“Kembara Menjejak Imam Birgivī adalah wasilah yang menyediakan sebuah pengembaraan mencari pengertian tentang seorang tokoh yang telah mati tetapi kematiannya tidak mematikan dirinya.” – Ustaz Hasrizal
Pernah bukan, kita rasa gagal dalam hidup kita?
Kali ini, selepas Jordan, Turki, Ireland, dan kini kembali ke Turki pula untuk travelog tarbiah seterusnya, iaitu menjejak Imam Birgivī.
Di sebalik perjalanan ilmu Ustaz Hasrizal kali ini, ada sedih, ada kekalahan, ada cabaran dan ujian yang melintang di setiap langkahan, dan di setiap itulah ada gugus-gusus tarbiah yang cuba disampaikan.
Kita semua akan mati, tetapi apakah kematian kita ini menghidupkan?
Telusuri perjalanan penuh ilmu dan kejujuran ini, dan teguklah tarbiah yang tertempias di sebaliknya.
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)
Ini buku Ustaz Hasrizal yang pertama yang aku baca memandangkan aku selalu melihat banyak ulasan yang positif daripada kalangan rakan pembaca di media sosial. Maka, aku memberanikan diri mencuba merasakan sendiri pengalaman membaca hasil tulisan beliau. Pengalaman pertama ini nampaknya tidak mengecewakan.
Sejujurnya, aku sendiri tidak tahu inti pati buku ini sewaktu membeli. Kira macam, ah belasah jelah🤣 baca jelaa..ha gituuu😂
Perkongsian pengembaraan ustaz dalam mengkaji tentang Imam Birgivī yang jarang sekali disebut-sebut di dalam sejarah. Juga atas cintanya kepada Daulah Uthmaniyah membawa beliau terus menerus mengkaji dan belajar ke peringkat yang lebih tinggi semata untuk mencari tahu tentang kebenaran. Aku kagum dengan ukhwah persahabatan yang dikongsikan penulis di dalam buku ini dan mengharapkan semoga aku mampu menjadi sahabat yang baik dan juga memiliki sahabat yang baik juga.
Dikongsikan juga beberapa sejarah di Turki dan juga biografi tokoh-tokoh terkenal. Ada yang aku pernah dengar dan ada juga yang aku belum pernah dengar nama-namanya. Juga beberapa tempat yang aku sendiri memnag tidak tahu kewujudannya.
Penulis juga mengkritik sikap pendakwah yang hanya mahu berdakwah disebabkan nama dan kemasyhuran. Ilmu yang terlampau sedikit tetapi mahu mengupas hal-hal yang besar disebabkan mahukan ramai pengikut.
Selain itu, penulis juga menyuarakan kebimbangan akan anak muda yang tidak berminat atau terlalu sedikit yang berminat untuk mempelajari tentang sejarah Islam. Kebanyakannya lebih tertumpu kepada bidang-bidang yang dapat memberikan pulangan lumayan setelah tamat pengajian.
Turki adalah salah sebuah negara yang aku teringin untuk lawati oleh kerana sejarahnya yang cukup besar. Menjadi salah seornag penuntut ilmu di sana pernah menjadi impian aku dahulu. Maka, membaca buku ini seolah-olah aku sendiri yang mengembara menelurusi sejarahnya yang tidak pernah padam dan habis dikaji.
Kesimpulan, buku ini sangat padat dengan informasi dan perkongsian yang mantap daripada penulis. Barangkali, aku perlu dapatkan buku-buku tulisan penulis yang lain selepas ini😉
Lama jugak ambil masa untuk habiskan buku ni. First sebab tebal, second sebab nak hadam dan faham isi-isi buku ni. Mula-mula ingat tak perlu melakukan aktiviti ‘tabbing’ pun dekat buku ni. Tapi banyak isi-isi yang bermanfaat yang boleh diambil dari buku ni. Sedar tak sedar, 69 tabs jugak yang ditampal pada bahagian-bahagian tertentu buku ni.
Seperti catatan travelog ustaz di buku-buku beliau yang pernah dibaca sebelum ini, buku ini juga tidak menghampakan. Isi-isi buku ni ada yang buat kita untuk berfikir sama merenung persoalan, jawapan juga kenyataan yang dicatatkan.
Ulasan Buku: Kembara Menalar Diri – Legasi Imam Birgivi oleh Hazrizal Abdul Jamil
Kenapa aku beri buku ini penilaian yang tinggi? Kerana setiap karya tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar bahan bacaan biasa—tetapi sarat dengan ilmu, mesej kehidupan, dan nilai-nilai yang membuka mata dan hati. Buku ini tidak hanya membawa kita menelusuri sejarah tokoh ulama seperti Imam Birgivi, tetapi turut menyoroti sisi kemanusiaan, perjuangan batin, dan hikmah di sebalik perjalanan hidupnya.
Yang membuat buku ini istimewa:
Lebih 400 muka surat yang padat dengan ilmu, sejarah dan refleksi.
Penceritaan yang membawa kita berfikir, bukan hanya menerima.
Disampaikan dengan dua sisi pandangan (pro dan kontra), membuatkan kita menilai sesuatu isu dengan lebih adil dan matang.
Bahasa yang mudah, tetapi dalam maknanya.
Antara petikan yang sangat menyentuh hati:
> “Kubur itu gelap, hidup ini jangan main-main.” Petikan ini bukan sekadar kata-kata, tetapi terjemahan hidup Imam Birgivi sendiri — daripada seorang yang dikenali, dihormati dan berada di puncak kemasyhuran, beliau akhirnya memilih untuk berundur dari dunia, kembali kepada fitrah, dan menyampaikan ilmu dengan penuh kesedaran. Walaupun meninggal dunia di usia muda, beliau ‘hidup’ dalam legasi yang ditinggalkan.
Kesimpulannya: Buku ini bukan buku motivasi tipikal. Ia adalah cermin untuk kita merenung semula perjalanan hidup sendiri. Saat kita rasa lemah, tersasar, atau terlalu sibuk dengan dunia—buku ini datang sebagai peringatan yang membangunkan. Ia menyedarkan kita bahawa hidup ini sementara, dan kita perlu kembali menalar diri.
Sebagai seorang pembaca fiksi sejati, agak berdebar untuk saya mulakan sebuah buku non-fiksi bertemakan historikal timur tengah berjumlah 440 muka surat di bulan Ramadan. Kombinasi yang boleh buat period bacaan jadi panjang disebabkan susah mengekalkan fokus. Tapi alhamdulillah, bacaan Kembara Menalar Diri: Legasi Imam Birgivi memberi satu pengalaman yang menarik untuk saya kenang.
Pembacaan yang membawa saya kembali menelik buku Di Tepi Sungai Dajlah: Kembara ke Kota Baghdad , Iraq oleh Buya Hamka. Membaca kedua-duanya seperti sedang mencantumkan kepingan-kepingan puzzle. Pendekatan Buya Hamka lebih santai dan menusur lembut dalam hati seperti seorang datuk yang sedang bercerita pada cucu-cucunya. Manakala pendekatan Ustaz Hasrizal lebih ilmiah, banyak dipetik rujukan-rujukan dan sumber-sumber selayaknya seorang ahli akademik dan sejarahwan. Kedua-dua buku ini telah menyebabkan otak saya menjana satu folder khas tentang maklumat/sejarah/info/data mengenai kerajaan islam di negara timur tengah.
Selain itu, cukup membekas kisah-kisah ukhwah ustaz dan sahabat-sahabat beliau. Episod-episod ini membuatkan saya terfikir betapa penting fungsi teman-teman yang saling mendukung & mengingatkan (ke jalan Allah) kerana dunia ini terlalu sukar untuk kita berjalan seorang diri. Teman yang baik itu rahmah, namun bersedia jugakah kita menjadi teman yang baik (yang rahmah) buat teman? Tersedar saya bahawa konsep 'sahabat' seperti zaman Rasulullah kini sangat sukar untuk dicerna maknanya di zaman material dan individual kini.
Bagi saya yang sememangnya peminat buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal karya ini turut tidak mengecewakan. Walaupun saya bukan ahli sejarah, tetapi saya mampu memahami kecintaan penulis terhadap Sejarah, khususnya Daulah Uthmaniyah.
Lagi-lagi kecintaan penulis terhadap bidang kajian Daulah Uthmaniyah bukan sekadar utk melengkapi pengajian sarjana beliau, lebih besar drpd itu utk membawa balik banyak kebaikan drpd kajian beliau nanti utk manfaat ummah di Malaysia.
Saya secara peribadi sentiasa mengagumi prinsip hidup penulis. Dari awal fenomena ATN dengan prinsip/falsafah "erti hidup pada memberi" sehingga kini beliau tidak henti-henti ingin memberi kebaikan. Sesuatu yang sangat-sangat setiap hamba Allah yang ada di muka bumi-Nya ini perlu contohi.
Membicarakan tentang Sejarah dalam persembahan travelog bagi saya sungguh mengasyikkan. Bukan sekadar menghidangkan bahagian sejarahnya sahaja, tetapi juga membawa pembaca mengenal diri penulis dengan lebih baik lagi.
Selain itu, sesuatu yang berbekas di hati dalam naskhah travelog kali ini adalah manisnya ukhuwah fisabilillah antara penulis dgn sahabat lama beliau. Berbeza budaya, bangsa tidak mewujudkan jurang antara mereka asalkan akidah dan fikrah hidupnya sama, iaitu ingin berbakti di bumi Ilahi. Sesuatu yang sangat mengujakan saya dan alangkah baiknya sekiranya saya mampu bersahabat hingga ke tahap itu.
Naskhah ini sangat tebal bagi saya, 440 halaman. Namun, semakin dibaca, semakin sayang untuk ditinggalkan tanpa menghabiskan bacaan dengan jayanya.
Doa saya moga saya dapat mengambil iktibar sebanyaknya daripada naskhah ini. Moga saya juga mampu menggerakkan diri walaupun perlahan tetapi tetap ada perkembangannya ke arah memaknakan kehidupan ini dengan lebih baik lagi mengenangkan usia semakin bertambah.
Moga kebaikan yang berpanjangan buat penulis yang sentiasa ingin menyebarkan kebaikan. Moga Allah SWT sentiasa merahmati ustaz! Aamiin 🤲
Rindu betul dengan kembara Hasrizal Abdul Jamil ini, kali terakhir aku baca 10 tahun lepas, buku nya.. ehh, macam tipu.. dua tahun yang lepas tapi itu bukan buku travelog lah.
Kali ini mengenai kembara di bumi Turki. Walaupun konsep dia tak luas sangat tapi lepas aku kaji dan baca sejarah yang lagi dalam mengenai Turki Uthmaniyah ini. Betapa hebat nya zaman ini. Terbilang sungguh. Rasa bangsa besar yang takut yaa.
Baca buku ini, membuatkan aku beli buku Secangkir Teh Pengubat Letih pula sebab penulis selalu mention buku ini. Haha. Bagus marketing dia yaa.
Takde apa sangat nak review tapi kalau korang suka tulisan atau kenbara Hasrizal Abdul Jamil ini. Mesti wajib beli yaa.
Baru sempat habis baca buku ni.Lama juga la nak habiskan sebab satu buku ni sangat tebal dan banyak mutiara dan pengajaran yang boleh dihadam berdasarkan pengalaman yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal dalam buku ni.Saya sangat suka baca bahagian yang berkaitan dengan pengalaman ustaz pergi mengembara di Turki dan mengenali Iman Birgivi.Tetapi sampai di pertengahan buku,saya kurang berminat dengan isi-isi dia sebab terlalu banyak kaitan dengan sejarah sampai melibatkan politik di Turki,jadi mood saya dah turun sikit sebab banyak sangat nak fahamkan. Tetapi di bahagian akhir,saya jadi macam menarik minat saya balik bila Ustaz ceritakan pengalaman dia bertemu dgn Arwah Ammar.Sebenarnya,saya tak pernah sangka pula,yang arwah Ammar akan diceritakan dalam buku ini dan membaca daripada sudut pandangan Ustaz berkaitan dengan arwah membuatkan saya suka dan menikmati buku ini semula.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kembara menalar diri ialah satu muhasabah besar utk diri sendiri. Suatu percubaan utk menjernihkan kehidupan, meninggalkan perkara yg tidak penting dan utamakan perkara yg perlu berbanding mahu. Legasi imam Birgivi ialah wasilah yg menyediakan sebuah pengembaraan mencari pengertian tentang seorang tokoh yg telah mati tetapi kematiannya tidak mematikan jiwanya.
____________________________________
Buku ini boleh dibaca dari 3 sudut :
- Diri penulis itu sendiri, his struggle to become an intelectual islamic historian instead of Ustaz hanya di platform, seperti biasa bagi sesiapa yg mengenali penulisan beliau, beliau seorang yg lembut tapi tegas. Since he’s also a teacher, baik kelakar dan sy sangat enjoy sisi beliau bersama rakan2 dan membawa kita pembaca “mengembara” bersama di Turkey dalam buku ini, termasuk “pengembaraan jiwa dan conflict dalaman”.
- Sejarah dan politik, buku ini berat dengan sejarah ulama’-ulama’ dan figures hebat termasuk juga kejadian2 luar biasa yg saya memang bukan sebagai org ahli sejarah tahu, sy ni minat sejarah tapi otak bukan otak sejarah, haha. Satu maklumat sangat berguna apabila sy baca dari perspektif ini adalah sy tahu bagaimana sejarah ditulis, di buat research and paling penting dh jawab soalan sy selama ini iaitu : HOW TO KNOW THE HISTORY IS CORRECT? Jawapannya ada dlm buku ni sy dh jumpa ☺️ bahagian politik pula seperti biasa teguran ‘halus’ dari beliau yg bukan juga dalam bidang sy tapi utk org yg minat politik mungkin boleh buat ‘argument’ dgn beliau melalui buku ini,haha. Bukan kritikan, tapi pandangan.
- Agama , okay ini adalah bidang sy dan memang kemahiran sy alhamdulillah sy membesar dgn latar belakang agama. Jadi part ni paling menarik minat sy and again Ust memang blow my mind in his every book. Sebuah persoalan yg telah terjawab dalam buku ini adalah, kalau org2 nonmuslim pun ada amalkan apa yg Nabi buat , apa guna kita menjadi org muslim dan beriman dgn Nabi? Apa beza amalkan sunnah Nabi dgn iktikad islam VS amalkan sunnah Nabi tanpa iktikad Islam? Dan jawapannya..? Wow, masya-Allah.
______________________________________
Oh ye lagi satu , sy tertanya2 mengapa Turkey yg hebat dan kuat agama kini tidak seperti dulu? Tidak banyak lapisan masyarakat mereka bertudung, boleh duduk sebumbung even tak nikah, arak menjadi kebiasaan , zina berleluasa, bertatu even Islam, and sy pun dh jumpa jawapan dlm buku ni. Buku ni buku jawapan kot agak nya , 😆 terima kasih Ust banyak jawab soalan2 sy
So you can choose, nak kata buku ni boleh dibaca semua lapisan masyarakat. Paling penting mesej2 dia tu, kalau tak paham sejarah / politik , boleh baca quotes2 Ust sebab setiap patah perkataan Ust tu memang quotable 👍
Ini buku travelog pertama Ust sy baca, nanti nak baca yg lain pula 🤓
Selepas berjuang untuk mendapatkan momentum untuk membaca semua, akhirnya Alhamdulillah, Kembara Menalar Diri karya Ustaz Hasrizal menjadi pilihan untuk pembaca seperti saya memulakan semula rentak untuk lebihkan membaca, apatah lagi dalam keadaan mengandunh di trimester kedua, semoga anak yang bakal dilahirkan ini mengikut jejak langkah ibunya untuk rajin menimba ilmu dan membaca.
Tak lekang dek kisah Daulah Uthmaniyah, kisah kesultanan di daulah uthmaniya, kisah sultan yang tidak menunaikan haji, selingan Imam Birgivi yang digelar sebagai unsung Hero, kisah tokoh-tokoh dalam tamadun zaman Uthmaniyah, perjalanan kisah Ustaz Hasrizal dalam mengejar ilmu, tidak habis belajar, sambung semula belajar, berjuang dalam mencari sumber2 sejarah yang jarang/ kurang dikatakan di Malaysia, dan sehingga cebisan kisah Ammar dan rakan-rakan yang bakal menyambung/ seiring dengan perjalanan menuntut ilmu mendalami Uthmaniyah seperti Ustaz Hasrizal dan kematian Ammar yang menjadi bualan rakyat Malaysia
Seronok. Tak pernah tak rasa seronok membaca karya Ustaz, malah pembaca sempat google/tiktok tempat2 yang disebut dalam karya kalini termasuklah nama tokoh2 dalam karya ini.
Turki dan Ustaz Hasrizal memang dapat dipisahkan, umpama isi dan kuku. Keakraban beliau dengan Turki kerana cinta beliau kepada Daulah Uthmaniyyah. Menggalas tanggungjawab sebagai bakal sejarawan, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan memilih untuk mengkaji pemikiran dan legasi yang ditinggalkan oleh seorang ulama' iaitu Imam Birgivi. Meredah perjalanan sehingga ke benua Turki demi menagih maklumat mengenai Imam ini.
Ustaz Hasrizal menceritakan ibrah dan pengalaman beliau sepanjang perjalanan dan pengembaraan beliau, bertemu dengan sahabat lama dan juga anak-anak muda yang turut sama berkongsi kecintaan yang sama dalam bidang sejarah.
Semangat ukhuwah yang terjalin, pengorbanan seorang bapa dan suami, semangat anak muda dalam jihad ilmu - berkongsi menjadi satu rasa bahawa kita perlu tahu dan fahm sejarah kita.
Mengapa kita perlu belajar sejarah? Ilmu seperti pokok. Sejarah ialah akarnya. Kesihatan pokok banyak bergantung kepada kesihatan akar.