Jump to ratings and reviews
Rate this book

Adanya Engkau

Rate this book
Naira – Gadis manis yang murah dengan senyuman. Tetapi menangis terluka ketika sendirian. Ada kesedihan dan rasa terkilan menjadi bebanan yang sukar dilepaskan.
Karl – Pemuda yang cukup pakej sebagai lelaki pujaan, punyai segala-galanya termasuklah tiga sahabat yang setia. Namun dingin dan menutup pintu hatinya untuk wanita lain.
Mereka dipertemukan di Langkawi atas alasan cuba mencari keserasian dalam perjodohan keluarga. Sekembalinya dari sana, si gadis yang mulanya menerima, kini menolak. Tapi sebaliknya pula bagi Karl.
“Karl setuju mak pergi merisik Naira.” – Karl
“Kita tak patut berkahwin, Karl.” – Naira
Perkahwinan itu terjadi juga walau tujuannya tidak sama. Dalam proses mengenali diri, tanpa mereka sedar ada hati disentuh rasa. Ada jiwa berlagu cinta. Namun belum sempat berkembang, kehadiran kekasih lama mengkucar-kacirkan keadaan.
“Saya masih cintakan awak.” – Fara
“Kau betul, Alli. Aku tak sanggup bayangkan hidup tanpa dia.” – Karl
“Awak masih cintakan dia. Awak tak move on langsung, Karl.” – Naira
Saat hubungan di hujung tanduk, persoalan yang sentiasa menjadi bebanan dalam fikiran Naira akhirnya terjawab juga. Semakin menambah luka di hatinya.
“Dia yang patut mati dari dulu lagi. Bukan anak saudara saya.” – Naira
Apakah peristiwa yang membuatkan Naira menderita? Siapa pula yang menjadi pilihan Karl? Kekasih hati yang setia menanti, atau isteri yang rela mengundur diri?

Paperback

First published February 1, 2022

1 person is currently reading
34 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (35%)
4 stars
25 (47%)
3 stars
7 (13%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
March 15, 2022
Saya beli saya terus baca sebab masa tu dekat kampung. Selalunya saya peram dulu. Sungguh tak mengecewakan. Cumanya saya lelah sikit nak baca dialog panjang-panjang. Sampai ada rasa rimas, entah apa yang dia nak cakap sebenarnya. Tapi point tu sampai lah maksudnya.

Bermula dengan apabila Naura dan Karl bersetuju untuk berkahwin tapi masing-masing ada alasan tersendiri. Tapi sebenarnya kedua watak ni sedang mencari arah untuk move on dan survive. Naura yang masih meratapi akan kehilangan Haura manakala Karl mahu teruskan hidup setelah ditinggalkan Fara. Point kat sini cara penerimaan apabila kita kehilangan orang yang tersayang dalam hidup. Naura fikir cara dia tu betul iaitu dengan menangis sedih dan meratap, dia kata dia terima tapi sebenarnya tak. Sama jugak dengan Karl.

Suka sungguh menangis ye Naura. Nasib baik lah ada lelaki nak selalu pujuk. Karl yang gelabah bila Naura tiba-tiba hilang, Karl yang risau dan marah bila Naura cedera. Alli macam dah nampak yang Karl dah sayang dengan Naura tapi tiba-tiba Karl jadi bodoh kan sebab tak sedar dengan perasaan sendiri. Saya penat jugak lah dengan cara Haura, Kak Natrah dan emak 'move on'. Berbeza. Tapi di akhirnya penulis bagi kita faham kenapa. Good job writer. Sama macam yang selalu saya tengok dalam drama jepun atau korea. Macam tu lah perasaan saya bila baca novel ni.

Chemistry antara kawan-kawan Karl. Ini pun saya sangat suka. Gila-gila. Plot twist boleh tahan jugak ye... Semua watak berkahir dengan baik dan saya puas. Okey NEXT!!!
Profile Image for Mslvoe.
2,088 reviews202 followers
February 11, 2022
Berat sungguh cerita ini. Rasa sesak nafas, rasa dihimpit². Kesian dengan Naira.. kesian dengan sikapnya. Setiap orang ada pelbagai cara untuk "move on" bila kehilangan seseorang yang disayangi.

Cuma Naira nampak terlalu taksub (nampak cam keras, tapi itulah hakikatnya) sampai tak fikir tentang perasaan orang lain.

Bila kakaknya meluah perasaan, bila Hazwan hilangkan diri dari rumah baru Naira tersedar. Barulah Naira faham kata² ayahnya.

Ending ada plot twist yang F sendiri tak sangka. Ya Allah kejamnya. Sampai F sendiri tak boleh terima hakikat.

Aarrgggghhhh kenapa kenapa!!!!

Btw, kawan² karl best! Kisah Karl and Naira tak berapa "nampak" sangat sebab eager nak tahu apa terjadi pada hidup Naira.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 11, 2022
Kematian Haura, anak saudara Naira telah banyak mengubah hidup Naira dan keluarganya. Tambah2 Haura meninggal dengan mencabut nyawanya sendiri. Hati siapa tak terguris. Mana silap dah salahnya hingga Haura tegar sekali melakukan hal demikian
.

Disebabkan Naira hidup dalam kemurungan akibat kematian Haura, ibunya cuba menjodohkan Naira dengan anak kawannya, Karl. Dia ingin Naira bahagia dan melupakan tragedi yg menimpa keluarga mereka
.

Karl, gadis ke 6 yg ingin dijodohkan ibunya. Percutian antara Karl, sahabatnya dan kedua ibu bapanya beserta Naira adalah langkah permulaan utk mengenal hati. Tapi seperti sebelum ni, Karl cuba untuk menolak semua aturan jodohnya. Tapi diakhir2, entah kenapa Karl ingin menerima Naira. Ditambah lagi bila Karl mengetahui kisah hidup Naira
.

Kemunculan kembali Fara, bekas kekasih Karl hampir mengubah semuanya. Fara cuba untuk mengikat kembali hubungan yang terputus. Naira pula cuba untuk menerima. Kerana dia tau, tiada cinta antara mereka. Yang ada, hanyalah rasa simpati
.

Diakhir2 kisah, penulis membuat satu plot twist yang tidak disangka. Kebenaran yang terbongkar membuat semua tergamam. Adakah Naira mampu menggapai bahagia? Mampukah dia menghindar kemurungan yang menyapa hidupnya? Adakah Karl akan menerima seadanya atau kembali kepada Fara?
.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 17, 2023
Rate: 4.5⭐️

Buku Coffee, Sara karya Sis Ieya Sya memang aku suka. Jadi, aku pun try buku yang lain pulak. Dan karya yang ini pun tak mengecewakan. Senang cakap gaya penulisan dia, aku suka. Ni pendapat aku la 😂

Kalini, mungkin lebih kepada romance, tapi masih diselitkan dengan elemen plot twist 👏🏻 Plot twist dia pun mantap.

Buku ni agak pain dan penuh angst ya 🥲 Kesian sangat apa yang dialami oleh FL dan keluarga dia. 🥹 Watak ML tu memang kadang-kadang buat aku geram hahah. Tapi, takpelah, mungkin itu cara dia nak hadapi benda tu. Watak FL pulak, aku memula rasa banyak sangat dia menangis. Tapi, kat sini aku belajar la, yang semua orang ada cara masing-masing untuk kuatkan diri diorang. Mungkin ada orang dengan menangis, dia jadi lebih kuat, dan mungkin juga ada orang yang memendam rasa tu sebagai cara dia untuk jadi lebih kuat. Kat sini kita boleh lihat dari dua sudut yang berbeza dan sesungguhnya tak mudah apa yang dialami oleh keluarga FL tu 😫 Aku suka juga relationship ML dan tiga orang kawan dia. Bestnya ada kawan yang betul-betul memahami kan 🤌🏻

Overall, cerita yang sebenarnya agak heavy tapi dalam masa sama memberikan satu rasa ‘healing’ dengan nasihat2 dalam buku ni. 👏🏻💕 #emptycanvashida
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
February 17, 2022
ʙᴏᴏᴋ 11/2022
ʀ ᴇ ᴄ ᴏ ᴍ ᴍ ᴇ ɴ ᴅ ᴇ ᴅ

ᴛʜɪs ɪs ᴀ sᴀᴅ sᴛᴏʀʏ. ʀᴀsᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ɴᴀᴋ ᴋᴜᴋᴜs ɢʀɪʟʟᴇᴅ ᴘᴀɴɢɢᴀɴɢ ᴀᴊᴇ ᴄɪᴋ ᴡʀɪᴛᴇʀ ɴɪ. ʙᴜᴛ ʀᴇᴀʟʟʏ ʟᴏᴠᴇ ᴛʜɪs ʙᴏᴏᴋ. ᴅᴏɴ'ᴛ ᴡᴏʀʀʏ, ɪᴛ's ᴀ ʜᴀᴘᴘʏ ᴇɴᴅɪɴɢ.

ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ 'ᴍᴏᴠᴇ ᴏɴ' ʏɢ ᴘᴀᴅᴀ sᴇᴛɪᴀᴘ ᴏʀᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴅᴇғɴɪsɪ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀʙᴇᴢᴀ.

sᴜᴋᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴀʏᴀᴛ ɴɪ.....

" ᴅᴀʟᴀᴍ ʜɪᴅᴜᴘ ɴɪ, ᴋᴀᴅᴀɴɢᴋᴀʟᴀ sᴇsᴜᴀᴛᴜ ʏᴀɴɢ ᴋɪᴛᴀ ʀᴀsᴀ ʙᴇᴛᴜʟ... ᴛᴀᴋ ʙᴇᴛᴜʟ ᴘᴀᴅᴀ ᴏʀᴀɴɢ ʟᴀɪɴ. ᴋᴀᴅᴀɴɢᴋᴀʟᴀ ᴘᴇʀᴋᴀʀᴀ ɪᴛᴜ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ʙᴇᴛᴜʟ, ᴛᴀᴘɪ sᴇʙᴇɴᴀʀɴʏᴀ 'ʙᴇᴛᴜʟ' ɪᴛᴜ ᴛᴀᴋ sᴇsᴜᴀɪ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋɪᴛᴀ."

ᴠᴇʀʏ ᴍᴜᴄʜ ᴡᴏʀᴛʜ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ ʙᴏᴏᴋ. ᴋᴇᴇᴘ ᴜᴘ ᴛʜᴇ ɢᴏᴏᴅ ᴡᴏʀᴋ ᴍs. ᴡʀɪᴛᴇʀ. 😘

ɪ'ᴠᴇ sᴛᴀʀᴛᴇᴅ ʜᴇʀ ʙᴏᴏᴋ ᴡɪᴛʜ "ᴋʜᴀʏʟᴀ". ᴀғᴛᴇʀ ᴛʜᴀᴛ ɪᴛ ʙᴇᴄᴏᴍᴇ ᴀᴅᴅɪᴄᴛᴇᴅ ᴛᴏ ʀᴇᴀᴅ ᴀʟʟ ᴏғ ʜᴇʀ ʙᴏᴏᴋs.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
October 12, 2022
[BOOK 202]

Adanya Engkau by Ieya Sya.
.

Ya, aku masih belum move on daripada buku Ieya Sya. Habis je baca SAD, the next day, aku terus baca buku ni pulak. Habis dah turn buku lain, aku potong. Padahal aku baru je beli buku ni bulan lepas. Kesian buku lain yang dah menunggu giliran sejak 2018.
.

"Dalam hidup ni, kadangkala sesuatu yang kita rasa betul...tak betul pada orang lain. Kadangkala perkara itu memang betul, tapi sebenarnya 'betul' itu tak sesuai dengan kita."
.

Aku suka nasihat ayah Naira ni. Sejak kematian Haura, anak saudaranya, akibat bunuh diri, Naira menyalahkan dirinya kerana tidak sedar yang Haura terseksa. Bila Naira sesekali bersedih, dia geram bila tengok kakak dan maknya seakan-akan lari dari realiti bila Naira tak dibenarkan bercakap tentang Haura, tak dibenarkan menangis.
.

Dan kerana isu inilah, mak Naira paksa Naira untuk bercuti bersama keluarga Karl, lelaki yang bakal dijodohkan dengan Naira.
.

Okay, Karl ni pulak, pernah kecewa dengan Fara. So, dia sentiasa menolak bila dijodohkan ni. Tapi eh bila terpandang muka Naira yang berpeluh sebab baru lepas berlari, boleh pulak Karl ni tertoleh dua kali. hahah. Oh ya, Karl ni ada geng nya sendiri, 4 sekawan.
.

Mulanya Karl tak setuju nak kahwin dengan Naira. Tetiba dia setuju pulak. Masing-masing dengan alasan untuk move on. Lepas kahwin, mereka bahagia je walaupun masih dalam proses menyesuaikan diri. Naira ni cengeng, tapi Karl sabar je melayan. Iya, seronok la kahwin. Masa single, nangis sorang. Dah kahwin, ada Karl yang pujuk.
.

Tapi, ada je konflik bila Fara muncul. Naira mula rasa insecure. Karl pun ada moment yang dia senyap je tak bercakap sehingga Naira salah faham.
.

"Jangan terlalu salahkan diri. Dont be hard on yourself. Pernah dengar kata-kata tu? Hidup saja macam orang lain. Sakit saja macam orang lain. Semakin lama semuanya akan semakin okay."
.

Love la ayah Naira ni. Tipikal ayah yang selalu menenangkan resah seorang anak.
.

Buku ni jauh berbeza dengan SAD. Lebih kepada emosi gitu. Tentang definisi move on yang berbeza antara individu.
.

Tapi suka chemistry Karl dan Naira. Ada la moment sweet cam dalam Kdrama tu.
.

Oh ya, ada plot twist gak. Part bunuh diri Haura. Kesian Naira. Rasa tak puas hati kan.
.

Overall, aku suka!
.

p/s: antara kelebihan penulis ialah, dia selalu create watak sampingan yang aku tertunggu-tunggu buku dorang pulak.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 29, 2023
Jalan cerita yang menarik, penuh konflik dan sarat dengan emosi. bila part Naira dan Karl memang comel dan sweet tapi time gaduh alahai geram dengan perangai Naira dan selalunya Karl yang terpaksa mengalah. ada plot twist yang menarik. overall nice story.

Review : https://www.tiarasaphire.com/2023/07/...
Profile Image for Bay.
266 reviews4 followers
April 30, 2024
Buku ni ada potensi nak top Nuh dan Nayla. Tapi tak dapat la hehe. Karl ni comel je nak picit2 sebab tak jelas dengan feeling sendiri. Pastu jeles bila Naira rapat dengan Alli dan Airuz.

Naira pulak strong girl sgguh. Aku suka watak dia. Realistic. Tenang je bila Karl buat perangai.

The plot twist? Haih aku geram betul. Kenapa laa Haura tak dapat pengadilan?? 😤😤
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
December 17, 2023
cw / tw: suicide, suicidal / dying thoughts, minor character death (heavily discussed), masking / masked depression, self-blame, ptsd, prolonged grief, bullying.

First foremost, before you read this book, please take note on the cw / tw listed, and preferably do read this with stable state of mind. The story touches heavily on the said topics. Please take care.

-

"Ini normal kan?"
"Ya, normal, kerana awak hanya seorang manusia biasa."


Yes, this is an arranged marriage story, yet no, it's not the slightest resemble your typical arranged marriage story.

The story begins with Naira and Karl, being forced to know one another for an arranged marriage on a family vacation. Due to Karl's prejudice towards women, he straightforwardly rejected Naira, and Naira doesn't mind it at all. But by the end of the short vacation, something stirred inside of him after knowing Naira a bit better. What she did changed him, and he accepted the marriage, but to his surprised Naira rejected him instead, but couldn't have a say om the decision. Eventually, both of them agreed on the marriage due to their own personal reasonings, which they both thought the marriage could fix their life a little bit better, they could finally get happier. It did get better for them, but over time, when the same 'reasonings' they kept to their own selves started to unfold, one by one things started to crumble between them. Apparently, both of them suffered terribly from the past, one from a 'broken heart', and the other from a 'great grief', but how exactly can they fix the marriage if they couldn't 'fix' the things they keep holding them back in life itself?

You may think, oh, this did sounds like a typical arranged marriage story, but again, it's not. The story does typically highlight their marriage life, but the bigger part of it mainly centered on the issues surrounding both Naira and Karl's background and past, and it's heavier than one may thought.

It is a drama, romance, and a familial conflict story which touches on various instances of moving forward from 'kelukaan', grief, and them, trying to be 'normal'.

Both of the main characters face such hurdles in their life, and the reasoning for their agreement on the marriage isn't as simple as any other stories I've ever read. Their struggles and their journey on overcoming their past conflicts really makes me fully wanted to root for both of them from the start to end.

Although the theme of the story is absolutely heavy and touches on a number of various different conflicts, SO MANY that I personally wouldn't spoil anything in regard to the plot line at all — fret not, despite that, it's an absolute page turner at it's best, and it is written in such a great order.


• Regarding the characters themselves, first we have Naira, what seemingly an extremely reserved type of person, but overtime, we will learn that what she actually hid is more than that. Her as a character taught me a lot as she's a realist, and her way of thinking is something that makes me think a lot on various things throughout the story. She on the surface seems selfless or even sometimes 'weak', putting others at front before herself, but no one exactly knows how strong she really is. She's an absolutely complex character, but if we really do indulge into her character, I couldn't help but to think how admirable she is.

Then we have Karl, he's quite a jerk earlier on, and sometimes does too post marriage, but he really does have such a great character development, where despite getting himself into a marriage without love, I could see how genuine he is and how he put his 100% on the marriage, and how he treated Naira was simply great. The way although their argument seems a bit frustrating from time to time, it's nice that they actually spoke and face their issues at hand. When looking at the MCs as a pair, i couldn't help but to think that — communication is the key, but the honesty in your heart is just as important.

On the other hand, as for the side characters, not even exaggerating, but the were written so fantastically. From Haura's issues, to how the author portrays how each human being would act differently on a situation (this is in terms of Naira's family and their grief), the familial relationship, as well as the bond between Karl's friend, they moved me deeply.

• In terms of the heavy theme on mental health, the author approached the issues quite wonderfully and in a realistical way. One of them is on masking, where it's seen a lot done the FL herself and how she tried to break free from it. And this is also done / faced alot by the FL's own family members, and how the masking itself although it could protect oneself, it could also cause catastrophe onto others and on our everyday life. And the other 'issue' that's been discussed a lot is the grief of death, and again this could be seen on Naira as well as her family members. Throughout this story, we could thoroughly dive into the differences on how every each one of us individually grief, and good and bad of it. I genuinely appreciate how the author wrote regarding each one of it, expanding on the said issues, and how well they were handled without being left hanging around. It's real. And really, thank you for this Ieya Sya.

• Although half of the book touched a lot on the side / background stories just much as the main story (as in the story between the ML and FL), it's such a balance writing and as crucial as the main plot. On the other hand, really do appreciate how the interactions with Karl's ex weren't shown as much or were highlighted more as the main issue between the ML / FL (as they got other issues, you know, that's how life is), or else it would've annoyed me, but at the same time it's nice that the same 'issue' were discussed directly between the MCs.

• Okay, about the arranged marriage plot, I like that they weren't forced into one another and were given their own choice in the say. And it's nice that they're paired in that situation just for the reason that their parents wanted them to 'try', mun suka, suka, mun nisik, nisik lah. And it's not one of those 'oh our parents terhutang budi with one another, haha guess we're stuck!' or even those 'kenen kenen joke'. So, if you're like me, you probably would like the story.

---
• To be frank, the story did seem a bit '???' in the earlier chapters, a lot of things are quite confusing in terms of the characters' personality, as well as what exactly the story is trying to tell us. But the progressions along the plot were so well done and things were well explained whether sooner or later. Trust the process my friend, trust it!

• I'm actually not really a fan of non-organic meet up - vacation between two characters, and how they don't even know about one another but were pushed into the situation for the 'perjodohan' reasoning. Maybe i have that ikhtilat issue and how they'll see one another day / night and i thought it's too convenient. But somehow the author makes this work and interesting — where I find the events and interactions penuh perisian and quite important? Haha, guess I don't really mind at the end.

• Some things that quite a bit of a bother for me as a reader is the extremely lengthy ongoing dialogues between characters, this as in the 'essay dialogue'? The message and the emotions in them is well done, but the way it was on-going-ly written is a bit distracting, at least for myself.

• This might be controversial, but honestly, I'm not a fan of the 'closure' on Haura's part of the story. Not that I don't want a closure and the truth regarding her feelings towards her family, it's just that I don't the plot twist of it. Idk, a part of me wished the narrative stayed the same for the very least, as 'that' carried the story from the very beginning.

---
Nevertheless, I highly recommend this book. Again, though it discussed on heavy-heavy topics, it's such a healing book all at the same time due to how the topics were touched, and how they're handled. You'll start it with sadness, but it ends with a great comfort.

Much hugs to you.

p/s: is there any story about Airuz and Elni?
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
February 17, 2023
“𝒮𝒶𝓎𝒶 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶𝓀𝒶𝓃 𝒶𝓌𝒶𝓀, 𝒩𝒶𝒾𝓇𝒶. 𝒜𝓌𝒶𝓀, 𝒩𝒶𝒾𝓇𝒶. 𝐼𝓈𝓉𝑒𝓇𝒾 𝓈𝒶𝓎𝒶. 𝒪𝓇𝒶𝓃𝑔 𝓎𝒶𝓃𝑔 𝒽𝒾𝒹𝓊𝓅 𝒹𝑒𝓃𝑔𝒶𝓃 𝓈𝒶𝓎𝒶 𝓈𝑒𝓀𝒶𝓇𝒶𝓃𝑔. 𝒜𝓌𝒶𝓀. 𝒜𝓌𝒶𝓀. 𝒜𝓌𝒶𝓀.” -𝒦𝒶𝓇𝓁

𝒦𝒶𝓇𝓁 🤍 𝒩𝒶𝒾𝓇𝒶
4.5/5 💫

Naira. Seorang gadis biasa yang hidup dalam kemurungan selepas kehilangan salah seorang ahli keluarganya. Disebabkan itu, ibu Naira merancang untuk menjodohkan Naira dengan anak temannya. Berharap agar Naira mampu mencari kebahagiaannya sendiri selepas pemergian Haura.

Karl. Seorang yang susah sangat nak terima wanita selepas berpisah dengan bekas kekasihnya, keputusan ibunya untuk jodohkan Karl dengan Naira dibangkang lebih awal sebelum bersemuka lagi.

Percutian di Langkawi menjadi sebab untuk Karl mengenali Naira selepas apa yang dia dengar dan nampak sisi lain seorang Naira. Pulang dari Langkawi, Naira dan Karl bersetuju dengan perkahwinan yang dirancang tapi bersebabkan masing-masing mahu ‘move on’.

🪄 tbh, buku ni pain dia lain sikit dengan Khayla sebab ini lebih kepada sedih disebabkan suicidal yang berlaku dan cara Naira nak move on tu sumpah sakit ya.

🪄 ‘move on’ dalam ni ada dua type which is move on dengan kisah cinta lama dan move on dengan tragedi yang pernah menimpa. Cara family Naira move on tu very relatable sebab somehow saya pun akan buat benda yang sama macam kakak Naira 😌

🪄 Saya ingatkan plot twist tu berhenti dekat situ je ttbe bab akhir ada satu lagi plot twist yang tak disangka-sangka 🫣

🫧 papepun issa recommended tau korang sebab it’s kinda fun to read how Karl boleh jatuh cinta dengan Naira
Profile Image for Siti Nuraishah.
14 reviews5 followers
March 10, 2022
Rating : 4.5/5

Baru habis baca. Memang superb dia punya plot twist tu, dua plot twist sekali penulis bagi. Pemulaan pembacaan tu dia macam hambar n slow sikit, saya mengantuk sikit baca , tu yang tolak 0.5.

Memang rasa sesak dada, sesak nafas waktu baca cerita ni, Naira ni dia tak cengeng sebab asyik menangis tapi agak sedih sebab dia punya gigih dengan perasaan sedih bila dia teringat kat anak saudara dia tu pon kekadang rasa geram, sebab penulis ulang banyak kali kan rasa sedih tu, n ada satu perenggan tu saya rasa berulang saya baca. Cuma kisah Karl n Fara ni dia punya closure tu tak challenging la , habis gitu je, tapi kalau diteruskan jadi drama akasia la pulak kan..

Plot twist tu memang tak sangka lah. Tetiba teringat kisah artis thai yang mati lemas baru ni. But geram jugak dekat pelakunya asal mati mcm tu je. Sian Naira mesti dalam hati tu kekecewaannya tak tertanggung. Tapi seriously ni memang best. Cuma bab pergelutan emosi naira tu rasa sesak bila membacanya, rasa macam beratnya Ya Allah beban perasaan yang Naira tanggung, cuma towards the end bila konflik keluarga tu terlerai baru dada rasa lapang, dengan dada pembaca pon rasa lapang. Haha. Memang Recomended novel.
Profile Image for Ain Amira.
22 reviews6 followers
February 13, 2022
Arghhh!!!! Again karya terbaru nie sumpah best !! Ingt tak ada plot twist tp pergh .. sumpan sapa yg tk bca rugi . Mcm roller coster author buat . Kjp sedih lps tuh marah . Happy sedih balik mrh lg sedih lg and last sweeetttttt !! Kisah naira gan karl . Masing2 ad isu masing2 dri tak suka ehh ajak kawin . Then dh kawin gaduh manjangg tp tk smpai lari2. Kisah haura . Fara . Kakak naira . Serius sedih . Kesian haura . Tak sngka mcm tuh kejadian sebenarnya . Betul ckp naira tak patut ending utk *** tuh mcm tuh je . Aishh . Nsib hujung2 kal ieya bg kita sweet2 lupa terus mrh tuh . Part berkawan pun best .Hehehe agak2 ada spin off tk nnt ebook ke kann … apa2 pun serius best . Karya kak ieya mmg tk pernah mengecewakan .
7 reviews
May 18, 2022
Cerita yang sedikit berat. Sarat pengajaran. And plot twist yang menyakitkan hati. Keseluruhannya, buku yang best untuk dibaca dari one of my favourite authors, Ieya Sya. Love this book as I always do with her other books.
Author 7 books27 followers
January 29, 2023
3.5⭐

Cerita tentang Karl dan Naira yang dijodohkan keluarga. Pada mulanya Karl tak terima sebab dia rasa Naira sama je macam perempuan lain.
Naira ni ada masa lalu yang kelam selepas kematian anak buahnya disebabkan bunuh diri. Dia asyik menangis bila mengenangkan cara Haura mati.

Selepas kahwin, hubungan Naira dan Karl gaduh baik-gaduh baik. Naira dengan pendiriannya. Karl pula keliru dengan perasaan sendiri.

Storylinenya ok. Smooth je macam biasa. Tapi aku tak suka watak Naira😂 Kadang tu rasa macam dia sengaja je buat orang marah dengan pendirian dia tu. Bila kena tampar dengan kakak sendiri, barulah dia sedar tak semua benda yang dia rasa betul tu adalah betul.

Apapun, suka plot twist diakhir cerita. Terbaik!❤️
Profile Image for alittlecloud.
477 reviews
March 2, 2023
some parts memang ada yang sedih but i’m not really a fan of the writing style
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.