Perkahwinan mereka berlandaskan "business marriage" semata-mata. Jadi, bagi Aqil, dia tak perlu laksanakan tanggungjawab sebagai suami.
Kau cara kau, aku cara aku. Kau hidup kau, aku hidup aku.
Tanpa sedar, Airis menjadi isteri terbiar. Makan hati berulamkan jantung saban hari. Malah, setiap bicara yang terluah, sentiasa menyakitkan hati.
"Boleh tak, kalau kau jangan menyemak depan aku? Jangan tayang muka kau depan aku." - Aqil Amran
"Macam mana saya nak mengelak kalau tinggal sebumbung?" - Airis Amra
"Duduk dalam stor." - Aqil
Airis bungkam. Tak terkata dengan tingkah Aqil. Entah apa salah dia sehingga Aqil melayannya tak ubah seperti orang asing yang membawa penyakit. Jijik nak bertegur. Apatah lagi nak bersama.
"Kalau awak tak suka saya dari awal, jangan kahwin dengan saya. Seksa hati perempuan, hobi baru awak ke? Banyak sangat ke pahala sampai nak top-up dosa hari-hari?"
Mulut Airis tak pernah mengalah! Sungguh! Kehadiran dia merimaskan, kewujudan dia mengjengkelkan! Aqil rasa tercabar.
Setiap hari, ada saja cara dia untuk menyakitkan hati Airis. Bukan fizikal, mesti dia lukakan batin Airis. Malangnya, dalam ingin menyakiti, dia tak sedar hatinya mula mencari.
Di saat Airis tiada, dia merindui. Ketika Airis depan mata, dia menyakiti. Namun, ego mengatasi segala-galanya. Pedulikan kata hati, dia ikut kata nafsu.
Membiarkan Airis menjadi isteri yang terbiar sekali lagi walaupun hati sendiri terluka teruk.
satu yang menarik perhatian, watak zura. zura ni kawan baik airis. dia punya cucuk jarum, lain macam.
airis dan aqil berkahwin atas dasar perniagaan. itu sebab aqil langsung tak suka pada airis. tambah pula penampilan airis yang bagi aqil, sangat dull. tapi, seharusnya begitu. airis sangat menjaga auratnya.
zura ni tadi. ha... dengan aqil dia cucuk, dengan airis pun sama. sana kutuk, sini kutuk. agenda dia? dia nakkan aqil tu yang sebenarnya. fitnah yang dia bawa sangat-sangat bahaya.
memang ada manusia macam ni, kan? sanggup melihat hidup manusia lain menderita asal agenda untuk dirinya sendiri terlaksana. dia suka aqil. dia kawan baik airis. apa salahnya dia doakan hubungan dingin mereka berdua tu berakhir. ini tidak. lagi dia nak runtuhkan rumah tangga kawan sendiri!
fitnah ni memang sangat-sangat bahaya. tambah pada yang tak mahu selidik kebenaran. yang terus percaya tanpa berbelah bahagi. yang terus sama jatuh menuduh.
akhirnya, hubungan manusia itu huru-hara sesama sendiri.
Tak igt nama watak FL and ml... Tapi cerita dia mcm ni.. ml kena pksa kawin dengan FL tapi ml taknak long story short dorg kawin juga... Tapi ml layan FL terus sangat mcm isteri atas kertas je.. pastu ada penyondol pula tu.. kawan FL sendiri pula tu duk buat cerita psl FL, kata FL ni liar la apa la... And so on... Overall cerita ni best je... Plot semua ok for me... Pergilah beli... Nilai sendiri jangan terpedaya dengan riview org.. lain org lain taste right mana tahu kalau korg baca korg suka pula..
Actually tak ada la sampai isteri yang terbiar. Elok je mereka serumah dan sebilik. Cuma biasalah. Bila perkahwinan itu bukan atas dasar cinta dan bukannya rela hati, sudah pastilah kesesuaian itu tidak mudah. Apatah lagi bila Aqil sendiri tidak bersedia untuk berkahwin.
Tapi bukan sahaja Aqil, Airis juga merasakan benda yang sama. Kekok. Janggal. Namun Airis lebih berdamai dengan takdir. Lebih tenang walau hatinya berkali² terluka dengan kata² Aqil yang tak pernah ada insurans. Sengaja cari gaduh dan tak pernah cover langsung muka benci dia tu.
Keadaan menjadi bertambah buruk bila adanya watak Zura yang kaki cucuk dan fitnah. Dengan Aqil dia fitnah Airis. Dengan Airis pula dia cucuk supaya bercerai. Kawan baik jenis apa ntah. Tapi watak Zura ni awal² lagi dah tunjuk redflag. Cuma Aqil dan Airis je yang tak perasan.
Konflik bertambah buruk bila Aqil percaya bulat² fitnah Zura. Dan kerana fitnah itulah Airis kecewa. Kecewa kerana Aqil lebih percayakan orang luar. Kecewa juga bila Zura itu kawan makan kawan. Tapi sebenarnya thans to Zura. Kerana fitnah dialah Aqil membuang egonya untuk meminta maaf pada Airis dan meminta peluang kedua untuk rumahtangga mereka.
Dan hasilnya? Mereka mampu capai bahagia selepas hujan di tengah hari. Walaupun cerita ini lebih kurang dengan karya penulis dalam setiap ebook yang dihasilkannya, namun untuk cerita ini saya bagi thumbs up👍