Sorry ter-feeling kejap..
Overall, you will love the book ada up and down dier, you will learn something about family, and the takeaway from this I learn is that
“Communication is key to everything.”
-
My favourite character in this book is Puan Hendon and Syadha!
Puan Hendon: is the key to solving things. She smart and she has a way to make things better. Having to force the both of them (Akif & Syadha) to marry leads the both of them to being the most beautiful couple. Puan Hendon helps the both of them to communicate by kurung dorang in the house for a week. My most favourite part in the book! Puan Hendon you’re the best babe! She also help Syadha and her mom to try fix their relationship giving Syadha mom a gist of what it’s like being mother to Puan Hendon.
Syadha: my badass girl in this book. You won’t feel that Syadha character is so soft hearted or weak, ‘kau usik dier siap kau dier Bahasa kan’ she stands and defend herself from others trying to break her down. She become a better person from her hardship, she care despite what other do to her.
- To sum it all up, this is the best book I read, no slow burn plot, everything is nicely put. And to the author thanks for making me feel happy angry and sad all at once. I’m gonna miss Syadha and Akif. Congrats to the author kak Syu Ariani, I can’t wait to read more of your works!
Kisah mula bila syadha minta cerai tanpa sebab kukuh dan akif yang tertanya sebab berbuat demikian.. Konflik mula bila syadha balik ke rumah puan siti..kerja rumah syadha yang buat seolah2 seperti org gaji..tp sebab nak dapatkan kasih sayang sorg mak syadha bertahan dengan harapan dia dpt merasai kasih sayang puan siti walaupun pada masa itu dia memerlukan akif untuk bertahan hadap puan siti..
"Because you still love them, you still got heart by them"..seorang anak yang meraih kasih sayang sorg ibu sanggup bertahan walaupun hati dia terluka..
Akif sentiasa ada saat susah senang syadha begitu jugak dengan syadha sbb diorg saling melengkapi antara satu sama lain..
"Terima kasih juga sebab dah hancur lumatkan hati dia, jadi saya ada peluang untuk bahagiakan dia dengan cara saya"..sy suka ayat yang Akif ungkapkan & dia seorang suami yang bpegang pada janji & membahagiakan Syadha dengan sepenuh hati..
Puan Hendon mak mentua idaman menantu..kontra dengan puan siti yang benci anak sendiri..
Thank you kak syu sebab hasilkan karya yang bagi pengajaran kt sy..
Lama tak baca buku Syu yang genre melodrama gini. .
Permulaan cerita, rasa butterfly in the stomach gitu. Akif dan Syadha kahwin tanpa cinta. But they are doing just fine, just happily together. Sampailah dorang tahu yang rupanya mereka saling cinta. .
Tapi, bala datang bila watak Puan Siti (mak Syadha) muncul. Seorang ibu yang bencikan anaknya dan hanya pergunakan Syadha. .
Dalam keserabutan tu, Syadha masih berahsia dengan Akif, dan jadilah salah faham yang bagi aku, unnecessary la sebenarnya. .
Salah faham tu pun dah macam tarik tali dah. .
Dan bila Syadha berdendam dan bangkit semula, aku kesian sebab hatinya dah mati. .
Aku rasa semua watak dalam buku ni okay ja. Yang teruk tu, Puan Siti je.
Setakat 6 buah buku kak syu ariani aku baca, BMA ni mmg paling melekat dihati la! If anyone ask me to recommend kak syu's novel i would pick this one! For me this book mmg cukup rencah ada happy, ada sedih, ada geram-marah, ada terhibur. Sangat perfect ummami gituu. Walaupon jalan cerita dia people PROBABLY can expect tak mcm princess series yg main twist² tu, but still it's a good one though. Congrats kak syu! Nak akif pleaseeee soft spoken dia tu ya Allah sangat husband material 😍 lepastu aku suka gila watak puan hendon aaaaaaa. Baca review apa lagi? Pergi baca for mana yg still dkt tbr and pergi beli for yg takde lagi!! Worth to read FOR ME.
" Its only hurts when you care, Syadha. Its doesn't affect when you feel nothing"
Ooooo...patutlah mereka tak merasa seperti mana yang aku rasa, sebab mereka takda rasa "care" tu.
"Because you still love them, you still got hurt by them."
Ooooo... patutlah dorang tak kisah buang aku. Aku sorang je rasa sakit.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Dibenci ibu sendiri tanpa mengerti apa salah diri. Cuba bertahan namun pertahanan itu sentiasa goyah dengan maki demi makian.
Wajarkah dibenci, disakiti hanya kerana sang suami berlaku curang. Kelahiran yang tidak dinantikan dengan alasan dia hanya pembawa malang.
Syadha, mencari bahagia bukannya mudah.
Tapi suka la novel ni. Walaupun permulaan novel tu agak slow, tapi makin lama makin best, makin lama makin tak sabar nak tahu helaian demi helaian.
Si Akif Hayyan yang sweet. Syadha yang asyik minta cerai..eh eh sakit plak hati kita wak.. 😑 Mujurlah mereka mendengar kata hati, Bahagia mereka dikala bersama.