Ada dunia lain yang wujud di Nusantara. Dunia yang didiami manusia bersama bunian, kayangan, duyung dan syaitan. Dunia yang dikarang dalam hikayat.
Hikayat ini tentang Ayyan, seorang nelayan muda yang hanya ingin menikmati ketenangan hidup di tepi laut bersama datuk kesayangannya, Imam Syahriyan.
Hikayat itu juga tentang Faris yang sangat patriotik demi mempertahankan Estodania, kota pemimpin Islam di Nusantara. Faris terpaksa meninggalkan Ayyan dan Imam Syahriyan demi menjadi Lasykar Estodania.
Malangnya, kejahatan dari masa lampau muncul kembali sehingga menjatuhkan Estodania. Perseteruan Adiwangsa bermula semula.
Kejatuhan Estodania itu telah meragut nyawa Imam Syahriyan sehingga memaksa Ayyan berkelana ke Estodania untuk mencari Faris. Tanpa dia duga, pencarian itu membawanya ke satu pengembaraan yang akan menentukan masa depan Nusantara. Ayyan perlu mengembalikan kegemilangan Estodania, kerana setiap yang berlaku di Estodania, juga berlaku di Nusantara.
Berjayakah Ayyan menemui Faris? Mampukah dia mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah jatuh ke tangan pihak musuh?
Awan Wafdan is a Malaysian writer who's making a name for himself in the literary world. Born and raised in Semporna, Sabah, Awan's passion for writing began at a young age. He attended SK Sulabayan, SMK Kabogan, and SMK SANZAC in Kota Kinabalu before continuing his studies at SMK Bugaya in Semporna, where he pursued his STPM. He holds a Bachelor's Degree in History and Malay Language Studies from University Sains Malaysia.
Awan's love for storytelling has now blossomed into a full-blown career, and he's currently working on an exciting series of fiction novels inspired by Malay mythology and history. His debut fantasy novel, Hikayat Adiwangsa, published by Mahakarya, Patriots Asia, hit the shelves in 2021 and has received rave reviews from critics and readers alike.
But Awan's talent doesn't stop at novels. He also pens contemporary poetry and heartwarming short stories that tug at his readers' heartstrings. When he's not weaving tales of magic and wonder to crafting new worlds, Awan loves gazing at the clouds, finding inspiration in their ever-changing forms. For him, the clouds serve as a mirror to life, reminding us that everything changes with time.
If you're looking for a writer who can take you on a journey through time and space, look no further than Awan Wafdan. You can connect with him on social media at @seketulawan and be a part of his ever-growing community of readers.
PERTAMA. Sebelum saya kongsikan asal muasal karya sulung saya ini, suka saya tekankan di sini — Hikayat Adiwangsa mungkin tidak sama dengan karya fantasi yang anda pernah baca. Saya tidak bercadang untuk menjadikan karya ini sebagai ‘hero’s journey’ semata-mata. Hikayat Adiwangsa ini tentang lima bangsa yang hidup dalam semesta ini. Genrenya fantasi tinggi (high-fantasy). Fahami dulu elemen2 asas penghasilan karya fantasi itu. (Worldbuilding, magic system dan many characters). . Meskipun tajuknya hikayat, saya cipta Semesta Nusantara Adiwangsa ini dengan niat mewujudkan semesta klasik-futuristik / neo-klasik. . Itu sahaja. . Dari mana datangnya idea Hikayat Adiwangsa ini? Pertama… saya terdetik untuk menulisnya saat saya belajar Sejarah Asia Barat pada tahun 2013 dahulu. . Di sini, saya cuba cerakinkan epistemologi kisah Estodania. . 1. SEJARAH ISLAM
Estodania. Asal katanya dari euphoria. Kemudian digabungkan dengan satu kisah sejarah yang sangat memberi kesan kepada hidup saya. Sejarah Andalusia. Tetapi, entah dari mana datangnya perkataan Estodania itu. Spontan sahaja munculnya di minda. Mungkin hanya sedap disebut.
.
Selepas karya ini mula ditulis, barulah saya mencari tahu apa cerakinan untuk makna kata Estodania itu.
Manusia macam saya yang agak bibliophile susah sikit. Terlalu taksub dengan perkataan-perkataan yang tertulis dalam buku. Apatah lagi jika inti buku itu dekat dengan saya.
Menyelongkar inti Sejarah Asia Barat, idea mewujudkan utopia Estodania muncul. Dek kerana itulah, saya memilih nama Isabella sebagai peran permaisuri Estodania. Sedangkan kisah Estodania ini garapan acah-acah Islamik.
Ayyan. Pernah terbaca ayyan adalah salah satu tingkat iman. Perjalanan mengejar tingkat iman ayyan terlalu panjang rasanya. Jadi, diabadikan dalam karya ini. Adaptasi peribadi Ayyan pada awalnya saya ingin menyerap kisah Al-Fateh. Tetapi, apabila keperibadian Al-Fateh itu terlalu tinggi, saya mengubahnya kepada keperibadian Al-Ayyubi. Ambil sedikit sahaja, selebihnya dikembangkan ikut inspirasi. . . 2. LEGENDA DAN MITOS
Kerana minat. Saya suka kepada benda meletupkan otak seperti ini. Jadi semua kisah yang saya tahu, saya campakkan dalam Hikayat ✨Adiwangsa✨. Tetapi, perlu dipilih agar selari dengan plot cerita.
Esramudra. Tercatat dalam Sulalatus Salatin tentang Raja Melayu yang turun ke dunia bawah laut - Bumi Dika. Jadi, diubah suai sedikit, lalu menjadilah Esramudra. Tetapi Bumi Dika juga wujud dalam semesta ini. Duyung dan penghuni Esramudra yang lain, tengoklah Barbie. Ketika Esramudra diwujudkan, minda saya penuh dengan filem-filem Barbie itu. Terselit sedikit POTC dan HP:GOF.
Ekrandia. Anagram perkataan Di Neraka. Bentara Lukhas? Dirembat daripada ciri Syaitan Luqqas. Begitu juga dengan Anyahaffaf.
Nilakendra. Nama ini dipetik daripada Kisah Penguasa Laut Selatan Siliwangi, Indonesia.
Niyang Ropek. Niyang Rapiklah.. dari mana lagi. Keperibadiannya diambil dari pengalaman rakan saya.
Bentala Naga. Mitologi Mak Yong yang saya cadang sebagai penutup kisah Estodania.
3. ISRAILIYAT Menulis dengan iman dan penuh berhati-hati. Israiliyat adalah catatan-catatan lama bangsa Yahudi tentang Nabi-Nabi terdahulu. Umum tahu, para nabi ramai berbangsa Yahudi. Kisah Israiliyat ini banyak dimuatkan dalam buku tafsir, sebagai pelengkap tafsir yang disampaikan. Cuma, terkadang tafsir yang ditulis hilang sanadnya sehingga menimbulkan keraguan. Sesetengah para ulama turut menyertakan sanad sebagai pembenar kisah Israiliyat tersebut. Contoh kisah tanpa sanad yang kukuh adalah Ainul Hayat. Membaca Israiliyat tanpa sanad ibarat mencari kayu bakar di malam hari. Kadang-kadang terpegang kayu berduri atau ular menjalar. Sanad yang dimaksudkan adalah didasari dengan Sunnah dan Al-Quran, khazanah Islam.
4. RUJUKAN ISLAM. Saya fokuskan kepada Al-Quran dan sabda-sabda Nabi S.A.W. Bahagian ini paling susah kerana saya sedang bermain dengan akidah manusia. Kelak tersalah garap, boleh memesongkan akidah manusia. Sebab itu, saya selalu menyeru pembaca untuk membetulkan mana-mana kesalahan saya jika mereka perasan.
Konspirasi Akhir Zaman. Al-Quran diangkat ke langit. Kemunculan Dabbah dan Dukhan. Kita tidak masukkan lagi Dajjal dan yang lain kerana bagi saya terlalu berat untuk diterjemah dalam bentuk fiksyen.
Alam Ghaib Jin. Perihal ini paling kritikal kerana paling ampuh menggugah iman manusia. Sedikit sebanyak kisahnya adalah imaginasi saya dan sedikit lagi perjalanan rakan saya yang mengalami gangguan alam sebelah.
. . . . . Iman Turun Naik. . Ada kalanya, saya selalu ralat menjadi muslim. Arakian, menjadi rasa bersalah menulis Hikayat Adiwangsa kerana saya rasa saya sedang menjadi fasiq dan munafik. Kelebihan menulis kisah ini, saya sentiasa cuba mengheret kembali kaki sendiri agar tidak terlalu jauh lupa diri. Terima kasih kepada semua yang sudi berkelana di Semesta ✨Adiwangsa✨. Anda juga menjadi asbab saya terus gigih menulis. . Seorang sahabat pernah berpesan kepada saya, “Kita sibuk menguruskan duniawi, sedangkan urusan akhirat tertunda-tunda.”
Sebuah karya fantasi yang berlatarbelakangkan Nusantara. Sebuah cerita yang bagi aku menarik untuk di baca bagi pembaca yang meminati buku bergenre fantasi. Buku ini diselitkan dengan elemen-elemen mitos yang mampu menarik pembaca untuk terus meneroka setiap plot dan watak yang diceritakan.
Dari pemahaman pembacaan, buku ini memaparkan unsur-unsur pengambaran ke dimensi atau alam lain, peperangan antara dimensi, persahabatan, keagamaan, pengkhianatan,mistik dan pencarian jati diri serta diselitkan dengan unsur kekeluargaan dan persahabatan yang menjadikan jalan cerita menarik di baca.
Aku suka gambaran dunia yang di bina oleh penulis dalam buku ini, seolah-olah aku sedang menonton sebuah cerita fantasi.
In my own personal view, aku rasa Hikayat Adiwangsa: Lasykar ni adalah percubaan yang sangat baik untuk buku sulung penulis.
Dengan genre high fantasy, expectation aku juga tinggi, lagi-lagi dengan promosi yang dibuat dan the hype surrounding its release. Lega betul aku bila aku dah mula baca, expectation aku tercapai.
Apa yang bagusnya pasal buku ni berbanding kebanyakan karya fantasy lokal yang aku baca, world-building dia tak terlampau over the top. Don't get me wrong, dunia yang dicipta dalam Adiwangsa ni tersangatlah kompleks. Tapi cara penulisan membuatkan aku sebagai pembaca rasa macam dunia tu real.
Aku sangat, sangat, sangat, sangat, sangat gembira sebab info-dumping adalah sangat minimal.
And then, bahasa yang digunakan bagi aku cukup indah. Ada banyak perkataan yang aku taktau maksudnya jadi aku redah je baca dan cuba faham apa yang nak disampaikan melalui konteks ayat. Jadi jangan risau, walaupun tak ada kamus di sebelah, masih mudah nak faham cerita yang cuba disampaikan.
Cuma apa yang mengganggu aku sepanjang pembacaan adalah watak yang TERlampau ramai. Tapi tu mungkin kelemahan aku sendiri sebagai pembaca yang susah nak ingat nama terlampau ramai watak. Cuma aku rasa bila watak terlampau ramai, bila scenes perang, aku taktau fokus nya di mana.
Dalam dialog pun agak susah untuk aku dengar 'suara' distinct setiap watak.
Tapi ni bukanlah benda terlampau besar. Sebab sekurang-kurangnya untuk dua watak utama, Ayyan dan Faris, watak diorang berdua memang solid. Senang nak bezakan yang mana Ayyan, yang mana Faris.
Dan 'plot twist' tentang seseorang tu pun aku puas hati sebab aku rasa memang well executed. Aku dah agak awal-awal tindakan dia macam agak suspicious tapi as the story progressed, I was like "okay mungkin aku paranoid". But then BAM! Masa reveal, OH BETUL TEKAAN AKU!!! Jadi taklah rasa plot twist dia sangat tiba-tiba macam after thought just for the sake of plot twist kan.
So begitulah review yang tak seberapa.
All in all, aku sangat berpuas hati dengan bacaan Lasykar ni. Tak sabar nak tunggu sambungan. 💃🏾
Sebelum aku mengulas, aku minta maaf kepada penulis jika tersinggung kerana aku akan mengulas jujur di sini demi kebaikan penulis juga agar memperbaiki storytelling-nya. Selepas aku membeli novel ini, aku baca sehingga 100 muka sahaja, kemudian aku berhenti membaca, agak lama, dalam sebulan dua juga. Ini kerana secara peribadi, jalan cerita pada aku amat membosankan. Aku agak kecewa dan tak mampu teruskan pembacaan. Hanya kerana memikirkan aku perlu habiskan juga kerana terlalu lama dibiarkan tidak dibaca di rak (dan aku fikir untuk jual semula), aku paksa diri dan gigihkan untuk habiskan lagi 200 lebih muka.
Pertama sekali aku membenarkan salah satu komen di sini yang mengatakan bahawa novel ini terlalu banyak watak. Memang. Aku naik mual sampai aku dah tak ingat. Nama setiap watak pun ada sampai dua perkataan. Satu perkataan cukup (macam Ayyan dan Faris). Nama-nama watak agak tak konsisten. Macam Pikazawa contohnya. Nak kata nama Jepun pun tidak. Kemudian tiba-tiba ada nama Tim Timmy. Apakah penulis cuba membuat gimik atau lawak, atau kelainan sebenarnya? Kemudian ada nama moden pula seperti Aliff Bakry. Dan Oda Cilinaya (ini lagi satu nama seakan-akan nama Jepun seperti Oda Nobunaga). Aku jangka penulis akan guna sepenuhnya nama Melayu klasik kerana ini novel fantasi Melayu maka sewajarnyalah digunakan nama Melayu. Entahlah. Aku rasa tak kena langsung.
Aku fikir, novel ini terlalu berlebih-lebihan dalam worldbuilding. Aku langkau bahagian-bahagian yang terlalu rinci dalam menerangkan dunia-dunia yang dilalui Ayyan dan Faris. Kalau diikutkan, semua orang pun boleh tulis dunia-dunia macam ini. Goreng saja, dan siaplah. Fantasi kot. Apa-apa pun kau boleh rojakkan dan pap! Terhasillah fantasi.
Setakat muka 200, kisah ini berkisarkan Ayyan dan Faris dalam dunia masing-masing. Faris di dalam hutan dan bertemu berbagai-bagai bangsa bunian, sedang Ayyan sekejap di laut dan sekejap di dunia luar. Entah, pening aku. Aku sukar untuk bond dengan watak. Jujurnya, aku rasa terpaksa habiskan novel ini kerana sudah terbeli. Sehingga muka surat 230, aku kurang jelas apa yang cuba penulis capai dan sampaikan. Aku rasa macam Ayyan dan Faris hanya berjalan-jalan dari satu dunia ke dunia lain. Aku tak nampak pembangunan watak. Aku tak nampak macam mana Ayyan dan Faris belajar dari kesilapan lalu untuk memenangi pertarungan dengan antagonis (niyang ropek, mandalika etc). Kedua-dua mereka asyik dibantu atau sekadar baca doa setiap kali berhadapan dengan antagonis. Kuranglah menarik kalau asyik dibantu. Seolah-olah sepanjang cerita ini, Ayyan dan Faris dilambung ditampar ke sana ke mari oleh penulis mengikut seleranya. Seolah-olah dua-dua watak ini tiada peranan dan daya gerak atau inisiatif sendiri langsung, seolah-olah sekadar menjadi hamba kepada cerita yang digarap. Dan aku tension dengan Ayyan yang sikit-sikit menangis. Pondan betul!
Selepas muka 250, baru aku nampak sikit-sikit iniasiatif Ayyan. Tapi aku tetap tak puas hati kerana aku tak nampak basis cadangan-cadangan dia. Dari mana dia belajar tidak pula diterangkan. Seolah-olah dia tiba-tiba pula jadi cerdik dan boleh mencadangkan solusi. Tiba-tiba sahaja dia boleh terfikir taktik al-Fateh sedangkan tak ada pun signal diletakkan terlebih dahulu macam foreshadow ke... Dan tiba-tiba pula dia boleh menguasai pertarungan dengan Ahlam Sari.
Bagus sebenarnya penulis selit-selitkan dengan kisah-kisah nabi dan doa-doa dari ayat quran. Bagus ada nilai keagamaan yang bermanfaat dari novel ini. Namun aku sedikit kurang gemar jika sikit-sikit watak baca doa untuk tewaskan antagonis (ini amat banyak berlaku ketika pertempuran terakhir di Banda Buana). Macam seolah-olah agama adalah shortcut untuk semua masalah dalam dunia ini, sedangkan realiti kita tidak semudah itu. Adakah orang sekadar baca doa atau berzikir untuk survive dalam dunia realiti? Aku sukar nak relate. Cerita ini seolah-olah macam menjanjikan bulan dan bintang dengan kehidupan beragama. Sepatutnya kalau cerita ini bawa isu-isu realiti maka aku rasa lebih mudah relate dengan realiti dan adalah sikit rasa motivated untuk teruskan pembacaan. Jika cerita fantasi tak boleh dihubungkan dengan dunia realiti, maka jadilah cerita fantasi itu cerita kosong, sekadar hiburan fantasi kosong yang tak ada nilai teladan dan nilai tambah kepada pembaca.
Lagi satu, lubang plot. Aku tak faham macam mana Faris yang begitu mudah tewaskan Niyang Ropek dengan berdoa, tapi Estodania masih tewas di tangan empayar jin kafir bernama Ekrandia. Habis Estodania tak baca doa cukup-cukup ke? Aku hairan macam mana Faris sudah setahun mengembara dalam hutan barulah Dandinea bunian bertemu dia, itu pun lepas Oda Nobunaga Cilinaya bertemu dia. Aku fikir lepas dah setahun duk dalam hutan, Faris dah selesa dan dah lupakan Estodania. Mengapa sampai setahun baru Dandinea cari dia? Aku tak nampak perasaan Faris selepas kehilangan negaranya akibat serangan Ekrandia. Mana keperitan kehilangan negara? Bila tak ada perasaan, maka aku pun tak kisahlah dengan Faris. Lantak dialah, buat apa aku terus ikut cerita dia kan? Sebab aku langsung tak kisah pasal dia kan?
Dah habis aku membebel. Aku geram kerana aku sering terbeli novel macam ini. Jujurnya bahasa penulis baik. Penulis ada potensi. Cuma masih banyak yang perlu dipelajari. Bacalah novel-novel yang berkualiti, untuk tambahbaik penulisan dan storytelling. Novel berkualiti itu ada dan tidak hanya terhad pada novel dalam bahasa Melayu saja. Secara umum novel-novel Melayu berkualiti banyak yang ditulis oleh sasterawan kita sendiri, atau para penulis yang datang dari generasi sebelum gen-Y. Selalunya macam itulah pada pandangan peribadi aku yang banyak baca novel dari penulis yang lahir pada era 1970-an ke belakang, yang banyak mempersoalkan masyarakat dan membangkitkan isu-isu semasa, baik secara terus terang mahupun secara metafora (melalui genre fantasi).
Akhirkata aku doakan yang terbaik buat penulis untuk projek seterusnya. Dua bintang untuk cerita, empat bintang untuk bahasa, maka keseluruhan tiga bintang aku berikan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebuah novel fantasi epik yang mengangkat mitos dan sejarah Nusantara dalam dunia rekaan yang penuh dengan unsur mistik, konflik, dan perjuangan identiti.
Cerita ini mengambil latar di dunia Estodania, sebuah tamadun Islam di Nusantara yang didiami oleh manusia, bunian, kayangan, duyung dan syaitan. Kisah bermula dengan Ayyan, seorang nelayan muda yang hidup aman bersama atuknya, Imam Syahriyan. Apabila Estodania diserang oleh kejahatan dari masa lampau, Imam Syahriyan terbunuh dan Faris, sahabat Ayyan, terpaksa menjadi Lasykar Estodania untuk mempertahankan tanah air.
Ayyan kemudian memulakan pengembaraan ke Estodania untuk mencari Faris dan mengembalikan kegemilangan yang telah dirampas. Dalam proses tu, dia terlibat dalam konflik besar yang akan menentukan masa depan Nusantara.
Hasil tangan Awan Wafdan ni cukup kaya dengan simbolisme dan nuansa falsafah, naratifnya juga boleh tahan mendalam dan berlapis. Dunia Estodania dan Esramudra dibina dengan rapi, lengkap dengan sejarah, sistem sosial, dan mitologi tersendiri. Ini sangat menakjubkan. Awan mahir mengaplikasikan Bahasa Melayu klasik dan kontemporari dan gabungan ini memberi rasa hikayat lama tetapi dengan sentuhan moden yang segar.
Apa yang betul - betul menarik bagi aku ialah gabungan sejarah dan fantasi Melayu tu sendiri – Estodania sebagai jelmaan Kerajaan Melaka memberi latar yang kuat dan bermakna. Watak yang dicipta juga berlapis dan manusiawi – Ayyan dan Faris sebagai sang hero adalah 2 individu yang bergelut dengan trauma, tanggungjawab dan pengorbanan. Tema perjuangan dan identiti adalah tema yang yang aku suka sebab menyentuh soal bangsa, agama dan masa depan. Nuansa peribadi Awan sebagai anak nelayan di Sabah turut diserap ke dalam dunia bawah laut dan semesta ciptaannya.
Cuma permulaan ceritanya agak slow-paced sebab Awan mengambil masa untuk membina dunia dan latar. Istilah dan nama tempat yang banyak juga agak bikin pening tapi aku OK-kan sebab ini fantasi kompleks, takkan nak marah Lord of the Ring kalau kita yang susah nak faham kan?
Buku seperti ini memang makanan aku sebab naratif Melayu, sejarah, dan fantasi yang berlapis falsafah adalah kegemaran aku.
Novel fantasi debut yang memberangsangkan daripada Awan. Konsep 5 makhluk hidup bersama dalam 1 dunia itu memang menarik. Ada gaya² LOTR.
Fantasi nusantara mula naik sejak dua menjak ini. Sama ada dalam BM atau BI. Tanah kita memang BANYAK sumber cerita yang boleh ditukang, tinggal kita nak tukang atau tidak.
Seperkara tentang Adiwangsa, transisi antara 2nd Act ke 3rd Act rasa tak ngam sangat. Kurang stake, kurang threat, kurang risks sampai bila baca perang besar di penghujung novel, tak cukup thrill.
Dah sebut benda ni dekat Awan, dan aku yakin Adiwangsa 2 nanti, dia akan datang dengan kraf cerita yang lebih berseni!
PENGAKUAN I : Saya dan pengarang adalah rakan di twitter, namun belum pernah berjumpa.
Sebuah karya fantasi Nusantara yang padat dengan elemen-elemen keagamaan, mistik, persaudaraan, pengkhianatan. Ada alam ghaib, ada jin, ada duyung, ada ular raksasa, ada peperangan...bak kata iklan ASTRO beberapa tahun lalu, "Macam-macam ada!"
Tapi pembaca ini sering tersangkut-sangkut ketika membaca akibat keliru dengan nama-nama lokasi dan watak-watak. Firaz, Faris, Estodania, Ekrandia. Terpaksa ulang baca halaman-halaman awal untuk kembali mengingati. Dah tua, macam tu la!
Jumlah bintang yang diberi adalah kerana minat pembaca ini terhadap genre fantasi sudah menurun sejak beberapa dekad lalu dan bukan kerana mutu bacaan. Malah sebaliknya. Hikayat Adiwangsa:Lasykar patut dijulang sebagai salah satu karya fantasi tinggi (high fantasy) Nusantara yang mantap. Jika kita boleh menyukai fantasi Barat yang berdasarkan era purba dan zaman 'medieval' mereka, mengapa kita tidak boleh menghargai usaha karya fantasi alam Melayu pula?
Kisah sebuah dunia hikayat yang penuh terisi pelbagai jenis makhluk. Makhluk berhati hitam ingin menakluk dunia dan melenyapkan penganut agama Islam. Ingin menyebarkan kejahatan di segenap dunia. Pelbagai siasah jahat dan tipu muslihat ditanam bagi membolehkan mereka beroleh hasil yang diingini.
Rasanya dalam banyak-banyak novel yang SH baca, naskah ini adalah yang mempunyai paling banyak watak. Dahla nama-nama wataknya pelbagai. Kira kalau buat filem ni memang banyak pelakonnya. Walaupun ramai SH boleh nampak watak utamanya di mana. Tak tertutup oleh watak-watak yang ramai.
Sebuah dunia indah yang penuh dengan pelbagai jenis makhluk dan alam yang berlapis-lapis. Segala macam jenis makhluk muncul dalam cerita ini. Membaca naskah ini, SH seolah-olah dibawa mengembara ke dunia asing bak Wonderland. Macam-macam rupa dan saiz makhluk di dalamnya. Macam-macam pulak gelagat dan tingkahlakunya. Jika yang membaca naskah ini adalah seorang yang kuat imaginasinya mesti lebih seronok dan terpersona dengan kepelbagaiannya.
Sebuah naskah yang menarik untuk dibaca terutamanya jika anda sukakan pengembaraan dunia fantasi.
Leka mengikut jejak Faris dan Ayyan. Dua watak ini saya pegang sejak mula membaca supaya tidak hilang fokus disebabkan oleh ramai watak berbagai dimensi. Gambaran fantasi berlatarbelakangkan nusantara dan tradisi silat. Yang paling saya suka membaca naratif alam dari dimensi ke dimensi. Penulis mempunyai khazanah kosa kata sastera yang banyak. Apabila membaca laju, ibarat menonton filem yang penuh aksi dan makhluk yang menyeramkan. Oh ya menanti Hikayat Adiwangsa kembali dengan siri seterusnya.
Disebabkan memori aku ni memang lemah, so aku agak susah sikit nak get into this story sebab terlampau ramai watak dan nama2 watak pun seakan sama. Pening nyahhh 😭😭
Walaupun aku suka sebab dalam cerita ni ada banyak species makhluk, tapi at the same time aku rasa macam jadi serabut sebab terlampau banyak benda yg diperkenalkan dalam satu buku.
Mengikuti perkembangan penulis di Twitter tentang buku pertamanya memang mengujakan saya sebagai seorang pembaca, apatah lagi temanya adalah fantasi!
Untuk muka surat awal, jika pembaca tidak tahu Hikayat Adiwangsa ditulis bertemakan fantasi pasti akan keliru akan tema yang dibawa oleh penulis. Saya juga begitu, sampai terlupa sebenarnya buku ini bertemakan fantasi berat. Jadi banyak makhluk² bergabung dalam satu semesta.
Semesta Adiwangsa memang besar, sampai saya jadi sedikit keliru tetapi semuanya ditulis dan diolah dengan baik. Mungkin yang menganggu adalah watak yang terlalu banyak dalam buku ini tetapi watak² sampingan tu didatangi dan dihilangkan juga dengan baik. Jadi kelemahan tersebut dapat ditutup dan dibaiki sebab penulis olah dengan lancar.
Sejujurnya, untuk 100 muka pertama buku ni tak mampu nak tarik perhatian untuk saya teruskan pembacaan tapi makin lama makin seronok pula 😂 Watak utama Ayyan dan Faris juga hidup. Kejadian paling digemari oleh saya tentulah waktu Ayyan terdampar di sebuah pulau, terbayangkan cerita Life of Pi. Watak Pales yang comel memang menggemaskan.
Antara Ayyan dan Faris, saya pilih Ayyan 😆
Dan paling saya suka sekali, info dumping tak banyak sangat dalam buku ni. Penulis biarkan kita berimaginasi sendiri. Saya paling takut sekali bila penulis buku fantasi tulis terlalu banyak info berkaitan alam buatan penulis dengan terlalu banyak. Jadi bosan. Tapi buku ini tidak, saya boleh terima.
Ohh hampir lupa! Plot twist! Plot twist buku ni saya boleh kata paling berjaya sekali dalam banyak² buku yang saya baca. Saya hampir terlupa tentang ini sebab penulis memang pandai tarik perhatian pembaca tentang plot twist. Sampai terlupa. Dia macam smooth je sekali pang!
Susah benar nak berkongsi rasa berkenaan buku ini. Saya sukakannya pada masa yang sama saya juga ada perasaan jengkel terselit dicelah-celah hikayat ini. Jadi ini adalah secara ringkas sebahagian perasaan saya yang turun naik dan bolak-balik sepanjang pembacaan;
1. Watak-watak terlalu banyak. 2. Nama watak-watak hampir sama sehingga mengelirukan. Firaz, Faris, Fairuzi, Firazhi. 3. Setiap bangsa adalah sangat berbeza (bunian, duyung, kayangan) tapi nama-nama watak yang digunakan tidak menunjukkan perbezaan. Sedangkan manusia yang berlainan ras juga mempunyai nama unik masing-masing mengikut lentur alur ras masing-masing. Nama-nama ini benar menganggu bacaan. 4. Banyak plot-plot yang rasanya tak penting. Apa keperluan plot Mak Seha diawal buku ini selain hanya sebagai intro kemunculan Niyang? Plot di Pulau Janggi pun sangat membingungkan. Kehadiran Pales, Tina, Mansur Shah seperti tiada kesinambungan, terlalu tiba-tiba dan tiada penjelasan. 5. Plot-plot tak penting ini betul-betul memenatkan pembacaan. Kita memberi sepenuh fokus kepada pembinaan cerita tapi kemudian dapati plot-plot tersebut tak membantu tapi hanya tambah keliru. Arghh benci perasaan begitu. 6. Rangka cerita yang diluar kotak yang patut dipuji terutama oleh penulis tempatan. 7. Latar masa yang saya kira agak bijak. Berlaku pada tahun 2020-2022 tapi tak sepertinya tahun-tahun tersebut di dunia sebenar kita. Relatif masa yang dimanipulasi begini satu idea yang segar. 8. Latar tempat yang diolah dari peta nusantara juga satu idea yang menarik, sekurang-kurang membantu memberi gambaran kepada pembaca tentang kembara Ayyan dan Faris. 9. Teknikal penulisan mungkin boleh diperkemaskan. Penulis ada idea yang sangat bagus tapi output kepada idea itu seperti diterjemah tersekat-sekat.
Kesimpulan, sebagai pembaca fiksi dan penggemar fiksi hikayat, buku begini memang secawan teh panas untuk saya. Sebab itu saya sukakannya, tapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal penulisan (yang boleh ditambah baik) pengalaman pembacaan saya sedikit terganggu.
Akan saya baca karya-karya penulis lagi. Menanti mekarnya lagi Awan Afdan sebagai penulis yang lebih baik.
Saya tak pasti sama ada saya yang tak masuk dengan genre fantasi atau sebenarnya saya cuma tak boleh masuk dengan buku ni.
Entahlah. Ada masa saya okey dengan buku ni, tapi apa yang saya pasti kebanyakan masa, saya rasa macam memaksa diri saya nak menghabiskan buku ni.
Jujurnya, saya tak nampak proses perubahan yang organik pada kedua-dua watak. Saya juga tak rasa terikat dan berminat nak mengikuti cerita mereka berdua.
Watak yang terlalu banyak juga membuatkan saya kadang-kadang jadi kurang peduli akan kewujudan mereka dan tak terlalu kisah nak menghafal nama-nama mereka.
Apapun, tahniah buat pengarang atas karya ini. Semoga Allah mudahkan urusan dan proses mengarang sambungan cerita ini.
✨𝖀𝖑𝖆𝖘𝖆𝖓 Saya suka cara penulis menyelitkan unsur-unsur agama dalam penulisan contohnya kisah- kisah nabi, ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa kepada pembaca. Cara penulis memberi teguran juga sangat halus contohnya kehancuran kerajaan Estodania yang lalai dari Islam kerana taksub dengan teknologi boleh kita kaitkan dengan akhir zaman dimana kita sendiri banyak alpa dengan dunia.Saya juga suka bahasa yang digunakan sangat indah! Kos kata yang banyak saya tidak tahu membuatkan saya rajin nak cari maksudnya. Untuk saya yang ada memori yang agak lemah jadi agak sukar ya nak ingat watak watak yang banyak.Tak sabar untuk sambung yang seterusnya! .
Buku yang sangat menarik untuk dibaca dan hayati. I thought this book menggunakan bahasa yang tinggi, tetapi bahasa yang sangat senang untuk difahami. Ada unsur seram and dah masuk hari kedua habis baca buku ni, tapi masih teringat niyang ropek. one of my favourite—
“Lupa lagi? Pasti kamu jarang bertasbih memuji Allah”
deep! 🥲 and i love how awan masukkan sirah nabi dalam buku ni. Tahniah atas karya sulung anda! ✨
Pertama sekali, tahniah aku ucapkan atas kejayaan karya pertama yang begitu OUT OF THIS WORLD!!
Apa yang boleh aku katakan, kelana rentas dimensi Ayyan ni sebenarnya satu konsep yang cukup menarik dan ia mengingatkan aku pada kisah Baluqiya, seorang lelaki kaum Bani Israil yang berkelana ingin mencari Nabi Muhammad SAW namun dengan izin Allah SWT, diperlihatkan kepada Baluqiya akan rahsia keajaiban dunia dalam Al-Quran yang terhijab dari pancaindera.
Aku suka penulis memasukkan elemen dari strategi perang Sultan Al-Fateh yang cukup melagenda, kisah Nabi Yunus dan juga petikan-petikan dari Al-Quran. Ada beberapa petikan yang betul-betul menyentap hati aku.
Sejujurnya, ada beberapa bahagian di mana imaginasi aku agak ralat sedikit dengan seluruh petualang Ayyan dan Faris ni.
Antaranya:
1. Belum sempat aku nak fell in love dengan dimensi yang ini, next chapter dah pun jump kepada dimensi lagi satu. Back and forth.
2. Bangsa Astagina ni asalnya manusia ke? bangsa bunian? atau bangsa jin? tak ada penerangan spesifik akan bangsa ni.( Mungkin aku perlu reread balik untuk kepastian )
3. Watak-watak bangsa Dandiniea antara yang paling susah nak process untuk dapatkan gambaran imaginasi jelas dek nama yang seakan serupa dan agak panjang bagi pengenalan watak yang sebegini ramai.
4. Adakah sahabat Esramudra Ayyan, Solena ditinggalkan bersendirian di salah sebuah dimensi yang asing?
Maksud aku di sini ianya bukan lah flaws, cuma mungkin imaginasi aku lah sebenarnya yang lemah sebagai seorang pembaca fantasi.
Secara keseluruhan, penggunaan bahasa yang sangat sangat indah. Penerangan maksud disebalik perkataan yang jarang kita lihat juga sangat membantu. New knowledge unlocked. ✔️
Looking forward to know what kind of vast imaginations stored in mind through your second book, penulis Awan.
Pelbagai watak yang wujud dari novel ni dan juga pelbagai bangsa. Umpama berada di dunia The Lord of The Ring, The Chronicles of Narnia, Peterpan & Tinker Bell, Aquaman dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Hikayat yang kaya dengan perbendaharaan kata sehinggakan saya terpaksa menyemak laman web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencari makna2nya. 80 muka surat terakhir baru terperasan perbendaharaan kata ada disertakan di halaman belakang novel. Nama2 lokasi dalam novel juga disertakan di halaman belakang. Alahai...
Keseluruhan memang memuaskan kerana setiap watak yang diwujudkan mempunyai peranan dan kelebihan yang tersendiri.
Tema nusantara diangkat dan latar masa yang digunakan adalah sekitar tahun 2000 dan 2018-2022 akan tetapi di dimensi yang berbeza dengan nusantara sebenar.
Cadangan saya, penulis cuba berkolaberasi dengan pelukis2 tempatan untuk melakar beberapa watak yang bukan dari bangsa manusia. Walaupun penulis sudah sehabis baik menggambarkan watak tersebut dalam penulisannya namun imaginasi saya agak terbatas untuk menggambarkan makhluk yang berbeza fizikal dengan manusia.
Hikayat Adiwangsa: Lasykar merupakan buku pertama hasil tulisan penulis dengan membawa genre fantasi tinggi. Berlatar belakang kan Nusantara dan makhluk mitos dan lagenda. Hasil tulisan penulis banyak mengetengahkan isu agama, persaudaraan dan unsur unsur mistik.
1. Muka hadapan. Personally, saya memang sangat tertarik dengan muka hadapan buku Lasykar yang membawa elemen simple tetapi menarik. Paling menarik ialah tulisan tajuk buku Hikayat Adiwangsa Lasykar tu sendiri yang bagi saya sangat unik. Saya dipahamkan reka bentuk fon ini merupakan idea penulis sendiri yang bagi saya sangat menarik. Slogan yang digunakan juga sangat 'catchy'. "Terlalu sibuk menguruskan dunia, Sedangkan urusan akhirat tertunda-tunda". Slogan ni sangat jelas bahawa penulis banyak memberatkan elemen keagamaan dalam penulisan beliau. Juga sekalung terima kasih buat penulis atas lukisan peta Nusantara Adiwangsa yang turut disertakan. A book that has a map is always a good book.
2. Lasykar memperkenalkan banyak watak dalam penceritaannya. Di ambil inspirasi dari LOTR yang juga memperkenalkan banyak watak sepanjang penceritaannya. Namun, sepanjang penceritaan Lasykar setiap watak yang diperkenalkan mempunyai fungsi tersendiri dalam membentuk cerita tersebut. Disamping watak utama Faris dan Ayyan, watak sampingan seperti Imam Syahriyan, Nilakendra, Pangeran Firaz, Pangeran Badar mahupun watak Medicak itu sendiri sangat membantu dalam perkembangan cerita Lasykar. Saya sangat tertarik dengan perkembangan watak Ayyan. Watak Ayyan pada awalnya digambarkan oleh penulis sebagai seorang sering membandingkan dirinya sendiri dengan Faris dan sentiasa memendam rasa tidak puas hatinya walaupun menyedari kekurangan itu berpunca dari dirinya namun kurang memperbaiki dirinya sendiri kearah yang lebih baik. Namun, selepas Estodania diserang dan runtuh, Ayyan memberanikan dirinya walaupun menyedari kekuranganya demi mencari Faris. Sepanjang pengembaraan Ayyan kita dapat lihat bagaimana Ayyan berubah sedikit demi sedikit memperbaiki dirinya disamping mempelajari mengenai asal usulnya.
3. Pengembaraan Ayyan ke Estodania merupakan tunjang utama perkembangan cerita dalam Lasykar. Bagi saya sejujurnya sepanjang penceritaan pengembaraan Ayyan, persoalan keagamaan yang dibawa agak kompleks. Namun penerangan yang diberikan agak mencukupi bagi memahami situasi situasi tertentu. Terdapat beberapa bahagian yang bagi saya agak tergantung tiada penjelasan namun tidak terlalu memberi impak kepada perkembangan cerita.
4. Perincian 'world building' yang dilakarkan penulis sangat teliti walaupun agak kompleks. Bagi saya Nusantara Adiwangsa itu sendiri sudah terlalu besar dan kompleks. Namun, perincian yang diketengahkan oleh penulis berjaya menghidupkan dunia tersebut. Saya sangat kagum dengan perincian setiap dunia yang dilalui Ayyan dalam kembaranya. Penulis juga sangat teliti dalam menulis setiap naratif dan dialog. Oleh kerana watak dalam Lasykar agak banyak jadi saya sedikit tertanya-tanya apakah dialog yang bakal tulisan akan mengelirukan pembaca namun sebaliknya yang berlaku. Setiap dialog disusun dengan begitu baik. Tidak lupa juga perincian kosa kata yang diketengahkan oleh penulis yang sangat indah.
Komen saya cuma pertemuan semula diantara Ayyan dan Faris tidak mencapai ekspetasi saya. Sepanjang pembacaan saya mengharapkan sesi pertemuan yang mengharukan jika tidak terlalu emosi kerana Ayyan dan Faris berselisih faham sebelum Faris bertolak ke Estodania untuk menyertai Lasykar. Namun, pertemuaan kembali antara Ayyan dan Faris cuma sekadar lintas lalu bagi saya.
Saya juga sangat kagum apabila penulis mampu membawa padah dan akibat apabila kita terlalu leka dengan teknologi dan meringankan urusan agama. Walaupun Estodania diserang Ekrandia secara tiba-tiba namun ketidaksediaan pemimpin serta penduduk Estodania itu sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Estodania.
Akhir kata, Lasykar merupakan sebuah cerita yang kompleks. Namun, bagi saya penceritaannya sangat mengujakan. Karya sulung dari penulis ini sangat menarik dan bagi peminat fantasi sangat digalakkan membaca Hikayat Adiwangsa: Lasykar ini.
Aku baca cerita ni agak lambat tapi dapat habiskan dalam masa 8 hari. Buku ni aku baca dlm pace yg little bit slow sbb nak menghayati dunia-dunia yang menyeronokkan. Ada Estodania, dunia bunian. Ada Esramudra, dunia duyung. Ada Dandeneia, dunia Epic (rujuk animasi, Epic), dan macam2 lagi.
Aku memang inside the book masa aku baca and yes, aku tak pelik sbb aku dh biasa baca buku-buku fantasi yang macam ni. Awan mmg pandai susun ayat menjadikan kelana ini menarik dan tidak membosankan.
Aku suka semua karakter dalam cerita ni, walaupun watak antagonis sbb semua ada fungsi masing-masing. Apa yang aku expect pun terjawab dekat pengakhiran cerita. Especially bila aku dapat agak tentang Pangeran Firaz tu (spoiler alert!)
Ada byk pengajaran yang boleh aku belajar dalam kelana ini. Ada kisah nabi Yunus ditelan ikan Nun. Apa yang kita boleh belajar dari kisah ni. Bukan setakat on the surface je tapi apa kaitan kisah ni dgn hidup kita. Apa kita perlu buat apabila diuji oleh Allah swt. Kalau kita give up, apa yang akan berlaku dan what will it affect our life?
Aku seronok berkelana dalam kisah ni. Seriously, it is a good fantasi book di mana kita boleh mengembara di byk tempat.
Aku bayang Niyang Ropek tu pontianak tipikal melayu. Hahaha! Sbb tu yang muncul dalam minda aku masa tu. Lps tu Ratu Isabella yang kena rasuk, lagi rasa teruja sbb dah lama tak baca cerita rasuk merasuk ni since genre novel ni genre fantasi, bukan horror. So rasa seronok la ada part rasuk ni. Haha!
Overall, aku suka kisah ni. Rasa nak sambung berkelana dalam sambungan novel yang seterusnya.
Tamatlah sudah kelana saya di ✨Hikayat Adiwangsa: Lasykar✨ karya sulung Awan Wafdan ☁️
Karya ini berlatarbelakangkan dunia Nusantara dengan konsep epik fantasi dan sejarah-fiksyen. Saya suka cara penulis yang bijak menyelitkan kisah-kisah nabi,ayat-ayat Al-Quran dan juga doa-doa yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian kita. Nasihat yang cuba disampaikan oleh penulis juga bersesuaian dengan keadaan masyarakat pada masa kini. Tidak kisahlah di Nusantara mahupun jauh di Eropah sana, kita tidak boleh bergantung harap pada teknologi semata-mata kerana semua itu tidak lain hanyalah kehidupan dunia dan dusta semata-mata.
Jika dibedah buku ini dengan lebih dalam lagi, pasti lebih banyak pengajaran yang kita boleh dapati !
Menarik sebab ada macam-macam jenis makhluk dari pelbagai dimensi tapi sebab terlalu banyak watak dan nama yang pelbagai aku jadi keliru pulak which is which.
Ralat sebab tak faham kenapa penghuni dan sekutu Estodania mengagumi Ayyan dan Faris manakala ditakuti oleh makhluk Ekrandia hanya kerana dorang cucu Imam Syahriyan. Dari segi kehebatan fighting skill macam tak berapa nampak sebab asyik dibantu ja dan dorang lebih banyak melarikan diri daripada fight one on one. Ianya lebih kepada adventure dorang berdua di dimensi yang berbeza. Plot twist pasal Pangeran Firaz pun rasa macam tiber sebab watak dia muncul awal dan akhir bab ja.
Maybe sambungan dia nanti baru menjawab segala persoalan kut.
Sebenarnya aku dalam dilemma nak bagi buku ni berapa bintang. Aku tak suka buku ni tapi tak juga tak benci buku ni. Hahahaha faham tak 😂 Balance. Aku start dulu dengan perkara yang aku suka mengenai buku ni.
1st of all, cover design buku sangat lah cantik. Masa dapat buku ni memang lama aku tenung sebab terpesona. Next aku suka buku sebab penulis perkenalkan banyak jenis karakter dari pelbagai spesis. Ada manusia, syaitan, bunian, duyung,, etc. Sangat unik. Dimensi pon banyak juga ye haha. Writing style awan wafdan sangat menarik bagi aku. Banyak perkataan baru aku belajar dari buku ni. Dan sebagai seorang yang beragama islam, buku ni sangat bagus bagi aku. Awan wafdan bejaya buat aku rasa untuk dekatkan lagi diri aku dengan tuhan. Pastu plot twist buku ni memang mantap weh, aku tak sangka benda tu boleh berlaku kat hujung buku. Secara kasar, aku suka juga world building sebab macam ala ala lord of the ring.
Okay moving on dengan beberapa perkara yang agak ‘mehhh’ bagi aku. Terlampau banyak karakter diperkenalkan dalam buku ni. Bila aku rasa macam malas nak focus kat satu karakter tu, pula dia jadi karakter penting dalam babak yang akan datang. Aku sebenarnya suka dengan buku ni sebab info dumping dia sikit. Tapi terlampau sikit. Dia macam… “hah aku kasi info ni pandai pandai lah kau fikir or imagine sendiri’’ hahaha.
Pastukan satu benda aku takut nak cakap tapi nak juga. It is how the main character mengunakan agama untuk berlawan. Aku faham pihak lawan adalah dari spesis syaitan tapi macam terlampau banyak. Hah faham tak. Aku nak lagi banyak pertempuran yang BOOM yang WOW secara fizikal. Don’t get me wrong, aku bukan liberal ke apa 🙂
Next, aku tak Nampak sebenarnya perkembangan or new things or soft skill yang ayyan dan faris peroleh sepanjang adventure. Sebab aku nampak mereka berdua selalu sangat dapat bantuan. Like selama faris sesat kat hutan, tak kan dia tak dapat apa apa ilmu baru?
World building buku ni sangat lah complex dan unik bagi aku tapi disebabkan info terlalu sikit agak sukar bagi aku nak imagine. Sebagai contoh macam mana ecosystem esramudra? Dalam tu semua duyung? Macam mana ayyan boleh bernafas? Imam syahriyan ada ajar jurus silat utnuk bernafas dalam air? Spesis duyung ni memang semua elastic macam tim or duyung biasa? Then karakter bertukar dimensi macam TIBERRR. Kat situ je aku dah tak leh go 🤨
Tapi kan aku rasa itu kelemahan aku sendiri sebagai seorang pembaca. Mungkin aku ada terlepas pandang beberapa perkara sampai aku susah nak imagine. Disebabkan aku ni peminat buku fantasi so bagi aku senang sikit lah, aku tak tahu macam mana new reader nak hadap buku ni high fantasy type of novel. Cehhh bagi review panjang mcm ni macam lah diri sendiri pro menulis pula 🤣
Buku yang agak baik bagi aku untuk buku pertama awan wafdan. Disebabkan itu lah aku masih letak harapan untuk buku seterusnya dalam siri ini. So aku bagi 3.5 ⭐️
1. Plot yang menarik. Aku rasa ini buku pertama yang aku baca sarat dengan watak dan latar tempat. Mula-mula agak mencabar sikit nak teruskan pembacaan sebab asyik terlupa asal usul watak, tapi di pertengahan cerita dah mula biasakan diri. Jadi tak terganggu sangat, sebab watak yang ada semua mempunyai peranan masing-masing. Kagum dengan penulis boleh tulis watak sebanyak ini.
2. Permulaan bab bagi aku sedikit lewah. Mungkin aku orangnya yang tak berapa berkenan dengan penulisan yang agak lewah. Tapi dari segi laras bahasa sangat baik. Yang ini aku puji. Masuk ke tengah bab, lewah dah berkurang. Buktinya aku semakin laju membaca, lagi-lagi sepuluh bab terakhir.
3. Aku tak ada masalah dari segi 'flashback'. Mungkin aku dah terbiasa baca novel yang plotnya pelik-pelik, jadi babak 'flashback' dalam Adiwangsa tak mengganggu aku. Aku dapat faham dengan jelas.
4. Dari segi emosi, sejujurnya, sedikit kurang. Mungkin aku pembaca yang mementingkan perkembangan emosi, jadi kalau sesebuah novel tidak meninggalkan 'emotional damage' yang mendalam untuk aku, mungkin boleh mempengaruhi rating. Tapi aku tetap bagi 4.5⭐ kerana aku menilai Adiwangsa dari sudut fantasi tinggi. Dimana kriterianya bukan sekadar permainan emosi saja. Ada banyak faktor lain yang menyumbang.
5. Paling penting, aku suka pengajaran yang penulis cuba sampaikan. Mungkin aku tak dapat peroleh semua, tapi bagi aku, cukup untuk apa yang aku perlukan dalam hidup.
Semoga dapat berkelana dengan Hikayat Adiwangsa yang kedua pula.
Tajuk dan cover buku ni sangat menarik tapi isinya sangat mengecewakan. Buku ni aku tak mampu habiskan, tak sampai separuh aku sudah drop.
Pertama sekali, watak dalam cerita ni terlalu banyak keluar dalam senggang masa yang terlalu singkat, sampaikan aku lost track dia ni siapa pulak.
Jalan cerita tidak jelas, agak kucar kacir, aku tak tahu apa yang perlu aku fokus dalam cerita ni. Aku rasa penulis terlalu banyak idea yang ingin dilontarkan dalam buku ini sehingga ia menjadi info dump segala maklumat yang ada dalam mindanya.
Aku suka je hadam banyak maklumat yang berbeza dalam sesebuah buku cuma ini terlalu berlebihan, information overload, aku lost track. Aku tak dapat keep up, untuk keep up pun aku perlu selak muka surat sebelum untuk memahaminya.
Satu lagi nama watak yang susah sangat untuk diingati, jujur cakap aku tidak ingat satu pun nama watak dalam ni. Kalau nak ingat nama pun perlu paksa. Watak terlalu banyak dan susah diingati, susah untuk aku keep up sebab bukan aku yang mencipta dunia dalam buku ini.
Aku harapkan penulis dapat membaiki gaya penulisan untuk buku fiksyen, sebab buku ini seperti yang aku bagitahu lebih kepada info dump. Seperti membaca nota2 awal penulis untuk buku ni dan digabungkan semuanya sekali.
Overall, tahniah sebab mampu berfikir idea untuk menulis buku ini namun aku rasa jalan penceritaan lebih banyak perlu dibaiki lagi2 berkaitan watak. Nanti aku cuba untuk pickup balik buku ni pada masa akan datang sebab sayang, aku pasti ideanya pasti menarik cuba tak berjaya di fleshed out dengan baik.
Pertamanya, Saya bukanlah penggemar genre fantasi atau fantasi tinggi seperti kata penulis buku ini. Saya membeli buku ini kerana pada masa itu saya agak tertarik untuk membaca buku-buku hikayat lama dan baru. Oleh itulah, saya memulakan pembacaan buku ini sebagai guilty pleasure namun selepas habis membaca buku ini, apa yang saya boleh katakan ialah ianya ideanya agak menarik. Banyak perkara yang boleh di nitpick tapi secara keseluruhannya boleh dikatakan ok. Saya menanti sambungannya untuk diterbitkan dengan harapan yang tinggi untuk ceritanya menjadi lebih matang dan character development yang lebih baik terutama dua watak utama dalam karya ini.
– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 – Faris dan Ayyan lahir pada hari yang sama dan dibesarkan oleh Imam Syahriyan iaitu datuk mereka. Imam Syahriyan mendidik dan melengkapkan mereka dengan ilmu persilatan, tauhid dan asas agama yang teguh dan apabila menginjak dewasa, kedua duanya mengambil haluan yang berbeza — Faris bercita cita menjadi lasykar Estodania manakala sepupunya Ayyan seorang cucu yang tekad mahu bersama atoknya, Imam Syahriyan di Kampung Pagung.
Namun, kejatuhan Estodania oleh musuhnya Ekrandia, memaksa mereka berdua mencari jalan untuk bertemu kembali demi menyelamatkan Nusantara.
– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 – Macam macam emosi kita rasa time baca buku ni — seram, goosebumps, sedih, geram, kecewa, tersentuh semua ada secukup rasa. Kita takbiasa baca fantasi tinggi tau jadi imbas kembali pengalaman baca buku ni part prolog kita dah confuse “eh dia ni burung ke kapal terbang ke dron ke” sebab baru nak biasakan dengan bahasa penulis guna. Sepanjang nak ke page 30 sedih & seram sebenarnya tapi masuk bab demi bab dah “wah indah sekali dunia Adiwangsa ni” and let the rest of my experience story left untold, biar anda semua berkelana dan ‘merasa’ dunia Adiwangsa sendiri ☺️
Plot sangat mantap, setiap bab ada punchline dari segi jalan cerita, watak baru & world building! Jalan cerita tak melarat and world building yang cantik & sangat sangat luas rasa macam tengok movie ya☝🏻penulis dah describe dengan teratur dan tersusun, terpulang kepada kita nak visualize macam mana gitu. Namun, ada certain “plot building” yang kita rasa takterjawab dalam buku ni buat kita tertanya tanya sama macam watak utama tapi rest assured, memandangkan ini buku pertama kita yakin persoalan terjawab next book nanti 👌🏻
Dari segi watak kita slow sikit nak faham sebab banyak sangat sampai kita catit ya dia ni siapa & apa jawatannya 🤣 cuma dua watak utama tu kita senang catch up sebab penulis pandai bezakan gaya dialog & POV mereka berdua.
Kita suka bahasa and kosa kata yang penulis guna buat kita banyak tahu word baru contohnya perkataan “bejat”. Gaya bahasa buku ni jugak memang lain sikit contohnya kalau novel lain guna laut & hutan, buku ni guna samudera & belantara gittew. Dari segi terms tempat sudah tentu lain jugak contohnya “Tanah Emas” tapi jangan risau ada kamus kat page belakang buku ☺️
🧁 𝘽𝙧𝙤𝙬𝙣𝙞𝙚 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩𝙨 – paling paling paaaaaling kita suka (ha tudia) and boleh kata bonus points untuk penulis ialah cara penulis serap sirah dalam ni. Sirah yang penulis selit memang masuk dengan jalan cerita & relatable dengan watak sampai kita takrasa langsung macam tengah dengar ceramah ke, takde langsung rasa ‘tiber’ tapi rasa puas & terharu sebab dapat ilmu baru & refresh ilmu sirah yang ada. Goodjob penulis untuk part ni kita sangat puas hati 👍🏻✨
– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 – Semua pembaca tak kira lah pembaca pemula boleh baca slow slow, genre seram ada, misteri ada, fantasi apatah lagi buku ni memang untuk korang! 🤝
5/5 🌟 and if I can give all the stars in the world to this book, I would 🥺 _______________ Footnote: Tahniah Awan sebab berjaya hasilkan buku debut yang sangat mantap! Taksabar nak tunggu sambungan nak sambung bekelana 😭
Kalau ingin digambarkan dalam bentuk filem, hikayat ini umpama filem Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa yang bergabung. Penuh dengan 'magis' di mana terdiri pelbagai jenis makhluk Allah yang wujud dari pelbagai dimensi, peperangan & kejatuhan empayar nusantara, pengembaraan yang akan menentukan masa depan Nusantara dan selitan sejarah sulalatus salatin sebagai latar belakang kegemilangan Nusantara & agama Islam.
Sungguh berkelana dalam Semesta Adiwangsa sangat luas. Penuh variasi kehidupan dan paling digemari, cara penulis memberi nasihat dan berkongsi ilmu dengan penyampaian melalui terjemahan bahasa melayu. Lebih mudah difahami dan menyentuh hati. Buku ini juga disertakan dengan peta sebagai rujukan Tanah Nusantara pada Zaman Jentaka. Bahasa yang digunakan melayu baku dan sedikit melayu klasik. I love it!
Untuk pengetahuan bakal pembaca, karakter² yang diceritakan dalam buku ni memang sangat banyak, ditambah dengan nama-nama yang sangat unik dengan jenisnya, so memang akan buat kita sikit keliru dan mudahnya kita akan cepat lupa 😂 Suka sebenarnya nama yang unik ni tapi lagi prefer yang sepatah nama ja. Contoh, nama Cilinaya.
Nama Nusantara tidak bermakna dunia ini hidup seperti dalam sejarah lama. Nusantara mempunyai kecanggihan teknologi, magis dan nilai tradisional yang tersendiri. Jika disuruh pilih antara dua jenis pengembaraan, Lebih pilih pengembaraan Ayyan. Suka cara Ayyan berkelana. Penuh dengan ilmu & pengalaman baru.
Untuk ending, ada plot twist! Memang dah expect watak tersebut kemungkinan jahat tetapi tak sangka watak sebenarnya adalah karakter yang jarang sekali disebut namanya.
𝘾𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙖:
Boleh tukarkan ayat dengan aksara tulisan tersendiri berserta terjemahan. (dalam ni pun ada jampi dan bacaan ayat dari bangsa pelbagai dimensi). Boleh tambah sikit lakaran untuk tambah teruja pembaca untuk berkelana.
Terima Kasih untuk pengalaman berkelana di Semesta Adiwangsa ini!