Bila firasat hati sudah menjangka derita, sampai bila perlu ditanya apa itu bahagia?Seberapa banyak indah yg kau lukiskan, kenapa akhirnya selalu saja duka yg kau berikan?
Demi menyelamatkan perniagaan milik keluarga yang ditimpa masalah kewangan, Maya Ariana diminta berkahwin dengan Adam Ezriey. Waktu itu, Adam sedang bercinta dengan Hana Darlina yang juga merupakan sahabat baik Maya.
Mengetahui dirinya yang tak akan pernah bahagia dengan perkahwinan itu setelah mengkhianati sahabatnya, Maya dikejutkan pula dengan berita kematian Hana yang dianggap membunuh diri.
“Kalau you tak bersetuju dengan perkahwinan ni, Hana tak akan mati!” - MAYA
“You yang lagi layak jadi penyebab kematian Hana. You dah khianati dia! - ADAM
Adam fikir dia akan membenci Maya seumur hidupnya disebabkan satu kesilapan yang Maya lakukan untuk musnahkan hubungannya dengan Hana. Tapi, siapa sangka ego dan hatinya tidak bergerak seiring. Dia mula menyedari hatinya terpikat pada Maya tanpa mahu mengambil peduli wanita itu adalah ‘punca kematian’ Hana.
Setelah liku-liku hidup yang dihadapi mereka, benarkah kebahagiaan tak akan pernah menjadi milik Adam dan Maya?
“Manusia sebenarnya ada tiga topeng dalam hidup mereka. Yang pertama, yang mereka tunjukkan kepada dunia. Yang kedua, yang mereka tunjukkan hanya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat saja. Dan yang ketiga…” - JAY
“Yang mereka tidak pernah tunjukkan kepada sesiapa.” - MAYA
Maya dan Adam, benarkah mereka punca yang membawa kepada kematian Hana?
Atau ada yang bermain wayang bergaya tenang penuh dendam demi kepuasan diri dan kerakusan naluri?
Untuk semua alasan yang salah, mengalah pada rasa benci bukan punca hati perlu dirai, namun berperanglah pada emosi supaya beban yang digalas membawa keindahan pada warna diri.
Jalan cerita yang smooth, tak memeningkan dan buat i rasa macam nak cepat-cepat tahu siapa yang sebenarnya bunuh Hana. Cuma agak geram dengan ayat yang asyik berulang-ulang diulang oleh Adam dan Maya. Masing-masing asyik nak menang plus ego yang melangit. Setiap kali nak berbaik mesti muncul throwback mengenai hana. Geram guwee 😤
Overall, best! buat i tak boleh stop yaa buku ni😂 pluss cover yang sangat cantik!! 🔥 Anyway, congrats author ♥️
Jadi apa sebenarnya yg berlaku pada Hana Darlina? Benarkah Hana dibunuh atau sememangnya dia bunuh diri sebab kecewa pabila Adam mengahwini Maya? .
Maya dan Adam masing2 menuduh antara satu sama lain atas kematian Hana. Saling menyalahi. Adam dan Hana pd mulanya mereka bercinta, Namun atas dasar 'business' Adam dikehendaki mengahwini Maya. Maya pula sahabat baik Hana terasa yg dia telah mengkhianati sahabatnya . Baik Adam mahupun Maya masing2 bersikap sarkastik. Masing2 ada kepala angin. Tapi bagi aku perangai dorang ni sebenarnya sweet walaupon masing2 ada ego .
Novel ni bukanla sebuah kisah cinta suwit muwit. Dia lebih love-hate relationship. Korang akan tengok bagaimana hubungan yang tercipta antara Adam dan Maya. Bagaimana masing2 cuba memutuskan hubungan yg ada. Bagaimana salah seorang mulai terasa benih2 kasih yg tercipta, bagaimana mereka rasa tidak layak untuk hidup bersama atas kematian orang yg mereka pernah sayang .
Kemunculan Jay mengeruhkan lagi keadaan pabila dia dilihat sering mendekati Maya. Namun atas alasan pekerja di bawah arahan Maya, Adam cuba berlapang dada. Namun dia tetap merasa kelainan terhadap Jay .
Sebenarnya dalam novel ni, penulis ada bgi beberapa hint tentang kematian Hana. Jadi aku seakan boleh mengagak, cuma kekadang ada penulis lebih suka buat plot twist. Jadi kita akan rasa nak taknak percaya je dengan apa yg kita tau .
Overall, really high recommended. Sapa yg suka kisah yg tak fokus kepada cinta semata, bole try baca. Serius tak rugi langsung. Tahniah buat penulis utk kelahiran naskah yg sangat menarik ini .
[For All The Wrong Reasons] 3.5/5 ⭐ Mula mula aku baca buku ni sumpah excited gila because first of course aku suka dia punya penulisan. Second, jalan cerita dia laju and menarik. err btw m/s 1 tu diaorang dah kahwin ya, harap maklum 🤣 But its okay! best je sebab diaorang punya dialog bergaduh tu best. cumanya dah separuh tu aku rasa cam sangat repititive konflik dia. And yes sangat tarik tali weh between FL and ML sesak aku baca 😭😭 I was like, apa yang korang tarik tali sangat ni? gaduh gaduh endingnya tak dapat jawapan jugak macam apa je 😭 Cumanya aku boleh baca sebab the tension and pressure bila diaorang bergaduh tu best 🤣 Plot twist? ada la sikit tapi cam endingnya boleh dijangka, kecewa sikit aa senanya. And the reason behind all the problems happens, cam haaa? apa ni? so gitu ah tapi happy ending
Dr segi idea not bad cuma bila nak hampir ke penghujung penulis mcm xthu nk ttp dgn smooth🧐
Olahan ayat kali ni jg xbrp sdp dibaca berbndg karya2 sblm ni, aku berjaya teruskan pun sbb rse ingin thu apa jd seterusnya
Penulis berjaya jgk la buat aku tertanya-tnya walaupun mcm dh dpt teka jln cerita 😄, tp aku lg tertarik nk thu mcm mne Adam n Maya pnya jln cerita berbndg konflik2 yg wujud tu 😂
N penulis x spttnya berulang kali explain bnda yg mse dalam satu ayat , sedikit bosan bg aku.
Watak Maya dan Adam ni dua2 suka ungkit pasal Hana yang dah tak boleh hidup balik. Pastu selalu rasa bersalah tapi still ulang kesilapan sama. Repetitive. Maya is plain dumb.
This entire review has been hidden because of spoilers.