Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.
Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah kami tidak sekufu lagi?
Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan. Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami. Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.
Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.
4.5 🌟 untuk bacaan ini. Kak Elle rasa sekiranya penulis boleh menambah lagi isi kandungan buku ini, pastinya lebih menarik.
Buku Sekufu ini Kak Elle ingatkan mengenai kesamarataan daripada segi latar belakang. Rupanya bukan.
Kak Elle suka penerangan yang diberikan oleh penulis mengenai 5 fasa dalam perkahwinan. Sambil baca dapat juga Kak Elle ketahui di fasa manakah perkahwinan Kak Elle sendiri.
Buku ini patut dibaca oleh lelaki dan wanita samada bujang atau sudah berkahwin. Mengapa perlu baca? Banyak perkara yang kita rasa Taboo atau kebiasaan sebenarnya boleh membunuh perkahwinan!
Terima kasih Iman Publication untuk buku ini. Alhamdulillah seronok sangat bila dapat belajar banyak perkara daripada buku begini.
"Perkahwinan yang sempurna bukan tentang mendapatkan pasangan yang sempurna, tetapi kesediaan kita menerima, belajar dan memperbaiki ketidaksempurnaan bersama-sama." - Pertama kali aku nampak cover Sekufu, aku terus tertarik untuk dapatkannya. Bukan saja tertarik dengan warna pilihan tetapi juga dua font sekufu yang berbeza. Seolah-olah menjadi simbolik kepada mesej tentang membina sekufu dan membentuk persefahaman itu bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi memerlukan komitmen dari kedua-dua belah pihak baik suami atau isteri.
Memulakan penulisan dengan memberi peringatan kepada pembaca tentang makna sebenar kebahagiaan dalam perkahwinan adalah sesuatu yang sangat baik yang diketengahkan oleh kedua-dua penulis kerana secara tidak langsung ia memmbuatkan pembaca dapat menyediakan mental untuk membaca topik yang lebih serius.
Sepanjang aku membaca Sekufu, kebanyakkan masa aku bersetuju dengan topik-topik dan point-point yang dibawa oleh kedua-dua penulis. Yang kalau sekali imbas baca, ia berkisarkan sesuatu yang biasa berlaku dalam perkahwinan, tetapi kalau tak kena caranya, boleh sengsara jiwa.
Apa yang aku suka sangat tentang Sekufu ini adalah apabila penulis mengupas topik dengan mengetengahkan pendekatan agama, untuk memastikan pembaca jelas dengan asas yang dibawa oleh Islam , diikuti dengan pengalaman sebenar dan dilengkapkan dengan rujukan yang berautoriti seperti kaunselor yang mengurus isu-isu perkahwinan.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama yang pada aku, sama penting dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ketiga-tiga bahagian ini mempunyai beberapa subtopik yang kuat untuk di hadam dan aku suka apabila penulis menekankan tentang: perebutan kuasa, hubungan intim dan konsep mawaddah dan rahmah.
Pernah dengar orang cakap 5 tahun pertama perkahwinan adalah waktu kritikal bagi suami isteri? Jadi, penulis menekankan tentang fasa perebutan kuasa yang pada aku sangat relevan kerana sejujurnya ramai yang struggle.
Aku juga suka apabila penulis mengetengahkan topik yang sesetengah dari kita masih lagi merasa tabu iaitu tentang mengurus perhubungan intim dan aku kira penulis berjaya mengupas isu yang selalunya berakhir dengan konotasi negatif, dengan sangat baik dan membawa kita melihat dari perspektif yang berbeza.
Mengambil tahu tentang hak kita sebagai suami isteri itu perlu tapi perlu seiring dengan adakah aku sudah melunasi tanggungjawab dan amanah aku sebagai suami atau isteri dengan sebaiknya? Secara ringkas, dalam bahagian ketiga ini penulis akan membawa pembaca untuk melihat rumahtangga itu tak boleh dilihat dari satu aspek secara berasingan tetapi perlu dilihat secara holistik.
Kalau tanya aku sesuai kepada siapa dan berbaloi ke? Aku akan cakap sangat-sangat berbaloi dan sesuai kepada mereka yang single, yang ada partner yang, mereka yang dalam perkahwinan tetapi rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perkahwinan. Korang kena dapatkannya. Highly Recommended!
Sekufu itu bukan setakat dari segi latar belakang pendidikan dan taraf sosiokehidupan semata bahkan ianya lebih lagi.
Buku ini menceritakan tentang fasa-fasa dalam perkahwinan yang biasanya ditempuhi oleh pasangan yang telah berkahwin, cara menangani konflik, serta cara mendapatkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam suatu perkahwinan.
Saya suka cara penulis memberikan contoh ketika menghuraikan 'point' dan konsep yang ingin diketengahkan dan sekaligus membuat ayat mudah difahami dan agak santai.
Buku yang amat baik dan sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, merancang untuk berkahwin bahkan untuk golongan bujang juga.
Lovely. Recommended! especially for those yang rasa nak kahwin and those yang dah nak kahwin and those yang baru je kahwin and those yang dah 3 tahun kahwin and those yang dah lebih 30 tahun kahwin and those yang tak nak kahwin pun (but wish to make sense of their parents' relationship) and especially those yang rasa dia takkan kahwin sampai bila² 🫶🏻
I personally think it's a good book to reread in the future. All the best, Al! 💍✨
Perkhawinan menyatukan dua insan yang pada hakikat berbeza gaya hidup dan kelakuan. Bagi mencipta keserasian perlu kepada beberapa langkah, perancangan dan perbincangan secara terbuka.
Nashkah yang sangat bagus untuk dibaca, bagaimana memperbaiki diri dan sudut pandangan sebagai seorang lelaki atau wanita sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Binalah keserasian dengan menjadikan komunikasi sebagai kunci mengelakkan perbalahan atau salah faham dalam perhubungan suami isteri.
Buku yang amat baik untuk dibaca, maklumat berdasarkan kajian untuk dijadikan ilmu bermanfaat dan tips digunakan sebagai tool untuk menyokong kita membina kehidupan berkeluarga yang bahagia. Jelas melalui perkongsian kedua dua penulis, kemahiran berkomunikasi, terlalu penting terutama dalam dua pelayaran perkahwinan dua insan.
❣️Kata Sekufu, beri ilmu baru pada aku. Sekufu tak hanya libatkan kesamarataan aspek latar belakang diri, tahap pendidikan, ekonomi, fikiran,status dll, tapi mendalam lagi tak fokus itu semata². Awal pilihan calon itu sendiri harus selidiki 'apa yang berbeza'.Dari segi penyampaian, tak terlalu ilmiah dan bersahaja,diberi contoh/analogi mudah.
❣️ Isi yang menarik antaranya kupas 5 Fasa perubahan dalam perkahwinan. Terutama bila ke Fasa 2: Perebutan Kuasa. Seberapa sekufu pun kita tetap lalui fasa genting itu!
❣️50% buku aku katakan akan berkait pada Komunikasi.4 Jenis komunikasi yang rosakkan hubungan diterangkan, diimbangkan dengan 4 gaya komunikasi manusia iaitu i. Pasif ii.Agresif iii.Asertif iv.Pasif-Agresif. Komunikasi Asertif(terus terang)perlu diterapkan manakala Komunikasi Pasif-Agresif (tak zahirkan tapi protes dalam diam) perlu elakkan. Komunikasi asertif perlu berterusan belajar sepanjang perkahwinan barulah berkesan untuk fahami 'bahasa cinta' pasangan yang berbeza.Jelas, apa² hubungan sekali pun Komunikasi itu mampu membunuh ruang prasangka! Aku rasa terpanggil untuk praktikkan Asertif dalam 'semua hubungan' walau jujur tak mudah tapi boleh belajar😅
❣️ Metodologi Gottman juga menarik, 3 Elemen untuk jayakan hubungan, penting untuk tolak musuh perhubungan iaitu Ego. Bersatunya elemen itu akan sampai Perkongsian Kuasa tidak lagi Perebutan Kuasa fasa paling teruji tadi🔥 Hal lain juga ada isu tabu iaitu pengurusan hubungan intim, perancangan keluarga, kepercayaan pasangan, ekonomi keluarga, isu PJJ dll.
❣️Makin jelas isi Sakinah, Mawaddah dan Rahmah sebelum ini aku sekadar dengar saja. Pengisian Istikharah pula buat aku fikir, sebelum kahwin kita gunakan jalan istikharah putuskan untuk bersama tapi jika jalannya menyimpang dari apa dirancang atau ada pergolakkan ia juga dalam ilmu Allah. Kita takkan kesal baik buruknya, kita dah reda dengan jalan istikharah itu.
❣️Buku ini bukan untuk berstatus kahwin saja. Ada pasangan, di fasa taaruf, bakal berkahwin dan status bujang.Bagus untuk dibaca,ilmu sepanjang hayat untuk sekolah perkahwinan tiada penamat.💕
One of the steps to understand or to “portray” about marriage, in general, is by reading this book.
Terms “sekufu” is anew to me. At first, I was thinking that the word “sekufu” define as someone who has the same level as their opposite gender. It could be the smartness, richness, beautifulness and etc. It’s like when you B40, you find someone B40 also. But it’s not. “Sekufu” or named as compatibility (in this book) actually could be seen in three basic matters which are in the context of having the same objective, planning and arranging the same priorities, and matching in personality and way of thinking. (p. 27) It’s like teamwork—when you’ve been assigned to complete a project with your groupmates, you’ll find people who are compatible with you because if not there’s gonna be some issues.
Basically, the whole point here about the book is to communicate with your partner. Whether you like or dislike about something, you need to communicate. Don’t keep it to yourself because unsettling conflict or prophecy would make the relationship between husband and wife falter. The book's content covered the phases of marriage, the type of love language, the type of communication, the conflict in marriage—The Four Horsemen Apocalypse, the five dimensions of sexuality and intimacy, and many more.
What I like about the book is that it includes the way Islam teaches in marriages. ‘What is our intention (niat) getting married?’; ‘Do we prepare our physical, emotional, and spiritual?’; ‘How to be a family that have mawaddah, sakinah and rahmah?’ Having a family that have mawaddah, sakinah and rahmah is a bless and pleasure from Allah SWT and for sure every one of us would eagerly want it.
Buku pertama untuk tahun 2024 buat pembaca. Pada kali ini genre pembacaan pembaca menjurus kepada perhubungan sekufu, perhubungan antara lelaki dan wanita, suami isteri dan perkahwinan. Pemilihan buku ini adalah kerana tajuknya berkait rapat dengan pembaca untuk Tahun 2024.
Konklusi pemahaman pembaca daripada buku ini. 1. Kepentingan komunikasi asertif antara suami ister/pasangan 2. The Golden Circle dalam perkahwinan (kenapa, bagaimana, apa) untuk mencapai kehidupan sakinah mawaddah warrahmah 3. Perbincangan yang mendalam dengan pasangan dalam hubungan suami isteri termasuk hubungan intim (emosi, fizikal, kognitif, sosial, dan rohani) 4. Model Maslow Hierarki yang memperjelaskan keperluan dalam perkahwinan : i. Keperluan fisiologi (udara, air, makan, perlindungan, tidur, pakaian, pembiakan) ii. Keperluan keselamatan (jaminan hidup, pekerjaan, sumber, kesihatan, milikan) iii. Cinta dan kepunyaan (persahabatan, keintiman, keluarga, rasa terhubung) iv. Kehormatan(keyakinan diri, status, pengiktirafan, kekuatan, kebebasan) v. Pencapaian hasrat diri (keinginan untuk jadi terbaik)
Salah satu ciri pasangan yang Dayana cari adalah seseorang yang sering berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik. Kerana sungguh mustahil untuk kita mengharapkan seseorang manusia itu sempurna walhal memang sifatnya tidak pernah sempurna.
📌Naskhah ini membuka minda dan memperbaharui pemahaman Dayana mengenai alam perkahwinan yang mana ia menguji kesabaran dan memerlukan usaha kerjasama antara pasangan.
🔖Fasa Perkahwinan & The 5 Love Languages Buku ini membahaskan 3 fasa perkahwinan yang biasanya akan dilalui oleh pasangan sepanjang perkahwinan & cara untuk mengekspresikan kasih sayang kepada pasangan mengikut bahasa cinta yang digemari oleh pasangan (berdasarkan teori Gary Chapman).
🔖Komunikasi & 3 Elemen Penting dalam Hubungan ▶️ Buku ini menjelaskan 4 jenis komunikasi. Dalam setiap hubungan sosial, termasuklah perkahwinan, KOMUNIKASI ASERTIF adalah jenis komunikasi yang terbaik dalam menyampaikan mesej secara efektif kepada pasangan. ▶️ METODOLOGI GOTTMAN yang dikongsikan dalam buku ini dapat dijadikan kayu pengukur buat pasangan menilai keberkesanan hubungan.
🔖4 Punca Malapetaka Rumah Tangga Buku ini juga menjelaskan secara terperinci berkenaan 4 sifat pasangan yang boleh mencetuskan pergaduhan rumah tangga.
📌Isu yang turut dibincangkan dalam buku ini termasuk perbatasan pergaulan suami/isteri dengan rakan berlawanan jantina, kepercayaan antara pasangan, kuasa ekonomi & autonomi, isi perhubungan intim & perancangan kehamilan, PJJ dan kesan terhadap anak [Rujuk gambar] - 📌Apa yang Dayana boleh simpulkan, perkahwinan itu hakikatnya tidak mudah kerana ia melibatkan dua orang insan yang berbeza dari banyak dimensi - sosial, kognitif, emosi, rohani, fizikal, latar belakang keluarga, personaliti, minat dsb.
📍Dayana, simpulkan bahawa sekufu tidak bermaksud SAMA dalam setiap aspek, tetapi ia adalah kemampuan untuk menerima dan bertolak ansur dengan perbezaan pasangan.
🌟5 Dayana menyarankan buku ini kepada mereka yang sudah berkahwin dan ingin menjadi pasangan yang lebih baik, dan juga buat mereka yang belum/akan berkahwin untuk dijadikan rujukan sebelum berkahwin.
Ok. Finally. 1st book finished after master. Alhamdulillah.
Kalau tanya saya, buku Aiman Azlan + Dr Harlina ni memang wajib kot untuk sesiapa yg nak kahwin, dah kahwin, sedang bersedia nak kahwin dan apa2 lah yg berkaitan dgn kahwin haha. Tapi kalau yg belum ada pun pasangan, kena baca semula kot sebagai ulangkaji bila dah ada nanti. Sebab banyak benda yg boleh belajar melalui buku ini.
Fasa-fasa dalam perkahwinan, tentang realiti alam perkahwinan, dan konsep sakinah, mawaddah dan rahmah itu sendiri. Sebenarnya kalau siapa ikut diskusi Dr Harlina dan Aiman Azlan, kebanyakan topik dah di bincangkan dalam tu. Tapi masih okey utk beli, sebab kita boleh jadi kan ia sebagai "nota".
Pengulasan yang baik diselitkan dengan asam garam kehidupan masyarakat sebagai contoh untuk perbincangan setiap topik. Sangat recommended untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Saya banyak belajar cara untuk memahami pasangan selepas berkahwin hanya dengan cuba mempraktikkan apa yang dibincangkan di dalam buku ini.
Buku yang berkisar tentang realiti hidup berpasangan. Tujuan utama mula2 baca buku ni sebab nak tahu, betul ke tak calon yang aku pilih ni. Rupanya ianya melibatkan banyak proses, prosesnya secara ringkas kita kena menerima baik dan buruk pasangan dan redha keatas takdir sebab kita juga manusia yang lemah dan banyak kesilapan.
Kemudian, mempunyai tujuan dan mentaliti yang sama itu tersangatlah perlu dalam mencari calon untuk berpasangan demi mencapai destinasi yang sama. Manakan boleh satu kereta membawa kepada dua haluan yang berbeza.
Membaca buku ini merupakan satu titik permulaan yang baik dalam usaha membina rumah tangga yang penuh keberkahan. Ia mengemukakan beberapa perspektif dan panduan umum kepada para pembaca supaya lebih bersedia semasa mengemudi nakhoda perkahwinan. Tulisan pihak co-penulis pun santai sahaja dan mudah diikuti. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tempat dalam buku ini yang saya kira perlu ‘reference’ agar menjadikan buku ini lebih evidence-based dan tidak terlalu bergantung pada cerita yang bersifat anekdot sahaja.
Tak dapat dinafikan umur saya yang baru sahaja masuk 2 dekad dan masih jauh lagi perjalanan untuk ke peringkat seterusnya iaitu fasa perkahwinan. Tapi serba sedikit saya mengambil ibrah berdasarkan buku Aiman Azlan dan Dr Harlina dalam buku Sekufu ni. Walaupun perjalanan masih jauh, input yang saya dapati boleh saja diaplikasikan sesama kenalan, rakan, keluarga dan orang sekeliling.
Konteks yang saya dapati, kefahaman mengenai bagaimana untuk berkomunikasi yang terbaik dengan pasangan seperti kita memahami emosi, mengetahui latar belakang pasangan dan mengutamakan prinsip yang pada akhirnya akan berbalik kepada mencapai keluarga yang sakinah mawadah waramah.
Amatlah penting untuk mempelajari ilmu sebegini sebagai persedian untuk menuju ke fasa seterusnya. Normal untuk kita mengatakan bahawa kita tidak secukupnya bersedia ke arah perkahwinan, tetapi apa cara yang persiapan terbaik melalui tindakan dan cara berfikir.
Suatu perkara yang saya tertarik dalam bahagian Memberi kepercayaan, kesedaran diri amatlah penting untuk membuatkan seorang tidak melencong jauh. Jika tersalah jalan, cepat-cepatlah kembali ke jalan yang asal. Dalam berumah tangga, pasukan yang terdiri daripada suami dan isteri mestilah mempunyai objektif dan misi dalam perkahwinan. Jika hubungan perkahwinan difokuskan kepada pertumbuhan dan perkembangan, pasangan itu akan sedang bergerak menghampiri tujuan dan objektif sebenar.
Perkara lain yang saya boleh relate secara psikologinya, komunikasi mestilah disampaikan secara yang betul. Apabila diselami inti yang disampaikan, ia memang mempengaruhi cara kita berkomunikasi dengan persekitaran dimana yang mungkin berlakunya salah faham dan konflik. Pentinglah seseorang menjadi individu yang asertif apabila bertemu dengan individu lain tidak kira sesama pasangan, keluarga, rakan dan kenalan lain. (Sebab sy belum ada calon, jadi sy aplikasikan kepada perkara lain jua)
Penulisan Dr Harlina dan Aiman Azlan sangat bersahaja namun sarat dengan titipan nasihat bagi pembaca yang ingin mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah lama menaiki bahtera perkahwinan sakinah, mawaddah dan rahmah.
Pada awalnya rasa berat untuk kongsikan review buku ini memandang kita semua bagi yang belum menjalani rumah tangga khususnya yang sedang dalam proses mengenali seseoranv mahupun hampir ke jinjang pelamin tidak salah untuk aku berkongsi tentang intipati buku ini.
Berulang kali mereka katakan perkahwinan itu adalah berpasukan. Tiada istilah menang atau kalah. Lantas dengan itu, konsep ini membolehkan pasangan melayari bahtera dengan rasa kebersamaan yang hadir tanpa menjatuhkan pasangan kita. Kalah bersama, memang pun bersama.
Perkahwinan adalah ibadah yang berpanjangan oleh itu komunikasi sangat memainkan peranan yang penting supaya dapat mencapai keharmonian (sakinah) yang kita idamkan. Segalanya boleh dicapaikan jika adanya kesungguhkan dari kedua belah pihak untuk menjayakan alam perkahwinan ini sampai ke syurga.
Ringan mulut berbicarakan tentang semoga bahagia ke anak cucu namun apakah persediaan dan ekspetasi pasangan dengan alam perkahwinan mereka?
Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan untuk mengamati permasalahan yang akan timbul mahupun yang sudah lama membarah.
Panjat syukur pada Tuhan, dikurniakan rezeki untuk membaca penulisan yang penuh berhikmah ini.
Pada awalnya, saya ingatkan buku ini adalah untuk orang bujang yang nak tahu macam mana mencari jodoh yang "sekufu" berdasarkan tajuk buku😅, rupa2nya isinya berfokus pada fasa selepas berkahwin atau berumahtangga.
Namun begitu, isi yang disampaikan sangat menarik dan realistik dengan situasi semasa, memandangkan sekarang banyak sangat isu2 negatif mengenai perkahwinan yang dipaparkan dalam media sosial yang kadang2 saya sendiri tertanya2 masih ada lagikah kebahagiaan dan kepercayaan yang wujud dalam perkahwinan?.
Banyak point menarik yang boleh diambil daripada buku ini tapi yang paling saya tertarik adalah berkaitan melatih komunikasi asertif bersama pasangan dan memahami bahasa cinta pasangan adalah salah satu kunci bagi mengekalkan perkahwinan yang sakinah. Ianya bukanlah mudah untuk dilakukan tapi dengan adanya kerjasama dua2 pihak, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari perbalahan yang tidak membina dan hak kedua2 pasangan saling terjaga.
Buku ini sangat sesuai dibaca jugak oleh semua orang termasuk yang bujang sebab definisi sekufu ini bukan sahaja pada fizikal luaran sahaja tapi lebih terperinci daripada itu.
I believe Allah made me read this book at the right time! As you know, I was actually doing the book bingo fundraising by @inknplay and one of the genre I chose to pick was a non-fiction. I initially wanted to pick up ‘Soulmates’ by Ustaz Mizi coz it was on my tbr but idk why I felt like reading this one instead. And Masya Allah it was a great decision!
With the wedding is just around the corner, this book really helps me to revisit my intentions towards marriage. I looovveee how they dive deep into my favourite verse of the quran when it comes to love and marriage which is surah Ar-Rum verse 21 (I put it on my mas kahwin embroidery and my invitations, Im obsessed!)
This book also act as a guide towards a marriage filled with mawaddah wa rahmah. It touches the topic about assertive communications, power struggles, consummation, responsibilities and rights, family plans, goals and intentions and many more. The story about Khalifah Umar and his daughter about LDR touches my heartt (I might share it via video maybe)
So yes, if you are about to get married or just married or married could really picked this up. May Allah grantbus all a marriage that felt like heaven on earth🥰💕
Setahun lebih jugak saya amik masa nak baca dan hadam semua..
Alhamdulillah selesai pembacaan buku sekufu..
Semua maklumat dan ilmu yang disampaikan sangat berguna dan buku ni dapat membentuk diri menjadi seorang pasangan baik kepada pasangan kita kelak..
Belum berkahwin,sudah berkahwin,masih bujang, sudah berpasangan, semuanya layak untuk membaca buku dan sangat perlu dibaca.. Banyak sangat ilmu tentang kehidupan perkahwinan.. contoh-contoh kehidupan suami isteri yang lazim kebiasaannya..
untuk yang belum berkahwin.. dengan pembacaan buku ni. korang dapat nilai diri korang sendiri. dan apa bentuk diri korang apabila dalam sesuatu hubungan.. apa kekurangan yang korang ada.. apa kesalahan yang selalu korang buat.. buku ni menyentuh dengan mendalam dan kita dapat baiki diri kita..
untuk yang sudah berkahwin.. mungkin contoh yang ada itu sama dengn keadaan korang.. lihat balik kriteria diri kita dan pasangan.. sama-sama baiki dan menjadi lebih baik..
semoga yang bergelar suami isteri sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga
semoga yang menuju alam perkahwinan sentiasa dipermudahkan urusan
semoga yang masih menunggu sentiasa sabar Allah menyediakan yang indah buat mu..
Membaca naskhah ini saya rasakan seperti membaca buku motivasi (self-help) karya penulis luar seperti Dale Carnagie.
Namun, sudah tentu isi dan perbahasannya mengikut kerangka Islam dalam membangunkan rumah tangga muslim.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua orang pada mana-mana peringkat sekalipun. Buku ini dapat memberi pencerahan pada yang masih dalam fasa mencari pasangan hidup akan maksud sekufu yang sebenar yang perlu mereka fahami dan hadam. Bagi yang sudah berumah tangga, tidak kira berapa lama sekalipun ada baiknya masing-masing menyemak kita dan pasangan sebenarnya sudah di peringkat mana dalam fasa perkahwinan.
Membangunkan komunikasi asertif saya fikir ini perkara inti yang paling pembaca perlu faham, hadam dan ambil untuk dipraktikkan.
Akhir sekali, saya sangat tertarik dengan penyataan daripada Aiman Azlan di bahagian akhir perbincangan buku ini, iaitu berkenaan istikharah dan tawakal. Saya sangat bersetuju dengan penyataan beliau kerana itulah yang saya yakini selama ini dalam usaha mencari dan menjadi yang sekufu.
Sekufu I'm not the right person to review this book since I'm not into marriage due to a few circumstances. But this is my honest opinion about this book. Buku ni bukan utk orang2 yg dah kawin/ nak kawin semata, tapi utk semua orang. Sebab relationship bukan benda yang patut kita ambil remeh terutamanya bila kita pasang niat utk hidup dgn seorang stranger walaupun mungkin dah bertahun-tahun bercinta. Dan pentingnya ada matlamat yg jelas sebab perkahwinan bukan sekadar jawapan utk elakkan maksiat. Tapi, matlamat yg jelas tanpa usaha yg betul pon tak menjamin utuhnya rumah tangga. Sebab tu wujudnya konsep communication, comprehension & ego. In short, I highly recommend this book to everyone. Satu ayat dari buku ni, " perkahwinan tanpa cinta dan tanggungjawab ialah neraka dunia. " (Rasa mcm nak buat video utk review buku ni, tapi yela, saya malas)
It was a long journey for me untuk habiskan buku ni sebab awalnya kita ingat dia lebih kepada "Bagaimana" mendapatkan yang sekufu bagi yang BELUM berkahwin,
Tapi ternyata ia lebih memfokuskan kepada mereka yang sudah berkahwin, jadi bila dah baca suku buku kita stop sebab mcm awal sangat baca,--topik dia agak berat sikit sebab kitonyo tak faham sebab tak kawen lagi kan,
Tapi mashaAllah berkah bulan Ramadhan ni tergerak nak habiskan dann mashaAllah! The whole book sangat sangat bagusss 😭😭 Buku ini bukan saja menerangkan tentang bagaimana untuk bisa sekufu dalam hal perkahwinan tapi bahkan untuk seluruh hubungan yang lainnya pun kita memerlukan sekufu, and the key point is : communication.
Very recommended untuk dibaca, supaya lebih faham apa sebenarnya yang perlu kita perjuangkan dan fahamkan dalam perkahwinan. 🥹🤲🏻
sekufu ni bukan sahaja penting dalam memilih pasangan hidup dalam alam perkahwinan, bahkan penting juga dalam memilih siapa ahli seperjuangan/sahabat.
pokok pangkalnya, kita yang membentuk pemikiran sendiri dan pilih untuk menjadi insan yang ikhlas memberi dan bertanggungjawab. skop tanggungjawab ni luas; tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, anak-anak, kawan-kawan dsb.
buku ini memfokuskan teori dan teknik komunikasi yang berkesan yang mempengaruhi perluasan definisi tanggungjawab dan membentuk cara berfikir dalam menghadapi konflik sesama manusia (terutamanya pada pasangan).
betul la, bukan semua benda perlu tukar baru kalau rosak. selagi boleh betulkan, usaha selagi boleh. begitulah falsafah dalam hubungan perkahwinan/hidup dengan manusia, selagi mana ada jalan pengislahan ketika perselisihan, pilih dan mulakan semula.
1. Perkahwinan melibatkan “pengorbanan”. Kedua-dua belah pihak perlu berjiwa besar untuk wujudkan toleransi dalam kehidupan tempoh panjang ini.
2. Komunikasi asertif merupakan perkara asasi. Rasanya ni very much depends on one’s upbringing.
3. Get these things clear:-
• KPI of “Rumah Tangga Bahagia” filled with Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah as every marriage is unique and could never be compared against other’s marriage
• Love language of both partners
• Your tolerance level of your partner’s Khuluq (manners that are readily ingrained in his mind)
———————————-
Reading this somehow tells me about the importance of raising kids with high EQ. You know, at the end of the day, life is all about our interaction with the “outside world” other than our innerself.
Buku yang sangat baik dan sangat direkemenkan kepada pasangan yang belum berkahwin mahupun wanita/lelaki bujang. Menceritakan tentang fasa2 perkahwinan kita mahukan atau sekarang berada di fasa yang mana.
Selain itu, memberitahu tentang cara komunikasi yang berkesan yang dapat membantu dalam alam perkahwinan kita untuk mencapai kebahagiaanya.
Cuma rasa masih kekurangan sesuatu aspek. saya menjangkakan ianya akan memeuatkan lebih lagi sebab takde baca isi kandungan dulu sebelum membacanya. Huhu. Dan mungkin apa yang kurang daripada buku ni boleh dijumpai dalam buku tuan AA tajuk Unbreakable?
Sekufu by Aiman Azlan & Dr. Harlina Halizah - wow what a powerful duo. I bought this book as I truly appreciate how Aiman Azlan who has been sharing so many useful advice throughout his social media platform for free and never get bored answering people's questions on relationship.
What I love about this book? 🧡I love how this book talks about the reality of marriage and life. 🧡I love how this book talks about the needs of human being as an individual and how can we compliment each other in marriage. 🧡I love how this book is full of basic lifetime marriage advise. 🧡I love how this book answers the misunderstanding of what does "sekufu" really means in marriage/relationship.
Sebagai seorang Muslim, saya berpendapat bahawa buku ini sangat penting untuk mereka yang ingin berumah tangga, yang bakal berumah tangga dan juga mereka yang sudah berumah tangga. Penulis bukan sahaja mengeluarkan dalil atau ayat Al Quran semata, tetapi juga dilengkapi dengan kajian-kajian tentang hubungan yang diperlukan sebagai rujukan moden masyarakat sekarang. Buku ini penting untuk dibaca dan sangat digalakkan buat anak muda untuk mengetahui bahawa sebuah perkahwinan itu bukanlah berdasarkan cinta sahaja. Tetapi banyak perkara yang perlu diambil berat seperti sekufu itu sendiri.
I just love every bit of this books. 6 years married, I love how the book resonates with me.
Bermula dengan tujuan mencapai redha Allah, menerusi proses mawaddah dan rahmah, untuk mencapai sakinah, teguh pada GPS perkahwinan Islam iaitu perkahwinan suatu Ibadah supaya kita mampu bertumbuh dan berkembang dalam setiap liku kehidupan, lantas hadirnya barakah, kerana baiknya perkahwinan
The books explain every concept of marriage from the beginning of marriage until the outcome of marriage in a simple way.
Highly recommend it to every couple who wish to do good to each other and together.
A good non fiction book. Sesuai untuk orang yang baru je kahwin, dah lama berkahwi. Ya g single pun boleh je baca.
Banyak perkara penting yg patut dilihat dari pelbagai sudut. Membawa satu pendedahan tentang perkahwinan. Perkahwinan tu tak boleh dilihat kebahagian semata. Tapi lebih dari tu.
Basically, sekufu tu bukan setakat kena sama background, tapi lebih dari apa yang kita sangkakan. Setiap orang memounyai cara hidup yang berbeza, budaya atau caraa berfikir. Perkahwinan ni nak tengok sejauh mana kita boleh adun lifestyle memasing untuk menjadi acuan baru.