Misteri kehilangan MH370 masih lagi menghantui rakyat Malaysia. Kehilangannya masih diratapi oleh setiap rakyat. Ketika rakyat Malaysia masih menunggu dengan sabar khabar berita itu, satu lagi kehilangan terus menggegarkan negara. MH17 telah ditembak di suatu sudut langit Eropah. Ada ratusan nyawa lagi diragut dalam nahas pesawat. Lantas, kedua-dua tragedi tersebut menimbulkan tanda tanya.
Apa sebenarnya yang berlaku pada kedua-dua pesawat itu? Ada teori konspirasi, ada teori geopolitik, ada pelbagai hipotesis, tetapi tidak salah jika kita dengar sendiri daripada mantan Pengarah Penerbangan Awam Malaysia yang mengetuai siasatan berkaitan dengan nahas. Ada riwayat yang mahu didendangkan beliau berkaitan dua tragedi itu yang anda tidak mungkin dapat di tempat lain. Eksklusif, istimewa, dalam buku terbaharu keluaran Patriots Publishing ini!
Perkongsian pengalaman penulis mengendalikan kes MH370 dan MH17. Sangat sarat dengan fakta kes, perkongsian siasatan dan kisah pengendalian media dan waris mangsa. Alfatihah buat mangsa mangsa.
Tahun 2014 merupakan tahun yang suram bagi dunia penerbangan amnya, dan bagi Malaysia secara khusus; tetapi mungkin sesuatu yang tidak terjangkau dek akal fikiran terutamanya bagi penulis.
Penulis adalah merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) bermula tahun 2008 dan sudah semestinya orang paling penting pada tahun itu.
Dua penerbangan milik MAS telah terlibat dalam dua peristiwa yang kita tidak pernah terfikir akan terjadi dalam sejarah penerbangan negara kita. Manakan tidak, dua penerbangan berturut-turut dalam tahun yang sama - MH370 dan MH17.
Buku ini sebenarnya menceritakan kronologi bagaimana dua tragedi ini berlaku, dituruti dengan misi pencarian dan penyiasatan kedua-dua penerbangan. Tidak mudah kerana kedua-duanya terjadi di luar negara kita dan perlunya penyelesaian dari segi karenah birokrasi.
Di samping menerangkan secara umum bagaimana informasi sesuatu penerbangan itu disampaikan dari satu titik ke titik yang seterusnya, buku ini juga memberi peluang kepada pembaca untuk lebih faham dan menyelusuri prosedur keselamatan yang perlu diikuti apabila berlakunya sesuatu kemalangan seperti ini.
Tidak mudah, khususnya bagi penerbangan MH370 yang masih belum secara rasminya menemui titik “closure”. Waris-waris sehingga kini masih menantikan jawapan bagi merungkai segala persoalan sehingga penulis dituduh menyembunyikan maklumat sebenar.
Menyelusuri kronologi siasatan yang dijalankan, saya tidak dapat elak daripada merasa “goosebumps” apabila membaca antara pengalaman penulis.
Daripada teori konspirasi yang penuh mistik berkenaan MH370 yang mana penulis menerima pakej misteri dan juga bertemu orang misteri, sehinggalah misi menyelamatkan kotak hitam MH17 yang penuh debaran seumpama filem “Mission Impossible” sekaligus menerbitkan rasa bangga apabila misi mustahil itu dijayakan oleh kumpulan komando yang hebat yang terdiri daripada 12 orang dan dikenali sebagai “The Dozen Persons” dari negara kita sendiri. Tugas mereka tidak mudah apabila mereka menerima informasi terdapat pelbagai pihak yang akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kotak hitam tersebut.
Penulis yang menerima kotak hitam itu juga tidak terkecuali apabila terpaksa bertukar-tukar kenderaan untuk tujuan keselamatan sehinggalah kotak hitam itu tiba di destinasi.
Sekiranya anda ingin mengetahui secara fakta berkenaan proses misi mencari dan menyelamat yang telah dibuat untuk MH370 dan MH17, buku ini adalah untuk anda kerana ianya ditulis daripada perspektif orang nombor satu paling penting dalam kedua-dua tragedi ini.
Hati ini terasa sayu apabila tiba di muka surat akhir, apabila disenaraikan nama-nama penumpang dan krew penerbangan bagi kedua-dua pesawat. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka.
Tiada butiran mengejutkan atau pendedahan eksklusif mengenai MH370 & MH17 dalam buku ni.
Tapi kalau korang malas nak cari info di Internet, yang belum tentu sahih, ini mungkin adalah buku terbaik untuk ketahui secara menyeluruh tentang 2 tragedi penerbangan ini.
Sebuah buku yang mudah dihadam oleh orang awam, lebih-lebih lagi ia ditulis sendiri oleh Dato Sri Azharuddin Abdul Rahman, insan paling hadapan dalam mengendalikan 2 kes ini, individu yang kita nampak setiap hari dalam sidang media sepanjang 2014.
Nilai tambah kepada buku ini adalah apabila pembaca dapat melihat bagaimana 2 kes ini telah mengubah kehidupan peribadi beliau.
Masa kejadian mh370 & mh17, aku tak ada kat Malaysia. Aku masih lagi belajar kat luar negara. Jadi, aku tak nampak dan merasa sendiri kekecohan masa kejadian ni. Bila baca buku ni, aku dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang terjadi.
Permulaan buku dimulakan dengan kehidupan penulis dan macam mana penulis berminat untuk menceburi bidang aviation. Daripada cerita kehidupan penulis dapat disimpulkan penulis memang seorang yang sangat fokus dan beliaulah orang yang paling layak bagi aku untuk menceritakan peristiwa ni.
Kemudian penulis menceritakan tentang peristiwa mh370. Kejadian yang sangat misteri. Dapat dilihat negara² yang bersedia untuk menolong Malaysia ketika itu. Penulis juga ada menyebut beberapa teori yang tak berasas dan sebab mengapa teori tu tak diterima.
Kemudian, tentang penerimaan waris mangsa atas berita malang ni dan tentang media massa yang menghurung beliau untuk mendapatkan berita sensasi.
Seterusnya, beliau bercerita tentang peristiwa mh17 yang berlaku hanya selepas 4 bulan dari peristiwa mh370.
Kagum sangat macam mana pegawai² yang terlibat mengendalikan operasi untuk bawa mayat² mangsa dan kotak hitam balik ke Malaysia. Ada juga beberapa teori tetapi semua tu juga berjaya ditangkis kerana tak berasas.
Dalam penutup, penulis memberikan penghargaan kepada semua yang menolong dan beberapa nasihat. Aku nampak penulis sebagai seorang ketua yang hebat tapi humble. Ada juga diceritakan tentang pengalaman pahit dari waris mangsa yang masih percaya mangsa masih hidup.
Cara penulisan buku ni sangat bagus. Walaupun aku memang tak ada ilmu langsung dalam aviation tapi aku masih boleh faham apa yang penulis sampaikan. Topic dan subtopic juga sangat teratur jadi aku mudah faham dan ikut rentetan cerita.
Memang aku rasa seronok baca buku ni. Rasa pandai sikit sekarang haha
Tamat membaca buku ini pada ulang tahun kesepuluh kedua-dua tragedi ini berlaku (2014-2024). Pengalaman penulis yang terlibat secara langsung dalam MH370 dan MH17 sangat berharga dan bukanlan calang-calang orang boleh mengurus dan berhadapan dengan situasi penuh getir ini.
Buku ini dimulakan dengan latar belakang DS Azharuddin dan penglibatannya dalam kejuruteraan terbang, pekerjaan dan kemahiran yang diperoleh dan ilmu yang ditimba dalam sektor penerbangan. Semua ini membantu beliau menceritakan dengan jelas, tersusun dan terperinci perihal teknikal yang berlaku pada kedua-dua pesawat malang MH370 dan MH17.
Peristiwa kehilangan MH370 dihuraikan oleh penulis dengan teliti namun berhati-hati. Segala istilah dan konsep yang digunapakai dalam dunia penerbangan diterangkan dalam bahasa yang mudah. Amat senang sekali saya membaca aturan cerita penulis yang dapat memberi debaran dan kegusaran sewaktu membaca. Tanggapan masyarakat dunia, kerisauan waris, bantuan menyelamat, usaha mencari, pertolongan dari negara jiran semua diceritakan dengan cukup baik.
Pesawat MH17 yang ditembak jatuh kira-kira empat bulan selepas kehilangan MH370 memberi kejutan kedua kepada penulis. Hasil pengalaman berhadapan situasi yang belum selesai oleh kehilangan MH370 membantu penulis untuk lebih tenang dalam mengendalikan asakan wartawan dan waris yang mahukan jawapan yang tepat dari DCA. Namun berbeza dari MH370, peristiwa MH17 ditembak memberi simpati yang kuat daripada masyarakat antarabangsa kepada MAS dan Malaysia. Ramai bersedih dan simpati dengan apa yang berlaku.
Pengalaman berharga penulis dalam buku ini menjadi satu rakaman sejarah penting sebagai peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Malah dunia sendiri mengakui peristiwa ini sukar untuk dijawab dan akan terus menimbulkan persoalan yang belum pasti apakah akan ada jawapannya.
Kesimpulan MH370: Kehilangan MH370 kekal misteri dan kenapa pesawat boleh berpatah balik juga masih tiada jawapan. Turut dinyatakan background semua penumpang juga bersih dari kes jenayah. Antara hal yang dikesalkan ialah flaperon MH370 yang dijumpai dalam kawasan jajahan Perancis disimpan oleh kerajaan Perancis atas sebab tertentu. Badan pesawat dan kotak hitam tidak ditemui dan hanya serpihan saja ditemui. Oleh sebab itu kes tersebut masih menjadi misteri hingga sekarang.
Kesimpulan MH17: Bangga dengan pasukan komando kita yang dihantar untuk mendapatkan mayat-mayat mangsa kejadian di kawasan pemberontak serta kotak hitam yang menjadi rebutan ramai pihak hingga menimbulkan sedikit ketegangan. Siasatan menunjukkan MH17 ditembak dengan peluru berpandu dan meletup di udara sebelum terhempas ke tanah. Pendakwaraya Belanda mengemukakan pertuduhan terhadap 3 pegawai tentera Rusia dan seorang pegawai tentera Ukraine. Siasatan mendapati ada tanda-tanda penglibatan Rusia namun tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan pada Rusia.
Kronologi untuk kedua-dua kes MH370 dan MH17 disusun dengan baik. Olahan penulis juga mudah difahami.
︒✿ཾ∘ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼︒✿ཾ∘ Misteri kehilangan MH370 & MH17 yang ditembak menjadi tanda tanya bukan sahaja Malaysia tapi seluruh dunia. Mantan Pengarah Penerbangan Awam Malaysia, Dato’ Sri Azharuddin menceritakan pengalaman penglibatan secara langsung beliau dengan dua tragedi tersebut dan dihuraikan dari segi kronologi, teori geopolitik dan juga pelbagai hipotesis.
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀︒✿ཾ∘ Buku ni ditulis sangat kemas & ‘membumi’ bagi kita. Buktinya, kita boleh catchup timeline minit demi minit dari awal aircraft tu boleh hilang / ditembak. Terms terms yang digunakan pun dapat difahami dengan mudah. Coming from a zero knowledge in aviation, kita senang faham semua terms mentioned dalam ni. 👍🏻
Umum mengetahui peristiwa macamni tak lari dari konspirasi & teori orang ramai. “𝙴𝚗𝚝𝚊𝚑 𝚎𝚗𝚝𝚊𝚑 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖𝚝𝚞, 𝚎𝚗𝚝𝚊𝚑 𝚎𝚗𝚝𝚊𝚑 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖𝚗𝚒” — kita suka cara author jawab satu persatu kenapa teori tu palsu & apa bukti bukti nya. He also mentioned how he handle the media & pelbagai jenis manusia tampilkan diri untuk tunjuk “lokasi sebenar” MH370 — bomoh, psikik . Sedih sebenarnya bila baca pasal kesan emosi terhadap waris mangsa kedua dua tragedi ini.
New knowledge? Ohh banyak sangat sampai rasa nak tab semua pages! Aircraft tracing tech, blackbox, how they decide where to search, macam mana nak bawak balik mayat mangsa, apa diorang buat dengan bukti (serpihan) yang dijumpai & banyak lagi (ya Allah rasa nak cerita semua!) 🎤
Hence personally imo buku ni tak huraikan betul betul in-depth sangat pun tapi boleh difahami kenapa sebab ni high-profile cases. Bagi kita, dah mencukupi untuk kita dengar dari sumber yang sahih even takbanyak (tapi still kita rasa banyak benda dapat dari buku ni TT) 🤌🏻✨
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲︒✿ཾ∘ Semua peminat bukan fiksyen dan dokumentari. Baca lah.
5 🌟 _______________ Notes: Sayu hati bila baca senarai mangsa di page belakang. Al-Fatihah & semoga syurga yang tertinggi buat mereka 🥺
Buku ni x menyatakan apa-apa kenyataan susulan berkenaan status terkini kapal terbang MH370. Penulis hanya menceritakan pengalaman bagaimana beliau sbg ketua pengarah DCA kendalikan kes kehilangan ni. Bagaimana beliau ditekan oleh media, perdana menteri, menteri-menteri lain, agensi2 lain baik dalam maupun luar negara, ditekan oleh rakyat dll. Bagaimana perjalanan beliau cuba mencari baik dari kaedah kwjuruteraan, undang-undang dari negara2 yg berkait, mau pun kaedah alternatif (tok bomoh, tok pawang, tok sami dll).
Aku cuma tak puas hati sbb penulis seolah x betul2 telus dalam penulisan seolah-olah tidak mahu dipersoalkan di akan dtg. Ada bahagian yg penulis hanya sekadar lalu sahaja tidak fully detail. Penulisan yg menyelamatkan diri sendiri. Tolak point for this.
Antara pembelian awal aku tahun ini. Agak lama tempoh pembacaan dek kerana otak aku tidak dapat memproses buku bukan fiksyen. Fakta lengkap serta pengalaman penulis dipersembahkan dengan baik untuk kedua kes.
Coretan:
Sekitar beberapa minggu lalu, aku bertemu dengan saudara penulis (ghost writer) buku ini, Tuan Sahidan Jaafar di Kota Buku Bangi. Aku singgah di kedai buku terpakai dimilikinya dengan niat mahu membelek buku di situ. Ditegur oleh isterinya dan makin lama lepak makin banyak cerita keluar dari mulutnya. Aku tak sedar pula kedai Sahidan ni Sahidan yang bekas ketua pengarang Mastika dulu. Haha. Dia ceritakan serba ringkas penghasilan buku ini. “Boleh lihat di bahagian penghargaan, ada tertera nama saya”, katanya. Aku senyum dan angguk saja. Sambil berkira-kira duit di poket untuk beli buku di kedai dia. Selepas setengah jam, aku berkata…
Sangat digalakkan untuk orang yang belum tahu kronologi kes ini dan untuk orang yang sebelum ni banyak berteori tentang kehilangan MH370. Bila baca buku ni baru tahu betapa hebatnya orang Melayu iaitu Dato Sri Azharuddin,mantan pengarah DCA yg terlibat secara langsung dan mengetuai kes MH370 & MH17. Ada yang cakap kerajaan sembunyikan fakta ttg kes MH370 tapi hakikatnya Dato Sri Azharuddin sendiri dan pihak penyiasat yang terlibat pun ada maklumat yang terhad. Itu saja lah kot,tambah lagi kan panjang pulak jadinya😅 nak tahu lebih² sila beli buku ni 😁
Dia antara insan terpilih. Tabah mengharungi 1001 persoalan yang masih menjadi misteri. Buku ini memuatkan banyak info yang berlaku 8 tahun dahulu.
Kita sering tertanya-tanya apa yang telah terjadi. Melalui buku ini kita boleh memahami situasi dan keadaan yang penulis lalui. Saya masih mengalirkan airmata ketika membaca bahagian-bahagian yang menyentuh hati.
Masih terbayang saat saya bangun memberi penghormatan terakhir buat mangsa-mangsa nahas pesawat malang itu. Salam takziah sekali lagi buat keluarga-keluarga mangsa MH 370 & MH 17.
Buku yang penuh dengan info dan pengalaman sebagai orang yang mengendalikan kes penerbangan hilang dan ditembak. Semestinya situasi ini memerlukan sifat yang tenang untuk mengendalikannya. Bacaan ini penuh dengan cerita, fakta dan pengajaran daripada peristiwa ini. Saya tertarik kerana penulis turut meletakkan kisah kisah teori konspirasi yang melibatkan penerbangan ini yang sangat terkenal suatu ketika dahulu.
Pengalaman penulis terlibat secara langsung berhadapan dengan dua peristiwa besar dalam sejarah penerbangan Malaysia secara khusus dan dunia secara amnya memberi satu sudut pandang yang tak dapat dilihat oleh orang awam sebelum ni. Amat menarik untuk mengetahui secara kasar bagamaimana sesuatu kes melibatkan dunia penerbangan dikendalikan.
A good read and it gave an interesting inside look on the events that shocked the world in 2014. However I personally felt that most of the information was something that the public already knew and lacked new findings that would've made it a more satisfactory read.