Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Dijangkiti Kehidupan 2.0

Rate this book
Benarkah hidup merupakan satu anugerah? Lahir, membesar, bercinta, berumahtangga, berkerjaya.

Happily ever after.

Sedangkan bagi sebahagian yang lain — hidup tumbuh menjadi satu sumpahan. Raksasa hitam yang menetas dalam kepala dan mengunyah diri dari dalam — sehingga mati kadangkala lebih didambakan.

Aku Dijangkiti Kehidupan 2.0 merupakan himpunan pengalaman mereka yang dibelenggu oleh hidup. Pergelutan melawan stigma dan ketidakpedulian masyarakat dan suara kebencian dari dalam.

Tersepit antara beban dan tanggungjawab — selain daripada pesakit dan perawat (psikiatris), kesiahatan mental turut mencorakkan hidup orang di sekeliling, terutama ahli keluarga. Dan naskhah ini merupakan suara hati mereka yang selama ini terpendam. Juga hamper padam.

Jika benar hidup itu indah, mengapa ia amat menyakitkan?

208 pages, Paperback

Published February 1, 2022

4 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Sarah A

11 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (52%)
4 stars
14 (38%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Syeraho.
Author 7 books68 followers
February 6, 2023
Sebuah bacaan yang sarat dengan rollercoaster emosi 🤯

Banyak memuatkan kisah-kisah pejuang schizopherenia, schizoaffective disorder dan gejala-gejala halusinasi atau delusi yang banyak mengganggu fungsi harian.

Ada cerita yang buat saya sebak, ada yang buat saya menangis dek terkesan dengan kisah-kisah kehilangan orang tersayang, ada yang buatkan saya terharu dan memberikan barang secebis inspirasi dan kekuatan seperti kisah Jehaada dan suaminya.

Apa yang saya suka melalui buku ni ialah perspektif dan horizon kefahaman saya tentang struggle orang semakin luas; mudah-mudahan semakin mudah untum saya bersikap empati dan bertindak rahmah kepada orang lain.

Yang pasti, setiap penulis dan pejuang yang dipaparkan dalam buku ini ialah insan yang berani. Berani menempuh hidup dan terus hidup.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
September 2, 2022
5/22

Aku Dijangkiti Kehidupan 2.0

Okaylah walaupun saya kira rasa itu tidak sampai. Poinnya saya rasa stigma masyarakat terhadap pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental membuatkan keadaan yang sepatutnya boleh dikawal menjadi sebaliknya. Apa pun usaha penerbit untuk menerbitkan buku sebegini wajar dipuji.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 11, 2022
🎭Siri 2 masih berkisar hal pejuang psikiatri dan perawat. Makin banyak kita cuba fahami makin kita belajar untuk berempati dan tidak mudah salah sangka apa keadaannya. Peperangan batin ini sukar.Nampak biasa di mata umum hakikat berat dan parah di dalam. Sunyi di luar gegak gempita di minda dan dada.

🎭Koleksi 6 kes pada kali ini bukan sahaja buka mata aku dunia psikiatri bukan hal remeh hanya kerna di mata kasar, mereka terlihat normal. Belajar, bergaul, berkerja, berkeluarga dll. Namun, ia menyerang dalam diam. Ratanya begitu hanya disebabkan stigma orang! Mengada-ada, dramatik, lemah iman, melebih-lebih ia seolah barah yang mencengkam dalaman mereka. Buat aku menyeka air mata membacanya😢

🎭 Bila 2 buku sudah aku habiskan, sedar perjalanan penyakit ini bukanlah secara tiba-tiba namun bila diagnosis maka terpamer segala 'permulaan'.Sehalus hal di dunia ini berlaku bersebab. Trauma yang panjang, kes sedari kecil dan juga tidak kurang juga kerna orang sekeliling menjadi penyebab. Secara ringkas yang kita boleh lihat pada kes-kes tersebut.

🎭 Ini kali, kita akan kenal beberapa penyakit baru yang tak ada dalam siri 1 seperti Borderline personality disorder,Bulimia Nervosa,Paranoid Personality Disorder dan Schizoaffective Disorder. Ternyata Shizophreniform vs Skizofrenia pun ada beza ya!

🎭 Aku berkenalan pula dengan Psikiatri Forensik oleh Dr Zul Azlin yang ditugaskan untuk menilai status kesihatan mental seorang pesakit semasa pembunuhan berlaku.Amatlah mencabar jika berkaitan undang-undang kerna pesakit itu jika bersalah akan dihukum mati.Itu penilaian dan rawatan yang berat sebenarnya. Menarik untuk faham.

🎭Teringat satu buku dulu ayatnya berbunyi "Semua orang ada penyakit gila".Antara ia teruk atau tidak saja.Psikologi dan manusia itu berkait rapat. Jangan bangga kita bebas jadi sebahagian daripada mereka kerna penyakit jika nak datang tidak memilih siapa. Jangan simpan rasa jelek kepada pejuang sebegini. Kerna sakit itu Ujian dari Allah seperti sakit luaran. Mereka tidak pinta tapi ini sebahagian kertas ujian dunia. Moga buku sebegini banyak buka hati dan minda orang untuk lebih sedar diri.
Profile Image for Ku Shairah.
3 reviews
June 7, 2023
Buku pertama dari PBAKL 2023 yang sudah habis baca.

Kali ini susunan ceritanya lebih baik dari buku yang nombor 1, walaupun ada sikit-sikit kesalahan teks, macam tertaip dua kali, lepastu ada satu dialog tu, aku kurang faham.. 😅

Buku nombor 2 ni banyak mengandungi pengalaman schizophrenia dari pesakit, penjaga dan pemerhati (kawan satu universiti). Schizophrenia pun ada banyak jenis dan juga ada campuran dengan mental disorders yang lain.

Selain itu, ada kisah bipolar disorder, borderline personality disorder, bulimia, major depressive disorder, anxiety disorder, autism, obsessive compulsive disorder, paranoid personality disorder.

Ada juga kisah menarik dari seorang doktor yang perlu mengesahkan kewarasan penjenayah sebelum perbicaraan.
Profile Image for FATIN NABILAH.
13 reviews
July 3, 2024
Buku yang sangat bermakna dalam hidup saya. Ia membantu saya memandang dunia dengan lebih luas. Ujian saya terlalu kecil..
12 reviews
May 11, 2023
Sedikit terganggu ketika membacanya. Pernah melalui hal yang sama, membuatkan saya sedikit gementar. Sarat dengan pengajaran.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.