Jump to ratings and reviews
Rate this book

22 Kes: Himpunan Kes Yang Tak Terlupakan

Rate this book
Ingatan adalah senjata – juga beban kepada manusia. Menempuh pelbagai pengalaman dan pergulatan di hospital membekaskan pelbagai rupa
ingatan kepada para petugasnya.

Ada yang manis, enak dikenang. Ada yang tajam, menikam dalam. Walau apapun deria dan rasa yang jadi memori, ia kekal menjadi sesuatu yang tak terlupakan. Dan di dalam naskhah ini ia dihimpunkan.

22 Kes, 22 Penulis.

Mengingati dan melupakan adalah resam yang menjadikan kita manusiawi. Begitu juga kematian dan kehidupan. Sakit dan sembuh. Ketawa atau menangis. Menjadi petugas atau pesakit – tetap kita miliki kemanusiaan
yang sama.

That one case – Yang tak terlupakan.

234 pages, Paperback

Published February 1, 2022

5 people are currently reading
11 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (42%)
4 stars
13 (34%)
3 stars
8 (21%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
March 1, 2023
Dibaca di app Cereka

Mengandungi kisah-kisah seperti ibu yang menyuntik anak sendiri kerana cemburu, halusinasi menjadi penyelamat umat, makhluk ghaib di wad (hantu), pesakit yang muda namun menghadapi breast cancer, jururawat pelatih yang ada social anxiety, keluhan ibu terhadap tetamu yang datang sesuka hati tanpa menghormati perasaannya yang sibuk menguruskan anak yang sakit dan lain-lain.

Buku ini harus ada disetiap rumah untuk menjadi bacaan seisi keluarga termasuklah anak-anak sekolah yang ingin tahu tentang kerjaya doktor yang tidak mudah. Selain itu, kita juga boleh mendapat manfaat kerana ada nota kaki tentang setiap penyakit berkaitan cerpen. Mungkin kita akan jadi salah seorang pesakit itu dan kita already know what is happening inside our body because we have read this book. Membaca buku ini ibarat persediaan awal untuk kita yang akan bakal sakit satu hari nanti.

Semua cerita saya suka! Tapi yang paling saya suka ialah yang berkaitan dengan makhluk halus. Saya memang suka baca tentang makhluk ghaib. Masih teringat kisah salah seorang doktor yang terjumpa 'seseorang' di lif padahal 'seseorang' itu baru sahaja meninggal dunia.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 11, 2025
Pengalaman bersama pesakit yang dikongsi oleh doktor pakar, jururawat, dietician dan ramai lagi.
Profile Image for Win.
4 reviews
August 9, 2022
Buku ini banyak mengisahkan tentang pengalaman-pengalaman doktor sendiri dalam mengendalikan kes. Apa yang menarik perhatian saya tentang buku ini ialah di mana ia mengajar saya untuk menjadi lebih sabar dan bersikap toleransi antara satu sama lain. Buku 22 kes ini juga banyak input tentang medikal yang saya tidak tahu. Syabas penulis!
Profile Image for Joy-is-joyyyy.
13 reviews
March 29, 2023
22 KES HIMPUNAN KES YANG TAK TERLUPAKAN — merupakan cerpen-cerpen bertemakan perubatan yang dikumpulkan dalam sebuah buku. Seperti tajuknya, terdapat 22 buah kes yang telah diceritakan kembali oleh orang-orang perubatan sepanjang kerjaya mereka. Ada yang ringkas ceritanya dan ada juga yang sedikit panjang jalan ceritanya.
.
Bahasa yang digunakan dalam buku ini sudah semestinya berkaitan dengan perubatan. Ada beberapa istilah yang saya sendiri sebagai pembaca tidak memahaminya (terutama dalam kes ketiga). Tapi penerangan yang diberikan jelas. Jadinya kita sebagai pembaca dapat gambaran sikit-sikit tentang apa yang dimaksudkan oleh perkataan yang digunakan. Tapi jangan risau, apa yang bagusnya tentang buku ini ialah pada setiap penghujung kes adanya diletakkan nota kaki (jargon kes), iaitu maksud istilah yang digunakan dalam kes berkaitan. Info medik pun turut disertakan pada setiap penghujung kes. Selain itu, buku ini juga ada kongsikan tips-tips penting. Sebagai contoh, tips keselamatan anak-anak di rumah, tips mengedalikan bekalan ubat di rumah, dan banyak lagi.
.
RECOMMENDED — Bila dah habis baca satu kes, tak sabar nak baca kes seterusnya. Bagi saya, ada beberapa kes yang menarik perhatian saya. Antaranya; cerita yang paling memberikan kesan kepada saya adalah kes kedua (Walau sejahat mana pun manusia, adakah dia tidak layak untuk mendapatkan pertolongan?). Dannnn cerita yang paling misteri adalah kisah yang diceritakan dalam kes keempat (dia masih menjadi misteri sehingga hari ini - kata pencerita).
.
Secara ringkasnya, buku ini membincangkan kes-kes seperti kanser, kemurungan, kemalangan, kelahiran bayi, pergigian, masalah pernafasan, perokok, dan banyak lagi.
Profile Image for amireadbooks._.
48 reviews3 followers
February 26, 2023
𝑀𝑒𝑛𝑔𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑢𝑝𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑒𝑠𝑎𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎𝑤𝑖. 𝐵𝑒𝑔𝑖𝑡𝑢 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛. 𝑆𝑎𝑘𝑖𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑢ℎ. 𝐾𝑒𝑡𝑎𝑤𝑎 𝑎𝑡𝑎𝑔𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑖𝑠. 𝑀𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑝𝑒𝑡𝑢𝑔𝑎𝑠 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑝𝑒𝑠𝑎𝑘𝑖𝑡 - 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑖 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑚𝑎 .

22 kes, 22 penulis. Menampilkan 22 buah kisah suka duka dalam bidang perubatan yang disampaikan oleh 22 orang pakar perubatan dari pelbagai bidang. Segala cerita yang dipaparkan di dalam buku ini adalah pengalaman yang dialami sendiri oleh para penulis sepanjang berbakti di dalam bidang perubatan. Ada kisah yang tak dapat di lupakan, ada yang menyayat hati, ada juga pengajarannya.

Ada yang sanggup menggadaikan kesihatan orang yang tersayang demi sebuah perhatian, ada juga yang sanggup mencere dan membahayakan diri sendiri demi kepuasan hati masyarakat sekeliling. Betapa kerana lisan boleh menghancurkan masa depan seseorang.

"𝙒𝙖𝙝𝙖𝙞 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙖𝙢𝙞, 𝙢𝙖𝙖𝙛 𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖. 𝙈𝙖𝙖𝙛, 𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙞𝙧𝙪𝙥 𝙝𝙚𝙢𝙗𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙠𝙖𝙢𝙞, 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙨𝙧𝙖 𝙠𝙖𝙢𝙞. 𝙆𝙖𝙢𝙞 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣𝙢𝙪. 𝙉𝙖𝙢𝙪𝙣 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙞𝙢𝙪. 𝙎𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙙𝙞 𝙨𝙖𝙣𝙖, 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖."

Bermula dengan kisah yang diberi nama 'Bidadari Syurga', menceritakan kisah sepasang suami isteri yang terpaksa menerima hakikat bahawa cahaya mata yang dinantikan tidak dapat dilahirkan ke dunia dalam keadaan masih sebesar tapak tangan namun sudah sempurna sifatnya. Betapa di ketika ini, bukan mudah untuk pegawai perubatan terpaksa memilih di antara dua nyawa yang perlu diselamatkan. Betapa tabahnya hati kedua ibubapa menyambut kelahiran permata hati yang sudah tidak bernyawa lagi...

"𝘼𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙮𝙥𝙤𝙜𝙡𝙮𝙘𝙚𝙢𝙞𝙖, 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙜𝙪𝙡𝙖. 𝘼𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙮𝙥𝙤 -𝙟𝙞𝙬𝙖, 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙜𝙞𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙝𝙖𝙩𝙞𝙖𝙣, 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖."

Kisah kedua yang bagi saya sangat menyayat hati di mana seorang ibu sanggup menyuntik dos insulin yang berlebihan dan tidak diperlukan langsung ke dalam tubuh si anak demi mendapatkan perhatian orang sekeliling dan juga bekas suaminya yang telah pun berkahwin lain dan hidup bahagia. Dia tidak dapat menerima hakikat bekas suami dan anaknya dapat meneruskan hidup seperti biasa sedangkan dia sengsara!

Profile Image for Zaila Hafni.
11 reviews
February 9, 2023
Di sebalik setiap kes hospital, ada cerita. Dan setiap cerita yang berlaku, sebagai petugas kesihatan mereka tiada hak untuk membuat kesimpulan sendiri, hanya perlu pastikan setiap pesakit menerima rawatan yang sewajarnya.

Ada kes seram, ada kes menyayat hati, ada kes yang beri harapan, ada kes yang tak dijangka, ada kes yang buat rasa serba salah, ada kes yang menggeramkan.

Yang pasti, kisah kes hospital banyak beri pengajaran dan iktibar.

Bacaan santai tapi disertai info medik ringkas untuk pengetahuan masyarakat umum.
5 reviews
October 6, 2022
Buku whitecoat mmg bestlaa. Tp, not recommended kt those yg kje kt spital.. Takut lain jadinya.
9 reviews
July 8, 2024
Bagi sesiapa yang bekerja di hospital pasti boleh relate dengan situasi dalam buku.Sebenarnya bnyk pengajaran dan peringatan yang kita boleh ambil daripada kisah-kisah ini.
Profile Image for Nurul Atikah.
9 reviews
December 15, 2024
Setelah saya membaca buku ini, Saya dapat banyak information baru berkaitan Dunia Perubatan. Hopefully akan ada Siri Kedua untuk buku ni.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.