Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Story of Maria

Rate this book
Desas-desus masyarakat setempat mengatakan apartmen itu berhantu. Ada yang mendakwa puaka di situ boleh menyerupai orang yang dikenali. Termakan helah, boleh mendatangkan musibah. Dafi tidak ada pilihan lain untuk menyewa bilik di apartmen itu kerana sewanya murah.

“Cuma satu aje aku nak pesan. Bila malam, jangan nak melilau sangat.” – Iman

“Beraninya kamu, Dafi! Kalau akak, mati hidup semula pun tak mahu menyewa situ.” – Zubaidah

Sehinggalah gangguan demi gangguan yang dialami, membuatkan kehidupan Dafi berubah. Kemuncaknya, Rahim yang menumpang tinggal di apartmen itu buat sementara waktu, dirasuk dan kemudiannya hilang tanpa penjelasan munasabah.

“Dia ada dalam rumah ni cuma kita tak nampak dia dan dia tak nampak kita.” - Jamali

Benarkah segala macam kejadian paranormal yang menimpa mereka ada kaitannya dengan seorang perempuan rahib Kristian bernama Maria yang pernah mendiami apartmen itu? Siapakah Maria yang sebenarnya?

“I see death is falling from the sky.” – Maria

379 pages, Paperback

First published February 1, 2022

6 people are currently reading
72 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books147 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
115 (68%)
4 stars
45 (26%)
3 stars
7 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 73 reviews
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
February 8, 2022
5 ⭐️ tak cukup untuk SOM. Tapi tu je bintang paling maksimum boleh bagi.😅

SOM ni bukan macam cite hantu melayu biasa. Bila berkait dengan agama lain seseorang penulis perlu kajian yang teliti. Takut menyinggung penganut agama tersebut. Dan Tok u did well!

Penceritaan penulis pun sangat tersusun dari satu babak ke satu babak. Rasa macam tengah tonton filem pun ye!

Tahniah Tok!!!

#orangkampung
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
February 13, 2022
Alhamdulillah, tahniah penulis untuk naskah baru yang sangat menarik, mendebarkan dan penuh pengajaran ini. Sememangnya setiap kali penulis keluarkan buku, tak menunggu lama mesti terus baca. Dan setiap kali tu juga ceritanya tak pernah mengecewakan.

Naskah Story of Maria bukanlah urban setting pertama yang penulis nukilkan. Sebenarnya sebelum ini pernah membaca karya berlatarbelakang urban juga daripada penulis. Bukunya berjudul Kisah Seram Malam Jumaat dan hasil nukilan penulis dalam tu bertajuk "Syaitan." Walaupun "Syaitan" cuma berbentuk novelet dan pendek saja, tapi bagi saya karya terbaik setakat ni yang penulis hasilkan. Unsur seramnya walaupun tak perlu naratif yang detail tentang rupa hantu, tapi dah cukup buat saya yang baca jadi trauma juga beberapa hari.

Sekarang Story of Maria sudah menyaingi kedudukan "Syaitan". Elemen seram yang dimasukkan oleh penulis ke dalam bukunya sentiasa menjadi bagi saya. Tak perlu pun masukkan penjelasan secara grafik dan gore seperti kebanyakan buku seram, sudah cukup buat saya meremang sepanjang pembacaan. Rasanya dalam banyak-banyak babak seram dalam buku Story of Maria, babak paling berkesan dan seram adalah babak masa Dafi makan mi goreng dengan housematenya tu. Haishhhhhhhhh!! Memang "kuangajaqqqqqqq" babak tu. Huhuhuhuu. Terngiang-ngiang pulak suara "si dia" bila dia cakap "Kau dah tahu siapa aku ke?" AAAAAAAA!!! Part ni memang automatik terus tutup buku sebab nak bagi bertenang kejap jantung. Hahahahhaa. Babak ni kalau buat dalam bentuk movie, mahunya boleh seminggu tak boleh tidur!

Pujian harus diberikan kepada penulis kerana kepakaran beliau dalam menghasilkan "red herring". Dalam setiap novel penulis memang akan ada "red herring" yang akan menyasarkan pembaca daripada meneka siapa antagonist sebenar. Walaupun berjaya agak seorang dua yang bersembunyi di sebalik watak masing-masing, seorang pula tersasar tekaan. Tak terjangka identiti sebenar watak tu. Syabas penulis!

Dari segi plot, memang mengalir dengan sempurna. Tidak ada bahagian yang melewah pada saya. Tak ada satu pun babak filler yang dirasakan tak perlu. Semuanya diadun dengan sangat baik, sampaikan babak pasal Covid tu pun tak mengganggu alur cerita. Bahkan menguatkan lagi, menjadikannya lebih dekat dengan realiti. Syabas lagi penulis!

Dari segi watak pula, saya memang kagum dengan cara penulis mengembangkan watak. Watak-watak dalam semua buku penulis tak pernah linear. Sentiasa ada perkembangan dan perjalanan yang membawa watak tu mencapai puncak cerita yang setelahnya memberikan kesan kepada pembaca. Hatta watak antagonist sekalipun. Which is a very good skill! Watak antagonist yang memberi kesan kepada pembaca dalam sesebuah buku adalah satu yang sangat bagus. Kesannya lebih mendalam, malah sebenarnya lebih mendalam daripada kesan seorang protagonist. Lagi-lagi syabas penulis! Hehehehe.

Akhir kata, satu naskah terbaik daripada penulis. Jika ada sesiapa yang mahu mencuba genre seram atau mahu mencuba membaca karya daripada penulis, saya rekomendasi buku Story of Maria ini. Sangat menarik dan berbaloi untuk dibaca. Pengajaran dalamnya pun banyak sangat. Pacing pun laju dan saya jamin, siapa yang baca memang tak akan dapat nak letak sekejap. Kalau letak pun mesti akan terkenang-kenang. Buku ni pun macam Apartment Bayu Malam tu juga. Berhantu! Hahahhahaha.

Tahniah Tok! Semoga Tok Ketua dikurniakan rezeki ilham yang luas untuk menghasilkan karya yang baik-baik dan cemerlang. Aminnn Aminnnn!

Majulah Tok Ketua untuk Orang kampung!

#orangkampung #ajkbalairaya
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 22, 2023
Ini karya pertama dari penulis yang saya baca. Jarang sangat saya nak membaca kisah seram. Kisah yang menarik.

Banyak watak. Mula2 saya ingatkan Dafi watak utama. Tapi saya rasa ada watak lain yang lebih menonjol. Dafi tu cuma mangsa yang dijadikan sasaran golongan penyembah syaitan. Saya lagi teruja dengan Jamali dan Rahim. Kerana Dafi jugak lah kita diperkenalkan dengan watak2 lain yang sebenarnya ada kaitan dengan kisah lima tahun lepas.

Gangguan paranormal yang dialami di di rumah sewa tu memang menakutkan. Untuk saya yang memang penakut ni. Kalau ikut rumusan saya, kisah ni sebenarnya ialah Maria, rohnya tidak tenang, jasadnya diseksa, mayatnya tak dikuburkan. Dia nak seseorang selamatkan dia dari seksaan duniawi ini. Ada pulak seseorang itu sayangnya pada Maria melebihi segalanya. Nafsu menjadi tuan. Lalu syaitan mengambil kesempatan.

Nak hapuskan puak pemuja syaitan ni juga memerlukan ilmu. Semangat kena kuat. Macam Rahim. Berani je dia naik ke rumah atas kerana sifat ingin tahunye. Bijak pulak tu. Macam Dafi pulak bodoh. Hahaha.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
April 30, 2024
The story is very well-written! Walaupun kisah rumah berhantu sering kita baca di artikel, Twitter, blog, kisah novel ini tak boring langsung. Ia campuran kisah rumah berhantu, zaman PKP Covid, jenayah ajaran sesat, sakit mental, ritual penyembahan yang menjijikkan, dunia ahli akademik, dan rentas masa. Saya suka sungguh dengan latas bahasa penulis. Ia mengingatkan stail penulisan Ramlee Awang Murshid. Sejujurnya, saya hanya berani baca pada waktu siang. Tapi sebab tak sabar-sabar nak tahu plot seterusnya, saya gagahkan diri untuk baca tengah malam. Ini buku kedua A. Darwisy yang saya baca. Dua-dua dapat 5 bintang. Suka sungguh dengan penulis ini.
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
February 17, 2022
ʙᴏᴏᴋ 13/2022
ʀ ᴇ ᴄ ᴏ ᴍ ᴍ ᴇ ɴ ᴅ ᴇ ᴅ

ғɪɴᴀʟʟʏ, ʜᴀʙɪs ᴊᴜɢᴀᴋ ʙᴀᴄᴀ ᴛʜᴇ sᴛᴏʀʏ ᴏғ ᴍᴀʀɪᴀ. ᴘᴇɴᴜʟɪs ɴɪ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ғᴏʀᴛᴇ ᴅɪᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ sᴇʀᴀᴍ. ᴀᴅᴀ ʟᴀɢɪ ʙᴜᴋᴜ-ʙᴜᴋᴜ ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ʙᴇʟᴜᴍ ʙᴀᴄᴀ.... ɴᴀɴᴛɪ ᴀᴍɪᴋ ɢɪʟɪʀᴀɴ ᴅᴜʟᴜ ᴇʜ.😁

ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ ᴛᴀᴋᴅᴇ ʟᴀ sᴇʀᴀᴍ sᴀɴɢᴀᴛ ᴄᴜᴍᴀ ʙᴜᴀᴛ ᴋɪᴛᴀ ɴᴀᴋ ᴛᴀʜᴜ ᴀᴘᴀ sᴇʙᴇɴᴀʀɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴊᴀᴅɪ ᴘᴀᴅᴀ ᴍᴀʀɪᴀ ᴅᴀɴ sᴇᴅɪʜ ᴊᴜɢᴀᴋ ᴋᴀɴ ʙɪʟᴀ ᴛᴀʜᴜ sɪᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴᴅᴇʀᴀ ᴊᴀsᴀᴅ ᴍᴀʀɪᴀ.

ᴘʟᴏᴛ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ʏᴀɴɢ sᴀɴɢᴀᴛ ᴍᴇɴᴀʀɪᴋ. ᴛᴇʀᴀsᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴋɪᴛᴀ ᴘᴜʟᴀᴋ ʏᴀɴɢ ᴅᴜᴅᴜᴋ ᴋᴀᴛ ᴀᴘᴀʀᴛᴍᴇɴᴛ ᴛᴜ. sᴇʀɪᴀᴜ.

sᴜᴋᴀ ʙɪʟᴀ ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴍᴀsᴜᴋᴋᴀɴ ᴅᴜᴀ ᴡᴀᴛᴀᴋ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀʟᴀɪɴᴀɴ ᴀɢᴀᴍᴀ ʙᴇʀɢᴀɴᴅɪɴɢ ʙᴀʜᴜ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴɢʜᴀᴘᴜsᴋᴀɴ sʏᴀɪᴛᴀɴ ᴛᴜ ʀᴀsᴀ ᴡᴏᴡ.

sᴜᴋᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴀʏᴀᴛ ɴɪ...

"ᴍᴜsᴜʜ ᴋɪᴛᴀ ᴛᴇᴛᴀᴘ sᴀᴍᴀ ɪᴀɪᴛᴜ sʏᴀɪᴛᴀɴ."

ᴋᴇᴇᴘ ᴜᴘ ᴛʜᴇ ɢᴏᴏᴅ ᴡᴏʀᴋ ᴍʀ.ᴡʀɪᴛᴇʀ. ɪ ʟᴏᴏᴋ ғᴏʀᴡᴀʀᴅ ᴛᴏ ʏᴏᴜʀ ɴᴇxᴛ ʙᴏᴏᴋ. ʏᴏᴜʀ ʙᴏᴏᴋs ɴᴇᴠᴇʀ ғᴀɪʟᴇᴅ ᴍᴇ.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
May 11, 2022
Sebuah kisah yang sangat mengujakan.. Kisah Maria yang misteri.. Tak sangka tekaan Sha mengenai teman serumah Dafi tu betul.. Hehehe.. Tapi yang sorang lagi tak disangka-sangkalah pula.. Watak yang paling Sha suka dalam novel ini Jamali dan Rahim.. Kedua-duanya punya cara yang kemas dalam usaha mencari tahu keseluruhan cerita.. Penyampaian penulis tak pernah lah tak memberikan sesuatu kepada pembaca..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
February 26, 2022
Selepas Bunian, novel drpd penulis memang aku tunggu. Dan bila tau beliau akan keluarkan novel ini, aku dh masuk dlm wishlist siap
.

Kalau tgk cover tu, memang seram. Dan auto akan terbayang kisah seorang rahib wanita bernama Maria. Jadi apa kisah sebenar Maria ni?
.

Ape perasaan korang kalau terpaksa tinggal di apartmen yang keadaannya sangat menyeramkan. Ditambah tidak ramai penghuni yang tinggal disana. Dan hanya kamu yg menghuni blok tersebut?. Kalau aku, memang takkan la nak duduk situ
.

Dafi, pensyarah yg diarahkan bertugas disebuab kolej di Mantin. Setelah ditimbang tara, dan bantuan Karim kawannya dia menyewa di apartment Bayu Malam. Dia menyewa bersama Iman dan jugak Irzaq. Tempat yg memang popular dengan kisah seram tentang gadis bernama Maria
.

Rahim, salah seorang pelajar Dafi dan dia ingin menumpang sewa di rumah Dafi disebabkan masalah kewangan. Satu demi satu cerita yang keluar. Misteri cat dinding yang terkopak. Misteri bunyi orang ditingkat atas rumahnya. Kemuncaknya pabila Rahim hilang tanpa berita
.

"Dia ada dirumah ini, cuma kita tak nampak dia dan dia tak nampak kita." - Jamali
.

Jamali, suami kpd Zubaidah iaitu rakan sekerja Dafi. Jamali bekerja sbg polis. Tapi dia mampu mengetahui sedikit sebanyak perihal mistik
.

Bagaimana Dafi mampu menyelematkan Rahim? Kemanakah Rahim menghilang? Apakah kaitan kehilangan Rahim dengan kisah Maria? Siapa sebenarnya Maria? Apa kaitan Maria dengan perihal mistik yg berlaku di Apartment Bayu Malam?
.

Sebuah kisah yg seram. Dan plot twistnya sangat2 tidak dijangka. Kisah yang penuh pengajaran. Mengangkat tema yang sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang. Tahniah penulis. Serius ini bukan kisah yang biasa2
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
August 19, 2023
[Aku Mati Untuk Hidup]

Bagi aku seram jugak la sekitar permulaan cerita di mana Dafi baru mendiami Pangsapuri Bayu Malam. Ketika dia mula diganggu oleh hantu Maria dan beberapa kejadian aneh yang dilaluinya, membuatkan pembaca seperti aku teruja untuk tahu misteri apa yang dah jadi di flat tu. Part paling aku rasa cuak masa Dafi makan mee dengan Iman. Gggrrrr. Kalau jadi dekat aku, malam tu juga aku pindah. Huhuhu. Part Dafi dengan Rahim dalam rumah tingkat atas pun aku cuak. Part diorang turun tapi tak sampai sampai pun aku macam cuak. Eh semua lah aku nak cuak!

Jalan cerita menarik, tema agama sesat. Sesuatu yang baru untuk aku baca sebenarnya. Ternyata penulis ada membuat kajian berkenaan fahaman agama lain di dalam buku ni. Ada beberapa potong ayat Al-Quran dan perbincangan tentang perbezaan fahaman agama yang boleh kita pelajari dalam ni.

Cumanya aku dah boleh expect siapa sebenarnya maria bila di pertengahan cerita part Dafi jumpa rantai salib & gambar dalam bilik iman. Izraq tu pun aku mcm rasa dia ni pelik. Rupanya....betul. Aku cuma tak expect part zubaidah, jamali & karim. Tapi mcm pelik, zubaidah & jamali dah pernah ada experience dengan Jisim Hitam tapi ambil masa 10
tahun lamanya untuk siasat pergerakan kumpulan tu. Dah kalau tahu tempat gua tu, boleh je buat siasatan berkala di situ. Dalam jangka masa 10 tahun cuma ada 30 org ahli, dengan kuasa sihir sebegitu hebat? Kalau timeline nya 5 tahun okay kot nampak relevan jugak heheh (okay aku memandai)

Lagi satu bab 4 , takut sungguh iman kena kacau dengan puaka pangsapuri tu ya. Tapi mcm tak releven jugak sebenarnya kalau syaitan takut ke syaitan..😆sampai demam..eh dia pulak sibuk nak halau hantu jemput tajul pagar rumah dia..

"dari tanah kembali kepada tanah, dari debu kembali kepada debu"
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
April 17, 2022
1/22

The Story of Maria - Anuar Darwisy/A. Darwisy

Selepas Bunian, sekali lagi penulis masih berbisa dalam melakarkan cerita yang penuh isi melalui novel TSOM. Tidak ada apa yang perlu dihuraikan panjang lebar bagi saya. Bahasa yang mudah difahami, plot penceritaan yang kemas, unsur saspen/seram diceritakan dengan baik dan setiap watak memainkan peranan penting menjadikan naskhah setebal 379 halaman ini sebuah bacaan yang tidak membosankan.

Secara keseluruhannya, novel The Story of Maria punyai kelainan tersendiri. Bukan sekadar menghalau hantu menggunakan ustaz seperti kebanyakan novel seram yang lain. Percubaan berani penulis mengetengahkan agama lain saya kira berjaya. Tahniah buat Anuar Darwisy. Jangan pernah berhenti berkarya!
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
February 13, 2022
Karya A. Darwisy sememangnya tidak menghampakan. Cantik sekali gaya penulisannya. Rasa mudah untuk baca dan terus baca. Walaupun aku dah mcm boleh agak what happen next but aku terus teruja nak baca. Aku rasa macam dah-kena-mandrem by this author! Jalan cerita yg dekat dengan situasi kita sekarang. I loike! Tambah2 aku duduk flat. Mmg seram lah cite dia bila baca buku ni. Flat aku pun ade byk pokok besar2 kat sekitar sini. Seram weh.

My favourite character is encik abg polis! Hehe.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
February 11, 2023
“Aku mati untuk hidup.”

Kisahnya, Dafi mendapat pekerjaan sbg pensyarah di Mantin dan mencari rumah sewa. Setelah ditunjukkan oleh rakan sekerja, Dafi memilih utk menyewa di pangsapuri Bayu Malam kerana sewanya agak murah berbanding tempat lain. Pangsapuri Bayu Malam sgt misteri. Kebanyakan penyewa adalah warga asing. Dan blok yg menempatkan rumah yg Dafi sewa hanya sebuah itu sahaja berpenghuni. Yg lain semua kosong. Iman, rakan serumahnya memesan agar Dafi jgn melilau diwaktu malam. Iman jarang berada di rumah. Hanya pulang sesekali.

Kalau aku jd Dafi kan, mmg tak nak menyewa di situ. Bayangkanlah satu blok tu rumah yg kau sewa je ada penghuni. Lagipun rakan sekerja iaitu Kak Zu asyik suruh je Dafi pindah ke rumah lain. Tp kalau Dafi pindah, tak jd la plak novel ni. Hehe…
Kisah TSOM ni selari dgn waktu PKP. Lagi la rasa seriau bulu roma bila duk bayang kalau diri sendiri yg terkurung dlm pangsapuri tu. Siap kena PKPD lagi. Rahim, salah seorang pelajar Dafi datang menumpang di Bayu Malam krn masih belum mendapat rumah sewa. Hmmm Rahim ni berani sikit, dgn byk kejadian misteri yg dia dan Dafi alami, masih sempat nak menyiasat ttg Maria sendirian. Akibatnya Rahim hilang.

Siapa Maria sebenarnya?

Dalam novel ni aku paling suka watak Abang Jamali, suami Kak Zu. Seorang pegawai polis tp banyak membantu Dafi utk menjejak Rahim yg hilang. Abang Jamali ni agak pandai dan berani berhadapan dgn entiti seram yg muncul. Dgn tugasnya seorang pegawai polis, Abang Jamali dpt menyiasat siapa itu Maria. Roh Maria yg tidak tenang seolah-olah ingin memberitahu sesuatu dan meminta pertolongan. Plot twistnya sesuatu yg tidak dijangka.

“Musuh kita tetap sama iaitu syaitan.”

Tahniah pd penulis sbb menghasilkan satu lagi karya yg wow dan penuh pengisian. Walaupun menggabungkan dua agama berbeza utk menyelesaikan kisah Maria ni tp diolah dgn baik. Yg baik kita ambil sbg pengajaran, yg buruk jadikan sempadan. Your books never failed me.
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
March 18, 2022
Phewwww... akhirnya dapat juga habiskan TSOM ni. Seram bukan kepalang!

Kalau baca blurb (sila google sendiri 🌚), TSOM ini mengisahkan apartment berhantu kan? Yup, memang pasal apartment berhantu pun.

Sejak Dafi tinggal di Apartment Bayu Malam, terlalu banyak kejadian aneh berlaku. Hari pertama Dafi tinggal di apartment tu pun dah "kena". Jalan cerita jadi bertambah menarik selepas Rahim yang tumpang tinggal di apartment tu hilang dengan tiba-tiba. Macam mana Rahim boleh hilang? Ada hantu sorok ke? Haa itu itu kena baca sendiri. 👀

Sejujurnya, jalan cerita TSOM dari awal sampai ke akhir seram yakmat! Setiap kali dorang kena usik, dada aku automatik berdebar bagai nak meletup!

Bayangkan... korang kena berkurung kat rumah sebab PKP lepas tu kena usik dengan hantu. Hantu pula bukan hantu biasa-biasa. Agak-agak kecut perut tak?

Serius seram walaupun ada beberapa usikan tu usikan "biasa" yang selalu kita dengar daripada mulut orang lain. Kalau cerita kita yang dah biasa dengar pun menyeramkan, apatah lagi TSOM ni! 😫

Selain dapat bulu roma naik seluruh badan, TSOM juga terdapat banyak pengajaran. Salah satunya, janganlah kita mencintai manusia lain lebih daripada kita mencintai Allah. ☝🏻 (insaf jap)

Bagi yang suka dengan novel genre seram, novel ini sangat sesuai untuk anda!

HIGHLY RECOMMENDED!

Rating?

Sudah semestinya ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️!

P/s: Sepanjang baca novel ni, kepala aku auto teringat ke Kmovie tajuk The Devine Fury. Tiber rasa nak tengok balik! 🌚
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
December 24, 2022
Dafi seorang pensyarah muda yang baru sahaja memulakan kariernya terpaksa menyewa sebuah apartment yang dikatakan berhantu kerana sewanya yang murah berbanding yang lain. Desas desus yang tersebar tentang rumah tersebut mula dialami sendiri oleh Dafi.

Storyline yang melibatkan pertembungan dua agama bagi memerangi kejahatan jarang dapat kita jumpa di dalam novel seram melayu. Namun tok berjaya memasukkan kedua elemen agama tersebut dengan cantik dan tersusun.

Kumpulan ajaran sesat sememangnya tidak asing di negara kita tapi biasa yang kita dengar melibatkan orang Islam sahaja. Tapi cult dalam naskah ni menyesatkan semua tak kira apa sahaja agama dan bangsanya.

Jalan cerita sangat menarik. Antara konsep yang SH suka adalah relung waktu. Sebuah konsep yang menarik dan terselit cantik dalam naskah ini.

Plot twist dia memang menarik. Ada sedikit cebisan plot twist tu SH dah dapat jangkakan tapi cuma cebisan kecil. Banyak twist yang tak terjangka. Watak yang terlihat tidak penting rupanya agak penting.

Walaupun naskah ini kurang perasan seramnya namun elemen-elemen mendebarkan tu banyak terdapat dalam naskah ini.

Watak yang paling SH kesian dalam cerita ini tentunya Maria. Penuh dengan penderitaan.

Pendek kata naskah TSoM ni memang best. Bagi peminat cerita seram korang kena baca dan hadamkan. Banyak pengajaran boleh didapati dalam cerita ini.
Profile Image for GibbS.
28 reviews5 followers
February 15, 2022
Jalan cerita yang menarik dan segar.
Pengajaran yang bermanfaat kepada pembaca
Good job Tok Nuar 👍👍👍
Profile Image for Ain Book collectors .
40 reviews
July 19, 2023
Bila baca cerita ini teringat the nun movie seram amerika.ada UNSUR2 KESERAMAN dan keagamaan yg bermanfaat untuk dibaca.so recommended untuk yang suka novel seram.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for xxx.
58 reviews1 follower
February 9, 2022
4/5 ⭐'s


Dari segi horror, satu scene je yang dapat buatkan aku meremang bulu roma which is bila main character masuk hospital lepastu ada ---- okay taknak cerita nanti spoil la. Mengenai idea cerita, aku rasa novel ni akan lebih menarik kalau tekankan pasal Maria tu sendiri. Penderitaan dia, suka duka dia dan mcm mana dia boleh lari drpd simpang gelap tu sendiri (the cult). Tapi novel ni lebih kpd menyingkap rahsia disebalik blok tu.. then pergi sana pergi sini, menyebabkan plot yang kemas tetapi takde attachment antara watak2 tu menyebabkan TSOM mudah dilupakan bila aku dah move on ke novel seterusnya. Dari segi plot twist, aku rasa TSOM ni predictable. Takde unsur major betrayal sebab watak2 dalam novel ni pon tak akrab sgt pada pandangan aku.

Tapi novel ni jenis fast pace, aku baca novel ni dalam sehari je. Flow plot smooth
Profile Image for Shukriah Rodzi.
Author 8 books11 followers
February 10, 2022
Resensi The Story of Maria oleh Anuar Darwisy.

Tamat baca: 8 Feb 2022, 6.15pm.

5 🌟🌟🌟🌟🌟 of ghosts 👻

Kisah ini berbeza daripada novel Anuar Darwisy sebelum-sebelum ini. Jika dulu, penulis selesa menghidangkan kisah seram berunsur klasik dan saka yang meremangkan tetapi kali ini berjaya membawa kelainan dengan kisah seram urban moden yang lebih ke arah misteri. Namun, ia tidak kurang mantapnya berbanding novel-novel terdahulu.

Melalui minda bawah sedar, penulis berjaya mengikat kita dengan satu demi satu klu yang sengaja diselitkan pada setiap bab supaya pembaca lebih 'alert' untuk mengutipnya dan cuba meneka apa yang akan terjadi seterusnya lagi dan lagi hingga ke penghujung cerita.

Walaupun pada pertengahan jalan cerita, kita mungkin sudah dapat meneka siapa yang menjadi 'master key' kepada gangguan itu berdasarkan kepada prolog yang diberikan di awal cerita tetapi kewujudan beberapa watak lain mula mengelirukan emosi pembaca agar turun naik dan teruja dengan kejutan demi kejutan yang dibuat oleh penulis.

The Story of Maria sangat dekat dengan kehidupan kita sekarang. Malah, turut menyelitkan penceritaan ketika terjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara. Dafi dan Rahim terperangkap dengan gangguan hantu semasa tempoh PKPD kerana wujudnya kluster covid-19 di pangsapuri itu. Bayangkanlah hidup anda kalau terperangkap bersama-sama dengan hantu sepanjang tempoh itu🤭.

Puaka yang menganggu dikatakan suka menyerupai orang yang tinggal di situ atau pernah tinggal di situ. Kita ingat orang, tetapi rupanya benda itu. Nampak real tapi palsu.

Maria bukanlah watak utama dalam cerita ini tetapi dialah yang dianggap sebagai punca kejadian paranormal yang dialami oleh Dafi, seorang pensyarah muda yang menyewa di Pangsapuri Bayu Malam. Kesian si Dafi ni. Walaupun ada gangguan di pangsapuri itu, dia terpaksa juga menyewa di rumah yang dihuni rakan sekerjanya, Iman kerana di situlah sewa paling murah dan sesuai dengan kemampuan kewangannya yang baru mula bekerja. Begitu juga dengan Rahim, yang terpaksa menumpang di rumah pensyarahnya buat sementara waktu sebelum mendapat rumah sewa yang murah dan bersesuaian dengan budgetnya sebagai seorang pelajar.

Gangguan Maria Melora hanyalah satu permulaan untuk menyingkap rahsia yang lebih besar tentang kematiannya. Maria seorang rahib Kristian dikatakan mati untuk mendapatkan kehidupan yang abadi.
"Aku mati untuk hidup."

"Dari tanah kembali kepada tanah, dari debu kembali kepada debu..." Bisikan itu menghantui Dafi hingga hidupnya huru hara. Malah, pelajar-pelajarnya sering mengadu ternampak kelibat seorang perempuan berada di dalam rumahnya ketika Dafi mengadakan kelas online.

Jamali seorang anggota polis dan Christopher seorang paderi turut berganding bahu untuk menyelamatkan Dafi dan Rahim daripada pengamal sihir yang menyembah syaitan dengan bertopengkan manusia di sekeliling mereka.

Bagi saya, isu agama adalah sesuatu yang sangat sensitif untuk disentuh tetapi penulis berjaya menyampaikan mesej keagamaan dengan baik sekali. Bukan sahaja dari sudut agama Islam melalui ayat-ayat Al-Quran tetapi juga dari sudut agama Kristian melalui petikan dari Bible. Saya percaya penulis membuat kajian terperinci untuk tidak menyinggung kepercayaan penganut kedua-dua agama walaupun wujud perbezaan kepercayaan antara keduanya.

Syabas, Tok Ketua kerana berjaya menghasilkan naskah yang sangat menarik ini untuk tatapan pembaca sekalian.

Pengemar cerita seram, wajib mendapatkan The Story of Maria.

Siyesss... Terbaik! Best! Mantop!👍

#orangkampung
#thestoryofmaria
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
February 19, 2024
overall it was a decent story for me. permulaannya gempak. penuh dengan suspense. lagi-lagi bila hajar call dafi untuk ingatkan jangan kawan dengan zubaidah. time tu dah start rasa macam omg dia jahat ke? tapi tu lah ending dia quite berat bagi saya. tapi satu pujian diberikan kepada penulis kerana berani mengetengahkan mistik yang melibatkan antara dua agama. sejujurnya dari buku ini, kita dapat lihat bagaimana agama kristian dan islam mengendalikan kes melibatkan pemujaan syaitan. cumanya saya agak terkilan bahagian iman. setelah dia hilang, iman takde pun muncul dalam mana-mana scene cuma ending je ada dia. and lagi satu, terlampau banyak fakta dan sains yang dikeluarkan. best cuma bila banyak sangat saya pening sikit hehe. apa pun anuar darwisy punya buku memang top tier !
Profile Image for Ummu Sulaim.
30 reviews4 followers
January 3, 2024
penulis ni memang recommended, setiap helai muka surat jantung ni tak habis² berdebar..haha..
walaupun cerita seram, banyak pengajaran dalam novel ni..tahniah encik penulis!
Profile Image for Mohd Ashmunir.
170 reviews3 followers
April 3, 2022
Fast pace… tak boleh nak letak… means that mmg best sgt buku nie ya… ttg Dafi yang bertugas sbg pensyarah ditmpt baharu dan terpksa menyewa di apartmen Bayu Malam… pelbagai gangguan dia lalui dan begitu juga dgn Rahim pelajar Dafi yang semberono je prgai… dikuatkan lagi dgn watak Sj Jamali and Father Christopher… mcm tgok movie k… last but not least… kesian dgn watak Maria dan Iman… ternyata krn cinta….. agama diblkgkan… Hmm… mcm dh terbgi spoiler plak… done… hahahh
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
February 27, 2022
Novel terbaru daripada salah seorang novel kesayanganku… antara novel-novel yang ditunggu-tunggu kemunculannya.
Perjalanan menerokai naskah ini, The Story of Maria, bermula pada 14 Februari2022, hari kekasih bak kata orang sekarang.. Valentine Day. Sebenarnya tak perasan pon tarikh tu… hahahaha… Berjaya ditamatkan pada tanggal 26 Februari 2022 jam 10 35 pagi.

Secara keseluruhan, jalan cerita novel ini sungguh tidak mengecewakan. Pertama kali menggunakan tajuk omputih a.k.a. English. The Story of Maria. Novel dengan jalan cerita yang Berjaya membuatkan emosi pembaca bercampur gaul.. seram, teruja, tertanya-tanya, ada juga marah.. sedih sudah tentunya dan kasihan.. Semuanya digaul secukup rasa.


IDEA DAN PLOT
=============
Idea yang sangat menarik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mana jalan cerita ini berlaku sewaktu negara menjalani perintah pergerakan kawalan. Sudah tentunya meninggalkan memori kepada kita semua. Garapan idea antara 2 agama dan mereka menghormati pendapat masing-masing. Idea mengenai CINTA digarap dengan baik.
Cerita tentang ajaran sesat yang telah wujud sejak zaman dahulu kalaa tidak kisah sama ada dalam agama Islam itu sendiri mahupun dalam agama lain, dalam cerita ini adalah agama Kristian.

Cinta…..
Benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta itu membuatkan manusia hilang kewarasan dan hilang panduan dan kebergantungan kepada-NYA apabila saat orang yang dicintai pergi buat selama-lamanya.
Namun jangan lupa, ada juga cinta yang membuatkan seseorang itu celik dan waras.
Dan paling baik adalah cinta pada-NYA yang mana cinta itu tidak menyakiti.

Plot cerita ini digarap oleh penulis dengan baik dan berkembang sesuai dengan waktunya. Ruang masa yang berlainan diolah dengan kemas.

Ada waktunya penceritaan membuatkan pembaca tertanya-tanya dan berteka-teki siapa yang dimaksudkan lalu membuatkan pembaca tidak sabarkan untuk meneruskan pembacaan. Kadang-kadang terasa macam masuk dalam scene menjadi partner Jamali untuk menyiasat kes Maria. Rasa macam banyak aja soalan nak ditanya. Ada juga waktunya yang membuatkan penulis terpaksa menutup naskah ini kerasa aura seramnya sakit ke hati pembaca. (Scene makan mee goreng. Memang tak boleh nak teruskan sebab masa tu memang duduk seorang diri dalam bilik).


GARAPAN BAHASA
================
Bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami walaupun banyak juga perkataan-perkataan yang baru diperkenalkan dan semestinya yang baru kepada saya. Secara tidak langsung, dapat menambahkan kosa kata bahasa Melayu.


WATAK
======
Setiap watak dalam cerita ini mempunyai kekuatan dan kepentingan mereka yang tersendiri.
Boleh dikatakan setiap watak dikembangan dengan baik walaupun ada juga satu dua watak yang membuat saya tertanya-tanya kerana tidak acapkali muncul dalam jalan cerita.

DAFI – seorang yang suka hidup dalam dunia dia sendiri dan ambil mudah dengan setiap apa yang berlaku. Seorang yang tidak mahu berfikir lebih-lebih, yang tidak mahu memeningkan kepalanya.

IMAN – watak yang misteri kerana diawal jalan cerita tidak banyak yang diketahui tentang dirinya. Namun terungkai di akhir perjalanan cerita.

MARIA – sudah tentu ini watak utama. Kalau tak mana mungkin TSOM ini menjadi sebuah naskah. Siapa Maria? Wujudnya di awal penceritaan membuatkan pembaca ingin tahua apakah yang terjadi pada Maria.

JAMALI – watak yang menguatkan jalan cerita. Sebab tanpa dia, watak utama Dafi tak boleh nak bergerak. Yelah waktu PKP, dah lah kawasan rumah kena PKPD, nak lak mencari orang yang hilang. Selain watak sebagai polis, ada juga sisi yang lain. Nak tahu kenalah baca.

ZUBAIDAH – seorang pensyarah yang mana wataknya agak misteri. Penulis berjaya membuatkan pembaca akan tertanya-tanya siapa sebenarnya Zubaidah.

RAHIM – watak seorang pelajar yang menumpang rumah DAFI yang menjadi titik tolak terungkai misteri Maria. Seorang yang mempunyai sikap yang ingin tahu tentang semua perkara walaupun kecil.

IRZAQ – rakan serumah DAFI selain IMAN. Watak misteri dan hanya terungkai di akhir cerita. Bila diakhir cerita, rasa kasihan pula dengan dia sebab terpaksa pindah dari rumahnya yang dia telah duduk sekian lama. Awak memang ‘seorang’ yang baik.


KESIMPULAN
===========
Tedapat beberapa mesej yang disimpulkan setelah naskah ini ditamatkan.
Sekuat manapun cinta kita terhadap manusia, kita harus akur pada takdir apabila tiba waktu perpisahan itu. Letaklah cinta kit aitu pada cinta abadi iaitu cinta pada-NYA yang mana cinta itu tidak akan menyakiti kita.

Janganlah kita meletakkan kebergantungan kita pada yang lain selain ALLAH apabila permintaan kita atau do akita dimakbulkan. Mungkin belum tiba masanya dan mungkin apa yang kita minta bukanlah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat kita. (Pesanan untuk diri pembaca juga).

Dunia ini bukan hanya ada kita sebagai manusia namun kita berkongsi bersama dengan makhluk lain Cuma mungkin berlainan ruang masa. (Ohhhh Irzaq…)

#orangkampung
#tukangpukulbeduk
#teama.darwisy
#teamtokketua
Profile Image for Norfashihah Faridus.
4 reviews
February 8, 2022
Saya sangat meminati karya penulis. Rasanya ada hampir 13 novel penulis yang tersusun di rak buku. Kehadiran naskah terbaru ini, setelah sekian lama adalah sangat mengujakan bagi saya.

Kisahnya agak ringkas, straightforward. Bilangan karakter juga tidak terlalu ramai dan mudah diikuti perjalanan plotnya. Berbanding hasil kerja penulis yang terdahulu, novel ini kurang elemen seramnya,lebih kepada misteri. Tidak bermakna kurang berkualiti, cuma berbeza rasa/flavor.

Berbeza juga dengan karya terdahulu, tiada elemen 2 zaman dalam novel ini,yang merupakan trademark bagi penulis. Tetapi ada elemen time travel yang sangat menarik dan mengingatkan saya kepada siri Netflix "Haunting of Hill House" & "Haunting of Bly Manor", di mana perbuatan di zaman dahulu (past) memberi kesan kepada zaman sekarang (present).

Perjalanan cerita yang disulam dengan realiti kehidupan di zaman covid19 sangat dihargai, memberi peluang kepada pembaca untuk mengimbas kembali pengalaman hidup ketika dilanda pandemik. Menjadikan kisah ini lebih "grounded", "relatable".

Seperti selalu, hasil kerja penulis tidak pernah mengecawakan, dan saya mensyorkan kepada sesiapa yang berminat untuk membaca novel ini. Insyallah tidak akan kecewa.

#orangkampung
9 reviews1 follower
February 9, 2022
Kluster Bayu Malam merupakan nama asal novel ni tapi mengikut kata tok ( penulis novel ) pihak penerbit mencadangkan supaya menggunakan nama watak utama sebagai tajuk novel.Maka terhasil lah The Story of Maria.

Novel kali ni tiada pertembungan dua zaman ye.Sesuatu yang lari dari kebiasaan penulis.Watak utama novel ni yang bernama Maria mengingatkan pada Isabelle dalam Tanah Rizab Jin.Bezanya Isabelle dirasuk tapi Maria merasuk.

Novel ni berkisar mengenai sebuah apartmen berhantu yang terletak sebuah negeri di semenanjung yang terkenal dgn masakan salai.

Cerita dimulai dengan seorang pensyarah muda yang bernama Dafi yang baru melaporkan diri di sebuah kolej tempatan.Beliau memilih untuk tinggal di apartmen berhantu kerana sewa yang murah.Dari situ lah pelbagai konflik mula melanda dan kita diperkenalkan dengan satu demi satu watak.Watak2 yang ada tak ramai dan nama yang digunakan pun ringkas dan mudah untuk diingati.

Plot twist wajib lah ada dalam novel ni.Itu yang menambahkan rencah dan perasa.Nak tahu plot twist apa,kena lah baca sendiri novel ni.

#orangkampung
Profile Image for Natasha Mazya.
16 reviews1 follower
February 16, 2022
Alhamdulillah selesai juga pembacaan selepas hampir dua minggu. Maklumlah, slow reader 😅 pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada tok kerana telah menghasilkan karya yang tak kurang hebatnya seperti karya tok yang lain. Maafkan saya kerana resensi saya akan menggunakan sedikit bahasa rojak.

TSOM bagi saya sebuah cereka urban yang menjadi. Ya, temanya klise tetapi olahan dari tok yang membuatkan karya ini mempunyai aura kelainannya yang tersendiri. Magis tangan tok dalam penulisan, memang tak dapat dinafikan.

Elemen seram yang top-notch bagi saya. Lebih-lebih lagi babak di antara Iman dengan pengawal keselamatan tu. Literally got me screeching in horror. Brrrr 🥶

Saya sangat sukakan watak Rahim. Watak-watak pemuda yang banyak celoteh, ada masanya kelam-kabut, bagi saya cukup comel! Dalam celotehnya, ada isinya. Watak Jamali juga cukup kukuh. Peranan mereka berdua bagi saya menyelamatkan keseluruhan cereka ini, di mana akan membawa kita ke bahagian seterusnya; criticism.

Firstly I would like to apologize because out of all these good reviews from my fellow readers, mine including some critics that I'd like to point out. Bukan niat saya untuk menjatuhkan semangat tok, apatah lagi untuk mengutuk. Sekadar pendapat dan analisis dari sudut pandangan saya; pembaca tegar karya solo tok dan juga penulis picisan yang baru hendak bermula perjalanannya. I'm going to list out everything so it's easier for others to refer.

1. Pembangunan cerita (story development) yang sedikit lambat. Hal ini kerana bagi saya banyak episod Dafi dan orang sekelilingnya diganggu dan misteri yang membelenggu Maria, tetapi klu yang diberikan terlalu minima hingga membuatkan perkembangan cerita sedikit lambat. Sedikit saja, tak banyak. Tetapi ia tetap membuatkan saya berasa "tch, ala... Nak tahu pasal Maria, bukan Dafi." Begitu. Tambahan pula dengan Dafi yang juga seolah-olah lambat mahu mengambil inisiatif untuk mencungkil soal Maria.

2. Perwatakan Dafi yang saya kira tak berapa kukuh atau mat salleh kata "strong" sebagai watak utama. Mungkin kerana sifatnya yang suka shrug everything off pada awal cerita, sehingga kehilangan Rahim, barulah dia mahu ambil tindakan menyiasat. Sedikit geram dengan Dafi di situ. Merujuk kepada compliment saya di atas, mujur adanya watak Jamali dan Rahim.

3. Akan menjadi naskhah yang sukar dilupakan andai kisah Maria dan suaminya dikembangkan dengan lebih mendalam, bukan sekadar di Prolog 1 & 2 saja. Betul, siri gangguan di Pangsapuri Bayu Malam memang menarik. Tapi hati saya lebih tertarik dengan kisah Maria itu sendiri. Saya mahu tahu dengan lebih mendalam berkenaan struggles dia, sedih perit dia sampai dia terdorong untuk buat apa yang dia buat. Mungkin sebab tajuknya The Story Of Maria, jadi saya dah setkan minda saya, "nak tahu pasal Maria, nak kenal Maria, nak attach dengan Maria" tapi most of the story revolve around Dafi, jadi sedikit rasa terkilan di situ.

However, despite the critics, it doesn't mean I despise Dafi. Tak sama sekali. Watak Dafi tetap menyenangkan.

Apa yang saya boleh katakan, walaupun saya mengkritik, tapi ia tetap tak menghalang saya untuk berikan 5 bintang untuk buah tangan terbaharu tok ni. Apalah sangat kalau mahu dibandingkan dengan pengajaran, input, ilmu dan nilai murni yang tersemat dalam naskhah ini.

Saya minta maaf sekali lagi andai saya tersilap kata atau terguriskan hati tok dalam resensi ini. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga tok terus maju jaya dan diberikan rezeki masa, ilham dan tenaga untuk terus menghasilkan karya-karya yang hebat! Saya #orangkampung dan saya berbangga!
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
March 18, 2022
Alhamdulillah tamat pembacaan The Story of Maria. Kisah seram thriller yang sangat mengujakan dan mendebarkan. Dafi, seorang pensyarah baru terpaksa menyewa di sebuah apartment Bayu Malam disebabkan sewanya yang murah walaupun ada mendengar desas-desus khabar angin yang mengatakan kawasan situ agak keras. Dafi kerap kali diganggu oleh perkara aneh namun dia mengambil sikap tidak peduli kerana tidak mahu membebankan fikirannya. Iman, rakan sekerja merangkap tuan rumah Dafi telah berpesan agar jangan keluar rumah waktu malam. Walaupun pelik dengan saranan Iman namun Dafi hanya mengangguk saja walaupun tidak mengikut sepenuhnya pesanan tersebut.

Konflik semakin meruncing bila mana Rahim, student Dafi menumpang tinggal di rumah Dafi sementara mencari rumah sewa lain. Rahim jugak tidak terlepas dari diganggu oleh hantu yang dipanggil Maria. Oleh itu, Rahim yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mengajak Dafi menyiasat tentang kejadian pelik di apartment mereka kerana bagi Rahim pasti ada sebab mengapa mereka diganggu. Namun Dafi tidak bersetuju menyebabkan Rahim mengambil tindakan sendiri. Penyiasatan Rahim membawa padah apabila dirinya terperangkap dalam relung waktu yang berbeza. Mereka berada di ruang yang sama namun dimensi yang berbeza.

Dafi yang berasa bertanggungjawab atas kehilangan pelajar dia meminta bantuan daripada Jamali, seorang polis berpangkat sarjan dan juga suami kepada Zubaidah, rakan sekerja Dafi. Kunci utama kes ini adalah tentang identiti Maria. Penyiasatan kes Maria sepuluh tahun lepas digali semula sehingga membawa mereka ke penemuan penting tentang kewujudan satu kumpulan yang terselindung di sebalik topeng manusia. Manusia di waktu siang dan syaitan dikala malam.

Ada beberapa plot twist yang tak disangka. Contohnya, kenapa Zubaidah beria benar nak tolong Dafi, kenapa Iman yang merupakan seorang ustaz pun diganggu dan lain-lain. Paling tak disangka plot twist tentang penghuni asal apartment Bayu Malam. Sungguh rasa tak percaya bila tahu huhu..
Kisah ini perlu difahami dengan teliti kerana ada dua entiti yang mempunyai matlamat yang berbeza.

Setiap watak dalam cerita ini saling berkait antara satu sama lain. Dan setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Seandainya cinta terhadap manusia melebihi cinta Ilahi, maka manusia akan mudah hilang pertimbangan antara haq dan batil.

Level seram dia 8/10 dan part paling seram bagiku bila Dafi makan mee goreng dengan housemate dia. Serius part ni memang rasa meremang tengkuk. Kena pulak baca tengah malam lagi feel tu sampai. Terus tutup buku dan masuk tidur 😂
Profile Image for HASLIZA MOHD.
2 reviews
February 13, 2022
Alhamdulillah naskah daripada penulis A. Darwisy bagi tahun 2022 berjaya di tamatkan. The Story of Maria sangat berlainan daripada hasil penulisan yang sebelum ini, lebih kepada penceritaan yang berlaku pada zaman ini. Jalan cerita yang sangat mudah difahami dan ada pengajaran buat pembaca setia.
Seperti biasa penulis berjaya membawa kami menyelusuri setiap detik penceritaan seolah saya sendiri berada di dalam situasi tersebut. Permulaan kisah memang menyeramkan untuk meneruskan pembacaan. Tiada yang mustahil kehadiran makhluk ghaib itu ada. Seperti Maria hadirnya untuk kisah dirinya dibongkarkan. Pasangan hidupnya yang terlalu taksub pada cinta membuatkan jiwanya dikuasai oleh syaitan dan syirik kepada Allah SWT.
Rasa ingin tahu siapakah dalang kepada semua angkara kekacauan yang berlaku sehingga kita sebagai pembaca tersilap percaturan. Manusia yang sebaik Karim tidak seperti digambarkan dan Iman kehadirannya seolah menjadi tanda tanya sebagai pemilik rumah yang disewa oleh Dafi dan Irzaq.
Permulaan rasa sangsi dengan watak Zubaidah seolah dia ada muslihat tersendiri rupanya dia juga teraniaya. Suka akan watak anggota polis Jamali di mana dia berilmu dalam hal keagamaan. Penulis juga berkongsi beberapa potongan ayat suci Al Quran yang boleh kita jadikan panduan.
Tidak mustahil juga jika Allah mengutuskan mahkluknya yang lain untuk membantu iaitu lembaga yang hadir ingin membantu Jamali dan paderi Christopher. Tetapi kita sebagai manusia mana mungkin setuju menerima bantuan mahkluk ghaib apatah lagi hadir dengan rupa yang menyeramkan. Akan tetapi ia hadir dengan memudahkan urusan Jamali dan paderi Christopher.
Akhirnya Iman dan pengikutnya tumpas walau sehebat mana mereka. Hanya taubat dan kembali kepada yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Pada pengakhiran kisah ini, adakah Izraq sebenarnya lembaga yang ingin membantu urusan Jamali dan paderi christopher??.. Dan Izraq juga yang tahu di mana letakkannya kunci pendua rumah sewa mereka bila ditanyakan oleh Dafi. Lagi menyeramkan Izraq masih lagi berada di kawasan pangsapuri bayu malam walau sudah diketahui dia bukan manusia biasa. Tentu Izraq penduduk tetap di situ. Jeng.. Jeng jeng.. Dia tidak menyewa bilik bersama Dafi lagi tetapi dia menjaga kawasan situ. Sekian..

"Dari tanah kembali kepada tanah.." Dari debu kembali kepada debu.. "

#Orangkampung
Profile Image for Ansya.
113 reviews
March 4, 2022
Aku mulakan dengan Nama Allah Taala Yang Maha Penyayang Dan Yang Paling Mengasihani.

Sambut salam dari ku, Assalamuailaikum Warahmatullah Wabarakatuh kepada Anuar Darwisy aka Tok Ketua. Serta para pembaca pembaca yg dirahmati Allah Taala.

Aku ingin review naskah tok ketua kita ni, tak terlalu formal ataupun terlalu ringkas..bak kata ataupun nyanyian dari iwan ( bekas penyanyi dangdut dulu ) yg sedang sedang saja..

Aku dah lama sgt membaca karya tok ketua ni, tok ketua menulis karya karya yg aku lihat dan baca adalah bergenre kan klasik..seram..( maaf jika aku salah )kali ini pula, penulisan tok ketua berlainan hendaknya. aku rasa tok ketua hendak ceburi bidang penulisan yang berlainan genre..jika kalian para para pembaca yang budiman diluar sana pasti tahu akan penulisan penulisan tok ketua kita ni..secara jujur ia memang THORBAIK!!! 👍👍👍👍👍

apabila aku membaca penulisan ini, dan bila aku lihat image buku berkenaan..dan bila membaca teaser ataupun sebalik nya..naskah ini pasti akan diminati ramai, terutamanya sekali, para pembaca pembaca tok ketua yg senior senior.

Aku tak nak cakap ataupun berkata tentang ceritanya, aku cuma boleh kata kan disini, jalan cerita, susunan ayat nya, watak watak nya, prolog nya, epilog nya, dan all of it, ia mmg THORBAIK!!! 👍👍👍👍👍

last but not least, The Story Of Maria mengingatkan aku akan filem ataupun drama sebagai contoh nya, The Unholy, Archive 81, The Midnight Mass, dan drama drama serta filem filem horror yang sewaktu dengan nya, jika korang nak kan cerita seram yg THORBAIK, ini buku nya, ini naskahnya, aku beri jaminan 100% jika korg nak kan cerita untuk bacaan malam korang, ikuti lah jalan cerita Maria ni..

Akhir kata dari aku, tok ketua, terus kan perjuanganmu, mantapkan industri maupun genre genre sebegini, selagi tok ketua menulis, selagi itu kami menyokong tok! keep it up!!!

I See Death Is Falling From The Sky...
Maria.

Sekian. Signing out.

#orangkampung
#kotasinga

Rating-5/5. ❤❤❤❤❤⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Acik Zaza.
1 review1 follower
February 13, 2022
"Dari tanah kembali kepada tanah, dari debu kembali kepada debu."

Alhamdulillah berpeluang membaca cerita yang ditulis penulis hebat.
Tahniah Tok atas kejayaan menghasilkan novel ini. Acik Zaza bukanlah pandai nak review panjang-panjang.

Merupakan antara yang terawal mendapat buku ni. Tapi sebab kekangan masa dan sibuk dengan tugas hakiki, baru semalam dapat menyelak TSOM. Bila dah start baca, tak boleh stop la pula. Tau2, tak sampai beberapa jam habis sudaaa. (Eh, tapi jangan la kata kami tak makan, tak solat, tak mandi, tak berak pula ya. Siapa anggap macam tu kena tulah. Buasir korang nanti. Kih3 🤣)

Tiap kali baca karya Anuar Darwisy, tak sah kalau jantung tak berdebar. Dan seperti karya yang sebelum ini, sedikit sebanyak Acik Zaza dapat mengagak 'siapa' dalang.

Membaca TSOM, buat kita turut sama tinggal di dalam Apartment Bayu Malam. Fahamkan apa rasa kalau dah duduk kat apartment berhantu tu macam mana rasa?

Sampai rasa nak ke toilet pun seram. Lepas ni, jangan sesiapa tinggalkan gumpalan rambut kat bilik air, memang memetirlah jawabnya.
Baca karya Anuar Darwisy juga, korang kena fokus. Jangan skip sebab dalam penceritaan dia, akan ada terselit klu yang boleh buat kau teka begitu begini.

Dalam tekaan tu, 70% tekaan Acik Zaza mengena. 30% lagi tersasar.

Cerita ini bagus untuk pengajaran buat kita sebagai manusia. Apa pun masalah, berbalik kepada agama, tidak kira apa agama sekali pun. Sebab, semua agama mengajak umatnya berbuat baik.

Yang jahat itu, bukan agama tetapi penganutnya yang tidak sabar bila ditimpa musibah.

Dalam buku ini, banyak penulis berikan ayat-ayat yang mungkin kita boleh hafal dan dijadikan amalan.
Moga kita semua dijauhkan dari kesesatan dan manipulasi jin dan syaitan.

Aamiin.

#thestoryofmaria
#orangkampung
4 reviews
February 19, 2022
Assalamualaikum,selamat pagi🤗🤗🤗saje nk share review saya The story of Maria (TSOM) buku terbaru tok Anuar Darwisy .

🌑T ~ The story of Maria setebal 379 muka surat,kisah seram yg mempunyai banyak pengajaran sebagaimana kata² tok ketua tulis diatas autografnya "Cinta kepada Yang Hakiki ,cinta yg kekal abadi"blh jadi kata kunci utk kisah ini.

🌑 S~ Sesuatu yg kita lihat pada zahirnya belum tentunya suatu kebenaran,mungkin hanya topeng untuk menyembunyikan sesuatu kemungkaran. Situasi penceritaan dlm TSOM ini terasa dekat dgn saya ,mungkin kerana kisahnya dlm tempoh pkp,siap ada petikan dialog mantan PM berkenaan arahan pkp lg.

🌑 O ~ Orang bijak pandai kata cintakan bunga,bunga kan layu,cintakan manusia,manusia kan pergi,cintakan Allah itu lah yg kekal abadi. Apabila nafsu menguasai diri dan cinta sesuatu melebihi cinta kepada yg Maha Menciptakan,maka natijahnya iman menjadi cagarannya ,hanya Taubat Nasuha mampu menyucikannya.Banyak elemen seram dan saspen dlm TSOM ni antaranya masa rahim dirasuk,masa rahim & dafi hilang.suka watak Jamali,Dafi,Rahim yg tidak mudah berputus asa utk merungkai misteri maria.

🌑 M~ Mati bukanlah sebuah pengakhiran sebaliknya sebuah permulaan,bahkan kita hidup utk membuat bekalan yg sebaiknya sesudah mati nnt.Amalan,sedekah jariah n doa anak y soleh merupakan bekalan terbaik kita nnt.Jalan penceritaan TSOM menarik membuatkan kita terus hanyut ingin mengetahui kisah seterusnya,plot twist apabila mengetahui kebenaran identiti sebenarnya housemate dafi hehehe tak sangka juga.secara keseluruhannya 5 bintang saya berikan kpd tok ketua utk TSOM.risau tertulis spoiler ,so saya berhenti disini shj,tqvm kpd yg membaca entri ini.🤗😘
Profile Image for Shar Khan.
2 reviews
February 8, 2022
Seperti novel2 karya Anuar Darwisy sebelum ni, karya terbaru kali ini yang berjudul The Story of Maria juga tidak mengecewakan. Gaya penulisan dan penggarapan yang sangat baik seperti biasa buat saya x mau berhenti membaca. Setiap watak mempunyai kekuatan yang tersendiri dengan plot yang tidak terjangka. Keinginan untuk mengetahui penghujung cerita semakin memuncak di setiap bab dalam novel ini. Penulis juga berjaya membawa elemen2 keagamaan seperti biasa agar kita sebagai pembaca masih kekal berada di paksi keimanan yang sama sebagai umat Islam. Elemen2 seram yang wujud juga masih mampu dikawal kerana penulis berjaya meyakinkan pembaca bahawa tiada kuasa yang lebih hebat selain Allah SWT. Tahniah kepada penulis kerana karya kali ini yang agak berbeza mampu membuat kami sebagai pembaca melihat sesuatu aspek dari pelbagai sudut yang berbeza. Alhamdulillah.... Saya berpuas hati dengan novel ini dan semoga penulis dapat melahirkan karya2 yang berkualiti seperti ini lagi d masa akan dtg. Full support to my fave author, Anuar Darwisy.
Displaying 1 - 30 of 73 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.