Jump to ratings and reviews
Rate this book

COMMUNICATE LIKE MUHAMMAD

Rate this book

185 pages, Paperback

Published January 1, 2022

3 people are currently reading
5 people want to read

About the author

Ahmad Saifuddin Yusof

16 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (12%)
4 stars
11 (68%)
3 stars
2 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (6%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
April 26, 2023
Analisa yang baik terhadap hadith-hadith Baginda Nabi Muhammad SAW. Banyak persamaan dengan buku Lead Like Muhammad SAW tulisan Puan Ainon Mohd.

Kesalahan yang besar ialah pada petikan-petikan ayat Al-Quran. Petikan teks tulisan asal Al-Quran (Bahasa Arab) yang tidak tepat dengan mushaf asal! Bukan satu dua perkataan tetapi banyak! Memetik teks Al-Quran perlulah dengan teliti dan berdisiplin!

Sila beri perhatian terhadap kesalahan ini!
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
April 25, 2022
Ini adalah buku bersaiz sederhana dan agak nipis dgn 185 halaman (sangka saya, buku ni lebih besar dan tebal) 😬

Penulisan buku yang ringkas. Sesuatu topik hanya mengambil 2 ke 3 halaman. Cuma beberapa topik, penulis tulis lebih panjang dan mengambil 4 atau 5 halaman macamtu.

Dari segi konten, penulis menulis secara terus tanpa memanjangkan bicara yang tak perlu. Idea atau tips diberikan dalam bentuk point (bernombor) dan memudahkan pembaca untuk faham idea penulis.

Penulis juga meletakkan hadis sebagai penguat bicara. Setiap hadis juga dinyatakan sumber, nombor dan status hadis. Penggunaan grafik dan font berwarna turut membantu fokus pembacaan.

Yang paling saya suka, penulis tonjolkan standard bicara kita yang agak bertentangan dari kaedah komunikasi nabi. Berkali-kali juga saya dipukul penulisan ringkas ni. 🤣🤣🤣

Bagi saya, buku ini dapat ditambah baik sekiranya beberapa isi tidak diulang-ulang dalam topik berbeza. Agak mengganggu bila terpaksa baca isi yang sama berulang kali.
Terima kasih buat penulis dan penerbit pts!
Saya beli dgn baucer semarak membaca 🙂
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
November 9, 2025
Tema lazim setiap kali saya habiskan buku tahun ini - FINALLY!

Naskhah ini sebenarnya salah satu naskhah yang sepatutnya menjadi buku panduan dan dibaca berulang kali, bukannya naskhah yang dibaca sekali pusing dan kemudian diletakkan di rak atas untuk mengumpul habuk.

Namanya pun xxx Like Muhammad. Buku how-to. Tak logik sekali baca sudah mampu terus faham dan terus lekat, melainkan kalau terus buat. Itu pun, kita bukannya buat sesuatu benda yang baharu itu sekali dua sahaja dan terus jadi pakar.

Penulis sudah pesan pada akhir sinopsis di kulit belakang buku. “Baca, faham, buat.”

Insya-Allah, akan berlatih buat. Ruang sudah ada, cabarannya pun ada yang senada. Apa lagi, jalan terus.

Naskhah ini sesuai untuk penyelia baharu dan kurang baharu yang mencari panduan untuk berkomunikasi dengan anak-anak buah yang pelbagai ragam dan latar belakang.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
December 21, 2022
Kekok. Begitulah janggalnya kita berbicara secara depan-depan setelah berkurung hampir setahun pada tahun yang lalu.

Ditambah pula dengan SOP pemakaian pelitup muka, banyak sebutan yang tidak dapat didengari dengan jelas apabila seseorang itu berbicara. Banyak juga kes salah faham berlaku dek kerana komunikasi jemari yang tiada sempadan adab; menyalurkan emosi marah melalui bahasa kesat tanpa batasan serta berlumba-lumba untuk memberi pandangan kepada semua hal tular yang tersebar. Begitulah cabaran komunikasi hari ini yang cenderung untuk meninggalkan barah kepada emosi.

Apapun, segalanya perlu dilihat kembali akar umbinya kenapa sesuatu masalah itu masih berputar pada kitaran yang sama. Bak kata Deborah Cameron dalam buku beliau bertajuk Verbal Hygiene,
“Masyarakat perlu ‘membersihkan’ kosa kata mereka supaya dapat mewujudkan satu komuniti yang berwibawa dan maju.”

Asas! Di sinilah penulis memulakan perkongsian berkaitan komunikasi mengikut gaya Nabi SAW di dalam buku ini.

Komunikasi yang baik adalah salah satu dari #sunnah Nabi SAW; pemilihan perkataan, susunan ayat dan prosedur ucapan yang teratur adalah akhlak Nabi SAW ketika bertutur bersama ahli keluarga dan sahabatnya. Uswah hasanah ini sepatutnya menjadi rujukan yang sempurna untuk kita praktiskan. Ironinya, lihatlah bagaimana kebanyakan umat Islam berkomunikasi hari ini.

Tak perlu pergi jauh-jauh, perhatikan bagaimana rakyat Malaysia berinteraksi di medsos sejak #pkp dan arahan suntikan vaksin dikuatkuasakan. Belum termasuk cerita politik, cerita hiburan, cerita 'bad marketing' dan sebagainya. Jemput baca buku ini untuk memahami dan mempelajari kembali asas berkomunikasi mengikut acuan yang betul.

Penulis telah membahagikan buku ini kepada 5 cabang komunikasi; keluarga, pembangunan diri, kepimpinan, motivasi serta interpersonal.

Gaya bahasa yang ringkas serta mudah faham memberikan kefahaman yang optimum kepada pembaca. Di tambah pula dengan nota dalam bentuk info grafik, contoh masalah serta penyelesaiannya tuntas membuatkan pembaca mudah untuk rujuk dan praktiskan.

Baca lanjut tentang 3 sebab mengapa anda harus baca buku ini di sesawang:

readingmuslimahmy.wordpress.com
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.